Tak Boleh Tahan:Part I (^_^)

12 Jan 2013 - Pagi tu selepas mandi, Afif tiba-tiba mengadu gatal-gatal. "Mama, Afif gatal tak boleh tahanlah!" kata dia sambil menggaru seluruh anggota badan. Ada bengkak kemerahan di tempat yang digaru.

Daripada pengamatan dan pengalaman aku, aku mengagak Afif kena Gegata atau Urticaria. Aku mengajak Encik suami ke klinik berhampiran rumah dan doktor tersebut mengesahkan Afif kena Gegata.

Beberapa ubatan diberikan termasuk losyen Calamine. Petang tu Afif kembali aktif seperti biasa dan dia sempat kata, "Bagus ubat doktor tu kan Mama! Afif dah sihat dah!"

Malam tu pun sempat aku bawa dia pergi ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam beli laptop baru seperti yang diarahkan oleh Encik suami.

Baca: Barang Baru!

------------------------------------

13 Jan 2013 - Kebetulan Dayah dan suami dia, Nuar ada bertandang ke rumah Mak. Disebabkan suami dia "pakar" komputer, so Encik suami minta tolong install kan beberapa barang ke dalam laptop yang baru dibeli.

Sempat lagi bergaya sebelum ronda-ronda dengan Mak De & Ayah Ye

Lepas tu sekali lagi kami ke Shah Alam untuk menghantar hard disk laptop lama ke kedai repair. Kita orang singgah lunch dekat Seksyen 2.

Afif suka sangat makan otak-otak. Aku tak tahu berapa banyak otak-otak dia dah makan hari tu. Tu pun belum kira ABC. Banyak dia makan hari tu!

Petang tu seperti setiap weekend sebelum ni, kami ke rumah Mak Encik suami. Aku perasan Afif banyak diam petang tu. Selepas Mahgrib, kami bercadang nak balik rumah sebelum Afif tiba-tiba muntah. Afif muntah lebih dari 5 kali sampai lembik badan!

Dia mula merengek. Badan dia tiba-tiba panas. Dia juga menggigil! "Mama, Afif sejuk! Jomlah kita balik!" kata dia sambil menangis.

Dia juga sempat kata, "Afif makan ikan busuk dengan Ayah Ye tadi sebab tu muntah!" Aku hanya tersenyum dengan kata-kata tu dan maklum "ikan busuk" yang dimaksudkan adalah otak-otak!

Malam tu badan Afif semakin panas dan ubat yang diberikan langsung tak memberi kesan. Dia juga tak habis-habis mengadu gatal. Badan dia mula kemerahan.

Aku mula risau!

------------------------------------

14 Jan 2013 - Badan Afif masih panas dan kerisauan aku semakin bertambah! Aku terpaksa bercuti hari tu dan sekali lagi membawa Afif ke klinik yang sama.

"Dia demam panaslah doktor lepas tu benda tu jadi macam halus-halus" kata aku kepada doktor sambil menunjukkan bintik-bintik halus pada badan Afif.

"Gegata ni ada jenis halus. Lepas tu dia memang akan naikkan suhu badan dia. Lagipun dia ada tonsil ni, tu yang buat dia jadi worse!" kata doktor tu panjang lebar.

"Continue makan ubat yang saya bagi kelmarin lepas tu kita bagi ubat demamlah. Saya bagi ubat masuk lubang dubur ye. Panas sangat badan dia ni!" tambah doktor.

Aku dan Encik suami hanya mengiakan.

Malam tu aku rasa Afif lagi teruk. Dia mula mengadu sakit badan, sakit kepala dan of course gatal-gatal. Badan dia panas sangat dan aku sentiasa lembabkan badan dia.

Teringat doktor pernah kata badan panas boleh sebabkan sawan! Dan once dah kena sawan, tak boleh cure! Aku berjaga sepanjang malam menjaga Afif.

------------------------------------

15 Jan 2013 - Aku terpaksa pergi kerja juga hari tu walau terasa berat hati meninggalkan anak yang tengah sakit. Beberapa ubat aku bekalkan pada Mak dan aku pesan suruh dia call kalau ada apa-apa.

Di office, fikiran aku lebih banyak di rumah risaukan keadaan Afif. Hati terasa tak sedap aje. Kerisauan aku semakin bertambah bila menerima call dari Mak mengatakan Afif makin teruk!

Hancur luluh bila dengar anak meraung minta tolong. Aku boleh dengar dengan jelas dia meraung, "Afif sakit sangat tak boleh tahan!"

Aku nekad untuk bawa dia ke hospital setelah gagal menghubungi Encik suami. Aku minta Abah dan Mak ambil aku di office dan terus bawa Afif ke hospital. Aku terpaksa half day hari tu.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Afif asyik meraung seolah-olah kesakitan yang teramat sangat! Badan dia pun terlalu panas. Badan dia kemerahan dan kulit dia seperti berpasir.

Sesampai di hospital, aku diarahkan ke zon separa kritikal kerana mereka mensyaki Afif mengalami alergik. Ketika pemeriksaan, aku baru perasan lidah Afif putih semacam.

Afif dikehendaki bermalam di hospital.

To be continue...

Entri lain yang berkaitan:
1. Tak Boleh Tahan:Part I
2. Tak Boleh Tahan: Part II
3. Tak Boleh Tahan: Part III
4. Tak Boleh Tahan: Part IV

Abang Hebat! (^_^)

Pagi tadi lepas buat breakfast, aku rasa lantai rumah melekit semacam aje. Geli pula aku rasa! Cuma mengingatkan kembali bila kali terakhir lantai dapur ni aku cuci, tak berapa nak ingatlah pula!

Kesibukan sebagai seorang Mama, isteri dan pada yang sama as an employee buat aku lupa beberapa perkara. Tapi memang rasa dah agak lama.

Sedang aku sibuk buat persiapan nak cuci dapur (pakej sekali dengan tandas), tiba-tiba anak bujang aku menyapa aku.

Malam tadi dia demam panas sampailah pagi tadi, lepas masukkan ubat nampak dia okay sikit. Kecerian dia mengurangkan kegusaran aku.

"Mama nak buat apa tu? Mama nak basuh lantai ye? Afif nak tolong boleh?" tanya dia bertalu-talu. Belum pun sempat aku memberi keizinan, dia nak cangkung sambil cucu lantai guna berus tandas!

  
Biasanya aku tak pernah larang anak aku menolong. Tak kisahlah kerja apapun! Dari memasak, membasuh, menyidai, melipat, lap lantai; aku akan benarkan mereka turut serta.

Tiada istilah, lelaki tak boleh buat kerja ni atau ni kerja orang perempuan aje!

Pada aku, tiada salahnya mereka menolong selagi ia di dalam kemampuan mereka. Benar kerja yang dilakukan oleh insan kecil ni tak akan sempurna! Mereka perlukan galakan!

Aku percaya dengan didikan dan latihan berterusan, mereka mampu lakukan semua tu dengan lebih baik satu hari nanti.

Aku teringat cerita rakan sekerja yang merungut tentang kerja rumah yang tidak mendapat bantuan daripada anak-anak. Selidik punya selidik, rupanya dia tak pernah benarkan mereka menolong.

Even kalau anak-anak tu menolong, dia tak puas hati dan sanggup mengulang kerja tu sekali lagi. Dia juga menyalahkan pembantu rumah kerana buat "semua kerja"! Dan "didikan" tu telah menyusahkan dia hari ini.

Bayangkan pada usia yang tak berapa nak muda tu, penat lelah di tempat kerja belum habis, balik rumah terpaksa pula buat semua kerja rumah seorang diri. Tiada istilah rehat, dah macam tawanan perang!

Aku kesian dengar cerita dia, tapi jujur aku rasa, she dick her own grave! Kalaulah dia memberi ruang untuk anak-anak tu "menolong", mungkin dia tak susah seperti hari ini.

Yang susah kami sebagai collegue dia sebab terpaksa dengar rungutan dia hampir setiap hari!

Aku teringat jiran aku dulu, dia ada 9 orang anak lelaki. Yang mengagumkan adalah setiap seorang mampu melakukan semua kerja rumah! Balik dari kerja, makanan dah terhidang dan dia tinggal makan aje!

Rumah dah siap kemas, baju dah siap basuh dan berlipat! Aku kagum dengan didikan dia! Itulah yang aku cuba terapkan dalam diri setiap anak-anak aku.

Pertolongan mereka sangat berharga walau hanya sebesar zarah! Semoga dengan didikan ini mampu menjadikan mereka insan yang "terbaik" di dunia dan akhirat!

Lamunan aku terhenti bila Afif memberi batang mop kepada aku.

"Mama, Afif dah penatlah!" kata dia sambil bersandar ke dinding.

"Wah! Pandai anak Mama ni tolong Mama buat kerja kan?" kata aku dengan nada memuji.

"Abang hebat kan Mama kan?" kata dia bangga.

"Hebat! Lain kali tolong Mama lagi ye!" kata aku.

Dia berlari ke ruang depan mendapatkan Papa dia yang sedang leka menyapu sampah. Bangga dia bercerita tentang pertolongan yang dia telah lakukan kepada Papa dia.

Dari jauh aku dapat lihat Encik suami tersenyum sambil mengusap lembut rambut anak bujang dia. Mungkin kah dia mempunyai harapan yang sama? (^_^)

 

Sekolah Roboh! (^_^)

Minggu ni memang antara minggu yang menguji kesabaran!

Kalau nak ikutkan this week merupakan minggu pertama Afif bersekolah setelah dua minggu bercuti disebabkan tak sihat (akan aku ceritakan in details kemudian)

Sebelum aku ceritakan pasal dia tak nak ke sekolah aje. Hari ini aku nak ceritakan pasal dia meraung disebabkan alasan yang sama!

Semalam bangun aje tidur Afif meraung tak nak pergi sekolah. Macam-macam cara aku buat semata-mata nak pujuk dia pergi sekolah. Tapi tak menjadi juga!

Last sekali aku tekad paksa dia pergi sekolah! Time dekat sekolah, cikgu terpaksa tolong tarik sebab dia meronta nak ikut aku balik. Tu belum masuk dengan jeritan dia yang boleh dengar satu taman!

Hari ni pun aku terpaksa melalui episod yang sama! Bangun pagi dia terus menangis!

"Mama, Afif tak nak pergi sekolah! Sekolah tu nak roboh! Afif tak nak pergi sekolah!" kata dia sambil menangis.

Aku hanya buat tak dengar sambil kepala otak ligat memikir cara untuk memujuk dia. Encik suami angkat Afif masuk bilik air. Tangisan Afif cukup jelas kedengaran!

Dia datang ke arah aku dengan tangisan yang masih belum reda, "Afif tak nak sekolah Mama! Dekat sekolah bosan! Cikgu banyak cakap!" kata dia dengan sedu sedan.

Encik suami aku lihat sudah hilang sabar bila dia mula meninggikan suara. "Jangan dimarah Yang! Nanti dia lagi buat perangai. Kita biar aje!" kata aku cuba memujuk Encik suami.

"Afif kenapa ni sayang? Kenapa tak nak sekolah?" tanya aku dengan nada selembut mungkin.

"Cikgu tu jahat! Cikgu tu pukul Afif!" kata dia masih dengan esak tangis.

"Cikgu pukul Afif? Dekat mana?" tanya aku lagi dengan sedikit meninggi suara sebab terkejut dengan apa yang Afif kata.

"Dekat sini!" kata Afif sambil menunjukkan bahagia peha dia.

"Cikgu mana yang pukul?" tanya aku.

"Cikgu yang badan besar tu! Dia jahat!" kata Afif lagi.

 "Afif buat salah ye? Kalau Afif tak salah cikgu tak pukul! Macam dekat rumahlah, kalau Afif salah, Mama dengan Papa pukul! Betul tak?" tanya aku bertalu-talu.

Hasil dari "siasatan", Afif kata dia bergaduh dengan kawan dekat sekolah. Tapi aku masih lagi tak puas hati dengan jawapan yang aku dengar.

Aku maklum, budak-budak pada usia macam Afif memang akan mudah bercerita yang bukan-bukan. Tapi dari terus berteka-teki, aku tekad nak jumpa sendiri cikgu yang mengajar Afif.

Kalau betul Afif salah, aku redha dia kena pukul untuk bagi pengajaran pada dia. Tapi kalau atas alasan tak munasabah, memang cikgu tu yang akan kena pukul!

So aku berjumpa dengan Cikgu Faizah, guru kelas Afif. Daripada perbincangan selama 10 minit antara aku dengan cikgu yang Afif rujuk sebagai "berbadan besar!", aku tahu sedikit cerita dan aku ceritakan sedikit karakter Afif yang memang tak suka orang bertanya terlalu banyak pada dia.

"Cikgu tanya dia diam, tapi dia ikut semua yang kita ajar! Dia bergaul dengan semua orang. Mungkin sebab dia lama tak sekolah tu yang buat dia tak nak ke sekolah!" jelas cikgu tu panjang lebar.

Jujurnya aku faham situasi yang terpaksa cikgu alami dan bagaimana nak melayan karenah kanak-kanak pada usia semuda itu sememangnya sukar. Cuma aku rasa lebih elok berlembut dari berkeras.

Menurut cikgu dia memang ada marah Afif kerana "perangai" dia yang aku sedia maklum! Mungkin tu antara faktor penyebab Afif tak mahu ke sekolah.

Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia dan macam mana nak bagi dia rasa seronok ke sekolah lagi macam masa sebelum dia sakit dulu!

Apa yang pasti, aku kena terus SABAR!

"Ya ALLAH, bagilah hambamu ni kekuatan untuk sentiasa bersabar dengan karenah anak aku ni! Semoga dia menjadi anak yang soleh! Amin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...