Mangsa Seterusnya (^_^)

Sebelum ni aku ada cerita pasal Afif yang jatuh katil tapi tidak mengalami kecederaan yang serius. Boleh klik sini pada yang belum pernah baca.

Kali ni nak cerita mangsa seterusnya pula, Aisy!

-------------------------------------------------

Malam tadi time aku tengah dok sedap tidur, tiba-tiba telinga aku terdengar bunyi budak merengek. Biasanya bunyi macam tu tanda Aisy nak susu.

Bila aku buka mata, aku tengok Aisy ada di tepi katil dengan posisi duduk. Dalam hati dok pelik juga macam mana dia boleh ada dekat tepi katil.

Aku angkat Aisy yang masih merengek. Dalam kegelapan tu aku perasan ada something di atas hidung Aisy. Lampu aku hidupkan dan terus terjerit mengejutkan suami aku.

"Darah!" benda pertama yang aku sebut. Aku memang agak panik bila tengol darah especially bila dia mengalir. Silap hari bulan boleh pengsan!

Semua bantuan kecemasan yang aku pernah pelajar zaman sekolah dulu hilang bila nampak darah. Encik suami keluar dari bilik mencari something, dia pun nampak gayanya PANIK!

Tak berapa lama kemudian dia datang dengan beberapa helai tisu sambil cuba lap darah yang mengalir. Darah tu dah kering bila Encik suami lap.

Maksudnya mungkin Aisy dah lama jatuh tapi aku langsung tak perasan. Dia mungkin pengsan time dia jatuh sebab tu darah tu dah kering!

Bila dah agak boleh berfikir secara rasional, baru aku bagi Aisy sedikit rawatan yang aku tahu. Aku letak sedikit ketulan ais pada atas hidung Aisy untuk kurangkan bengkak.

Lepas aku ambil ubat kuning untuk luka yang memang ada dalam simpanan. Terasa bersalah sangat bila Aisy peluk aku lepas aku bagi dia ubat.

Cuainya Mama yang seorang ni! Tak lalu nak tidur lagi lepas tu! Aku menyalahkan diri sendiri sebab tak sedar bila anak jatuh dan mengakibat luka yang agak teruk.

Selera dia makan sampai meleleh air liur walaupun luka

Apapun anak Mama yang seorang ni kuat sebenarnya. Dia menangis pun bukan terjerit kuat, dia merengek aje. Dia pun tak menangis bila aku cuci dan sapu ubat pada luka.

Berbeza betul kalau nak bandingkan dengan Abang dia.

Aku monitor juga dia dari pagi tadi. Takut dia mungkin tak nampak, muntah atau menangis berterusan yang mungkin diakibatkan gegaran otak.

Tapi dia aktif macam biasa cuma luka tu aje yang membuat aku terasa sayu. Aku tak pasti sama ada luka yang dia alami ni akan meninggalkan parut atau tidak.

Yang pasti ni adalah salah satu pelajaran baru buat Mama!



Mood Seminggu (^_^)

Dah dekat seminggu aku tak dapat pegang laptop. Laptop lagi satu sakit pula tu! Yang lagi satu Encik suami conquer!

Tapi hari ni dapat juga aku menguasai laptop ni! Akhirnya! Yessss! Hehe!

Most of the time Encik suami sibuk dengan online business dia! Sebab tu once dia dah pegang, usah mimpilah aku nak pegang juga!

Bukannya dia tak bagi, by the time dia dah settle dengan semua kerja dia tu, aku pula yang terlelap!

So malam ni baru aku dapat peluang. Bahagia sungguh!

Anyway disebabkan dah dekat seminggu tak post entry, so hari ni aku akan summarize mood seminggu aku! Hehe!

-----------------------------------------
 
Last weekend aku pergi ziarah anak saudara baru belah Encik suami. Excited dapat jumpa orang baru! Tapi aku boleh lupa pula nak ambil gambar dia sebab leka berborak.
 
Mama dia pula first time bersalin secara normal sebab sebelum ni melalui caesarean. Ngeri dengar dia cerita. Tapi tulah, nasib setiap antara kita berbeza!
 
Apa yang paling pasti, jadi seorang Mama adalah moment paling priceless! Setuju?
 
-----------------------------------------
 
Aisy dengan Afif pula macam adik-beradik yang lain. Time dia orang elok, tidur sebantal pun boleh. Tapi kalau time dia orang bergaduh, aku pula yang pening!
 
 
Afif pula dah dekat dua minggu tak sekolah!
 
Sebab pertama dia tak sihat yang disebabkan tonsil. Sebab kedua pula jerebu yang agak teruk lately! Lagipun sekolah memang bagi cuti dari Isnin sampai semalam.
 
Sebab ketiga dah terakhir, Afif memang tak mahu pergi sekolah!
 
Seribu alasan dia bagi! Tadi sebelum tidur pun dia sempat kata, "Mama besok Afif tak mahu sekolah sebab kaki Afif sejuk!"
 
So macam mana nak buat tu? Layan or buat tak tahu aje?
 
-----------------------------------------
 
Rasanya semua dah tahu juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua adalah milik Syura! 
 
Aku sebenarnya dah tahu dia menang melalui blog Kjee beberapa hari sebelum actual siaran.
 
Mula-mula tu memang mood agak tak syok bila tahu Syura menang sebab aku suka Celina! Boleh kata frust lah juga!
 
Tapi bila dok tengok kesungguhan Syura dalam beberapa episod sebelum peringkat akhir Selesa lepas, aku dengan jujurnya rasa she deserve to win!
 
Anyway, tahniah Syura! Daripada underdog, dia bergelar JUARA! Siapa sangka REZEKI manusia!
 
Boleh klik sini kalau nak baca cerita Kjee.
 
 -----------------------------------------
 
Adik aku si Annur pula dah pergi menyambung pelajaran di Bentong Pahang. Dia dah pecahkan tradisi adik-beradik kami sebab setakat ni kami yang atas dia semua graduan UiTM.
 
Tapi tak kisahlah dekat mana belajar pun, yang penting ilmu yang diperolehi!
 
Anyway Annur, all the best! Strive for excellent ya!
 
Paling penting ingat yang kami semua SAYANG sangat dekat kamu tu! Jangan lupa tu ye (^_^)
 
 
 -----------------------------------------
 
Dan begitulah mood seminggu aku! Lain kali kita sambung cerita lagi, itupun kalau dapat pegang laptop lagilah! Hehe!
 
Apapun thanks pada readers yang still datang jenguk blog ni walaupun tak ada new entry!
 
Thank you for the support! 
 

This Is Life! (^_^)

Aku dah berniat nak post entry dah berapa hari dah tapi tak berkesempatan. Ada aje aktiviti nak dibuat. Bila badan dah penat, mulalah tak ada mood nak menulis. Hehe!

---------------------------------------------

Anyway hari Jumaat hari tu merupakan hari terakhir manager aku berkhidmat. Setelah beberapa bulan berkhidmat di bawah satu bumbung yang sama, akhirnya dia mengucapkan selamat tinggal.

Jujurnya aku rasa ia merupakan satu kerugian. Pada pandangan aku dia merupakan seorang yang mudah untuk bekerja bersama, bukan yang macam sebelum ni! Kaki bodek!

So kami mengadakan farewell party untuk dia. Hopefully dia akan berjaya di tempat baru.

Anyway, thanks for all the knowledge and guidance. Definitely will miss you!

Menu "wajib" tiap kali ada apa-apa majlis dekat office ni!
Pn Fiza Ismail jadi pemerhati Veren, our former manager melahap! 

Balik dari kerja Encik suami bawa kami anak beranak makan dekat luar. Aku memang teramat suka bila tiap kali dia ajak makan dekat luar! Memang confirm senyum lebar!

Encik suami pun kebetulan baru aje bawa Afif jumpa doktor sebab demam. Afif dah berapa hari tak bersekolah sebab demam.

Biasanya dia demam disebabkan masalah tonsil yang memang dia dah hidapi sejak dari usia 3 tahun!Lama juga dia dah tak demam ni, so bila dia demam tu aku agak risau jugalah.

Nasib baik selera makan dia tak berkurangan walaupun dia demam.

Tiap kali order, dia mesti minta ais kosong dengan nasi kosong plus telur dadar goreng! Kicap jangan lupa ye! Ni lah menu favourite Afif!


Pagi tadi pula time Encik suami nak pergi kerja dia kata jerebu teruk! So aku jenguk keluar rumah bila dia kata macam tu. Wah, tak nampak jalan!

Kalau tak silap aku kali terakhir jerebu teruk macam ni tahun 2005. Time tu belum kahwin lagi! Tengah cantik menarik lagi time tu! Err, tapi tak kena mengena dengan cerita ni. Hehe!

So nak pergi kerja time tu kenalah naik bas. Disebabkan jerebu teruk, ada pegawai Kementerian Kesihatan dok hulur topeng percuma dekat stesen bas.

Masalah jerebu ni memang setiap tahun timbul disebabkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani-petani di Indonesia untuk ladang atau kebun mereka.

Cuma kali ni ia paling teruk daripada tahun-tahun sebelum ni.

So disebabkan risaukan kesihatan Encik suami, aku bekalkan dia topeng muka yang memang ada dalam simpanan aku.


So itulah dia kehidupan! Yang datang pasti akan pergi, yang sihat pasti akan sakit dan cuaca cerah pasti akan mendung. Apapun semoga kita kuat dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan oleh-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...