Kita Berada Di Bulan Terakhir 2014 (^_^)
Ketika entry ni diterbitkan, kita sudah pun berada di dalam hari ketiga di bulan terakhir 2014, Disember. Pantas sungguh waktu berlalu meninggalkan kita.YY sendiri pada beberapa minggu terakhir November agak sibuk dengan tugasan di pejabat yang entah dari mana munculnya. Perlu dahulukan benda yang berkepentingan.
Disebabkan kesibukkan itu, waktu untuk blog walking terpaksa dihadkan. Entry yang korang baca ni pun YY auto-publish aje sebab tu korang nampak ada aje entry setiap hari.
Giveaway atau segmen pun YY baru berjinak-jinak sertai dalam bulan ni. Itupun hanya mengisi kekosongan slot pada Sabtu dan Ahad. Auto-published juga tu, janji ada entry keluar (^_^)
YY memang target satu hari satu entry. Setakat ini, sudah dua bulan berturut-turut YY berjaya menerbitkan entry setiap hari. YY berbangga dengan kejayaan diri sendiri (^_^)
So tak usah pelik dok nampak blog ni berupdate aje, tapi empunya blog tak blog walking. Memang tak sempat nak melakukan aktiviti blog walking.
Ada juga menyinggah dibeberapa blog tapi hanya membaca tanpa meninggalkan sebarang jejak. YY kalau nak membaca memerlukan sepenuh jiwa apatah lagi apabila menulis komen (^_^)
YY pohon maaf kepada semua rakan blogger kerana belum berkesempatan ke teratak kalian pada masa terdekat ini. YY akan pasti singgah cuma bila sahaja yang belum pasti.
Pun begitu YY nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang singgah di Diari Seorang Mama sepanjang November yang lalu sama ada yang meninggalkan komen atau sebaliknya.
TERIMA KASIH tak terhingga di atas kunjungan kalian dan masa yang diluangkan untuk membaca dan menulis diruangan komen. YY amat hargai.
Di sini YY senaraikan sepuluh pengomen terbanyak sepanjang November 2014. Korang boleh singgah blog diorang menggunakan "Gorgeous Blog List" di bahagian side bar.
YY senaraikan juga Top 20 dan sekiranya pengomen ini berjaya mengekalkan kedudukan mereka di dalam senarai Top 20 bermula 1 Ogos 2014 sehingaa 30 Julai 2015, akan ada ganjaran menanti.
Blog mereka ini boleh dilihat di bahagian side bar under "Awesome Blog List"
-------------------------------------------------
Di dalam kesibukkan itu YY berjaya lunaskan janji yang telah dimeterai bagi memanjangkan kisah dan perjuangan seorang insan kecil bernama Muhammad Izzsraq Azraq.
Sukar untuk melakukan kerja ini secara bersendirian, so YY harap agar sesiapa sahaja yang membaca entry pada kali ini dapat memanjangkan perjuangan insan kecil itu.
Bantuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dengan kemampuan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita. Janganlah hanya membaca, SEBARKANLAH!
Moga dengan cara ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kesengsaraan pejuang kecil itu dan siapa tahu dengan sumbangan kecil kita, dia kembali sihat? Insya ALLAH.




