Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?

2:26:00 pm Yana Yani 3 Comments

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan? | Untuk pengetahuan korang, bersalin secara induce ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Proses ini kebiasaanya dilakukan dengan menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu. Tapi korang tak perlu bimbang kerana proses ini hanya akan dilakukan ke atas kes-kes tertentu. Contohnya seperti overdue (kebiasaannya 42 minggu), masalah air ketuban, jangkitan pada rahim, masalah kesihatan bayi seperti denyutan jantung lemah, atau masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi.

YY secara peribadi telah melalui bersalin secara induce sebanyak dua kali. Pertama kali ketika bersalinkan Afif dan yang terbaru, BabyHaris. Kedua-duanya disebabkan air ketuban kurang. Aisy aje yang bersalin secara semulajadi. Kalau ditanya, "Adakah bersalin secara induce menyakitkan?" Dengan jujur YY akan jawab, sangat menyakitkan! Serius, tak tipu! Meh YY ceritakan pengalaman YY bersalin secara induce baru-baru ini.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Imej kredit http://bit.ly/2F9fC0F

YY difahamkan sejenis hormon sintetik digunakan untuk merangsang contraction. Contraction yang kuat pada jangka masa yang sangat singkat merupakan faktor bersalin secara induce berganda lebih sakit. Berbeza sekali bersalin secara normal di mana proses contraction itu berlaku pada jangka masa yang lebih panjang. Sebab tu masa bersalinkan Aisyah, YY rasa kurang sakit sebab ia berlaku secara semulajadi. Contraction pula hanya semakin kuat menjelang waktu bersalin.

Seawal pukul 6:30 pagi, sejenis ubat berbentuk tablet (kalau tak silap sebab sekali imbas) dimasukkan ke bahagian serviks. YY kemudiannya dinasihatkan untuk hanya berbaring selama satu jam selepas ubat dimasukkan. Selepas itu baru YY bergerak bebas. Tapi tak ada nak bebas mananyalah. Lepas satu jam pertama tu, contraction dah mula terasa. Allah! Tuhan ajelah yang tahu betapa sakitnya.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Kadar denyutan jantung bayi sentiasa dipantau

Ketika bersalinkan Afif, YY menanggung sakit selama 19 jam bermula tujuh pagi sehingga ke pukul satu pagi keesokkan harinya. Mak YY kata, mungkin disebabkan anak sulung. Kalau dihitung dari segi masa, BabyHaris lebih singkat. YY mula rasa sakit bermula pukul lapan pagi sehingga ke enam petang. Tapi dia punya rasa contraction tu lebih kuat! Rasa sakit contraction seolah tak berhenti sampai buat YY rasa macam tak ada peluang nak bernafas. Sakit betul rasanya!

Nurse perasan contraction yang YY alami berlaku lima kali dalam tempoh sepuluh minit ketika dia memantau kadar denyutan jantung bayi. Keadaan ini dikatakan sangat bahaya dan boleh menyebabkan rahim pecah. Bila doktor dimaklumkan mengenai keadaan YY, serta-merta dia mengarahkan ubat tahan sakit diberikan kepada YY. Ubat ini diberikan melalui suntikan di bahagian atas pinggul. Malahan ubat hormon yang dimasukkan sebelum ini, dikeluarkan semula. Punyalah azab!

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Imej kredit http://bit.ly/2FDWTs9

Lepas ubat tahan sakit dimasukkan, YY mula rasa kurang sakit. Rasa mengantuk dengan pening pula mula terasa. Menurut doktor ia adalah kesan sampingan ubat tahan sakit berkenaan yang dikatakan normal. As time goes by, contraction makin kerap terasa. Dia punya rasa sakit tu sukar nak diterangkan dengan perkataan. Hanya yang pernah lalui sahaja boleh bayangkan. Paling buat stress, pintu rahim agak lambat terbuka sedangkan sakit contraction makin kerap berlaku. Doktor kemudiannya decided untuk memecahkan air ketuban menggunakan alat seperti di atas.

Dalam gambar ia kelihatan sangat mengerikan. Tapi in real life, YY nampak ianya hanya plastik biasa yang boleh dilentur. Lagipun sebelum doktor melakukan prosedur itu, dia ada jelaskan apa yang akan dia buat. Mungkin faktor itu yang menyebabkan YY kurang rasa takut. YY just nak semuanya berakhir cepat. Sakit ke masukkan alat tu? Tak pasti sebab sakit contraction tu lagi sakit. Haha! Tapi memang kita dapat rasa apa yang doktor lakukan. Macam dia dok jolok something, tak lama lepas tu terasa basah aje menandakan air ketuban telah berjaya dipecahkan.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Bukan main ceria BabyHaris

Lepas air ketuban tu pecah, bukan terus bersalin. Masih lagi rasa sakit contraction. Punyalah sakit sampai YY merayu dimasukkan ke dalam labour room. Tapi nurse yang memantau kata pintu serviks belum terbuka untuk dia masukkan YY ke labour room. Bila teringat terasa kelakar pun ye juga. Bila tengah sakit yang melampau macam tu, banyak benda yang dibuat di luar "sedar". Haha!

Lebih kurang 5:30 petang YY dimasukkan ke labour room dan BabyHaris keluar dengan selamat sepuluh minit selepas itu. Rasa macam seluruh bebanan hilang bila dengar suara tangisan BabyHaris. Lupa terus rasa sakit disebabkan contraction mahupun ketika meneran. Tapi yang pasti kalau korang dikehendaki bersalin secara induce, bawa bertenang. Terima aje seadanya sebab itu bahagian kita. Pastikan korang ready secara mental dan fizikal untuk hadapi keadaan itu.

Yang pasti sakit bersalin disebabkan induce, memang sakit berganda. Tanyalah sesiapa yang pernah laluinya. Sampai sekarang pun YY masih teringat walau sudah 50 hari melaluinya. Nasihat YY kepada korang yang bakal bersalin secara induce, usah rasa takut dan bimbang, ingat ALLAH  ada bersama kita. Semoga korang dan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat.

Sumber: http://bit.ly/2FbXxzi

3 comments:

  1. sakit tu tuhan saja yang taw lg2 induce dgn ubat air kat tangan huhuu seksa oo 9 jam tahan sakit..bila dengar suara si kecil hilang mcm org kute buang aihh hahhhahha nikmat dia oo..tp tetap tak serik..

    ReplyDelete
  2. Allah.. ngilu baca pengalaman akak ni. tapi 'hadiah' selepas usaha susah payah tu, betul2 menyejukkan hati :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. baru tahu
    apa2pun janji selamat melahirkan
    alhamdulillah kehebatan seorang ibu

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...