Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin

10:05:00 pm Yana Yani 4 Comments

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin | Sebelum YY bersalin hari tu, YY terbaca perkongsian seorang hamba Allah yang secara tidak langsung membuat YY agak emosional. Diceritakan sewaktu dia membawa isteri dan bayinya keluar dari wad bersalin, dia ternampak peristiwa yang YY boleh rumuskan kekejaman seorang insan bergelar suami. YY tak boleh hadam kenapa si suami sanggup memaksa si isteri berjalan jauh sedangkan si isteri baru sahaja melahirkan anak mereka. Seolah hati dan perasaan si suami buta.

Apalah yang susah sangat untuk mengambil kerusi roda untuk keselesaan si isteri yang baru bersalin? Ambil kerusi roda aje kot, payah sangat apa ke?


Nak dijadikan cerita sewaktu YY nak bersalin, YY melihat banyak peristiwa yang membuka mata dan minda YY. Seolah membuktikan bukan semua suami bertindak kejam saat menemani si isteri sama ada sebelum mahupun selepas bersalin.

Ketika di dalam wad bersalin, di bahagian antenatal, YY melihat dengan mata kepala sendiri betapa cekalnya para suami. Sedaya upaya mereka berusaha untuk keselesaan isteri masing-masing. Di bahagian hadapan, YY melihat isteri yang sedang mengalami contractions. Bila si isteri berjalan, si suami meneman sambil memapah. Bila si isteri baring, si suami seolah sedang bercakap dengan perut si isteri sambil mengusap perut si isteri. Seolah berpesan pada bayi di dalam perut.

Kadang rambut ataupun pinggang si isteri diusap dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan yang sedang si isteri alami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2FxjbvE

YY juga perasan hampir setiap katil ada kipas meja, tak kiralah sama ada di bahagian antenatal atau postnatal. YY ingatkan hospital yang sediakan. Rupa-rupanya semua kipas baharu. Patut nampak sepesen aje. Punyalah sayang dekat bini, sanggup beli kipas baharu semata-mata nak bagi isteri selesa. Mesti suami masing-masing beli di kedai yang sama berhampiran hospital. Yang pasti, tauke kedai untung besar sebab kipas meja dia laku bak pisang goreng panas. Haha!

Di sudut lain YY nampak ada suami yang menyuap makanan ke mulut isteri. Walau nampak ada isteri yang merungut even ada juga yang menepis, yelah, kena faham. Tengah sakit yang terlampau macam tu, mana lalu nak makan kan. Time tengah contractions ni apa orang lain buat, memang bikin hati panas aje. Haha! Tapi si suami tetap gigih menyuap. Lagipun doktor dah pesan supaya memastikan isteri masing-masing makan supaya si isteri bertenaga ketika bersalin kelak.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2oqIbx6

Banyak lagi sebenarnya pengorbanan para suami yang dapat dilihat sepanjang YY berada di wad bersalin tu. Tak larat pula YY nak senaraikan tiap satu.

Malangnya kebaikan atau pengorbanan mereka seolah tidak kelihatan hanya kerana title suami yang mereka pegang. Tapi kalau keburukan, habis kecoh satu Malaysia. Contohnya macam cerita dekat atas. Mungkin hanya seorang daripada sepuluh suami yang buat camtu. Yang lagi sembilan, baik-baik belaka macam yang YY nampak. Tapi dah nama manusia. Habis dipukul rata semua suami begitu. Kesian para suami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2BSremY

Benar, kita si isteri yang merasai penat lelah mengandung. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga gigih melayan karenah kita yang semacam bila mengandung. Benar, kita si isteri yang merasai kesakitan yang maha dahsyat saat melahirkan. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang menanti penuh debar di luar sana. Benar, kita si isteri yang merasai tekanan untuk membesarkan si anak. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang cuba sedaya upaya memastikan cukup segala keperluan.

Pendek kata, jangan teruja mencari kesalahan orang lain yang akhirnya membuat kita "buta" pada setiap kebaikan mereka kepada kita. Ingatlah bahawa setiap di antara kita baik isteri dan suami dicipta bagi melengkapi satu sama lain. Kekurangan kita disempurnakan oleh pasangan. Hargailah walau hanya sebesar zarah kebaikan mereka yang kita lihat. Kalau kita hanya mencari keburukan, maka hanya keburukan yang akan dipertontonkan kepada kita. Begitu juga sebaliknya.

4 comments:

  1. Tak semua semua seperti yang kita baca tu kan, ye akak pun ada baca cerita tentang suami tu yang biarkan isteri dia berjalan sendiri, eh kalau akak memang lepuk je laki dia tu kikiki.

    Masih ramai lelaki yang menghargai isteri cuma kadang yang buruk itu lebih nampak dan lebih diberi perhatian dari yang baik tu kan. cuma segelintir je suami yang berperangai buruk janganlah dituduh semua suami macam tu betul tak

    ReplyDelete
  2. takde pengalaman lagi. hehehe.

    ReplyDelete
  3. hargailah isteri dan suami masing2. nak membesarkan anak itu esok pun tanggungjawab bersama :)

    ReplyDelete
  4. Kesiannya si isteri tu. Naudzubillahi mindzalik.

    Setakat ni suami saya sangat caring tiap kali wife dia ni bersalin. Alhamdulillah. Nampak sangat tanggungjawab nya tu. Semoga semua suami turut menghargai isteri masing-masing. Aamiin

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...