Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO

8:00:00 am Yana Yani 31 Comments

Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO | YY sedang mempelajari teknik search engine optimization (SEO) dengan +Ahmad Hasif. Seolah kembali ke zaman universiti, ada pelbagai tugasan perlu dilakukan. Terbaru YY perlu menyediakan artikel mengenai kefahaman YY tentang readability score. YY juga perlu jelaskan sama ada readability score mempunyai kepentingan dalam SEO. Pening juga dibuatnya. Tapi nak belajar punya pasal, hadap ajelah. Hehe!

Apakah Kepentingan Readability Score Dalam SEO
Readability score: Menulis penulisan yang mudah dibaca dan difahami

Apakah Readability Score?

Dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada kefahaman pembaca terhadap apa sahaja bentuk penulisan. Ia boleh jadi buku, blog atau sebagainya. Jika penulisan kita terlalu sukar difahami, ia akan meninggikan bounce rate. Bounce rate merujuk kepada kadar pembaca yang meninggalkan blog kita selepas membaca sebahagian kandungan blog post tanpa klik pada blog posts yang lain.

Harus diingat sesiapa sahaja mencari maklumat di enjin carian seperti Google bagi membantu mereka memahami sesuatu dengan cepat dan mudah. Takde sesiapa yang suka membaca penulisan yang susah difahami. Sayangnya, kebanyakkan blogger termasuk YY tidak menyedari kaitan readability dan SEO.

Apakah kepentingan Readability Score dalam SEO?

Ianya sangat penting. Sebab? Kandungan artikel yang mudah dan ringkas dibaca akan memudahkan ia tersenarai dalam top page di Google. Oleh itu, penting untuk kita memastikan penulisan kita senang difahami dan ringkas.

Jadi bagaimana kita memastikan sama ada artikel kita mudah dibaca atau tidak? Terdapat banyak cara pengiraan. Tapi yang paling tepat adalah Flesch-Kincaid Readability. Untuk check level readability blog post, klik [Readability Score]

Dalam formula Flesch-Kincaid Readability, pengiraan bergantung kepada penggunaan perkataan dalam satu ayat dan juga suku kata. Keduanya harus pendek dan minimal. Google sukakan artikel berbentuk sedemikian.

Dengan mempunyai level readability yang tinggi, ia sekaligus mengurangkan bounce rate. So tulislah berdasarkan apa yang kita mahir. Tapi pastikan ianya mudah difahami dan ringkas. YY harap korang semua faham kaitan readability score dalam SEO dengan ulasan ringkas ini

Klik [Teknik SEO Readability Score] untuk maklumat lebih lanjut.

31 comments:

  1. tak faham akak ni yana..hehehe,berkarat dah otak nak faham bab2 belajar nih, akak main tulis je apa yang akak nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun baru ni faham kak
      tak penah tahu sebelum ni

      Delete
  2. kena baca & fahamkan betul-betul ni

    ReplyDelete
  3. daku tak wey....bace entry ko yana dpt le sikit gambarannyer....tapi blur2 gak hah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat gambaran tu dah bagus
      maksudnya entry daku cukup simple lah ni...hehe
      takpe2...lelama paham juga nanti...hehe

      Delete
  4. Rajin belajo... Keep it up sis..

    ReplyDelete
  5. Hihii tak penah tau plak... seronok juga godek2...
    TQ infonya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau tak sebab kelas ni, tak tahu juga...hehe
      apapun harap bermanfaat ye =)

      Delete
  6. Terbaik.. hari ini baru dapat tahu tentang 'bounce rate' patut la kalau tulis panjang2 orang bukan nak baca.. Lagi simple focus pada kandungan berisi asalkan simple dengan tujuan bertulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lega dengar apabila ianya beri manfaat pada orang lain
      betul, kena simple and pendek
      kena serapkan juga teknik SEO yang lain
      insya allah ada hasilnya nanti =)

      Delete
  7. kan saya dah kata yana, nasib ada ubah and tambah mengenai secara ringkas pasal bounce rate.. dapat memberi info kepada mejuez.. keep it up..

    Jalan2 sini.. Jom baca

    Teknik Untuk Tingkatkan Trafik Blog> article.

    ReplyDelete
  8. saya pun baru tahu sejak join kelas ni
    kalau tak silap ianya baru diperkenalkan
    sayanganya kebanyakkan blogger malaysia tak tahu
    tapi blogger indonesia dah ke depan bab ni

    saya memang bercadang nak serius dalam bidang blog lepas ni
    tapi tengoklah kalau tiada aral melintang

    ReplyDelete
  9. Ilmu yg tak sia-sia dipelajari... semoga dipermudahkan ilmu dan sukses semuanya... all the best YY!!... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih KK
      saya masih bertatih bab benda ni =)

      Delete
  10. Yang penting sampai maksud kepada pengguna.

    ReplyDelete
  11. tq for sharing.
    aida da cek score :) biasa2 aje hi hi...
    meaning ~ post kita kena ringkas and senang org baca kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah aida
      saya pun baru belajar...hehe
      yup tepat sekali
      post yang ringkas dan mudah difahami selain menarik orang baca
      juga menarik perhatian search engine
      ini menyebabkan post kita senang tersenarai dalam top post di search engine

      Delete
  12. Replies
    1. haha...takpe
      saya juga ambil masa nak hadam =)

      Delete
  13. Gunakan bahasa yang mudah supaya senang di fahami. Maknanya sebelum menulis itu kita terlebih dahulu kena faham barulah boleh buat orang lain faham.
    Suka post nih! sekarang Mrs. A dah faham sikit apa itu bounce rate kena digging lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu mrs A
      kita sebagai penulis perlu mengusai teknik untuk menarik minat pembaca
      post yang panjang berjela belum tentu ada pembaca
      ini penyebab kepada bounce rate yang tinggi
      senang cite, kita kena buat post tu ringkas dan mudah difahami
      macam kita buat summary masa zaman sekolah dulu =)
      gitulah cara tuk menarik perhatian pembaca dan juga google
      kalau berjaya, post kita akan tersenarai dalam top post search engine

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...