Rasa macam dah lama tak berupdate blog aku. Tak berkesempatan nak update blog ni disebabkan kesibukan yang boleh dikatakan tahap melampau. Hehe!
Hari ni cubalah update kejab kot nanti ada yang rindu-rinduan. Cehwah, ada ke yang rindu? (^_^)
Kesibukan yang pertama adalah tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang kononnya berhemah. Hehe!
Lagipun staff dah tak ramai. Tinggal berapa kerat aje. Tapi kerja tetap sama banyak macam time staff banyak.
Tinggi menimbun! Mau tak sibuk? Tak menang tangan dibuatnya. Bila kerja dah banyak, mulalah berangan.
Kot lah lembut hati Puan Bos nak bagi gaji naik. Tak pun bagi ler bonus 6 bulan.
Raya dah dekat ni, masyuk kalau dapat! Hehe! Tapi mimpilah Yana oi!
Kesibukan kedua pula kami dalam proses berpindah rumah. Target sebelum bulan Ramadhan dah ada di rumah baru. Boleh berpuasa dekat rumah baru. Hehe!
So banyaklah barang dok angkut sikit-sikit ke rumah baru. Mujur jarak dengan rumah baru lebih kurang 10 minit perjalanan aje.
Air-cond dah cabut, pasang dekat rumah sana. Cuaca pula panas semacam kebelakangan ni.
Rasa menyesal pula dok cabut awal air-cond tu. Dah malam nak tidur berkipas dengan tangan. Hehe!
Piring UFO Astro pun dah cabut. Encik suami bising sebab dia tak dapat tengok World Cup.
Dia sebut gitu baru aku teringat. Padahal aku ni cukup giler dengan World Cup satu ketika dulu. Korang sebut ajelah siapa pemain dari macam-macam negara. Hafal tu!
Kesibukan sekarang dah buat aku tak mampu mengikuti World Cup. Nanti kalau ada masa aku cerita pasal zaman aku giler dengan World Cup ni ye (^_^)
Aku rasa tu ajelah bebelan aku hari. Pengubat rindu buat sesiapa yang rindu. Hehe! Tak tahulah bila lagi berkesempatan nak update lagi.
Blog korang, kalau ada kesempatan aku terjah ye.
Apapun take care korang ye.
Assalamualaikum (^_^)
Afif dan Aisy macam adik-beradik lain yang ada pasang surutnya. Bila baik, pijak semut pun tak mati. Tenteram sikit Mama diorang.
Kadang siap boleh buat pakatan sulit disebabkan dah terlalu baik. Nanti habislah periuk belanga aku jadi bahan mainan diorang.
Tapi kalau tiba-tiba ada peperangan, pening aku dibuatnya.
Biasanya Afif lebih banyak mengalah bila berlaku peperangan antara mereka berdua. Mungkin juga sebagai yang lebih tua buat Afif mudah beralah.
Cuti sekolah ni Afif dah beberapa kali tidur rumah Wan dan Aki. Mujur juga jarak antara rumah sewa aku dan rumah Mak hanya beberapa langkah sahaja.
Kalau tak memang aku tak izinkan.
Yang menjadi masalahnya adalah apabila Afif tak ada, Aisy macam tak keruan. Ada sekali tu Afif ikut Acu ke rumah Mak aku. Konon berhasrat bermalam dekat sana.
Dia siap call Papa dia minta izin. Encik suami tanpa banya soal bagi green light.
Afif baru aje bergerak beberapa langkah, Aisy dah menangis siap dengan jeritan yang satu taman perumahan tempat aku menyewa ni boleh dengar.
Puas juga memujuk dia.
Dia asyik kata, "Nak tut" - Nak ikut
Dah beberapa ketika baru dia diam. Tapi masih lagi dok sebut nama Abang dia. Air mata tak usah cakaplah, laju aje meleleh walau esakan tangis tak dengar kuat macam tadi.
Aku pula yang tiba-tiba jadi sayu dok tengok dia gitu.
Diorang memang tak pernah berpisah. Selalu aje bersama walau ada pasang surutnya. Mungkin sebab itu Aisy rasa seperti kehilangan.
Tak lama lepas Aisy berhenti menangis, aku dengar bunyi ketukan pintu dan suara Afif memeberi salam.
"Eh, kenapa tiba-tiba balik?" tanya aku ketika membuka pintu.
"Dia bagi alasan dia sekolah besok. Padahal kesian tengok adik dia menangis" kata Acu pula yang menghantar Afif balik ke rumah.
Lepas tu mulalah macam adegan Jejak Kasih, berpeluk macam dah lama tak berjumpa. Bila teringat rasa macam kelakar pun ada juga.
Di masa yang sama tersentuh hati dengan keprihatain Afif yang sanggup berpatah balik disebabkan tak sanggup dengar Adik dia berterusan menangis.
Sedikit sebanyak dia dah menunjukkan tanda-tanda bakal menjadi Abang yang hebat (^_^)
Hubungan adik-beradik memang sentiasa turun naik.
Tapi tiada siapa yang boleh menafikan hubungan darah yang akan berkekalan hingga ke akhir hayat walau apa pun yang berlaku. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus.
Aku cuma berharap kemesraan yang aku lihat antara mereka berdua ni akan berkekalan. Jangan pisahkan.
Minggu lepas aku menghadiri lebih kurang empat atau lima majlis perkahwinan termasuklah sepupu Encik suami yang aku pernah ceritakan di sini.
Time tu sebelah perempuan, kali ni sebelah lelaki pula.
Kali ni punya kenduri memang sungguh punya rewang sampai tak berkesempatan nak snap gambar pengantin time bersanding. Hehe!
Sampai aje ke dewan di mana majlis berlangsung, aku tolong arrange meja beradap. Tapi yang sebenarnya aku tolong letak lauk aje untuk santapan raja sehari. Hehe!
Lain tu semua kerja Encik suami dan sepupu-sepupu dia. Yang berdiri paling kiri tu, dia punya turn hujung minggu ni.
Aku pernah cerita pasal majlis pertunangan dia di sini.
Afif juga cukup rajin membantu hari tu.
Suruhlah buat apapun, dia menurut sahaja tanpa banyak bicara. Dia seronok sangat sebab selain dari membantu, dia dapat main secara tak langsung.
Memula tu dia susun cenderamata daripada pengantin untuk tetamu atas meja. Tapi part ni dia buat kejab aje sebab dia kata penat.
Paling dia suka buat pula adalah basuh cawan!
Camne tak suka, dapat main air! Habis basah lencun!
Bila ditanya kenapa basah baju, dia kata sebab nak dapat pahala. Dia kata hari tu dia dapat banyak pahala sebab tolong orang basuh cawan.
Mama dia nak marah pun tak jadi (^_^)
Aisy pula berubah karakter. Selama ni dia adalah manusia paling ligat! Sukar aku dan Encik suami nak monitor pergerakkan dia.
Ada aje kerja atau urusan yang perlu dia selesaikan. Pendek kata tak reti duduk diam!
Tapi semalam dia dah macam robot. Suruh duduk, dia duduk. Suruh makan, dia makan. Aku pula yang pelik dengan sikap dia tu.
At the same time, bangga! Hehe!
Secara keseluruhan, Aisy mendapat 100% markah untuk perangai molek yang dia pamerkan semalam.
Good girl! (^_^)
Part paling kelakar dalam majlis kali ni adalah time pengantin baling gula-gula.
Time aku sibuk dok sibuk snap gambar, tiba-tiba ada bunyi "kelentung". Sakit rasanya.
Aku meraba bahagian kepala yang terasa sakit. Rupa-rupanya kepala aku terkena gula-gula yang dibaling. Patutlah rasa macam biul kepala. Hehe!
Dari jauh aku dengar pengantin kata, "Sorry kak!"
Dekat bawah ni pula adalah gambar pengantin yang sempat aku snap.
Gambar aku dan pengantin juga haruslah ada. Hehe!
Lepas tu aku dan Encik suami jadi pengantin pula! Afif dan Aisy jadi pengapit. Hehe!
Sempatlah juga Encik suami menyumbang suara untuk majlis tu. Dah lama dia tak berkaraoke sejak berkahwin. Kasi can lah! (^_^)
Lepas tu terus balik rumah. Letih betul rasanya.
Anyway buat Nazhan dan Azila, semoga sentiasa dirahmati ALLAH, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Paling penting berbahagia hingga ke jannah. (^_^)
Tiba-tiba teringat lagu Maher Zain: Baraka allahu lakuma wa baraka alikuma, wa jamaah baina kuma fee kahir (^_^)