Penantian Berakhir! (^_^)

Hari ni aku begitu teruja berbanding kebiasaannya. Entah kenapa terasa excited bila dikhabarkan tentang penyerahan kunci oleh pihak pemaju.

So tengahari tadi kami sekeluarga ke pejabat pemaju yang terletak di Bandar Puteri, Klang. Sesampai kami di sana, kami disambut oleh Ms Jenny sebagai wakil pemaju.

Kami juga diterangkan beberapa perkara termasuk tuntuan kepada pemaju kerana gagal menyerahkan pemilikan kosong kepada kami seperti yang terkandung dalam perjanjian jualbeli (S&P)

Sepatutnya kami perlu membayar sejumlah wang, tapi kami dikecualikan kerana kelewatan penyerahan kunci kepada kami. Nanti akan aku terangkan hal ni di lain entry.

Yang pasti, penantian kami berakhir!


Kami diberikan beberapa cenderahati oleh pemaju, tapi aku paling suka kotak yang mengandungi kunci berbanding yang lain. Rasa macam unik sangat. (^_^)


Lepas dah settle urusan dengan pemaju, kami terus ke rumah kami untuk melihat rumah dan meneliti sama ada ia menepati spesifikasi sepertimana yang terkandung dalam S&P.

Afif dan Aisy seronok aje bila aku ceritakan yang ini adalah rumah yang bakal mereka duduki tak lama lagi. Afif yang paling seronok sebab mungkin dia dah faham berbanding Aisy.


Ada beberapa keadaan yang kurang memuaskan. Paling ketara adalah kebocoran pada siling rumah yang perlu kami laporkan pada pemaju.


Kami diberi masa tujuh hari untuk pengesahan spefikasi rumah dan tiga benda lain iaitu tombol pintu, tangki tandas dan nombor rumah.

Untuk sebarang masalah lain, kami diberi masa dua tahun untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kecacatan fizikal.

Kami dah tick apa yang perlu diperbetulkan. Tinggal laporkan pada pemaju aje. Semua details tentang ni akan aku terangkan dalam lain entry sebagai guidelines.

Yang penting pada saat dan ketika ni, kami HAPPY di atas pemilikan ni! (^_^)

Syukur ALHAMDULLILAH.

Meneman Mak Mentua (^_^)

Mak mentua aku merupakan seorang tukang jahit. Dekat rumah dia memang ada satu bilik khas untuk dia menjahit atau menerima tempahan.

Suasana dalam bilik tu sama dengan suasana di mana-mana kedai tukang jahit. Aisy paling suka ke situ sebab ada macam-macam benda yang boleh dia explorer. Hehe!

Mak mentua aku biasanya semakin sibuk menerima tempahan untuk hari raya seawal beberapa bulan sebelum raya.

Yang peliknya, orang yang menempah minta dia tolong belikan kain untuk tempahan baju. Mungkin sebab mereka tu semua regular customer. Mak mentua aku pun dah kenal sangat minat mereka.

Petang tadi dia mengajak kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam pergi mencari kain untuk customer dia. Nagoya memang pilihan Mak mentua membeli kain sejak dari dulu.

Dia kata dekat situ murah berbanding tempat lain disamping mempunyai corak yang menarik.


Warna dan corak yang pelbagai buat aku rasa serabut kepala otak. Kalau aku yang disuruh membuat pilihan, mau pening jadinya.

Mak mentua aku beriaya mengatakan yang itu cantik, yang ni cantik. Kadang dia ada juga bertanya pendapat aku mengenai warna atau corak yang dia belek. 

"Yang ni cantikkan Na?" kata dia sambil membelek kain yang dimaksudkan.

Aku pula menjawab, "Cantikkkk!" siap dengan dengung sekali. Hehe! 

Aku tak pandai sebenarnya bab memilih kain ni. Baju yang aku pakai selama ni pun atas pilihan Encik suami. Sebab tu kalau suruh aku yang pilih, aku pening! Hehe!

Time dia tengah dok sibuk memilih, aku tinggalkan dia bersama Abah mentua aku. Menemanlah sangat katanya! Hehe! Tak sanggup aku bersoal jawab cantik dengan tak cantik.


Afif dan Aisy seronok aje sebab diorang boleh menyorok disebalik kain-kain tu. Aku pula yang risau dan tak tenteram bila dok tengok dia seronok berlari ke sana ke mari.

Teringat bibir Afif yang berdarah tertusuk besi penegang kain di tempat yang sama tak lama dahulu. Berlubang bibir dia time tu. 

Darah tak usah cakaplah, sampai ramai orang kerumun dia time tu. Tu sebab main terlompat-lompatlah! Lompat punya lompat, tertusuk besi tu. Mujur tak teruk.

Tadi banyak kali aku mengingatkan dia, "Afif ingat tak bibir Afif berlubang dekat sini?"

"Ye Afif ingat! Afif tak main lompat-lompat pun. Afif tengok kain dengan Aisy aje" jawab dia panjang lebar.


Encik suami pula berada di sudut kain langsir. Membelek beberapa jenis kain untuk rumah baru kami. Anyway semalam dapat SMS menyuruh kami mengambil kunci di pejabat pemaju.

Excited bukan main bila dapat SMS tu. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Raya tahun ni nampak gayanya kami dah berada di rumah baru. Syukur Alhamdulillah! (^_^)

So besok aku half day, nak pergi ambil kunci rumah! Seronoknya!


Berbalik pada cerita Mak mentua aku tadi, lama juga Mak mentua aku dekat situ. Sempat juga kami meronda di sekitar Plaza Alam Sentral ni sebab bosan menunggu. 

Umat manusia sikit punyai ramai tadi. Cuti hujung minggu kan.

Lepas dah beberapa ketika, barulah settle urusan Mak mentua aku di situ. Excited dia bila bercerita tentang kain yang dibeli sambil menunjukkan pada aku.

Aku pula act as normal. Melayankan aje cerita dia walau hakikatnya, TAK MINAT! Hehe!

  
Lepas tu kami pekena ABC Frado walau rancangan asalnya nak makan cendol dekat Seksyen 7. Tapi hujan lebat time tu, terpaksalah batalkan hasrat.

Makan ajelah ABC Frado.


Rasa dia tetap sama macam biasa walau bekas yang digunakan mengganggu selera kami. Rupanya peniaga di sini terkena tempias krisis air.

Semua makanan yang diorder, dilapik dengan bekas plastik atau pinggan pakai buang. 

"Minta maaf Bang, air tak ada" kata seorang peniaga yang menghantar mee bandung ke meja kami. Mungkin dia perasan reaksi kami yang terkejut melihat bekas yang dihantar.

Keadaan yang aku nampak tadi buat aku rasa macam tak nak pergi lagi aje.

------------------------------------

So itu ajelah korang ye cerita hari ni. Lain kali aku cerita benda lain pula. Idea dalam kepala otak ni sikit punya berlambang, ada aje benda yang aku nak ceritakan dekat sini.

Tapi itulah, kekangan masa buat aku tak boleh nak aktif sangat selain dari line internet yang kadang-kadang buat aku angin satu badan.

Minta maaf juga sebab belum berpeluang membalas kunjungan korang. Insya ALLAH, sooner or later sampailah aku ke teratak korang ye.

Jangan pula serik ke sini tau! (^_^)

Aisy: Lelaki Ke? (^_^)

Dayana Hanna Aisy dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sejak lahir ramai yang mengganggap Aisy adalah seorang bayi lelaki. Ada sekali tu seorang makcik ni tanya, "Lelaki ye?" sambil memegang jemari Aisy yang dalam pangkuan aku.

Padahal Aisy memakai gaun masa tu.

Tang mana entah yang lelakinya. Mungkin kerana bentuk muka atau nama Aisy itu sendiri yang biasanya digunakan untuk anak lelaki. Atau mungkin perwatakan?

Bertambah parah sebab kebelakangan ni pula aku banyak sarungkan dia baju lama abang dia. Nak tunggu rezeki beranak kecil lagi, entah bila.

Daripada baju tu rosak macam tu aje, baik diperturunkan.

Aisy tak suka sebab dia boleh kenal baju dia atau baju Afif. Satu rumah dia akan lari kalau aku nak sarungkan baju abang dia. Tak best kata dia. Hehe!

Tapi aku tetap sarungkan walau dia meronta tak mahu. Hehe! Kejam sungguh!


Mungkin dari segi perwatakan dia seperti lelaki, tapi Aisy tetap seperti kanak-kanak perempuan yang lain yang cukup suka mengganggu barang dapur Mama.

Malam tadi ketika dok sibuk menyediakan makan malam, aku kehilangan bakul yang mengandungi bawang. Memang dalam rumah ni, sorang aje yang dok suka bawa lari bakul tu.

Tetap sangkaan aku! Dia tengah seronok dok main masak-masak!


Jenuh memujuk dia memulangkan kembali bakul tu, aku minta satu pun dia tak bagi. Aku nak beli baru dia bagi aku beberapa biji bawang. Bertuah!

Disamping tu, Aisy mempunyai sifat keprihatainan yang tinggi sama seperti budak perempuan yang lain. Kebetulan malam tadi Afif demam panas, dia yang menjaga.

Kepala Afif dipicit bersama dengan tuala basah sehingga Afif tertidur. Sweet sangat dok tengok dia macam tu. Padahal aku tak suruh pun.

Kembang hidung dia bila aku memuji perlakuan dia. Siapa tak suka kena puji kan? Budak-budak pun suka dan ianya buat mereka rasa dihargai.


Yang pasti aku kena memujuk Encik suami supaya tidak lagi memotong pendek rambut anak dia. Kena biarkan panjang. Kalau tak, mau sampai ke besar orang confuse dengan jantina dia.

Last but not least, Dayana Hanna Aisy akan selamanya menjadi anak perempuan Mama (^_^)

P/S - Kelas pertama latihan pemanduan berjalan dengan lancar! Tak sangka aku boleh memandu kereta. Hehe! Bangga kejab (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...