Ibu Melahirkan Tuannya

11:37:00 am Yana Yani 12 Comments

Ibu Melahirkan Tuannya | Cerita ni sudah agak lama terperap dalam draft. YY tidak berkesempatan nak berkongsi mengenai isu ini sehinggalah hari ini. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, YY nak berkongsi sedikit isu ini yang kian menjadi barah dalam masyarakat kita. YY pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar ungkapan ibu melahirkan tuan. Sama ada kita sedari ataupun tidak, ia merupakan salah satu daripada ratusan tanda-tanda kiamat kecil yang telah, sedang dan terus berlaku pada waktu dan ketika ini.

Ia ada disebut dalam hadis Rasulullah SAW:
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab “Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi, “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi” - Hadith Riwayat Muslim

Perkataan Al Amah yang disebut di dalam hadis di atas memiliki dua maksud. Pertama, ia bermaksud ‘hamba wanita’ dan yang kedua ia bermaksud ‘wanita merdeka’. Para ulama yang berpegang kepada maksud ‘hamba wanita’ ini berpendapat apabila hamba tersebut melahirkan anak hasil perkahwinan dengan tuannya maka taraf anak tersebut secara automatik menjadi tuan kepada ibunya sendiri.

Para ulama yang berpegang kepada maksud yang kedua pula iaitu ‘wanita merdeka’ yang melahirkan tuannya ini membawa maksud bahawa akan banyaknya kederhakaan manusia kepada orang tua mereka khususnya terhadap ibu mereka sendiri. Klik untuk [Sumber]

Ibu Melahirkan Tuannya

Bila YY terbaca mengenai hal ini, YY terasa sangat berdosa pada Mak YY sendiri. Selama YY bekerja, Afif dan Aisyah seawal usia tiga bulan adalah di bawah jagaan Mak YY. YY mula tak keruan. Terasa sangat bersalah yang sukar digambarkan. Tidur malam yang sebelum ini sukar bertambah sukar. Persoalan yang sama sering berlegar di dalam kepala YY. Adakah selama ini YY tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas?

Untuk lebih pencerahan, YY cuba menghubungi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui fan page rasmi beliau di Facebook. YY menceritakan apa yang membelenggu fikiran YY selama ini. Penjagaan Afif dan Aisyah diberikan kepada Mak YY kerana dia sendiri kurang yakin dengan orang lain. Tambahan pula Afif dan Aisyah mampu menyinari kehidupan mereka berdua yang sunyi selepas anak-anak keluar bekerja.

Persoalan YY dijawab oleh DMFK melalui screen shot di bawah

Ibu Melahirkan Tuannya
Jujurnya YY terasa lega apabila jawapan tersebut diberikan.

Bebanan perasaan yang dialami sebelum ini beransur surut. Pun begitu YY sedang berusaha untuk tidak menjadikan suasana seperti ini berterusan. YY sedar Mak dan Abah YY semakin uzur. Sebab tu idea menjadi suri rumah sepenuh masa diusulkan kepada MyChintaHati. Dia takde masalah, yang menjadi masalah adalah kerja YY sekarang ni. Entah berapa kali YY hantar resign letter, semua kena rejected dengan alasan khidmat YY masih diperlukan. Semoga niat YY ini dipermudahkan.

Anywhere, kita harus beringat bahawa Islam meletakkan martabat ibubapa kita pada tempat yang tertinggi. Mereka adalah orang yang teristimewa dalam hidup kita selepas Allah dan Rasul. Kedurhakaan kepada kedua ibubapa seolah-olah kedurhakaan kepada Allah. Begitu juga dengan keredhaan mereka adalah keredhaan Allah. Oleh itu kita wajiblah mentaati dan berakhlak yang sebaik-baiknya pada kedua ibubapa kita.

So kawan-kawan semua, marilah kita semua tanamkan di dalam hati untuk terus berbakti kepada kedua ibubapa kita selama mana mereka masih ada. Semoga kita semua mampu menjadi anak yang soleh dan solehah yang menjadi dambaan setiap ibubapa اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

12 comments:

  1. Isu sensitif nih... Pokok pangkal nyer pada niat kita dan penerimaan ibubapa... Jujur dan ikhlas itu perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tapi bukan semua orang tahu niat kita
      tapi dalam kes ni, DMFK dah tegaskan bagaimana penerimaan ibubapa
      kalau mereka ok, maka tiada masalah

      Delete
  2. sebenarnya boleh bila mak ayah kita sendiri yang minta untuk jaga, tapi jangan kita anggap makayah tu sebagai penjaga anak2 kita je, pernah terbacalah ustaz cakap macam tu.

    macam akak ni memang mak mentua nak jaga tapi akak tak bagi sebab dorang jauh, kalau dekat takde masalah, macam setiap hari ambil bila balik kerja, ini sebulan sekali baru jumpa memang taknaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang saya tak tahu kak
      masa tuk dok viral benda ni. saya jadi tak keruan tau
      pastu mujur juga DMFK ni jawab pertanyaan saya
      baru rasa lega sikit

      saya ni kebetulan mak abah dok dekat
      kalau dok jauh, memang dah lama saya jadi housewife =)

      Delete
  3. Betul tu, YY. Kalau ibu bapa redha, mereka pun kudrat masih kuat tak jadi masalah. Bak kata YY lah, boleh buat hilang sunyi tengok keletah cucu. Ada segelintir tu terang2 mak ayah kurang sihat, suruh juga jaga anak mereka yang perangai buas. Kesian tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau menurut kata DMFK, keredhaan ibubapa tu perlu
      bukan sebab kita yang paksa diorang
      diorang sendiri atas kerelaan hati, bukan sebab influence kita
      tapi tulah, saya ada juga terasa yang saya ni membebankan

      Delete
  4. moga surat letak.jawatan seterusnya diterima.
    insyallah

    yok berbakti pada ibubapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn. mudah-mudahan!
      saya memang teringin sangat kak yan

      Delete
  5. tq yy for sharing this.
    especially respon dmfk tu.
    now mak abah aida da tak larat jaga cucu.
    last time diorang volunteer utk jaga sebab risaukan cucu.
    bak kata emak aida, lebih baik mak jaga dari mak risau diorang x terjaga.
    now, anak2 aida da besar, dok umah atok uwan utk teman atok uwan.
    diorang plak bantu aida utk tgk2 kan emak abah if emak abah balik kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama nak share cite ni, sejak tahun lepas
      tapi tak berkesempatan
      harap perkongsian ni dapat membantu aida atau sesiapa yang perlukan
      yelah kan, sebagai anak, kita sendiri ada naluri tidak mahu menyusahkan
      insya allah, semuanya akan dipermudahkan

      Delete
  6. isu ni memang agak jadi perdebatan kan.tapi bagi IbuNoey satu jer,kalau mak bapa redha dan masih berkemampuan nak jaga cucu,tak ada masalah.lagilah kalau mak bapa sendiri yang offer diri sebab dorang rasa sunyi kan.mungkin itu boleh menggembirakan dorang.tapi jangan pula ambil kesempatan.bila mak bapa offer diri untuk jaga anak-anak kita,kita pula lebih suka habiskan masa di luar tengok wayang.berpada-padalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikalangan ulama juga menjadi perdebatan
      saya dulu agak was-was
      so bila DMFK dah jelaskan, maka saya rasa lega
      ye, saya setuju pendapat IbuNoey tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...