Hari ni 6 May adalah hari jadi orang yang paling aku sanjung dan aku sayang. Siapa lagi kalau bukan Encik suami! Pandai Kak Kathy Arbain teka (^_^)
Sebenarnya Encik suami dan aku dilahirkan pada tahun yang sama dan bulan yang sama. Dia tua dua belas hari dari aku. So tak lama lagi hari jadi akulah pula! Hehe!
Anyway, cepat betul masa berlalu. Pejam celik dan bertambah lagi usia dia.
Encik suami adalah orang yang paling aku sanjung selain dari Abah. Banyak benda yang aku pelajari daripada dia dalam tempoh hampir sedekad perkahwinan kami.
Betul dia bukan insan yang sempurna, in fact tiada yang siapa yang sempurna dalam dunia ni. Tapi segala kasih sayang yang diberikan buat aku rasa amat dihargai (^_^)
Dia juga adalah Papa yang amat penyayang dan bertanggungjawab kepada dua insan kecil, Afif dan Aisy. Moga segala curahan kasih sayang ni akan berterusan ke akhir hayat.
Dua gambar dekat bawah ni adalah gambar ketika Afif dan Aisy masih lagi kecil.
Sayang,
Dikesempatan ni Ayang nak ucapkan SELAMAT HARI JADI pada sayang. Moga ALLAH mengurniakan Sayang kesihatan yang baik dan memanjangkan umur Sayang.
Insya ALLAH, siapa tahu kita boleh menghitung hari tua bersama. Boleh tengok keturunan kita membesarkan dengan sihat dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH (^_^)
Siapa tahu kan?
Ayang tak mampu nak menghadiahkan barangan mewah, tapi Ayang rasa bahagia bila Sayang terima hadiah pemberian Ayang tahun ni dengan muka yang ceria.
Priceless moment tu! (^_^)
Once again, SELAMAT HARI JADI Sayang! Ketahuilah yang Ayang dan anak-anak teramat sayang pada Sayang. Ayang tahu Sayang sedia maklum akan hal tu (^_^)
Oh, Afif suruh beritahu you are the BEST Papa! (^_^)
Yang benar,
Isterimu yang comel, Yana (^_^)
Cuti hari pekerja baru ni kan, sehari suntuk kitorang berjalan aje! Bahagia aku rasa! Hehe!
Pagi kami dimulakan dengan bersarapan di Restoran Sri Has yang terletak berhadapan dengan Pasar Besar Klang. Kami memang selalu juga makan dekat sini.
Nasi lemak ayam goreng dia memang terbaik!
Lepas dah kekenyangan tu, kami ke Giant Seksyen 13, Shah Alam. Disebabkan masih awal pagi, trolley yang macam kereta tu masih lagi banyak.
Aisy dengan Afif apa lagi, macam orang kesawanan dah nampak benda tu. Selama ni aku ingatkan benda tu kena bayar, rupanya tak! Kita kena tinggalkan lesen memandu aje.
Seronok Afif dan Aisy (^_^)
Asalnya aku ke sini hanya nak cari susu UHT untuk Afif. Tapi-tapi macam juga aku beli. Elok aku budget dalam RM10 aje, lingkup RM50!
Mak aku pun tak terkecuali terjebak sama. Hehe!
Lepas dah penat shopping, Afif dan Aisy nak main dekat playground pula. Aku benarkan tapi dengan bersyarat. Dah setuju dengan perjanjian, baru aku lepaskan.
Lepas tu belanja diorang makan aiskrim! Aku pun tumpang sekaki! Hehe!
Time ni Mak dah tak keruan sebab lama dok tinggalkan Abah dekat rumah. Habis aje aiskrim yang budak-budak makan, kami bergerak balik.
Petang pula tak lama lepas Encik suami balik dari kerja OT, kami keluar lagi. Encik suami pakaikan Afif seluar boxer pada Afif.
Afif mati-mati tak mahu pakai seluar tu. Malu dia kata. Muncung sikit punya panjang time ni. Puas dok pujuk, dia tetap kata tak handsome.
Ambil gambar pun sorok muka. Biasa dialah orang pertama yang akan posing tiap kali nampak kamera.
Tapi tak lama dia merajuk especially bila Acu dia dok kata dia handsome pakai seluar tu. Payah budak dah pandai nak handsome ni (^_^)
Tempat pertama kami pergi adalah ke rumah baru kami! Tapi time pergi ni aku terkejut tengok rumah. Rupanya Encik suami dah arahkan orang buat kerja renovation.
Dia malas nak tunggu pemaju betulkan katanya. Adeh, camne lagi aku nak cakap ni (^_^)
Dok tengok kejab kontrator buat renovation, lepas tu kami bergerak ke Shah Alam. Kami ke Kompleks PKNS. Dulu time belajar dekat UiTM, dekat sinilah port yang aku biasa lepak.
Tambang teksi pun hanya RM3 time tu dari Seksyen 7 ke Kompleks PKNS. Tak banyak perubahan dekat sini. Masih macam dulu.
Lepas tu kami ke Plaza Alam Sentral yang terletak tak jauh dari Kompleks PKNS. Time dekat sini, aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan. Tapi gagahkan juga!
Senyum pun macam terpaksa. Hehe! Tapi bebudak seronok!
Lagilah dapat makan Mexican bun!
Lepas tu kami ke Uptown Shah Alam untuk ke sekian kalinya! Encik suami nak urut kaki dekat situ.
Sementara menunggu Encik suami berurut, kami meronda sekitar Uptown.
Tapi sekejab aje pun meronda. Skru kaki aku dah longgar sangat, tak larat sungguh nak jelajah ke semua kedai yang ada. Ada lebih 400 kedai korang wei!
Aku suruh bebudak duduk berdekatan dengan tempat Encik suami berurut. Berpeluh juga menunggu dia, tapi tak apalah. Aku rela dari berjalan jauh. Hehe!
Lepas Encik suami settle, kami ke Restoran Pelita di Padang Jawa. Afif awal-awal dah pesan nak makan roti tisu. Entah apa yang buat dia suka sangat dengan roti ni.
Lepas masing-masing dah kekenyangan, kami berangkat pulang!
Letih berjalan hari tu, tapi sebenarnya seronok sebab dapat menghabiskan masa berkualiti dengan family tersayang! Bukan selalu pun dapat peluang camtu kan.
Eh, dah nak masuk pukul 12 malam ni. 6 May adalah harijadi orang yang paling aku sanjung dan sayang selain dari Mak dan Abah. Siapa?
Besok aku cerita. Tungggguuu! (^_^)
Sejak berkahwin dengan Encik suami, aku hanya menghidangkan makanan yang hampir serupa setiap hari. Sebab utama adalah Encik suami tak suka pada perubahan.
Biasa kalau makanan tu dia tak pernah makan, memang dia tak akan sentuh walau secubit. Tu yang buat aku susah. Minat untuk explorer hidangan baru pun terbantut disebabkan hal tu.
Tapi mungkin sebab utama pun aku kurang mahir dalam bidang masakan.
Kebelakangan ni aku memberanikan diri untuk keluar dari skop biasa. Tapi sebab kepada perubahan ni adalah anak-anak, Afif dan Aisy.
Demi anak, aku mencuba walau tak pernah buat. Hilang segala jerih payah menyediakan hidangan bila si anak begitu berselera makan hasil air tangan kita.
Baru-baru ni aku masak pulut kuning. Jujur tak pernah sekali pun seumur hidup ni masak pulut kuning. Percubaan pertama kurang menjadi, tapi Afif kata sedap sangat!
Pulut tu lembik sangat sebab terlebih air! Hehe!
Untuk kali kedua aku dah belajar dari kesilapan pertama. Betullah kata orang, practice makes perfect! Kali kedua dah boleh agak berapa banyak kuantiti air perlu digunakan.
Hasilnya buat aku senyum sampai ke telinga!
Encik suami bila dapat tahu aku nak buat pulut, awal-awal dah pesan suruh buat kari. Aku sebenarnya nak makan dengan sardin aje sebab dah terbiasa dari kecil macam tu.
Tapi selera Encik suami tak sama. Buat jugalah. Lagipun tak menjadi masalah sebab aku dah expert bab masak menggunakan santan. Hehe!
Kalau dah hari-hari masak lemak, mau tak expert! Hehe!
Suka tengok dia berselera makan pulut kuning hasil air tangan aku ditambah dengan kari ayam yang merupakan antara kegemaran dia. Aku pula tak berapa jalan dengan kari ni.
Mujur ada ikan pekasam yang aku dah goreng hancur. Itu juga yang sedap makan dengan pulut kuning. Teringat pun dah buat aku rasa lapar. Hehe!
Tapi memang, pergghh! Terbaik!
Hari ni pula sebelum ke kelas memandu, aku sempat menghidangkan donat untuk Encik suami dan anak-anak. Mula-mula dulu tak menjadi juga, tapi sekarang rasa macam dah hebat sangat! Hehe!
Tak susah sangat rupanya nak buat donat yang penting kena ada determination.
Mungkin juga memang dah sifat semulajadi aku tak reti nak give up. Cuba dan terus mencuba sampai berjaya! Bak kata orang putih tu, strive for excellent!
Afif dan Aisy suka sangat donat ni. Korang tahu aku siap beli acuan untuk bentukkan donat ni. Kalau aku yang bentukkan, macam-macam rupa ada. Hehe!
Tapi jangan pandang rupa aje tau. Rasa dia sedap ni! Bukan aku yang kata, Annur yang tengah baca entry ni yang kata. Kan Annur kan? Hehe!
Minum pula dengan teh tarik kegemaran Afif, memang terangkat! Hehe!
Sebagai seorang isteri, memang aku juga tak terkecuali untuk melakukan yang terbaik untuk suami tercinta. Belajar bersungguh-sungguh cara masakan kegemaran dia.
Moment paling bahagia bila dia memuji masakan hasil dari air tangan aku. Happy sangat rasanya. Tak tahu macamana nak gambarkan. Tapi memang happy. Hehe!
Begitu juga dengan anak-anak. Rasa seronok bila mereka berselera menjamah setiap masakan yang dihidangkan walau hakikatnya Mama diorang masih dalam proses pembelajaran.
Yang pasti apa yang aku hidangkan memang aku buat bersungguh dan dengan kasih sayang. Tu yang buat setiap masakan aku rasa sedap aje. Hehe!
Tapi memang semua masakan ibu dekat dunia ni sedap kan? Masakan ibulah yang paling kita rindu walau di corok dunia mana pun kita berada. Betul tak? (^_^)
Alhamdulillah syukur kerana diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang isteri dan Mama. Syukur kerana diberi nikmat bahagia tiap kali masakan yang dihidangkan licin! Terima kasih ALLAH!
Emm, tu ajelah bebelan aku kali ni. Terima kasih kerana membaca (^_^)
Selamat berhujung minggu korang! (^_^)