Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut

4:34:00 pm Yana Yani 7 Comments

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut | Mana-mana wanita di dunia ni (yang sah berkahwin) bila dapat perkhabaran yang dia mengandung, pasti tersangat gembira. Kalau boleh, satu dunia dia nak hebahkan yang dia sedang menanti kelahiran zuriat tercinta. Excited bukan main. Despite rasa gembira tu, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang si ibu harus tempuhi sepanjang 40 minggu kehamilan. Disebabkan dugaan dan cabaran itu, hati si ibu yang mengandung ni mudah sensitif.

Perasaan sensitif tak bertempat yang dilalui oleh ibu mengandung juga dikenali sebagai mood swing. Mood swing ketika mengandung mungkin disebabkan oleh tekanan fizikal, letih, perubahan dalam metabolisme, atau perubahan hormon estrogen dan progesterone. Perubahan ini yang menjejaskan tahap neurotransmitter (bahan kimia di dalam otak). Tu yang korang nampak ibu mengandung ni kejab happy, kejab lagi macam singa kelaparan. Sebab tu YY strongly recommend korang untuk jaga mulut bila deal dengan ibu mengandung.

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2gZW98h

Berdasarkan pengalaman, YY akan senaraikan beberapa situasi yang menyebabkan hati YY sebagai seorang ibu mengandung ni terasa. Ini hanya pengalaman YY semata-mata. Mungkin apa yang YY rasa tak sama dengan mana-mana ibu mengandung yang lain. Mungkin juga hanya YY yang terlebih sensitif, orang lain tak pun. Tapi moral yang YY cuba sampaikan tetap sama, jagalah mulut kerana kadang apa yang kita katakan mungkin akan berbalik kepada kita. We never know kan?

1. Alahan di Awal Kehamilan

Mabuk atau muntah di awal kehamilan adalah antara yang perlu dihadapi oleh ibu mengandung. Tapi ada juga ibu mengandung tak mengalami sebarang alahan ketika mengandung. Hanya kerana kita tak pernah alami sebarang alahan, tak bermakna kita kuat dan yang mabuk tu lembik. Pleaselah! Itu semua disebabkan perubahan hormon! Korang ingat yang keluar masuk hospital sampai berpuluh kali disebabkan kurang air dalam badan tu, sesaja ke? Lagi satu nak kabo, kalau korang belum pernah ada pengalaman mengandung, jangan sesedap mulut kata macam-macam bila orang mabuk ye. Memang daku ingat kamu dalam doaku.

2. Penggunaan Minyak Angin

Penggunaan minyak angin memang kerap digunakan ibu mengandung bagi menghilangkan rasa mabuk. Ada yang makan sesuatu yang masam untuk hilangkan rasa kurang sedap pada tekak. Bila korang nampak ada ibu mengandung dok tercium-cium minyak angin, boleh tak jangan pepandai bagi nasihat macam korang pakar sakit puan. YY pernah kena dengan seorang mahkluk Tuhan ni, dia suggest YY cium minyak aroma terapi instead of minyak angin yang menurut dia tak bagus untuk baby. Eh hello! Laki daku pakai minyak wangi pun daku dah mengamuk, lagi nak suruh daku cium benda wangi. Ko nak makan kaki apa ke apa?

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2wlZBfG

3. Berat Badan Menurun

Bila dah selalu muntah, of course berat badan kita makin menurun. Ada yang naik mendadak even tak ada selera makan. Ibu mengandung biasanya steady aje faced semua ni, janji baby sihat dan doktor sendiri mengesahkannya. Tapi ada juga yang terlebih concern! Yang terlebih concern ni kan, YY rasa nak kerat-kerat dia into pieces! Geram tau! Ada seorang makhluk Tuhan ni dok kata, "Eh, macamana berat ko boleh turun mendadak ni? Ko kan makan banyak!" Eh shaiton! Daku bukan hari-hari jumpa ko. Baru sekali dua jumpa dan kebetulan time tulah daku makan banyak, ko dah berani claim daku makan banyak? Keshaitonan apakah ini?

4. Minum Kopi atau Berais

Betul minum kopi tu tak bagus bukan sahaja untuk ibu mengandung bahkan yang tak mengandung pun tak digalakkan mengambil terlalu banyak. Banyak di sini adalah lebih dari tiga kali pengambilan dalam sehari. Nak dijadikan cerita, mengandung kali ni YY hanya mampu telan air sejuk yang berais atau dari peti sejuk. Air bergula langsung tak boleh telan, tekak terasa pahit. Ada satu hari tu, terasa teringin nak minum kopi, so gigihlah pergi pantry bancuh kopi. Pantang nampak, ada aje mahkluk Tuhan yang nak menegur. "Orang mengandung mana boleh minum kopi, bahaya!"

Adui! Baru tulah nak rasa air kopi, dah kena sembur? Ko nampak tiap masa daku minum kopi ke? Terasa macam nak debik orang aje tau! Bab minum ais pun sama. Doktor cakap takde masalah pun. Ada juga yang memandai-mandai. Lagipun memang tu aje yang daku boleh diminum, tak akan nak biar dehidrasi semata-mata nak layan korang punya boleh tak boleh. Facepalm.

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2wmlhId

5. Perut Besar

Mengandung kali ni, paling banyak orang tegur pasal keadaan perut YY. Rasa macam nak gantung signage aje pada perut. Letih nak jawab. Please be informed that this is my third pregnancy, and of course lah my belly besar! Dah dua orang membesar dalam rahim yang sama sebelum tu kot! So bila sampai turn si Adik, selesa gilerlah dia dalam perut sebab ruang dah besar. Bukan pasal kembar or whatsoever! Janganlah nak compare time ko mengandung dengan daku. Memang sah-sah tak sama sebab badan lain-lain. Yang ko dok risau perut daku besar tu dah kenapa?

Ye, tak salah mengambil berat tapi biarlah bertempat. Mungkin masalah yang orang tu hadapi serupa dengan kita, tapi berkemungkinan ianya tidak sama. Teguran kita mungkin buat hati seseorang terluka. Jadi tengoklah keadaan. Terutama apabila melibatkan ibu mengandung. Jangan buat diorang panik tak bertempat. Bagi ruang dan peluang untuk mereka menikmati moment ini. Kalau mereka buat sesuatu yang bahaya, barulah menegur dengan berhemah. Kalau setakat makan banyak, biarlah. Nafsu makan time mengandung memang macam ko ada saka dalam badan tau tak?

Kalau tak boleh bersimpati, jangan tambah bara di hati. Sekian bebelan daripada Mama yang tengah mengandung anak ketiga dan mudah sentap.

7 comments:

  1. Maklumlah ibu mengandung ada perubahan hormon

    sebab tu emosi senang swing

    ReplyDelete
  2. Orang kita ni suka sangat cakap cakap sebelum fikir. Yang tak ada anak macam Chik Tie ni tahan je telinga. Sabar kena lebih tinggi dari gunung. Huhu

    ReplyDelete
  3. Wah baru tahu ni berita gembira...
    tahniah... :)

    ReplyDelete
  4. Haha...terasa kat seseorang ke YY....

    Tak mudah rupanya nak menjaga hati manusia ni kan.... mmg betullah jugak agaknya diam itu lebih bagus dpd berkata kata.

    Alah janganlah sensitif sangat mak buyung dgn kata kata diaorang tu, kang kuat menangis pulak baby dlm perut tu.

    ReplyDelete
  5. Ibu hamil elok banyak berzikir

    jangan di layankan emosi sebab anak akan dapat pengaruh negatif

    ReplyDelete
  6. Terlebih perihatin tak bertempat...

    ReplyDelete
  7. btol masa preggy ni hormon xmenentu.. mula2 preggy asik morning sickness..then stress lg tmpt keje xckup rehat..dugaan sgt..kdg2 kesianla sape terdekat kena mood swing tu kan.. suami mmg kena byk bersabar..tp bila kandungan dah besar seronok sgt tgk baby tendang2 tgk perut bjoget..sweet moments.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...