Karma? (^_^)

Rumah yang aku duduki sekarang adalah rumah sewa dan sudah 6 tahun kami menyewa di sini. Alhamdulillah rumah ni walau tak sebesar mana tapi menjadi tempat kami berteduh dari panas dan hujan.

Tuan rumah kami juga amat memahami dan mudah bertolak ansur dalam banyak hal. Berbeza pula dengan orang sekeliling yang kami panggil JIRAN.

Ketika kami mula menghuni rumah ni, kami diuji secara mental dan emosi oleh mereka yang bernama JIRAN terutama sekali yang tinggal di sebelah kanan dan kiri rumah kami ni.

Sebenarnya aku tidak berniat membuka keaiban mereka, tapi apa yang berlaku beberapa hari lepas seolah-olah KARMA bagi mereka yang bernama jiran ni.

Kalau readers nak tahu apa maksud KARMA, sila klik sini sebab aku malas nak explain panjang lebar kang jadi meleret pula! Hehe!

Masa mula-mula menghuni rumah ni, aku tak bekerja dan hampir dua bulan selepas berkahwin aku memegang status penganggur. Dan aku boleh nampak dengan jelas setiap kelakuan jiran aku.

Bila diceritakan kepada Encik suami, dia akan kata "tak apa" atau "biarlah". Sampai satu ketika dia nampak dengan mata kepala dia sendiri barulah amarah dia keluar! Baru dia tahu!

Aku rasa semua orang akan marah kalau benda-benda seperti di bawah ni terjadi kepada mereka. Atau mungkin kami aje yang terlebih emotional!

Penyidai kami digunakan oleh mereka yang bergelar jiran dengan sewenang-wenangnya. Mentang-mentanglah rumah sewa kami tidak berpagar, hak kami DICEROBOH!

Ruang halaman depan rumah kami dijadikan stor, di mana mereka menempatkan pelbagai peralatan berkebun dan bertukang!

Bila kami tiada di rumah, parking kami pula digunakan oleh mereka tanpa keizinan. Sampai satu tahap Encik suami mengheret pasu-pasu bunga kami di depan rumah sebagai simbolik pagar ditutup!

Air paip yang terletak di luar rumah, digunakan untuk mencuci kereta mereka! Paling menyakit hati bila mereka renovate rumah, air tu digunakan juga.

Episod kemarahan Encik suami bermula apabila ruang halaman rumah kami digunakan untuk upacara korban ketika hari raya haji pada tahun pertama rumah tu kami sewa.

Entah dapat pahala ke tidak ibadah korban mereka yang terlibat kerana menggunakan ruang halaman rumah dan air tanpa keizinan kami, TUAN RUMAH!

Sejak dari itu bermulalah episod kami mempertahankan HAK kami! Tapi kami pula dipandang sebagai musuh seolah-olah kami pula yang bersalah.

Kerusi dan kayu tu diletakkan di depan rumah mereka sebagai tanda, NO PARKING! Mungkin baru sekarang mereka faham perasan kami dulu 
Paip ni diubah posisinya oleh Encik suami kerana kerap menjadi mangsa curi air. Pasu bunga juga terpaksa di letak di situ kerana ada orang tak cukup tempat simpan barang
Pasu yang ada di atas papan ni bukan milik kami tapi digunakan oleh mereka yang tidak mengenali HAK JIRAN. Tapi mungkin kerana hukum karma, semua pasu bunga tu pecah dan jatuh ke dalam longkang beberapa hari dulu

Mungkin usia kami yang muda ketika mula menyewa rumah, maka HAK kami diperkotak-katik oleh mereka ni yang layak kami panggil Makcik dan Pakcik.

Atau mereka tidak mengetahui bahawa dalam ajaran Islam, hak jiran perlu sentiasa dijaga dan tidak sama sekali menyakiti jiran selari dengan tuntutan agama supaya memelihara keamanan sesama jiran.

Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:-
"Barang sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti jirannya"

Klik sini untuk bacaan lebih lanjut mengenai Konsep Jiran.

Dan hari ini aku mengingatkan diri aku sendiri untuk tidak sama sekali melakukan hal yang sama kepada jiran tetangga aku kerana JIRAN mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ajaran ISLAM.

Hopefully jiran di tempat baru nanti lebih molek budi pekertinya! Insya-Allah

Siapa Mustafa Kamal Ataturk? (^_^)

Siapa Mustafa Kamal Ataturk? | Sebelum ni aku ada cerita tentang ketaksuban aku membaca buku novel sejarah. Aku ambil masa lebih kurang tiga hari nak habiskan membaca buku setebal 400 muka surat ni. Dulu, kalau baca novel satu hari confirm dah habis baca. Tapi sekarang tak mampu especially komitmen terhadap keluarga perlu diutamakan. Payah nak fokus. Alright, buku yang aku maksudkan adalah Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi hasil karya penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Abdul Latip Talib.

Siapa Mustafa Kamal Ataturk?

Buku ni diperkenalkan oleh Angah yang memang antara peminat setia Abdul Latip Talib. Hampir kesemua hasil karya Abdul Latip Talib ada dalam simpanan Angah. Aku mengetahui serba sedikit tentang Mustafa Kamal Ataturk ketika zaman belajar di IPT dulu apabila membaca serba sedikit azab yang dilalui pemimpin ini ketika dan selepas kematiannya. Pada ketika itu aku agak teruja untuk mengenali siapa pemimpin ini yang diazab sebegitu rupa oleh Allah SWT. Hanya sekarang baru aku berpeluang mengenali beliau melalui buku ini.

Pun begitu jujur aku katakan buku ini agak meleret-leret. Kalau tak kerana keinginan aku untuk mengenali siapa Mustafa Kamal Ataturk yang begitu kuat, mungkin buku ni tak akan habis aku baca. Ada juga beberapa tarikh dan peristiwa yang begitu mengelirukan terutama peristiwa 13 Mac yang kadangkala disebut 31 Mac. Apapun usaha penulis harus dipuji kerana menghasilkan buku seperti ini yang berkonsepkan novel sejarah dan sekurang-kurangnya mampu membuka mata muda-mudi pada zaman ini.

-----------------------------------------------

Siapakah Mustafa Kamal Ataturk?

Mustafa Kamal Ataturk merupakan seorang pemimpin Turki yang telah memusnahkan institusi khalifah Uthmaniah yang telah berkuasa selama 595 tahun dibawah kepimpinan 36 orang sultan.


Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1881 dan meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana menghidap radang hati dan pelbagai penyakit misteri pada 10 November 1938.

Antara tindakan beliau ketika menjadi pemimpin tertinggi Turki adalah:

- Azan dan Al-Quran ditukarkan ke bahasa Turki.

- Kaum wanita diarahkan supaya mengamalkan berpakaian seperti kaum wanita Barat dan kaum lelaki dilarang keras memakai serban.

- Majid Aya Sofia dijadikan muzium dan menutup beberapa masjid lain dengan alasan masjid-masjid digunakan bagi menentang pemerintahan beliau.

- Sekolah dan Universiti Islam ditutup

- Hukum Islam digantikan dengan hukum Swiss

Selepas kematian Mustapa Kamal Ataturk, keranda timah yang menempatkan mayat beliau disimpan di dalam Muzium Etnografi di Ankara selama 15 tahun. Mayat Mustafa Kamal Ataturk kemudiannya disimpan di dalam sebuah bangunan di mana ianya tidak ditanam tetapi diletakkan di satu tempat khas.

Menurut cerita di dalam buku yang aku baca, mayat pernah beberapa kali ditanam tetapi keesokan harinya kubur itu berlubang dan keranda yang mengandungi mayat Mustafa Kamal Ataturk dimuntahkan keluar. Ulama Turki pada masa itu mengatakan bahawa bukan sahaja di bumi Turki, malah seluruh bumi ALLAH tidak akan mayat Mustafa Kamal Ataturk!

Readers semua boleh klik sini untuk bacaan lebih lanjut mengenai Mustafa Kamal Ataturk. Bagi aku blog ni memberi kupasan yang lebih menarik mengenai bapa sekularisme Turki ni. Apapun Mustafa Kamal Ataturk adalah seorang pemimpin yang perlu kita jadikan renungan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.


Keranamu Asam Pedas! (^_^)

Minggu ni tekak aku teringin nak makan asam pedas ikan. Dah berapa hari dok plan nak masak. So hari ni aku tekad nak masak walau mimpi ngeri asam pedas yang tak menjadi sebelum ni masih lagi menghantui!

Dah nak masuk 6 tahun usia perkahwinan aku dan setakat ni tak pernah sekali pun asam pedas ikan aku buat menjadi! Fakta tu! So bila tak menjadi tu, mogok kejab!

Aku dah try macam-macam resipi. Follow sebiji-biji, tapi still tak menjadi juga. Tak tahulah dekat mana silapnya! Ke memang sebab aku tak tahu masak. Hehe!

Baru hari ni tekad tu datang balik! Tapi pagi tadi buat bihun goreng kesukaan Afif dulu.


Afif kalau dapat makan bihun ni memang dah tak toleh kiri kanan. Sedap betul pada dia! Aku paling suka tengok bila dia makan bertambah.

Masuk aje tengahari, aku ke dapur untuk memasak. Berbekalkan sisa baki semangat juang yang masih ada, aku buat juga asam pedas ikan untuk ke sekian kalinya.

So bila dah siap, aku hidangkan di meja makan. Rupa memang kelihatan macam asam pedas ikan. Tapi rasa aku tak tahu! Fobia nak rasa.


Takut nak rasa! Takut tak sedap macam sebelum ni. Kalau tak sedap memang aku tak akan buat lagi! Tu janji aku! Tapi aku tengok Encik suami laju aje makan. Macam sedap aje!

"Sedap ke Yang?" tanya aku bila tengok Encik suami makan langsung tak pandang kiri kanan.

"Bolehlah!" jawab dia ringkas. Mungkin jawapan dia tu lebih kepada nak menjaga hati aku aje!

Encik suami memang penggemar asam pedas ikan. Dari mula kahwin dia selalu suruh aku masak makanan kegemaran dia tu. Tapi bila tak menjadi aku malas nak buat. Tapi nanti dia suruh lagi!

Baru hari ni aku ada keberanian nak buat! Tadi, baru aku ada keberanian nak cuba asam pedas ikan hasil dari air tangan aku. Wah! Boleh tahan! Hehe!

Patut Encik suami tunduk aje time makan tadi. Sedap rupanya! Yes! Menjadi akhirnya! Bolehlah selalu masak asam pedas ikan selalu lepas ni. Hehe!

---------------------------------

Petang tadi, Ateh adik Mak yang tinggal di Bukit Beruntung Rawang ada datang menziarah kami di sini. Adik Mak yang ni memang kerap datang bila ada kelapangan.

Tapi aku sebenarnya aku lebih berminat nak bercerita pasal anak dia yang paling kecil, pangkat sepupu dengan aku. Masak aku kahwin dulu, dia baru aje lahir.


Tapi sekarang dah jadi kawan baik anak aku. Sepatutnya kalau nak ikut pangkat, Afif kena panggil dia Pak Ucu Iman. Tapi disebabkan jarak usia yang tak jauh beza, maka gelaran Abang aje digunakan.

Tadi bila tengok dia orang main, terasa seronok aje. Mengingatkan kembali memori zaman kanak-kanak yang telah lama aku tinggalkan. Terasa makin tua diri ini! Hehe! 

Anyway, let's check out gambar Afif dan Iman yang ada dalam simpanan aku.

Afif dan Iman time Dayah kahwin tahun lepas. Tak boleh berjauhan langsung time ni.
Afif dan Iman sekarang! Hopefully keakraban dia orang ni kukuh sampai bila-bila!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...