Minggu Yang Sibuk! (^_^)

Rasa macam dah berzaman tak membebel dekat sini. Biasa tiap-tiap malam mengadap laptop walaupun giliran aku mengadap menatang ni agak malam sikit.

Laptop aku walaupun dah dihantar ke hospital, aku tak tahu khabar berita dia. Entah sakit dia boleh pulih atau dia tak dapat diselamatkan langsung. Biarlah dia berehat dekat hospital. Hehe!

Minggu ni busy aku tahap melampau! Mana taknya, ada manager baru masuk office. Biasanya bila orang baru, semangat dia pun baru. Target dia adalah ke arah ISO pula tu!

Apa menatang ISO tu pun aku tak tahu. Biasa dengar, tapi tak pernah nak ambil tahu. Apa yang pasti, semangat dia tinggi walau orangnya tak tinggi mana pun! Hehe!

Aku pula, barulah betul-betul namanya berkerja! Sedar tak sedar dah pukul 6 petang. Selama ni entah apa aje aku buat. Rasa macam lambat benor masa berlalu.

Well, kita tunggu dan lihat ajelah! Manalah tahu kot dia memang betul-betul boleh buat perubahan pada company yang dah setengah dekad aku berkhidmat ni.


One thing for sure, aku bukan kaki kipas! Hehe!

-----------------------------------------------

Balik rumah pula aku sibuk dengan rutin sebagai seorang isteri dan Mama. Nak pula musim hujan ni, kain baju lambat kering. Bila dah kering, dia punya longgokan tu sikit punya tinggi. Kalah Everest!

Minggu ni memang minggu melipat kain baju aje

Tak suka buat benda ni, tapi terpaksa juga buat! Bilalah kau nak besar Aisy oi, Mama nak turunkan ilmu melipat kain baju pada kau pula ni!

Tapi untung jugalah Encik suami sudi nak menolong basuh kain baju siap dengan pakej sidai dan angkat kain baju diampaian lagi! Padahal aku tak pernah suruh pun. Dia dengan rela hati membantu.

Apapun aku akui kalau aku balik penat dari kerja, tengok kain baju dah siap bersidai memang senyum sampai ke telinga. Tapi senyuman tu hilang bila part nak melipat kain. Malas okay!

Alahai Yana, semua benda kau malas. Apa yang kau rajin? Hehe!
 
-----------------------------------------------

Kalau dulu Afif tak sabar nak tunggu cuti sekolah, sekarang ni pula dia asyik tanya bila nak sekolah. Dia kata dia bosan dekat rumah pastu rindu nak main dengan kawan-kawan.

Dulu time nak kejutkan dia pergi sekolah, sikit punya susah. Penat nak kejutkan dia pula. Kali ni terbalik. Sekali panggil aje dah bangun! Terus masuk bila air pula tu! Ini sudah bagus!

Aisy pula yang susah nak bangun tidur. Aku gegarlah katil macam mana pun, dia tak akan bangun! Angkat dia bawa terus masuk bila air, baru dengar suara dia. Tu pun dia cakap, "Juk!" (sejuk)



Minggu ni aku lambat masuk kerja sebab Aisy lah! Eleh Yana, bukan kau memang selalu masuk lambat ke? Hehe! Lupa pula!

Sebenarnya semua yang ni atas adalah alasan kenapa aku dah lama tak update blog aje! Hehe! Boleh aje kalau setakat nak post satu atau dua entry tu.

Tapi kalau dah tahap kemalasan tinggi melangit, memang tak boleh kata apalah. Blog walking pun dah lama tak buat ni. Sorry ye kengkawan. Penyakit malas tengah menyerang ni! Hehe!

Sebelum mengakhiri bebelan aku pada hari ni, meh layan omputih seorang ni nanyi lagu rock. Jiwang mamat omputih. Siap feeling habis tu!

Apapun aku suka! Dah handsome cam Paul Walker! Hehe!

Klik sini kalau nak tengok ye (^_^)

Aisy Genap 2 Tahun! (^_^)

Macam tak percaya budak yang dalam perut dulu cukup aktif, dah ada depan mata. Dah genap dua tahun dah pun hari ni. Kejab aje masa berlalu.

Rasa macam baru semalam aku bersalin. Hehe! Keaktifan Aisy dalam perut dulu buat aku terfikir aku dapat anak lelaki lagi. Alhamdulillah dapat sepasang dah! Bukan senang tu! Hehe!

Anyway hari ni aku buat sikit makan-makan sempena memperingati hari yang paling bermakna dalam hidup Aisy. At least buat aku recall peristiwa bahagia dua tahun dulu.

Kalau hari tu rumah keluarga mentua, hari ni keluarga aku pula. Walaupun bukan semuanya ada, ianya cukup meriah dengan suara budak berdua tu aje!


Menu tak banyak, tapi cukup mengenyangkan perut kami. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga. Orang lain especially di negara yang bergolak belum tentu dapat merasa apa yang kami rasa.

Syukur kehadrat Ilahi kerana kami berada di bumi Malaysia yang aman harmoni.


Part paling best bila Aisy dapat hadiah daripada makcik-makcik dia. Terima kasih Angah dan Acu untuk hadiah yang diberikan. Aisy suka sangat!

Of course bantuan Abang diperlukan untuk membuka balutan hadiah walau sebenarnya tuan empunya hadiah tidak merelakannya. Hehe!

Time camni pun korang nak bergaduh ye!


Apapun sebagai seorang Mama, tak apa yang lebih membahagiakan bila dok tengok anak seronok. Itulah hadiah yang paling bermakna bagi aku.

Bersyukur sangat bila tengok insan-insan tersayang berada di depan mata. Boleh dibelai dan diluahkan segala rasa kasih dan sayang.

Aku amat hargai setiap detik dan saat bersama mereka.


Paling buat aku terharu bila pagi tadi Afif mengucapkan selamat hari jadi buat adik dia. Tindakan drastik Aisy ketika itu yang masih dalam pembaringan, bangun dan terus peluk Abang dia.

Seolah-olah faham ucapan selamat yang Abang dia tujukan pada dia. Perbuatan tu buat naluri keibuan aku ni terasa sebak. Indah perbuatan tu pada pandangan mata aku.

Apapun Dayana Hanna Aisy, Mama ucapkan SELAMAT HARI JADI sayang!

Semoga anak Mama yang seorang ni lembut hati dan molek budi pekertinya sepertimana isteri Rasullulah Aisyah R.A. Sebab tu Mama dok panggil kau, Aisyah ajak sekarang. Ambil berkat!

Moga dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala fitnah dan hasad dengki manusia. Moga maruah seorang perempuan terpelihara sehingga ke akhir hayat.

Moga jadi anak yang soleh, terang hati, cemerlang di dunia dan di akhirat. Mama juga doakan kamu panjang umur dan memperolehi keluarga yang bahagia sepertimana Mama.

Moga suatu hari nanti, kamu juga mampu merasai nikmat menjadi seorang Mama.

Mama tahu at this age kamu tak faham setiap rasa kasih dan sayang yang Mama luahkan. Tapi siapa tahu suatu hari nanti, blog ni akan menjadi bukti kasih sayang Mama pada kamu adik beradik.

Percayalah, tiada manusia dalam dunia ni yang boleh sayangkan kamu sepertimana Mama. Again Aisyah sayang, SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KEDUA (^_^)


 P/S - I am proud to be a Mama to Afif and Aisy! (^_^)

Weekend: Berjalan + Shopping = Happy! (^_^)

Malam semalam seperti yang dirancang, kami ke Uptown Shah Alam. Mujur cuaca elok aje. Tu yang kami rasa seronok sangat! Annur dengan Anis pun join aktiviti malam kami di sini.

Kalau sesiapa yang tak pernah ke sini, jangan tersesat pula sebab signboard sepanjang perjalanan nak ke sini tak ada tulis Uptown Shah Alam. Diorang tulis Kompleks Muhibah.

Dekat sini segala macam benda ada dijual. Memang siapa jenis kaki shopping boleh jadi kelabu biji mata dok tengok barangan yang ada dekat sini. Apa yang pasti, semua peniaga di sini adalah bumiputera!

Anyway aku dah pernah cerita pasal Uptown ni, dekat sini.


Siang tadi kami pergi shopping barang dapur pula. Lepas tu kami ke Tesco Setia Alam, kononnya nak cari hadiah hari jadi untuk Aisy.

Tapi satu Tesco kami pusing, tak jumpa yang berkenan di hati


Lepas tu kami ke Aeon Bukit Raja. Meneruskan misi mencari hadiah untuk Aisy. Dan kami berjumpa yang berkenan di hati dan paling penting affordable! Hehe!

Tapi paling kelakar yang buat semua shopper dok pandang Aisy sambil ketawa adalah disebabkan dia dok seret bungkusan hadiah dia! Tak bagi langsung orang lain pegang!

Dah tu nak buat camne, biar ajelah! Seretllah sayang oi! Memang hadiah kau pun!


Petang pula kami ke Pantai Remis. Bukan hak yang dekat Perak nun! Ni dekat Jeram Selangor aje! Tak berapa jauh dari rumah keluarga mentua aku.

Dekat sini bukan setakat pantai aje ada, korang boleh shopping juga dekat sini. Biasanya dekat sini memang penuh dengan orang!

Biasalah nak luangkan cuti hujung minggu diorang dengan family! Macam semua kitalahkan! Hujung minggu buat aktiviti dengan family memang seronok!

Anyway aku dah cerita beberapa kali pasal Pantai Remis ni, boleh klik sini dengan sini.


Kalau dah nama pantai, memang tak sahlah kalau tak dekat dengan air! Tu lah yang budak berdua ni cuba lakukan. Tapi aku dah awal-awal bagi warning, basah tinggal! Kejam tak? Hehe!

Nama pun budak-budak, peduli apa diorang dengan amaran aku! Lagi aku marah, lagi diorang dekat! Penat bising, aku biar aje! Hehe!


Apa yang pasti kami seronok sangat hari! Another hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti!


Dua tahun sebelum ni, pada ketika dan saat ni aku tengah mengerahkan segala kudrat dan tenaga untuk membawa puteri aku ke dunia ni.

Kesakitan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah melaluinya sahaja pasti memahami apa yang aku rasa. Bukan setakat rasa macam nak terberak aje ye! Harap maklum!


2 Disember 2011, Dayana Hanna Aisy selamat dilahirkan pada pukul 1:17 pagi.

SELAMAT HARI JADI SAYANG! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...