Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius
Membuli Mampu Mengakibatkan Jenayah Lebih Serius | Minggu lepas, kita digemparkan dengan kes buli yang "ganas". Mangsa yang berusia lapan tahun dipotong sebahagian kecil lidah oleh rakan sekolah yang lebih senior. YY yang punyai anak sebaya dengan mangsa, rasa geram sangat pada si pelaku. Serius tak boleh terima! Membayangkan saat berlakunya kejadian sangat mengganggu fikiran.Mangsa berkemungkinan besar mengalami trauma kesan daripada kejadian ini. Kalau hukuman setimpal tidak diberikan kepada si pembuli, sooner or later mereka mampu mengakibatkan jenayah yang lebih serius. Persoalannya adakah kanak-kanak yang dikategorikan naive ini mampu mendatangkan kecederaan serius pada orang lain?
YY teringat pada satu kes yang sangat popular di England pada era 90-an. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah diseksa dan dibunuh dengan kejam pada 12 Februari 1993. Pembunuhan kejam James Bulger menjadi perdebatan hangat sehingga ke hari ini. Malahan faktor umur orang yang mengakibatkan kematian juga telah merubah sistem undang-undang Britain.
James Bulger |
Jon Venables dan Robert Thompson, keduanya didapati bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh. Ketika kejadian dilakukan, mereka hanya berusia sepuluh tahun. Mereka juga menjadi pesalah termuda dalam sejarah moden English.
Mengikut fakta kes, James Bulger mengalami 42 kecederaan. Besi seberat 10kg yang dihempap kepada mangsa merupakan punca kematian. Tidak cukup dengan itu, mayat mangsa telah diletakkan di track keretapi bagi menyembunyikan punca sebenar kematian. Dua hari kemudian, mayat mangsa yang berkecai telah ditemui.
Jon Venables dan Robert Thompson, pembunuh James Bulger |
Jon Venables dan Robert Thompson dijatuhkan hukuman tahanan sehingga mereka mencapai usia dewasa. Bagaimanapun mereka berdua dibebaskan pada usia 18 tahun dan diberikan identiti baru. Pembebasan mereka mencetuskan amarah awam terutama keluarga James Bulger. Klik, [Murder of James Bulger] untuk makluman lanjut.
Cara hidup dan cerita yang ditonton oleh si pembunuh merupakan antara penyebab pembunuhan James Bulger. Mereka dikatakan terpengaruh dengan watak Chunky dalam cerita Child's Play. Oleh itu penting kita sebagai parent memantau apa sahaja yang ditonton oleh anak-anak kita. Kanak-kanak mudah terpengaruh dan meniru apa sahaja aksi yang ditonton. Molek untuk kita sentiasa bersama mereka ketika menonton.
Sebagai orang awam, kita juga bertanggungjawab membantu dalam mengatasi kes buli. Kalau nampak atau mendengar sebarang cerita, ambil tindakan. Ia mungkin boleh membantu mangsa. Dalam kes James Bulger, seramai 38 saksi dipanggil dan tiada seorang pun mampu mengesan mangsa dalam bahaya. What's a pity.
Diharap kes James Bulger ini mampu membuka mata masyarakat di Malaysia, bahawa kejadian buli mampu mengakibat jenayah yang serius di kemudian hari. Betul mereka hanya kanak-kanak yang naive. Tapi dengan menggunakan alasan sedemikian tidak dapat membantu mereka. Pembuli kebiasaannya mempunyai masalah tersendiri. Jesteru mereka melepaskannya dengan cara membuli orang lain.
Kalau sayangkan mereka, bantu mereka untuk keluar dari masalah itu. Bantuan kita mungkin membantu mengurangkan peluang mencipta penjenayah di masa depan.
Buat Adik Muhammad Ali Shukran, Acik Yana dari kejauhan mendoakan semoga Adik cepat sembuh. Insya ALLAH dengan bantuan keluarga, rakan-rakan dan guru-guru, Adik mampu hadapi semua ini. Jangan takut dan jangan bimbang, ALLAH bersama kita.
UPDATE : Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa berpunca daripada dirinya sendiri dan bukan disebabkan kes buli.
Lidah antara bahagian paling sensitif. Even kalau kita tergigit lidah pun sakit. Kalau ikut logik, mana mungkin kita mampu memotong lidah kita sendiri dak? Emm
34 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿