Aisy Ni! (^_^)

Hari ini Dayana Hanna Aisy dah genap 1 tahun 4 bulan dan 8 hari atau nak lagi senang sikit cakap, Aisy dah 16 bulan! Wah, cepat betul masa berlalu.

Rasa macam tak percaya budak yang dok melasak dalam perut dulu ni dah muncul depan mata. Macam mana dia aktif dalam perut dulu, macam tu juga bila dia dah ada depan mata sekarang. Lasak!

Time dia tengah cover ayu macam gambar dekat bawah, bukan main lagi. Dok elok, sopan aje nampak. Siap bagi renungan yang menusuk ke kalbu lagi!


Tapi time dia tengah meligat, tak usah cakaplah! Mama belum sempat cakap jangan, tangan dia dengan sepantas kilat dah capai dulu! 

Pendek kata tak ada satu ruangan dekat rumah ni yang dia tak pernah terjah. Ada aje benda yang dia nak explorer. Tapi yang peliknya dia tak pernah rasa serik!

Tangan comel dia tu dah berapa kali tersepit laci meja solek. Tapi tempat tu juga yang dia akan pergi setiap hari! Paling dia suka ambil Mama punya lip balm. Mungkin tu aje yang paling senang capai! Hehe!

Kadang-kadang tu rasa macam kelakar pun ada bila dia siap dengan menjuih bibir sambil tangan memegang lip balm tu dekat dengan bibir. Macam tahu aje cara nak guna.

Mungkin juga sebab selama ni dah jadi pemerhati setia setiap kali Mama bersiap nak ke tempat kerja atau ke mana-mana. So dia nak try buat. Emm, tak lama lagi habislah alat solek Mama!

Tu belum boleh berjalan lagi. Kalau dah boleh berjalan, lagi pening Mama dia ni! Kadang-kadang tu dengar Abang jerit, "Ish, Aisy ni!"

Kalau dengar aje bunyi macam tu, mesti dia tengah kacau Abang dia main. Padahal dia dah ada mainan dia sendiri, tapi dia nak juga apa yang Abang dia pegang. 

Pun begitu, dialah penghibur Mama, Papa dan Abang. Walau kadang-kadang Mama dan Papa naik pening dengan "kepantasan" dia.

Apa yang pasti, We LOVE you so MUCH! (^_^)


Tak Perlu Mengundi? (^_^)

SPR dah buat pengumuman untuk PRU-13 seperti berikut:

Tarikh penamaan calon: 20 April 2013 (Sabtu)
Tarikh pengundian awal: 30 April 2013 (Selasa)
Tarikh Pembuangan Undi: 5 Mei 2013 (Ahad)

Sila take note ye! Hehe!

Apapun PRU kali ini memang begitu hangat diperkatakan. Ia adalah penentu sama ada kerajaan sekarang dapat mengekalkan tampok pemerintahan atau ia akan beralih kepada pakatan pembangkang. 

Mungkin disebabkan itu juga peratus pengundi untuk PRU-13 terutamanya pengundi muda meningkat berbanding PRU yang sebelumnya.  

Jujurnya aku agak excited untuk mengundi kali ni. Seolah-olah pilihan raya kali ini adalah first time bagi aku.

Pun begitu ada antara masyarakat di Malaysia memandang ringan tentang hal ni. Ia sesuatu yang menyedihkan! Terutama sekali bangsa Melayu!

Entah apalah yang susah sangat nak faham, bahawa mengundi tu penentu masa depan kita dan keturunan kita, dan yang paling penting hala tuju bangsa kita, Melayu!

Jangan bila terjatuh tersungkur baru nak terngadah! Too late!

Seorang kenalan Facebook telah mengeluarkan kenyataan berikut yang aku fikirkan ada betulnya. Berikut ada pendapat beliau yang aku copy bulat-bulat:
If you don't vote for whatever reason, you have NO RIGHT to complaint. You had a choice to make yourself be heard. If you refuse that right, then you can STFU till the next GE - Salman
Yang peliknya, ramai yang memperkatakan tentang tukar kerajaan atau sokong kerajaan tapi malangnya mereka tiada inisiatif untuk mendaftar atau paling teruk dah daftar tapi malas nak mengundi!

Macam-macam alasan diberikan. Aku pernah dengar ada orang kata, "Aku duduk rumah aje, tak ada kepentingan pun aku mengundi!" Rasa macam kelakar bila dengar statement tu, sedih pun ada!

Ada yang lain kata, tak cukup bajet untuk balik kampung mengundi! Ini adalah beberapa alasan yang menggambarkan betapa ceteknya pemikiran kita tentang tanggungjawab besar ini.

Sepatutnya tiada alasan kalau kita sedar tanggungjawab kita. Ketahuilah bahawa setiap undi itu dikira. Satu undi kita boleh beri satu perubahan besar bagi negara.

Jangan pandang remeh tentang hal ini. Terutama sekali bangsa Melayu. Sedarlah! UNDI kita menggambarkan suara kita.

Dan tanggungjawab itu semua terletak dibahu kita yang bergelar PENGUNDI! Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Tapi pada siapa sahaja yang baru mendaftar atau melakukan pertukaran alamat dalam tahun ini, mungkin impian anda untuk mengundi terpaksa dilupakan.

Sebabnya prosedur mendaftar sebagai pemilih dan tukar alamat sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk disahkan.

Hanya mereka yang mendaftar setakat 31 Disember 2012 sahaja boleh mengundi. So marilah kita beramai-ramai keluar mengundi bagi yang telah mendaftar!

Tunaikanlah tanggungjawab kita pada negara yang tercinta ini, MALAYSIA (^_^)

Kerap Demam? (^_^)

Bermula dari hujung tahun lepas, anak-anak aku memang agak kerap tak sihat. Terutama sekali demam! Penyakit yang disebabkan oleh virus ni memang sering menjangkiti anak-anak aku.

Ramai orang kata anak-anak aku tidak mempunyai antibodi yang kuat sebab itu virus mudah menyerang mereka. Yang tu aku boleh terima lagi.

Yang lagi jahat mulut tu kata, "Sebab Mama dia dulu selalu makan ubat tu pasallah anak selalu sakit!" Tu pula statement yang nak kena penumbuk!

Percayalah bahawa tak ada sesiapa pun yang ada anak dalam dunia ni yang nak tengok anak dia sakit. Kalau boleh nak tengok anak tu sihat memanjang!

Aku juga berusaha bermacam cara bila anak tak sihat, risaunya TUHAN aje yang tahu! So baru-baru ni, tapi sebenarnya tak berapa nak baru pun! Hehe! Aku beli termometer!


Pada sesiapa yang ada anak, benda ni memang wajib ada! Sebabnya suhu badan budak-budak ni sukar nak jangka. Kejab panas, kejab lagi sejuk.

Sebelum ni aku ada jenis Digital Ear Thermometer, tapi yang tu aku buat redemption dari Kelab Anmum. Tak lebih dari setahun, dah tak boleh pakai! Tak tahu apa sebabnya.

Nak beli benda yang sama, tak berkemampuanlah pula! Harga paling murah pun RM200 ++. Disebabkan aku perlukan segera termometer ni, so aku beli yang murah dulu. Kemudian baru beli yang mahal tu!

Untuk makluman, semua ni kita boleh beli dekat farmasi aje. Yang jenis Forehead Thermometer tu berharga RM8 ++, yang ni aku bagi Mak sebab tak reti nak guna! Hehe!  

Yang lagi satu tu, RM14++. Yang ni boleh letak dekat bawah lengan atau bawah lidah. Tapi untuk bacaan lebih tepat adalah di bawah lengan.

So bila dah ada ni, senang sikit nak jaga anak. Bila boleh bagi ubat dan sebagainya. Lately, anak-anak aku sihat Alhamdulillah. lega sikit. Harap-harap sihat aje memanjang!

Oh ya, terlanjur dah bercerita pasal Kelab Anmum tadi, nak cerita lagi excitement pasal ni! Minggu lepas aku ada buat redemption untuk ke sekian kalinya. Baru hantar borang sebenarnya! Hehe!


Scoops tu dah berzaman aku simpan. Ada antaranya time Afif dulu. Kalau tak ada lagi banyak, tapi aku dah gunakan buat redeem susu yang merupakan juga antara salah satu program anjuran Kelab Anmum.

Ingat tahun ni pun nak buat benda yang sama, tapi kali ni punya redemption program menarik minat aku! Pula tu tak lama, sampai bulan 6 ni aje! Nak redeem barangan Fisher Price tu! Hehe!

Nanti dah sampai aku update eh! Excited sebenarnya! Hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...