Semalam kalau ikutkan aku tak bercuti. Entah apa mimpi bos besar kelmarin dok bagi kitorang cuti walau hakikatnya kerja menimbun.
Aku memang suka sangat kalau bab cuti ni. Hehe! Kerja yang menimbun memang tak pernah dok fikir. The moment aku keluar aje dari office, aku let it go semua!
Anyway semalam aku and the gang pergi melawat adik Encik suami yang sakit di Hospital Serdang. Geng yang aku maksudkan adalah Abang ipar aku sekeluarga dan Mak mentua aku.
Kami ke sana dengan menaiki satu kereta aje. Save sikit energy dak? (^_^)
Dari rumah aku ke Hospital Serdang terasa amat jauh walau hakikatnya bukan kali pertama kami ke sana. Terasa letih pun ye juga walau aku hanya dok goyang kaki aje kat belakang. Hehe!
Tengok si Rayna ni pun tengah kebosanan.
Time kami sampai di Hospital Serdang memang tengah waktu melawat. Tambahan cuti public, memang ramailah orang yang datang melawat saudara atau kenalan masing-masing di hospital tu.
Hospital Serdang ni pada aku teramatlah besar mungkin sebab aku dah terbiasa ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Perbezaan pada mata aku, agak ketara.
Waktu melawat untuk hospital kerajaan lebih kurang sama. Bezanya dekat Hospital Serdang waktu melawat lebih panjang ketika cuti hujung minggu dan public.
Lagi satu dekat sini budak bawah 12 tahun tidak dibenarkan naik ke wad. Beza sangat dengan HTAR! Ada rasional juga bila diorang tak benarkan budak melawat pesakit.
Budakkan antibody tak kuat, so virus memang mudah berjangkit.
Cuma yang tak bestnya, pihak pengurusan Hospital Serdang tak memikirkan kemudahan untuk parent yang terpaksa menjaga budak-budak yang tak dibenarkan naik.
Aku tengok ramai parents dan budak-budak yang duduk di tepi koridor sebab tiada kerusi disediakan. Letih duduk macam tu tau.
Tiada juga kemudahan bilik untuk penyusuan sedangkan jelas terpampang yang hospital tu adalah mesra bayi bagi menggalakkan penyusuan susu badan.
Tapi kalau dah tak ada bilik penyusuan, agak tak selesa bagi si ibu untuk menyusukan bayi mereka. Nak tak nak, terpaksa mencari tempat yang tersorok.
Pada ketika tu, kalau ada sesiapa suruh aku jawab soalan kaji selidik tentang pandangan aku mengenai kemudahan di Hospital Serdang, definitely aku akan menjawab not satisfied.
Statement aku ni mungkin kedengaran bias, tapi itulah hakikat yang aku perhatikan selama beberapa kali aku ke situ. Atau mungkin aku yang terlepas pandang!
Kerusi yang biras dan Abah mentua aku duduk tu adalah beberapa kerusi yang ada. Ianya tak lebih daripada sepuluh unit. Definitely tidak mencukupi.
Afif, Rayyan dan Aisy pun main duduk aje atas lantai tu sebab dah penat berlari ke sana dan ke mari. Nasib baik Atuk belanja jajan. Senyap kejab (^_^)
Kami berangkat pulang lepas dah mengisi perut di kafeteria yang disediakan. Anyway, Faiz dah discharged selepas hampir dua minggu berumah di sana.
------------------------------------
Hari yang sama selepas melawat Faiz, Abang ipar aku nak tengok rumah kami yang masih dalam proses renovate. Yang lain semua balik sebab masing-masing dah kepenatan.
Time tengok tu semua dah hampir siap. Rasa puas hati sangat tengok keadaan rumah tu. Cuba korang tengok dua gambar dekat bawah ni. Ada nak komen apa-apa tak?
Yang ni gambar dinding di bahagian ruang makan.
Yang ni pula gambar lantai antara dapur dan ruang makan.
-------------------------------------
Last but not least, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengomen yang setia meninggalkan komen sepanjang bulan April yang lalu. Sayang korang sangat-sangat!
Silalah berkunjung ke blog mereka yang telah aku senaraikan dalam blog list aku di bahagian side bar blog ni. Tak rugi mengenali mereka tau (^_^)
Terima kasih juga kepada semua yang sudi berkunjung ke sini walau hanya menjadi silent reader. Appreciate sangat kunjungan korang.
Okaylah, aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Bye korang (^_^)