Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif

Sabtu malam minggu lepas, majlis sambutan hari jadi untuk Abah YY a.k.a Aki dan Afif diadakan. Kira dah agak lama. Baru sekarang YY dapat ceritakan. Punyalah sibuk sangat katanya. Hehe! Nak buat camne lagikan. Situasi yang bukan dipinta, terpaksa juga hadap. The good thing is, dapat juga update blog walau tak sekerap dulu.

Anyway, Abah YY dan Afif berkongsi bulan kelahiran yang sama. Beza sehari sahaja. So Sabtu lepas, adik-adik YY mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka berdua. YY hanya datang makan aje. Tulah untungnya ada adik-beradik ramai dan paling best menjadi hak paling tua! Hehe!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Antara makanan yang ada pada malam tu

Alhamdulillah, banyak juga rezeki kami pada malam tu.

Orang ni bawa sikit, orang tu bawa sikit, benda sikit pun jadi banyak, YY pun berganda size lepas tu. Dah macam ikan buntal kejadiannya. Mananya tidak, YY yang asalnya hanya bawa perut kosong mengalami kesukaran untuk bangun selepas tu sebab overload! Hehe! Niat nak berdiet tu memang harapan ajelah!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aki dan Afif potong kek

Afif ceria aje sebab dapat potong kek dengan Aki dia. Agaknya pasal tu dia tak heran sangat bila esoknya YY buatkan kek, dia main lahap aje tanpa sempat YY ambil gambar. Cerita pasal kek yang dia request ada YY ceritakan di sini.

Abah YY pun sama. Seronok aje sepanjang malam tu. Memang jelas nampak kegembiraan pada raut wajah dia. Mungkin dia rasa bahagia bila kesemua anak, menantu dan cucu ada di sisi meraikan hari yang cukup penting dalam hidup dia.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aisy, Anis, Angah, Afif dan Khaira sempat lagi posing walau tengah makan.

Malahan kami semua rasai keseronokkan yang sama pada malam itu walau cuaca agak sejuk disebabkan hujan lebat sejak petang. Ianya tidak sedikit pun merosakkan kelancaran sambutan yang diadakan secara kecil-kecilann ini. Dapat juga berkumpul semua dalam rumah di mana kami enam beradik dibesarkan.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Posing lagi mereka ni. Pantang kamera dihala pada diorang!

YY tak teringat langsung nak ambil gambar kesemua adik-beradik YY pada malam tu. Entah kenapa hidangan satay dan KFC pada malam tu buat YY lupa sekejab suasana disekililing. Dapat pula makan kek Red Velvet daripada Resipi Rahsia. Memang marvelous! Makan memang tak pandang keliling dah! Sedap betul makan benda yang ada banyak kalori tu. Hehe!

Yang pastinya we had a very good time malam tu. Sangat memorable. Entah bila suasana dan keadaan seperti itu dapat diulangi semula. Yelah, masing-masing ada tanggungjawab dan tuntutan peribadi yang perlu dilaksanakan. Kadang terasa cepat betul masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak, zaman di mana walau kami sering bergaduh tapi kami cukup seronok.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Dulu YY kecil aje, sekarang dah sama besar dengan Abah. Hehe!

Apapun, sambutan hari jadi Aki dan Afif memang meriah malam tu. Kalau boleh YY nak ulang semula apa yang berlaku pada malam tu. Especially part makananlah! Makanan malam tu best belaka! Nak pula orang belanja, memang best sangatlah! Hehe! Dasar pelahap! Dah tu ada hati nak kurus katanya! Mimpilah YY wei! (^_^)

Rabu ni hari jadi Aisyah pula. Tak tahulah sempat ke tidak nak buat sambutan sebab hari bekerjakan. Biasa buat juga walau hanya secara kecilan. Yelah, benda yang membawa erti seperti ini harus disambut mengikut justification YY. Hehe!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY mengenai sambutan hari jadi Aki dan Afif. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Esok, Insya Allah kita akan masuk ke bulan terakhir dalam kalendar Masihi untuk tahun 2015. Sungguh pantas masa berlalu kan? Tak terkejar kita dibuatnya.


Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan

Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan | Hari dengan berbesar hatinya YY nak share resipi congo bar yang hanya menggunakan sukatan cawan. Sebenarnya ini adalah pertama kali mencuba resipi congo bar ni. Cis! Baru pertama kali cuba ada hati nak share resipi? Hehe! Tak apalah dak? Lagipun memang sangat mudah dan sedap berbanding kek yang biasa YY buat.

Resipi asal YY perolehi daripada +Diana Rashid time dok Google resipi untuk congo bar ni. Terus tergerak hati nak cuba sebab nampak sangat mudah cara penyediannya. Tapi YY tidak 100 peratus mengikut resipi asal. YY olah mengikut bahan yang YY ada di rumah. Klik [resipi asal]

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY yang sudah siap dibakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk congo bar adalah:

- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula perang
- 3 biji telur
- 3 tbsp serbuk coklat
- 1 tsp esen vanila

Untuk bahan tambahan, YY menggunakan coklat chip dan juga coklat masakan.

Sebelum sediakan adunan untuk congo bar ni, pastikan oven dipanaskan mengikut suhu yang bersesuaian. YY gunakan suhu 180C. Pastikan juga loyang sudah disapukan marjerin dan diletakkan kertas kek. Tapi YY hanya menggunakan aluminium foil. Jadilah! Janji senang nak angkat bila dah masak nanti (^_^)

Mula-mula sekali ayakkan tepung naik sendiri bersama dengan serbuk koko. Lepas tu letak di tepi. Pukulkan mentega dan juga gula perang. Masukkan pula telur. Pukul lagi untuk seketika. Campurkan tepung dan serbuk koko yang sudah diayak tadi. Gaul sehingga rata menggunakan senduk kayu. Lepas tu YY campurkan coklat cip.

Lepas tu YY letakkan sebahagian adunan ke dalam loyang yang telah YY sapukan dengan marjerin dan letakkan aluminium foil tadi. YY letakkan pula coklat masakan yang YY telah potong ke atas adunan. Lepas tu YY tutup coklat masakan tu dengan lebihan adunan tadi.

Masukkan dalam oven yang dipanaskan tadi selama 40 ke 50 minit. Masa dan suhu ini berdasarkan jenis oven korang. Lain oven, lain juga suhu dan masa. Kena pandai adjust.

Bila dah masak tu, kena tunggu sejuk. Jangan terus potong. Dengar cerita congo bar ni akan berderai jika dipotong ketika masih panas.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY dari bahagian tepi

Bila dah sejuk tu, bolehlah potong. Serius memang sedap! Tak tipu! YY terus dah terjatuh cinta dengan rasa dia tambahan pula ianya lebih mudah dari segi penyedian. Confirm akan buat lagi! Mungkin YY akan cuba letak bahan tambahan lain pula in the future.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Keadaan rupa congo bar setelah dipotong

Aisyah sangat suka dengan congo bar ni. Banyak kali juga dia dok berulang makan. Bangun tidur pun cari congo tu dulu. Mungkin sedap pada tekak dia. Tapi Afif tak suka. Dia kata keras terutama di bahagian luar tak macam yang biasa YY buat. Hehe! Memang camtulah rasa congo bar sayang wei!

Agaknya sebab dia rongak kot. Susah nak makan. Hehe!

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Aisyah tengah dok syok makan congo bar

YY sangat galakkan korang cuba buat congo bar ni. +Diana Rashid siap ada business buat benda ni tau. Manalah tahu korang pun boleh buat business juga macam dia. Kalau suruh YY, memang tak lah jawabnya. Untuk makan sendiri aje boleh buat. Hehe!

Rasanya itu ajelah bebelan YY di hujung minggu ni. Take a good care of yourself ye. Semoga ketemu lagi di lain entry. Assalamualaikum

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan


Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh

Sejak tahun lepas, Afif dah mula pandai countdown hari menjelang birthday dia. So boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan membelek kalendar. Kalau boleh semua orang dia nak beritahu yang birthday dia dah dekat. Dia juga dah maklumkan YY awal-awal cara dia nak celebrate birthday dia yang ketujuh pada tahun ni.

Tahun ni Afif requested YY untuk menyediakan cupcake. Biasanya kalau hari Ahad, YY tak berapa rajin nak bangun pagi. Tapi disebabkan hari tu adalah hari yang cukup istimewa, gigih jugalah YY menyiapkan cupcake seawal pagi. YY bukanlah pro, tapi demi seorang insan bernama anak, benda tak tahu pun, paksa jadi tahu. Hehe!

Tapi level rajin tu sekejab aje. YY sempat buat dua dozen aje sebelum kemalasan datang menyerang. Rasa macam tak sanggup nak tunggu semua cupcake siap. Walau tempoh masak lebih singkat berbanding kek biasa, kerajinan tiada untuk tunggu semua masak, So YY decided masukkan lebihan adunan dalam loyang, pastu kasi bakar! Hehe!

Cara Afif Celebrate Birthday
Kek dan cupcake sempena birthday Afif

Afif pun teruja bila dia tengok ada cupcake dan kek tambahan yang dibuat khusus untuk dia. Padahal punca kejadian kek tambahan tu sebab Mama dia malas nak tunggu semua cupcake masak. Hehe! Disebabkan terlalu excited, dia dah potong dan makan dulu sebahagian kek tanpa YY sempat nak ambil gambar. YY hanya dapat snap ketika cupcake dah tinggal separuh dan kek yang sudah dipotong.

Cara Afif Celebrate Birthday
Birthday boy tengah excited makan kek

Lepas tu dia request dengan Papa dia nak balik kampung sebab nak memancing. "Hari ni hari jadi Afif, mesti Afif dapat ikan banyak" kata dia bila kami dalam perjalanan pulang ke kampung MyChintaHati. Sampai aje, dia terus menuju ke kolam yang mengandungi ikan. Nampak sangat dia dah mula gian memancing.

Disebabkan musim hujan, air di dalam kolam tersebut agak penuh. So YY dan MyChintaHati bergilir memerhatikan Afif. Takut juga kalau dia panjat kolam macam kebiasaannya. Malangkan datang tak berbau, so langkah pencegahan perlu diambil.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif memancing sambil diperhatikan MyChintaHati

Aisyah pula macam sebelum ni, sibuk dengan dunia dia sendiri. Dia hanya akan datang menghampiri apabila Afif menjerit kegirangan apabila ikan berjaya dinaikkan.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Tengok dia tersengih camni, teringat diri sendiri pula. Hehe!
Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Aisyah leka main pistol air

Hari tu pula kebetulan memang agak banyak ikan mampu dinaikkan oleh Afif walau hanya berumpankan roti. Kalau tak silap YY ada empat ekor ikan yang berjaya dinaikkan dengan hasil usaha dia sendiri. Dia yang pasang umpan, dia yang cabut mata kail dari mulut ikan dan dia juga yang lepaskan semula ikan yang ditangkap ke dalam kolam.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif tersenyum girang dengan ikan yang berjaya ditangkap

Tapi ada peristiwa yang agak kelakar terjadi ketika Afif menangkap salah seekor ikan. Mata kail dia secara tak sengaja telah tersangkut dan mengenai mata ikan yang dikail Afif. Afif sangat panik. Dia almost tak tahu nak buat apa selain dari menjerit minta bantuan Papa dia. Dan YY berjaya merakam peristiwa ni. Hehe!


So begitulah cerita cara Afif celebrate birthday dia yang ketujuh. Penuh dengan pelbagai pengalaman yang mungkin satu hari nanti boleh diceritakan pada anak-anak dia.

Buat Afif, Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat Afif. Kami terima segala baik dan buruk Afif seadanya. Afiflah permata kami yang sangat berharga dan tiada galang ganti. Keceriaan Afif adalah kebahagian kami. Jadi contoh yang terbaik buat Adik ye sayang. Jangan lupa pada DIA yang SATU. Semoga Afif peroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Aamin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...