Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam | Sejak bermula puasa, antara
entry yang paling popular di dalam Diari Seorang Mama adalah
Iftar Di Dataran Shah Alam. Ramai rupanya mencari maklumat mengenai iftar di tempat terbuka
ni.
Iftar atau berbuka puasa secara santai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam kehidupan YY. Ia sesuatu yang rutin atau lebih tepat, tradisi.
Even sebelum berkahwin
pun YY
dah agak kerap melakukannya. Bezanya dulu dengan kawan-kawan, sekarang pula dengan keluarga kecil kami (^_^)
Kalau
nak ikut pengiraan tahun,
dah cukup sedekad YY berbuka di sini. Dalam sebulan puasa
tu, mesti kena ada sekali berbuka di sini. Kalau
tak, rasa macam
tak seronok. Dulu orang
tak ramai, kosong
aje. Hanya ada segelintir yang berbuka di sini. Tapi sekarang tempat
ni penuh dengan orang terutama ketika cuti hujung minggu.
Persedian utama untuk ke sini adalah
korang perlu buat
decision sama ada
nak masak sendiri atau
pun membeli di bazar yang terletak di kawasan berhampiran. Kalau keluarga YY, kami lebih suka membeli di bazar. Mudah dan sekaligus meringan kerja YY.
Hehe! Bazar paling hampir dengan Dataran Shah Alam ini adalah di Kompleks PKNS.
Tips seterusnya adalah menyediakan peralatan asas seperti alas untuk duduk sama ada tikar atau paling mudah, gunakan sahaja surat khabar lama. Kalau YY memang biasanya hanya menggunakan surat khabar lama.
Tak payah rungsing
nak cari tikar yang ada kemungkinan perlu di cuci selepas penggunaan.
Tapi tahun
ni kami hanya duduk atas rumput sebab berbuka di sini tanpa dirancang (^_^)
Selain itu,
korang perlu sediakan air mineral secukupnya untuk memudahkan
korang basuh tangan. Ada tempat untuk basuh tangan, tapi agak jauh.
Tak berbaloi kalau setakat
nak basuh tangan
aje.
Korang juga boleh sediakan sudu, garfu, pinggan mangkuk, cawan dan sebagainya. Ikut kesesuaian makanan yang
korang beli atau bawa.
Sekarang kalau beli makanan di bazar ada disediakan makanan atau minuman di dalam bekas. Senang. Kalau dulu, susah
giler!
Nak beli air dalam cawam macam
mission impossible! Mungkin peniaga sekarang sudah
alert dengan konsep berbuka secara santai
ni.
Tolong juga sediakan plastik sampah. Di kawasan sekitar memang ada banyak tong sampah disediakan. Tapi dia
tak dapat menampung sampah yang terlalu banyak. Kadang kesian dengan azab yang terpaksa dilalui oleh tong sampah. Mulut dia
dah penuh,
korang sumbat juga! Kalau dia boleh bercakap, memang habis segala kata carutan keluar.
Confirm!
Bab kawasan untuk bersolat,
tak usah risau. Masjid Negeri terletak dekat sebelah
aje. Boleh sangat
nak berjalan kaki. Tapi kalau rasa susah juga, kawasan untuk solat ada disediakan. Telekung dan sejadah juga ada disediakan. Agak selesa sebab semua kemudahan dijaga dengan baik. Tinggal
nak buat dengan
tak nak buat
aje (^_^)
Apa yang seronok apabila berbuka di sini adalah kita semua seolah seperti berada di dalam sebuah keluarga yang besar. Itu yang buatkan berbuka di sini sebagai satu keseronokkan.
Makan
pun rasa berselera bila
dah ramai-ramai macam
ni (^_^)
Afif dan Aisyah juga bebas apabila berbuka di sini. Seronok
aje berlari ke sana ke mari. Kalau bernasib baik,
diorang akan berjumpa kawan baru. Kalau
dah lepas bebas macam
ni, memang
tak adanya
diorang nak pedulikan Mama
or Papa
diorang. Sibuk dengan main
aje. Tapi YY pun rasa seronok tengok diorang
happy (^_^)
Kalau sesiapa yang belum pernah cuba berbuka dengan cara begini, YY sangat
recommend korang buat sebab ia sememangnya seronok! Tapi semua
ni bergantung kepada individu. Kadang keseronokkan YY belum tentu keseronokkan yang sama pada
korang.
Level kepuasan untuk berseronok adalah berbeza bagi setiap individu.
So find your own happiness (^_^)
Gambar bawah
ni YY sengaja tempek sebab nampak macam cantik
aje. Pandaikan YY
snap gambar? Pujilah! Pujilah!
Hehe! Guna kamera cap ayam
aje tu (^_^)
P/S - Ramadhan
dah semakin hampir meninggalkan kita. Entah ketemu ke tidak Ramadhan yang akan datang. Terbaca status di Facebook isteri jiran YY yang meninggal baru-baru
ni. Dia letak gambar dia dan keluarga lengkap berbaju raya pada tahun lepas dengan
caption, "
Tak sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir kita bersama"
Tiba-tiba mata YY masuk habuk. Sedih!
45 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿