Cerita di Ahad Terakhir November (^_^)

Cerita ni terjadi pada Ahad terakhir bulan November. Cerita yang dah agak basi juga tapi tak apalah cerita aje. Lagipun baru sekarang berpeluang untuk bercerita (^_^)

Mak dengan Abah tak ada sebab menghantar sepupu bertunang di Johor. So Angah, Annur dan Anis dari awal dah booked YY dan anak-anak untuk bersarapan di luar hari tu.

Kebetulan Encik suami pun tak ada sebab terpaksa overtime buat julang kalinya dalam tahun ni. Rasa macam pelik tengok Encik suami tak ada weekend tu. Tak apalah, dah namanya tanggungjawab.

Dalam kereta diorang semua dah planned nak menuju ke mana. Angah, awal-awal dah kata dia yang belanja. Dengar perkataan belanja tu yang YY ikut aje ke mana arah tuju. Hehe!

Diorang nak pergi ke restoran yang sememangnya port biasa YY dan anak-anak pergi. Kalau sesiapa yang biasa ke blog YY ni mesti tahu ke mana arah tuju YY pada pagi tu (^_^)

Sampai aje ke restoran tu, YY macam biasalah makan menu biasa YY makan. Dapat pekena nasi lemak ayam goreng dan teh ais, memang marvelous!


Aisyah pada pagi tu lebih banyak dengan Annur. Sampai susah orang tu nak makan sebab dia nak menggedik juga dengan makcik dia yang sorang ni.

Lepas YY siap makan, YY ambil turn layan budak Aisyah pula. Anak-anak YY ni cukup suka minum air bali, tak kisahlah sama ada ianya panas ataupun sejuk.

Memang satu gelas akan habis untuk tiap seorang. Tapi depands juga, kadang tu terpaksa juga tapau sebab tak habis. Nak tinggal gitu aje, sayang! Hehe!


Aisyah time ni dia nak suap sendiri air bali tu. Tapi bila dia suap sendiri, dia suka main-main. Habis basah baju dia. Tension juga tengok keadaan baju dia time tu.

So sebagai jalan penyelesaian, YY ambil sudu pada tangan dia dan YY yang suap. Tahu tak macamana dia cope dengan penyelesaian YY?

Dia bagi jelingan yang boleh buat terbunuh okay! Amboi! Pandai dah buat gitu ye. Nasib baik dekat kawasan public, kalau tak mahu ada orang yang kena debik ni (^_^)


Lepas kami semua dah kekenyangan, kalori yang ditelan tadi perlu dimusnahkan. So Angah bawa kami ke Aeon Big yang terletak tak berapa jauh dari rumah YY.

Anak-anak YY bila sampai tempat gini memang suka sangat dok tuju bahagian mainan. Mujurlah tak macam dulu dok berguling-guling kalau nak mainan.

Cuma nak kena ada sikit kesabaran melayan diorang dok belek setiap mainan yang ada. Tak apalah, janji terbakar kalori tadi. Hehe!

Si Aisyah dia suka dok belek semua mainan yang bersifat girlish. Biasalah, budak perempuan kan. Dia punya keterujaan dok tengok benda tu pun kadang buat kita rasa terhibur juga.

Rasa macam boleh bayangkan diri sendiri masa kecil pula. Hehe!


Afif pula sebagai the only teruna pada hari tu, banyak diam. Tapi bila dia nampak Ultraman, tetiba mulut macam mesin bertih jagung. 

Entah apa yang buat dia begitu teruja dengan adiwira yang ni. Tapi bukan Ultraman aje yang buat dia turns on. Banyak juga mainan adiwira lain yang buat dia teruja semacam.

Layankan ajelah. Janji diorang tak minta (^_^)


Annur pula dok buat Aeon Big tu macam dia yang punya. Habis semua kasut yang ada dekat situ dia suruh Aisyah cuba. Aisyah pula mengikut aje pula tu!

Tapi serius kelakar dok tengok Aisyah berjalan menggunakan heels.


Dah habis satu Aeon Big kami jelajah, barulah kami balik. Adik-adik YY tu pun melepak dulu rumah YY. Memang gitulah diorang bila Encik suami tak ada.

YY pun suka juga diorang ada, jadi peneman (^_^)

So begitulah cerita yang berlaku pada hujung minggu terakhir November yang lalu. Nak tahu ke mana kami pergi pada hujung minggu pertama Disember? Besok YY cerita ye.

Till then, Assalamualaikum.

P/S - Rasanya dah stabil sikit kesibukkan YY. Insya ALLAH aktiviti blog walking akan berjalan seperti biasa lepas ni. Tunggu ye kawan-kawan semua. YY kasi "bom" terus! (^_^)


Misteri Di Sebalik Bungkusan (^_^)

Hari Jumaat minggu lepas adalah hari di mana YY banyak menerima kejutan yang tak dijangka. Pagi ketika menghantar Afif dan Aisyah, YY dikejutkan dengan kematian anak bekas jiran YY.

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dengan cara yang menyedihkan. Dia meninggal kerana kecedaraan di kepala akibat dihempap pagar rumah yang tumbang secara tiba-tiba.

Petang on the way balik kerja pula, ada kemalangan yang mengakibatkan kematian. Tak kenal siapa pun antara mangsa. Tapi keduanya hancur akibat digilis lori pembancuh simen.

Ajal orang, ajal kita entah macamanalah pula.

Encik suami beria nak tengok. YY tak mempunyai jiwa yang kuat untuk melihat benda seperti tu. Tengok dari jauh aje. Apapun YY kagum dengan kepantasan anggota polis pada hari kejadian.

Sampai pula di rumah Mak, YY dapat lagi benda yang mengejutkan.

YY diajukan dengan persoalan yang YY sendiri tak tahu jawapan. "Ni benda apa yang kau beli ni?" tanya Abah sambil memberikan bungkusan plastik berwarna ungu kepada YY.

"Beli? Mana Along ada beli apa-apa" jawab YY bersahaja.

"Habis tu apa benda ni? Posmen tanya Abah benda apa yang macam pasir ke batu ni. Kau buka tengok apa ada dekat dalam" kata Abah yang ada nada risau di situ.

"Siapa As dari Johor ni ye?" tanya YY pula selepas membaca nama pengirim pada bungkusan. Kepala dok ligat berfikir siapalah gerangan pengirim sambil tangan mengoyakkan bungkusan.

Dalam bungkusan plastik tu ada pula lapisan surat khabar. Bila YY buka aje lapisan surat khabar tu, habis berterabur beras di atas lantai melalui bocoran pada bungkusan tu.


Serentak dengan tu Mak YY menjerit, "Buang! Buang! Ish! Entah apa benda tu Long!"

Abah pun menambah, "Buanglah Long. Entah apa benda orang nak tuju-tuju ni"

"Eh jab, Along macam pernah nampak bungkusan ni. Nasi Arab segera ni. Ada kawan Along meniaga benda ni" kata YY cuba menenangkan keadaan.

Dalam kepala otak ni teringat +Mar Mansor  yang pernah mempromosikan  nasi Arab ni tak lama dulu. Tapi tertanya juga, "Awat dia bagi beras ni? Nak suruh review ke?"

"Ish, bau dia macam ketiak $%#@!^ lah Long!" kata Mak YY yang buat satu rumah tergelak (^_^)

Masa YY sampai dekat rumah, YY masih lagi terfikir siapa yang hantar Nasi Arab tu. Fikir punya fikir, YY teringat Mummydearie yang pernah kata nak bagi something.

Pengesahan dari dia buat misteri disebalik disebalik bungkusan, solved! (^_^)


Time nak masak benda tu, ada juga benda lain jadi. YY dah excited nak masak nasi Arab buat julung kalinya. Bila dah siap peram ayam, YY baru perasan perkataan "bakar"

Seingat YY, +Mar Mansor tak ada pula sebut pasal bakar. YY selongkar balik entry dia cari cerita pasal nasi Arab. Dia guna pemanggang ajaib rupanya untuk bakar ayam! Patutlah!

Ni dah jadi kes naya! Oven tak ada apatah lagi benda yang berunsurkan ajaib! Termenung kejab dok fikir macamana nak bakar ayam ni. Dok bayang buat deep fry aje dah!

Tetiba terpandang microwave oven yang tak pernah langsung YY guna sejak Encik suami perolehi dari cabutan bertuah ketika dinner kira-kira tiga tahun lepas.

YY tekad dok masak guna benda tu. Apa nak jadi, jadilah! (^_^)

BERJAYA! Rupanya boleh aje panggang ayam guna microwave oven. Selama ni dok set dalam kepala otak benda tu kegunaan dia hanya untuk panaskan makanan aje. Hehe!

Rasa bangga bila dapat hidangkan pada keluarga nasi Arab versi YY. Senyum sampai ke telinga walau dalam hati dok tanya, "Awat color nasi Arab aku ni lain?" (^_^)

Lagi satu YY tak sangka pula bungkusan sekecil itu boleh mengenyangkan perut tujuh orang manusia yang kelaparan pada hari tu. Puas makan!


Afif dengan Aisyah adalah orang yang paling berselera makan pada hari tu. Siap bertambah makan! Encik suami pula agak slow, confirm tak kena kat tekak dia. Hehe!

Tapi pada YY sedap aje. Nak buat pun senang ajeEven Angah yang selalu dok makan nasi Arab dekat luar pun kata sedap nasi Arab tu. Pendek kata, puas hatilah! (^_^)


Terima kasihlah Mummydearie ye sebab belanja nasi Arab untuk kami sekeluarga. Kalau tak kerana Mummydearie, memang tak akan pernah merasalah jawabnya!

Happy kami anak beranak makan hari tu.

Moga bertambah murahlah rezeki Mummydearie dan keluarga ye. Lain kali, belanjalah kami lagi ye. Lagipun kita ni kan besan to be. OopsHehe!


Di Satu Malam Keliwon (^_^)

Di satu malam keliwon selepas menunaikan rukun Islam yang kedua, YY duduk bertafakur seketika sebelum YY kemudiannya teringat yang ada benda yang YY masak di atas dapur.

YY kemudiannya terus membuka telekung dan berlari ke arah dapur bimbang ada sesuatu yang tak diingini berlaku pada masakan dan juga kami anak beranak.

Maklumlah pada usia yang tak berapa nak muda ni, mudah lupa! Hehe! Lagipun time tu hanya ada YY, Afif dan Aisyah. Encik suami masih belum pulang dari kerja.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat, YY kembali ke bilik bagi mengemas telekung dan sejadah yang ditinggalkan tadi. Dalam perjalanan ke bilik, YY terdengar suara kecil menyanyi.

"Nina bobo, Nina bobo" dalam bentuk nyanyian yang agak kurang jelas sebutannya. Tapi perkataan Nina bobo itu memang diulang beberapa kali.

Kaki YY terhenti seketika tak kala mahu masuk ke dalam bilik. YY terpandang satu susuk lembaga putih duduk tegak di atas sejadah yang YY tinggalkan sebentar tadi.


"Astaghfirullahaladzim" tutur YY ketika terpandang susuk lembaga terbabit. Jantung tiba-tiba macam terhenti dek kerana terkejut.

"Wahahaha" jerit lembaga tu apabila terdengar suara YY beristighfar. Jeritan suara itu makin kuat apabila YY melahirkan rasa takut, "Ish, takutnya!"

"Wahaha" jerit lembaga itu untuk ke sekian kalinya.

YY memberanikan diri untuk menghampiri lembaga berkenaan yang langsung tak berganjak dari kedudukan asal tapi cukup kuat ketawa mengilai. Telekung yang digunakan, YY selak.

Ketika itulah terus ternampak dengan jelas rupa lembaga tersebut.


"Wahh!" sergah dia apabila YY mula menyelak telekung yang disarung. Nampaklah kelibat Aisyah dengan senyuman meleret. Cis! Budak bertuah!

Kemudian dia bertanya, "Mama atut tak? - Mama takut tak?"


Sebenarnya sejak dari mula terdengar suara yang menyanyikan lagu Nina bobo itu YY dah tahu itu adalah Aisyah sebab dia pasti akan menyanyikan lagu tu tiap kali cuba menakutkan orang.

Bila nampak susuk tubuh tu pun YY yakin itu adalah Aisyah sebab kaki dia terkeluar dari celah telekung tu. Memang suka sangat menyakat orang dak Aisyah ni tau sampai Mama pun kena!

Tapi kalau bab nak menakutkan Mama dengan cara macam ni, salah oranglah!

Mama ni agak lambat sikit bab takut benda gini. Sorrylah ye Aisyah, itu pun sebenarnya Mama berlakon macam takut. Hehe!

Lagipun kalau betul memang ada hantu rupa gini, Mama bukan lari untuk menyelamatkan diri. Mama lagi kejar sebab Mama rasa comel sangat hantu ni. Hehe!


By the way, ramai yang bertanya atau keliru dengan nama Aisyah. Dayana Hanna Aisy adalah nama yang terdapat dalam surat beranak Aisyah. Nama Aisyah pula hanyalah nama gelaran.

Nama Aisyah itu pun sebenarnya YY aje yang gunakannya sebagai satu alternatif menangani kelincahan dia yang kadangkala bikin headache. Orang lain panggil dia Aisy.

Lagipun nama adalah salah satu bentuk doa kan? Disebabkan itu kita sebagai seorang Muslim disarankan memberi nama anak dengan maksud atau makna yang elok.

Ada ustaz pernah kata, jangan nama dah mempunyai maksud yang elok tapi kita memanggil atau menggunakan pula nama yang langsung tak mempunyai maksud. Ingat, nama adalah doa.

Manalah tahu kan dengan nama Aisyah itu dia juga boleh mempunyai pekerti yang mulia sepertimana Saidatina Aisyah RA. Sebagai seorang Mama, memang itulah harapan YY (^_^)

Dekat bawah ni YY belanja pula korang gambar sekitar sambutan birthday Aisyah yang hanya YY buat secara kecilan. Janji ada kek dahlah sebagai tanda (^_^)


Kenapa time Afif buat besar, time Aisyah buat kecilan? Oops, bukan pilih kasih tau! No! No! Nak buat besaran pada usia sekarang, Aisyah tak akan ingat.

Bila dia dah seusia Afif, barulah buat besaran sikit.

Anyway bila dah jadi Mama kepada dua cahaya mata ni, YY mula menyedari bahawa agak sukar memahamkan anak-anak bahawa kasih sayang kita sama aje pada mereka.

Mereka tetap rasa kita pilih kasih walau berapa sukar kita membuktikan sebaliknya. Betul tak mak, mummy, mama, ibu, bunda dan apa sahaja gelaran korang? (^_^)
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...