Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius

4:19:00 pm Yana Yani 34 Comments

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius | Minggu lepas, kita digemparkan dengan kes buli yang "ganas". Mangsa yang berusia lapan tahun dipotong sebahagian kecil lidah oleh rakan sekolah yang lebih senior. YY yang punyai anak sebaya dengan mangsa, rasa geram sangat pada si pelaku. Serius tak boleh terima! Membayangkan saat berlakunya kejadian sangat mengganggu fikiran.

Mangsa berkemungkinan besar mengalami trauma kesan daripada kejadian ini. Kalau hukuman setimpal tidak diberikan kepada si pembuli, sooner or later mereka mampu mengakibatkan jenayah yang lebih serius. Persoalannya adakah kanak-kanak yang dikategorikan naive ini mampu mendatangkan kecederaan serius pada orang lain?

YY teringat pada satu kes yang sangat popular di England pada era 90-an. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah diseksa dan dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1993. Pembunuhan kejam James Bulger menjadi perdebatan hangat sehingga ke hari ini. Malahan faktor umur orang yang mengakibatkan kematian juga telah merubah sistem undang-undang Britain.

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius
James Bulger

Jon Venables dan Robert Thompson, keduanya didapati bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh. Ketika kejadian dilakukan, mereka hanya berusia sepuluh tahun. Mereka juga menjadi pesalah termuda dalam sejarah moden English.

Mengikut fakta kes, James Bulger mengalami 42 kecederaan. Besi seberat 10kg yang dihempap kepada mangsa merupakan punca kematian. Tidak cukup dengan itu, mayat mangsa telah diletakkan di track keretapi bagi menyembunyikan punca sebenar kematian. Dua hari kemudian, mayat mangsa yang berkecai telah ditemui.

Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius
Jon Venables dan Robert Thompson, pembunuh James Bulger

Jon Venables dan Robert Thompson dijatuhkan hukuman tahanan sehingga mereka mencapai usia dewasa. Bagaimanapun mereka berdua dibebaskan pada usia 18 tahun dan diberikan identiti baru. Pembebasan mereka mencetuskan amarah awam terutama keluarga James Bulger. Klik, [Murder of James Bulger] untuk makluman lanjut.

Cara hidup dan cerita yang ditonton oleh si pembunuh merupakan antara penyebab pembunuhan James Bulger. Mereka dikatakan terpengaruh dengan watak Chunky dalam cerita Child's Play. Oleh itu penting kita sebagai parent memantau apa sahaja yang ditonton oleh anak-anak kita. Kanak-kanak mudah terpengaruh dan meniru apa sahaja aksi yang ditonton. Molek untuk kita sentiasa bersama mereka ketika menonton.

Sebagai orang awam, kita juga bertanggungjawab membantu dalam mengatasi kes buli. Kalau nampak atau mendengar sebarang cerita, ambil tindakan. Ia mungkin boleh membantu mangsa. Dalam kes James Bulger, seramai 38 saksi dipanggil dan tiada seorang pun mampu mengesan mangsa dalam bahaya. What's a pity.

Diharap kes James Bulger ini mampu membuka mata masyarakat di Malaysia, bahawa kejadian buli mampu mengakibat jenayah yang serius di kemudian hari. Betul mereka hanya kanak-kanak yang naive. Tapi dengan menggunakan alasan sedemikian tidak dapat membantu mereka. Pembuli kebiasaannya mempunyai masalah tersendiri. Jesteru mereka melepaskannya dengan cara membuli orang lain.

Kalau sayangkan mereka, bantu mereka untuk keluar dari masalah itu. Bantuan kita mungkin membantu mengurangkan peluang mencipta penjenayah di masa depan.

Buat Adik Muhammad Ali Shukran, Acik Yana dari kejauhan mendoakan semoga Adik cepat sembuh. Insya ALLAH dengan bantuan keluarga, rakan-rakan dan guru-guru, Adik mampu hadapi semua ini. Jangan takut dan jangan bimbang, ALLAH bersama kita.

UPDATE : Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa berpunca daripada dirinya sendiri dan bukan disebabkan kes buli.

Lidah antara bahagian paling sensitif. Even kalau kita tergigit lidah pun sakit. Kalau ikut logik, mana mungkin kita mampu memotong lidah kita sendiri dak? Emm

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO

8:00:00 am Yana Yani 32 Comments

Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO | YY sedang mempelajari teknik search engine optimization (SEO) dengan +Ahmad Hasif. Seolah kembali ke zaman universiti, ada pelbagai tugasan perlu dilakukan. Terbaru YY perlu menyediakan artikel mengenai kefahaman YY tentang readability score. YY juga perlu jelaskan sama ada readability score mempunyai kepentingan dalam SEO. Pening juga dibuatnya. Tapi nak belajar punya pasal, hadap ajelah. Hehe!

Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO
Readability score: Menulis penulisan yang mudah dibaca dan difahami

Apakah Readability Score?

Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada kefahaman pembaca terhadap apa sahaja bentuk penulisan. Ia boleh jadi buku, blog atau sebagainya. Jika penulisan kita terlalu sukar difahami, ia akan meninggikan bounce rate. Bounce rate merujuk kepada kadar pembaca yang meninggalkan blog kita selepas membaca sebahagian kandungan blog post tanpa klik pada blog posts yang lain.

Harus diingat sesiapa sahaja mencari maklumat di enjin carian seperti Google bagi membantu mereka memahami sesuatu dengan cepat dan mudah. Takde sesiapa yang suka membaca penulisan yang susah difahami. Sayangnya, kebanyakkan blogger termasuk YY tidak menyedari kaitan readability dan SEO.

Apakah kepentingan Readability Score dalam SEO?

Ianya sangat penting. Sebab? Kandungan artikel yang mudah dan ringkas dibaca akan memudahkan ia tersenarai dalam top page di Google. Oleh itu, penting untuk kita memastikan penulisan kita senang difahami dan ringkas.

Jadi bagaimana kita memastikan sama ada artikel kita mudah dibaca atau tidak? Terdapat banyak cara pengiraan. Tapi yang paling tepat adalah Flesch-Kincaid Readability. Untuk check level readability blog post, klik [Readability Score]

Dalam formula Flesch-Kincaid Readability, pengiraan bergantung kepada penggunaan perkataan dalam satu ayat dan juga suku kata. Keduanya harus pendek dan minimal. Google sukakan artikel berbentuk sedemikian.

Dengan mempunyai level readability yang tinggi, ia sekaligus mengurangkan bounce rate. So tulislah berdasarkan apa yang kita mahir. Tapi pastikan ianya mudah difahami dan ringkas. YY harap korang semua faham kaitan readability score dalam SEO dengan ulasan ringkas ini

Klik [Teknik SEO Readability Score] untuk maklumat lebih lanjut.

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

BoboiBoy The Movie: Terbaik!

6:52:00 am Yana Yani 16 Comments

BoboiBoy The Movie: Terbaik! | Cerita dari mulut ke mulut mengenai kehebatan filem animasi terbitan pertama Animonsta Studios ini memang sangat mengganggu akal dan fikiran anak bujang YY, Afif. Membayangkan dia kembali ke sekolah dan menjadi satu-satu manusia yang masih belum menonton Boboiboy The Movie, sangat menyeksakan. Hampir setiap hari dia dok ajak YY dan MyChintaHati menonton filem berkenaan sejak ia mula ditayangkan pada 3 Mac yang lalu.

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Posing dengan poster Boboiboy The Movie

Bukan kami tak mencuba memenuhi impian Afif. Tapi sepanjang minggu pertama tayangan, penuh manjang! Kecewa juga kami dibuatnya.

Akhirnya Ahad lepas kami berjaya membeli melalui online. Kami tak cerita pada Afif sebab nak bagi suprise. Itupun dia dok sibuk berdrama yang dia tak nak ke sekolah pada keesokkan harinya sebab impian dia untuk menonton BoboiBoy The Movie masih belum tertunai. Sampai aje di TGV Bukit Raja, dia seolah boleh mengagak tujuan kami ke situ. Entah berapa kali dia dok menyebut terima kasih. Mama dia pun bila dok dengar anak kata camtu, memang kembang tak hingat!

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Tiket yang paling susah nak beli dalam sejarah. Hehe!

Pada siapa yang belum tengok cerita ni, memang YY sangat recommend korang pergi tengok. Memang sangat berbeza dengan siri TV BoboiBoy. Serius tak tipu!

Ada banyak aksi dan unsur humor yang buat orang dewasa juga sangat terhibur menonton. MyChintaHati kononnya dok bercita-cita nak tidur dalam wayang sebab dia dok bayangkan BoboiBoy The Movie adalah sama seperti cerita kartun lain yang dia biasa tonton. Tapi sepanjang cerita, dia langsung tak berkedip mata. Punyalah dahsyat penangan BoboiBoy The Movie!

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Muka-muka excited (^_^)

Boboiboy The Movie, memang TERBAIK!

Jalan cerita yang sangat menghiburkan dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik! YY sangat kagum dengan hasil kerja anak muda tempatan dalam menghasilkan filem bercorak animasi yang setanding dengan Holloywood atau mungkin lebih baik kerana ianya sangat dekat dengan semangat Malaysian. Semangat setia kawan yang wujud walau berbilang bangsa dan agama dapat dilihat sepanjang cerita.

Kesungguhan BoboiBoy dan rakan-rakan yang cuba menyelamatkan Ochobot dari buruan geng Tengkotak, is so inspiring. YY paling suka watak Papa Zola yang lucu dan bersahaja. Tak habis-habis dengan tagline "kebenaran" dia. Not to forget, watak Adu Du yang tergila-gilakan Kiki Ta yang juga sangat menghiburkan. Memang sangat berbeza dengan siri TV yang biasa ditonton. Malahan dalam filem ini juga Boboiboy dan rakan-rakan telah diupgrade dengan bantuan Sfera Kuasa.

Nak tahu siapa Sfera Kuasa yang menjadi buruan Bora Ra and the gang, kenalah tonton sendiri BoboiBoy The Movie yang berjaya memecah kutipan terbanyak dalam sejarah filem animasi tempatan dan kelima dalam senarai pecah panggung sepanjang zaman.

TERBAIKKKK!

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah

9:13:00 am Yana Yani 16 Comments

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah | Sabun Susuk Emas adalah produk zaman ini yang harus dimiliki bagi mereka yang mementingkan kecantikkan dan sekaligus menyerikan wajah. Berbeza dengan zaman dahulu, susuk digunakan untuk mencantikkan dan menyerikan wajah. Tetapi selari dengan peredaran zaman, pelbagai teknologi dan sifat inovatif manusia itu sendiri telah menghasilkan produk seperti Sabun Susuk Emas khusus untuk kecantikkan wajah tanpa perlukan mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah
Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah

Sabun Susuk Emas ini dihasilkan 100 peratus daripada herba semulajadi seperti kunyit (curcuma longa), cendana (santalum), beras (oryz sativa), minyak sayuran (vege oil) dan juga pati Rose. Kunyit yang merupakan rahsia utama Sabun Susuk Emas ini dibantu dengan cendana mempunyai antiseptik dan agen anti-bakteria yang mampu mengubat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan eczema. Ia juga terbukti berkesan memutihkan dan menyerikan kulit bak emas seawal tujuh (7) hari penggunaan.

Selain daripada memberikan seri bak emas kepada kulit, Sabun Susuk Emas ini juga mampu mengurangkan kedutan pada wajah dan memberi tegangan kepada kulit sekaligus menjadikan wajah kelihatan muda remaja. Jerawat yang kebiasaan membimbangkan kerana ia boleh mencacatkan penampilan mampu dihilang dan dihapus dengan menutup dan mengecutkan liang pori. Ia juga membantu memperbaiki tekstur dan tona kulit wajah bagi menghilangkan pigmentasi dan menjadikan kulit wajah lebih lembut.

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah
Wajah YY sebelum dan selepas pemakaian Sabun Susuk Emas

YY yang juga menggunakan produk ini selama dua (2) minggu amat kagum dengan hasil atau kebaikan yang diberikan. Jerawat yang kebiasaannya agak sukar dihapuskan, hilang setelah hanya empat (4) hari pemakaian. Malahan wajah YY nampak lebih bermaya dan berseri persis remaja belasan tahun! Kalau dok cerita dengan orang yang YY masih sekolah menengah pun, confirm orang percaya! Hehe!

Inilah penangan Sabun Susuk Emas.

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah
Sapukan buih pada wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas

Macamana cara nak gunakan Sabun Susuk Emas? Well, penggunaannya sama sahaja seperti kita menggunakan sabun pencuci muka yang lain. Kita perlu cuci muka terlebih dahulu bagi menghilangkan sebarang kekotoran pada wajah. Kemudian campurkan sedikit air pada sabun bagi membolehkan sabun mengeluarkan buih. Buih itu kemudiannya disapu rata di bahagian wajah, atau mana-mana bahagian badan yang bermasalah.

Biarkan buih Sabun Susuk Emas selama 5-10 minit di bahagian tersebut. Kemudian bilas dengan air bersih. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, korang disarankan untuk menggunakan Sabun Susuk Emas dua (2) kali sehari.

Sabun Susuk Emas Menyerikan Wajah
Sabun Susuk Emas harus dicuba bagi yang mementingkan kecantikkan

Harga untuk sekotak comel Sabun Susuk Emas adalah RM29.90 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. Harga yang ditawarkan sangat lumayan kepada poket korang sebab sabun ini boleh digunakan selama sebulan! Memang menarik! Tapi kalau korang nak lagi cantik dan tampak anggun, korang disarankan membeli set anggun menawan yang berharga RM79.00 termasuk kos penghantaran. Set anggun menawan mengandungi:

- 1 Sabun Susuk Emas
- 1 toner air mawar
- 1 pelembap aloevera

Untuk makluman lanjut atau korang berminat untuk menjadi agen drop shipper bagi produk Sabun Susuk Emas ini tanpa perlu menyimpan stok, korang boleh hubungi atau klik pautan di bawah.

Telefon: +6012 399 5719

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ibu Melahirkan Tuannya

11:37:00 am Yana Yani 12 Comments

Ibu Melahirkan Tuannya | Cerita ni sudah agak lama terperap dalam draft. YY tidak berkesempatan nak berkongsi mengenai isu ini sehinggalah hari ini. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, YY nak berkongsi sedikit isu ini yang kian menjadi barah dalam masyarakat kita. YY pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar ungkapan ibu melahirkan tuan. Sama ada kita sedari ataupun tidak, ia merupakan salah satu daripada ratusan tanda-tanda kiamat kecil yang telah, sedang dan terus berlaku pada waktu dan ketika ini.

Ia ada disebut dalam hadis Rasulullah SAW:
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab “Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi, “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi” - Hadith Riwayat Muslim

Perkataan Al Amah yang disebut di dalam hadis di atas memiliki dua maksud. Pertama, ia bermaksud ‘hamba wanita’ dan yang kedua ia bermaksud ‘wanita merdeka’. Para ulama yang berpegang kepada maksud ‘hamba wanita’ ini berpendapat apabila hamba tersebut melahirkan anak hasil perkahwinan dengan tuannya maka taraf anak tersebut secara automatik menjadi tuan kepada ibunya sendiri.

Para ulama yang berpegang kepada maksud yang kedua pula iaitu ‘wanita merdeka’ yang melahirkan tuannya ini membawa maksud bahawa akan banyaknya kederhakaan manusia kepada orang tua mereka khususnya terhadap ibu mereka sendiri. Klik untuk [Sumber]

Ibu Melahirkan Tuannya

Bila YY terbaca mengenai hal ini, YY terasa sangat berdosa pada Mak YY sendiri. Selama YY bekerja, Afif dan Aisyah seawal usia tiga bulan adalah di bawah jagaan Mak YY. YY mula tak keruan. Terasa sangat bersalah yang sukar digambarkan. Tidur malam yang sebelum ini sukar bertambah sukar. Persoalan yang sama sering berlegar di dalam kepala YY. Adakah selama ini YY tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas?

Untuk lebih pencerahan, YY cuba menghubungi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui fan page rasmi beliau di Facebook. YY menceritakan apa yang membelenggu fikiran YY selama ini. Penjagaan Afif dan Aisyah diberikan kepada Mak YY kerana dia sendiri kurang yakin dengan orang lain. Tambahan pula Afif dan Aisyah mampu menyinari kehidupan mereka berdua yang sunyi selepas anak-anak keluar bekerja.

Persoalan YY dijawab oleh DMFK melalui screen shot di bawah

Ibu Melahirkan Tuannya
Jujurnya YY terasa lega apabila jawapan tersebut diberikan.

Bebanan perasaan yang dialami sebelum ini beransur surut. Pun begitu YY sedang berusaha untuk tidak menjadikan suasana seperti ini berterusan. YY sedar Mak dan Abah YY semakin uzur. Sebab tu idea menjadi suri rumah sepenuh masa diusulkan kepada MyChintaHati. Dia takde masalah, yang menjadi masalah adalah kerja YY sekarang ni. Entah berapa kali YY hantar resign letter, semua kena rejected dengan alasan khidmat YY masih diperlukan. Semoga niat YY ini dipermudahkan.

Anywhere, kita harus beringat bahawa Islam meletakkan martabat ibubapa kita pada tempat yang tertinggi. Mereka adalah orang yang teristimewa dalam hidup kita selepas Allah dan Rasul. Kedurhakaan kepada kedua ibubapa seolah-olah kedurhakaan kepada Allah. Begitu juga dengan keredhaan mereka adalah keredhaan Allah. Oleh itu kita wajiblah mentaati dan berakhlak yang sebaik-baiknya pada kedua ibubapa kita.

So kawan-kawan semua, marilah kita semua tanamkan di dalam hati untuk terus berbakti kepada kedua ibubapa kita selama mana mereka masih ada. Semoga kita semua mampu menjadi anak yang soleh dan solehah yang menjadi dambaan setiap ibubapa اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata

7:02:00 am Yana Yani 18 Comments

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata | Umum mengetahui bahawa kopi merupakan minuman paling popular di dunia. Ia merupakan minuman yang sentiasa diminum oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Di Amerika contohnya, hampir separuh daripada penduduk negara tersebut meminum kopi sebagai rutin harian di awal pagi. YY sendiri tak terkecuali meminum kopi walau pernah berhenti beberapa ketika kerana migraine yang teruk. Setakat ke hari ini, YY masih penggemar kopi (^_^)

Disebabkan itu, YY sangat berbesar hati untuk memperkenal jenama kopi CEN-Roma yang bukan sahaja sedap dari segi rasa, bahkan baik untuk kesihatan mata. Kopi CEN-Roma juga merupakan satu-satunya kopi yang mempunyai kebaikan untuk penjagaan mata. Menarik bukan?

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Kopi CEN-Roma terbukti berkesan untuk kesihatan mata

Betul ke kopi CEN-ROMA baik untuk penjagaan mata? Hasil daripada penyelidikan klinikal mengatakan bahawa kita perlu mendapatkan 10mg lutein sehari untuk penjagaan mata. Apa yang menarik, kopi CEN-Roma ini mengandungi 0.34% lutein dalam setiap sachet dan ini jelas membuktikan bahawa kopi CEN-Roma amat baik untuk penjagaan mata.

Apa pula menatang lutein tu? Lutein merupakan pigmen berwarna kuning dalam kumpulan karotenoid yang terdiri daripada sekumpulan pigmen merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Lutein juga merupakan anti oksida yang berpotensi melindungi mata daripada kecederaan akibat cahaya biru dengan menapis cahaya tersebut daripada mengenai lapisan sel-sel dalam mata.

Banyak kajian telah melaporkan lutein mengurangkan risiko mendapat penyakit mata yang kronik, termasuk katarak dan kemerosotan fungsi makula akibat peningkatan usia, AMD (age-related macular degeneration). Malangnya agak sukar mendapatkan lutein terutamanya daripada makanan kerana kita perlu mengambil jumlah hidangan sayuran dan buahan yang sangat banyak.

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Setiap sachet kopi CEN-Roma mengandungi 0.34% lutein yang baik untuk mata

Justeru pengambilan makanan tambahan seperti kopi CEN-Roma adalah perlu untuk penjagaan mata. Malahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, FloraGlo lutien yang merupakan jenama lutein yang terkenal dan telah dipatenkan di Amerika oleh Kemin Health Industries Inc telah digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan kopi CEN-Roma.

FloraGlo lutein dihasilkan dari ekstrak bunga Marigold Afican yang ditanam di Thailand tanpa terdedah kepada sebarang racun perosak.

Keenakkan Kopi CEN-Roma Yang Baik Untuk Mata
Kopi CEN-ROMA sangat sedap dari segi rasa

Kalau ditanya dari segi rasa berdasarkan pengalaman peribadi YY yang turut mencuba, Kopi Cen-Roma ini sangat enak dan ia juga merupakan produk kopi yang rendah kafein. Bab HALAL, rest assured bahawa kopi CEN-Roma mempunyai pensijilan HALAL yang disahkan oleh JAKIM. Bahkan kopi CEN-ROMA juga memiliki sijil ISO yang membuktikan kredibiliti produk dari segi kualiti dan sebagainya mampu memenuhi jangkaan para pelanggan.

Setiap kotak kopi CEN-ROMA mengandungi 15 sachet dan ianya boleh diminum oleh segenap lapisan masyarakat terutam yang mementingkan penjagaan mata. Untuk makluman lanjut mengenai produk kopi CEN-ROMA ini, korang boleh hubungi maklumat yang diberikan di bawah

ROSHIDAYU CHE MAT ENTERPRISE
38 Jalan Cekap 25/45
Taman Sri Muda
Seksyen 25, 40400 Shah Alam

Telefon:
Roshidayu, +6016 217 74576 / +60111 767 8730
atau
Zamri, +6019 298 2842 / +60111 076 6012

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rindu Saya Tak?

1:16:00 pm Yana Yani 24 Comments

Lama juga blog YY ni tak berupdate rupanya. Lebih dua minggu. Pecah rekod ni. Ada yang rindu tak? Hehe! YY dan keluarga, Alhamdulillah sihat-sihat sahaja. Nothing happen. Ada aje ni huh! Cuma agak sibuk dengan rutin harian dunia realiti. Atas sebab itu YY tak sempat nak melakukan rutin dunia maya sepertimana kebiasaannya.

YY juga berat hati nak maklumkan bahawa rutin dunia maya mungkin tak akan lagi mampu dilakukan sekerap dulu terutama aktiviti blog walking, YY minta maaf banyak-banyak kepada rakan blogger yang lain. Rindu juga nak baca cerita rakan blogger tapi apa yang berlaku kebelakangan ini merupakan sesuatu yang di luar kawalan. Tak dapat nak elak. Insya ALLAH YY akan sampai ke teratak korang, cuma nak buat aktiviti mengebom seperti sebelum ini adalah agak sukar. Masa sangat mencemburui.

Begitu juga dengan update entry di blog. Keutamaan hanya diberikan kepada entry berbayar atau sebarang review. Rezeki tahun ini walau blog tidak lagi di update sekencang dahulu, masih ramai yang memberikan kepercayaan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Whereas untuk entry berbentuk peribadi yang merupakan trademark blog Diari Seorang Mama akan hanya dilakukan bila berkelapangan.

Bagi pembaca setia blog YY pasti menyedari bahawa penyeri dan juga pencetus idea di blog YY ni adalah Afif dan Aisyah. Mereka berdua lebih popular berbanding YY. Fakta tu! Bila YY lama tak update, soalan yang kerap ditanya adalah macamana keadaan Afif dan Aisyah. So bagi tidak menghampakan YY selitkan gambar terbaru mereka buat yang merindui. Gambar di bawah ini adalah peristiwa semalam.

Rindu Saya Tak?
Bila budak dua beradik ni dapat posing. Bukan main lagi!

Tengahari kami menghadiri kenduri kahwin sepupu MyChintaHati yang terletak tidak jauh dari rumah parent MyChintaHati. Lama juga dekat situ, rewang apa yang patut. Di sebelah petang pula kami ke Setia City Mall. Antara port wajib kami kebelakangan ini sejak playground di Taman Tasik Shah Alam sedang dinaik taraf. Kalau sesiapa terjumpa kami di sini, hai hai lah ye (^_^)

Mereka berdua beradik ni Alhamdulillah sihat, aktif seperti kebiasaannya dan masih lagi kerap bercakaran hatta untuk benda simple pun.Hehe!

Tengah seronok dok kejar buih sabun

YY rasa itu sahaja yang dapat YY bebelkan untuk hari ini. Insya ALLAH panjang umur, akan ada entry lain menyusul. Tapi mungkin banyak entry berbayar dan review sahaja. Maklumlah, awak sedang belajar menjana pendapatan daripada blog. Hehe!

Kot ada yang rindu YY, boleh aje hubungi YY melalui mana-mana link di atas. YY ada aje. Cuma tak mampu nak update blog sekerap dulu. Itu aje. YY sekarang sedang dalam proses menyiapkan diri menjadi full time housewife. Kalau semuanya dipermudahkan, maka mungkin YY akan kembali aktif seperti dulu. Buat masa sekarang, semuanya hanya mungkin. Biar masa menentukan.

Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye korang. Assalamualaikum.

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...