Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis | Baru-baru ni YY terbaca perkongsian seorang doktor yang bernama Dr Hafsah Sazali mengenai perbezaan antara penyakit kulit ekzema dan psoriasis. YY sangat tertarik sebab YY sendiri ada masalah psoriasis dan anak dara YY, Aisyah ada masalah ekzema. Kebiasaan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal akan dilakukakan bagi menentukan sama ada pesakit ada masalah ekzema atau psoriasis. Seperti yang pernah YY dan Aisyah alami ketika kami menemui pakar kulit. Nampak sama, tapi sebenarnya ada banyak perbezaan.So untuk entry hari ini, perbezaan di antara kedua penyakit kulit ini dinilai berdasarkan keadaan fizikal kulit bagi memudahkan pembacaan korang.
Imej http://wb.md/MCehRq |
Imej http://bit.ly/2x3Zwlu |
Ciri-ciri Psoriasis
1. Sempadan bagi ruam psoriasis biasanya jelas (well demarcated) berbanding kulit normal di sekelilingnya.
2. Psoriasis, terutamanya jenis chronic plaque psoriasis mempunyai lapisan sisik berwarna putih yang kering dan tebal di permukaannya.
3. Ruam psoriasis juga kadangkala gatal, tapi ia bukan ciri utamanya.
4. Kulit yang mengalami psoriasis tidak dikaitkan dengan pertambahan risiko jangkitan kuman yang ketara, kecuali dalam keadaan tertentu seperti psoriasis jenis erythroderma.
5. Ruam psoriasis lazimnya dikenalpasti di lokasi 'extensors' seperti siku, lutut, kulit kepala, di bahagian bawah belakang badan, bahagian sulit dan pusat. Harus diingat bahawa psoriasis juga boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit.
6. Majoriti kes psoriasis terjadi pada kalangan orang dewasa.
Ciri-ciri Ekzema
1. Dalam kes ruam ekzema, sempadan ruam selalunya kurang jelas (poorly demarcated).
2. Sisik kulit kering di permukaan ekzema tidak tebal seperti chronic plaque psoriasis.
3. Berbeza dengan psoriasis, ekzema diiringi simptom kegatalan kulit.
4. Kulit ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kuman kerana lapisan pelindungan kulit terjejas.
5. Ruam ekzema biasanya dapat dikenalpasti di lokasi 'flexors' seperti pelipat lengan dan belakang lutut. Namun ia juga boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit.
6. Ekzema biasanya bermula dari peringkat bayi atau kanak-kanak.
Imej http://wb.md/21fzLoZ |
Imej http://bit.ly/2eAYDsW |
Persamaan antara psoriasis dan ekzema:
Walau ada banyak perbezaan di antara kedua penyakit kulit ini, terdapat juga beberapa ciri persamaan. Antara persamaan paling ketara adalah berikut:
1. Ruam keduanya berwarna kemerahan.
2. Sejarah keluarga yang menghadapi masalah yang sama.
3. Permukaan kulit kering.
Dalam kes tertentu, ciri-ciri perbezaan antara psoriasis dan ekzema tidak jelas dan agak sukar untuk para doktor membuat diagnosis. Faktor penyebab adalah seperti berikut:
1. Pesakit mempunyai ruam di satu bahagian sahaja. Tiada corak lokasi tipikal ruam yang dapat membantu untuk mengenalpasti diagnosis.
2. Kedua-duanya mempunyai permukaan kering. Walaupun sisik putih di permukaan psoriasis khususnya chronic plaque psoriasis biasanya ketara, ada kalanya ia tidak berapa tebal dan ketara.
3. Ada sejenis psoriasis yang dinamakan 'flexural psoriais' di mana lokasi ruam bertumpu di bahagian 'flexors', sama seperti ekzema.
4. Berbeza dengan psoriasis di bahagian kulit lain, psoriasis di bahagian sulit tidak mempunyai sisik putih dan rupanya hampir sama dengan ekzema.
5. Ada sejenis ekzema yang dipanggil 'discoid eczema' di mana ia berbentuk bulat dengan sempadan yang jelas. Ia boleh menyerupai psoriasis.
6. Ruam psoriasis dan ekzema boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit. Erythroderma (ruam yang berlaku di hampir seluruh bahagian badan) pula boleh terjadi dalam ekzema atau psoriasis.
Imej http://bit.ly/1qvrRZW |
Menurut Dr Hafsah Sazali, terdapat juga diagnosis lain yang boleh menyerupai ekzema dan psoriasis, contohnya seperti mycosis fungoides iaitu sejenis kanser darah yang berlaku dalam kulit. Kebiasaanya jika pakar kulit mempunyai keraguan mengenai diagnosis mereka, dan berkemungkinan pesakit mempunyai masalah lain, ujian lanjut seperti biopsi kulit akan dilakukan. Tapi korang tak perlu risau sebab kebiasaannya masalah ekzema dan psoriasis tidak memerlukan biopsi kulit.
Dari segi rawatan pula, kedua ekzema dan psoriasis adalah sama terutama bagi rawatan permulaan asas. Pun begitu jika masalah masih tidak dapat dikawal, ada kaedah lain yang akan diaplikasikan, dan ianya tidak sama bagi keduanya. Perbezaan ini adalah kerana keradangan kulit untuk kedua-dua penyakit adalah berpunca daripada sel-sel putih yang berlainan jenis, dan jejak perjalanan sel yang berbeza. Contoh paling mudah adalah penggunaan tar bagi rawatan ke atas pesakit psoriasis yang terbukti berkesan, tetapi tidak pada ekzema.
So moralnya, apa yang korang baca ni, berdasarkan penerangan Dr Hafsah Sazali, hanya boleh dijadikan panduan sahaja. Untuk maklumat lanjut, konsultasi dan pemeriksaan bagi mengenalpasti diagnosis serta mendapatkan rawatan yang betul, korang adalah sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor sepertimana yang YY dan Aisyah sudah lakukan.
Sumber : http://bit.ly/2wwWSTN
Ekzema pula ada beberapa jenis.. Yang anak akak kena hari tu yg jenis kering... Tiap2 kali bangun tidur, penuh kuping2 (kulit mati) atas cadar :(
ReplyDeleteyeke? saya baru tahu ni. bukan psoriasis ke?
Deletesaya punya psoriasis camtu tau.
walau dia hanya setempat, tapi dia sama macam akak cite ni lah
doctor kata psoriasis. saya just kena guna krim pelembab aje
Memang ada beza, biasanya ekzema ni bermula sejak bayi. Ia akan hilang. Macam prosiasis ni, hmmm kalau tak jaga .. leh jadi teruk... dan ambil masa lama kalau nak sembuh.
ReplyDeletePenerangan di atas ni harapnya dapat bantu ramai yang nak tahu mengenai dua penyakit ni yang nampak sama.
Anak saudara wa pun kena exzema ni lama jugak...sian lak..habis satu badan merah2
ReplyDelete