Kenapa Lama Menyepi?

7:00:00 am Yana Yani 8 Comments

Kenapa Lama Menyepi? | Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah agak lama rupanya YY menyepi dari dunia blogging ni. Muncul pun sekadar untuk memenuhi undangan review. Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan seorang blogger bernama +Yana Yani kebelakangan ni. Terutama sejak mula bergelar seorang suri rumah. Tapi sejujurnya tahun ni memang YY agak kurang aktif berbanding tahun terdahulu. Mungkin inilah yang dikatakan pasang surut dunia blogger.

Blog walking lagi teruk! Aktiviti yang sudah agak berkurun YY tidak dilakukan. Mungkin ada rakan blogger yang masih ingat, mungkin ada yang terus melupakan. Yelah, awak tak singgah blog orang, mana orang nak singgah blog awak dak? Mohon maaf buat semua rakan bloggers. YY mungkin tak mampu lagi melakukan apa yang dilakukan dulu terutama dalam masa-masa sekarang ni. Kemudian hari tak tahulah, mungkin kembali aktif. Siapa tahu kan?

Hasil "seni" insan kecil bernama Aisyah. Terlebih kreatif

Ada orang kata, kalau dah duduk rumah, lagilah banyak masa. Sepatutnya takdelah alasan kan? Untuk makluman, lain orang, lain kehidupan walau di atas kertas kelihatan sama. Kalau tanya pada YY, sebenarnya bila dah duduk dekat rumah, masa yang ada agak terhad. YY lebih menumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Tahu tak YY baru tahu kewujudan anai-anai di rumah YY hanya setelah YY bergelar suri rumah?

Aisyah lebih ligat dengan kewujudan YY di sisi. Mungkin cuba meluahkan “kemanjaan” yang tak pernah diperlihatkan sebelum ni. Dulu antara YY dan MyChintaHati, MyChintaHati lagi banyak nagging. Cerita kebenaran ni tau! Tapi sekarang, YY dah level expert dah bab nagging ni Semua benda boleh jadi topik. Stress agaknya bebudak tu bila YY ada dekat rumah. Siap tanya bila YY nak kerja. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Ini budak terlebih aktif. Bateri apa entah dia guna, tak pernah weak (^_^)

Bab masak pula takde perubahan sangat. Sama aje, sekali sehari juga. Tapi waktu aje yang berbeza. Pukul 9 pagi dah kena ke kedai membeli bahan untuk memasak. Pukul 10:45 kena fetched Afif dari Sekolah Agama. Balik kena terus masak. YY kena pastikan sebelum pukul 12:30 tengahari, semua dah terhidang. Dalam area tu, MyChintaHati akan balik untuk makan tengahari.

Mula-mula dulu agak teruk sebab belum mahir arrange jadual. Terasa agak stress. Tu yang agaknya kebolehan nagging mula digilap. Hehe! Tapi lama kelamaan, YY dah mahir mengurus masa. Semua mampu diuruskan in a blink of eyes. Cuma bab nagging aje tak boleh nak dilupuskan. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Assistant YY sejak YY bertukar profession 

Bab pekerjaan pula, dulu YY pernah katakan yang YY teringin menjadi suri rumah sepenuh masa. Doa itu dimakbulkan oleh DIA yang SATU. Tapi YY tak sangka dengan dompet yang semakin menyusut menyebabkan YY mula rasa menyesal mengimpikan perkara sebegitu. YY tak sedar benda yang YY tak suka itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk YY.

Hari demi hari tanpa panggilan temuduga menambahkan kerunsingan YY. Tapi kemudian YY berserah. YY mula sedar yang macamana YY usaha, kalau ianya bukan untuk YY, ia tetap tak akan menjadi milik YY. Pemikiran itu mampu membuat YY kembali mengukir senyuman.

Akhirnya YY mendapat pekerjaan. Tapi again, DIA nak tunjuk pada YY. Tempat itu merupakan satu scam. At least pada pandangan YY ianya merupakan scam. Kalau berpeluang nanti YY akan ceritakan pengalaman dua hari YY di sana sebelum menyedari YY sebenarnya ditipu. YY tak nak orang lain jadi mangsa.

Kenapa Lama Menyepi?
Penguat semangat YY untuk terus melangkah

Alhamdulillah setelah beberapa ketika, YY mula mendapat beberapa panggilan temuduga. Hari ini seperti yang sudah tertulis, adalah hari pertama YY bekerja di sebuah kilang yang tak jauh dari rumah YY. Pertama kali menceburi industri yang berbeza. Sebelum ini lebih sebelas tahun YY bekerja dalam industri perkhidmatan, front line. Semoga YY diberi kekuatan untuk hadapi cabaran di tempat baru. Sekurang-kurang untuk kedua permata hati YY.

YY rasa cukuplah setakat ini entri untuk hari ini. Ada masa nanti, YY akan cuba munculkan diri lagi. Entri kali ini pun lebih untuk menjelaskan kenapa YY lama menyepi. Doakan semoga segala urusan YY dipermudahkan. YY juga nak minta maaf sekiranya ada mana-mana tulisan YY yang menyinggung hati sesiapa. YY hanya insan biasa yang tak lari dari salah dan silap.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

8 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah yana, moga terus berjaya ditempat baru.

    Tentang jadi surirumah tu...hihihi buat masa ni akk pun rasa mcm x bole nk jd surirumah sepenuh masa...ntah taktahu kenapa, tp ada la alasannya yg tersendiri kan.

    Oh ya akk tak lupa blog yana ni, cuma skrg ni akk pun agak busy dgn kerja

    ReplyDelete
  2. walaikummussalam..
    aah lama juga menyepinye tu.. :)
    ok la tu ada juga pengalaman jd suri rumah pastu lunch husband balik umah makan sesama.. fuh penglaman bermakna tu YY..

    ha ada syarikat scam ? pasal apa tu?
    ooo skrg ni dah dapat la keje yer.. alhamdulillah.. semoga berjya di kerjaya yang baru yer..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...selagi kita berusaha..ada rezeki untuk kita..

    ReplyDelete
  4. dah kerja la hari ni ye??semoga cepat dapat sesuaikan dengan suasana baru.

    ReplyDelete
  5. Jadi suri rumah bukan mudah kan kak yana. Saya sedang merasainya dan saya belajar utk redha. Memang tak best tengok dompet mengering tapi saya hadamkan dgn niat menjaga anak sendiri. Membesar depan mata kita sendiri, digilap oleh kita sendiri. Alhamdulillah, hati ni menjadi semakin tenang. Tapi, saya pon tak berputus asa utk memohon kerja cuma saya kena jadi lebih selective. Dah ada anak kecil, kalau boleh saya taknak dia menghabiskan lebih masa dengan orang lain selain ibubapanya. Jadi, kita tengoklah di lain masa, apa yang Allah telah takdirkan utk saya. Mungkin selamanya begini, mungkin tidak.. Huhu.. All the best, kak Yana. Jangan lupa share tentang scammer company tu ye. Boleh buat guide tu.

    ReplyDelete
  6. Selamat bekerja ditempat baru YY. Sama lah dengan kita. Ada citer, ada lah entry nya. Blogwalking pon dah ke laut. Mana yg sempat jer.

    Betul. Kalau dok rumah memang masa terhad nak update blog. Perhatian lebih kepada kerja2 rumah dgn anak2 jer.

    ReplyDelete
  7. Tahniah, YY! Kiranya sekarang ni dah bekerja semulalah ya. Semoga kerja kali ini lebih menyenangkan hati awak sebagai pekerja dan juga sebagai emak! Dekat dengan rumah, bestnya alahai!

    Sebenarnya saya memang merasakan jadi surirumahtangga sepenuh masa bukan perkara mudah. Sebab itulah sampai sekarang saya tak berani buat walaupun teringin sangat. Bab nagging tu pun samalah, YY. Saya ni memang kuat nagging sebab itu suami dan anak-anak lagi suka kalau saya keluar bekerja. Kalau hujung minggu memerap kat rumah, tengoklah macamana saya punya level of nagging melonjak naik tinggi! Stress semua yang ada di rumah!

    ReplyDelete
  8. it's ok,YY.IbuNoey pun setengah tahun menyepi.banyak penyebab sebenarnya tapi yang paling utama kerana kesihatan mata.now,in shaa Allah akan aktif berblogging semula.YY pun mesti boleh.caiyok,caiyok!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...