BoboiBoy The Movie: Terbaik!

6:52:00 am Yana Yani 16 Comments

BoboiBoy The Movie: Terbaik! | Cerita dari mulut ke mulut mengenai kehebatan filem animasi terbitan pertama Animonsta Studios ini memang sangat mengganggu akal dan fikiran anak bujang YY, Afif. Membayangkan dia kembali ke sekolah dan menjadi satu-satu manusia yang masih belum menonton Boboiboy The Movie, sangat menyeksakan. Hampir setiap hari dia dok ajak YY dan MyChintaHati menonton filem berkenaan sejak ia mula ditayangkan pada 3 Mac yang lalu.

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Posing dengan poster Boboiboy The Movie

Bukan kami tak mencuba memenuhi impian Afif. Tapi sepanjang minggu pertama tayangan, penuh manjang! Kecewa juga kami dibuatnya.

Akhirnya Ahad lepas kami berjaya membeli melalui online. Kami tak cerita pada Afif sebab nak bagi suprise. Itupun dia dok sibuk berdrama yang dia tak nak ke sekolah pada keesokkan harinya sebab impian dia untuk menonton BoboiBoy The Movie masih belum tertunai. Sampai aje di TGV Bukit Raja, dia seolah boleh mengagak tujuan kami ke situ. Entah berapa kali dia dok menyebut terima kasih. Mama dia pun bila dok dengar anak kata camtu, memang kembang tak hingat!

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Tiket yang paling susah nak beli dalam sejarah. Hehe!

Pada siapa yang belum tengok cerita ni, memang YY sangat recommend korang pergi tengok. Memang sangat berbeza dengan siri TV BoboiBoy. Serius tak tipu!

Ada banyak aksi dan unsur humor yang buat orang dewasa juga sangat terhibur menonton. MyChintaHati kononnya dok bercita-cita nak tidur dalam wayang sebab dia dok bayangkan BoboiBoy The Movie adalah sama seperti cerita kartun lain yang dia biasa tonton. Tapi sepanjang cerita, dia langsung tak berkedip mata. Punyalah dahsyat penangan BoboiBoy The Movie!

BoboiBoy The Movie: Terbaik!
Muka-muka excited (^_^)

Boboiboy The Movie, memang TERBAIK!

Jalan cerita yang sangat menghiburkan dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik! YY sangat kagum dengan hasil kerja anak muda tempatan dalam menghasilkan filem bercorak animasi yang setanding dengan Holloywood atau mungkin lebih baik kerana ianya sangat dekat dengan semangat Malaysian. Semangat setia kawan yang wujud walau berbilang bangsa dan agama dapat dilihat sepanjang cerita.

Kesungguhan BoboiBoy dan rakan-rakan yang cuba menyelamatkan Ochobot dari buruan geng Tengkotak, is so inspiring. YY paling suka watak Papa Zola yang lucu dan bersahaja. Tak habis-habis dengan tagline "kebenaran" dia. Not to forget, watak Adu Du yang tergila-gilakan Kiki Ta yang juga sangat menghiburkan. Memang sangat berbeza dengan siri TV yang biasa ditonton. Malahan dalam filem ini juga Boboiboy dan rakan-rakan telah diupgrade dengan bantuan Sfera Kuasa.

Nak tahu siapa Sfera Kuasa yang menjadi buruan Bora Ra and the gang, kenalah tonton sendiri BoboiBoy The Movie yang berjaya memecah kutipan terbanyak dalam sejarah filem animasi tempatan dan kelima dalam senarai pecah panggung sepanjang zaman.

TERBAIKKKK!

16 comments:

  1. salam, ala tengok review kak dan semua orang rasa jeles pulak, sebab kat tganu ni wayang ada kat kijal ke, memang jauh dsangat dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yana. yeke? lahai.
      tak mengapalah. tunggu keluar kat TV ajelah kalau gitu. hehe
      tapi serius memang best!

      Delete
  2. memang best cerita ni, sampaikan adelya dok ajak ulang tengok lagi...hehehe memang terbaikkklah.

    papa zola tu memang lucu dengan gopal, tukar sotong gergasi jadi sotong goreng tepung, siap makan pula tu hahahaha...memang kelakar tak hengat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak! anak-anak saya pun sama kak
      sampai sekarang tak habis-habis lagi bercerita

      hehe! papa zola memang lucu lah! part tu memang kelakar
      orang tengah susah hati, selamba diorang makan sotong goreng tepung. hehe
      saya pun letih dok ketawa dalam panggung

      Delete
  3. Replies
    1. kena pi tengok! highly recommend
      memang berbaloi tiap sen yang dibelanjakan untuk menonton
      memang sangat terhibur

      Delete
  4. betul..paling susah nak dapat tiket..anak saya siap minta nak tengok lagi sekali sebagai hadiah harijadi nya..hahaha...memang tak dapat la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan diana! paling payah nak beli
      mungkin sebab cerita dari mulut ke mulut
      buat cerita ni jadi satu cerita yang wajib ditonton
      hehe...anak saya pun sama. saya kata tunggu dia keluar kat CD. hehe

      Delete
  5. Dah tengok memang best cerita ni macam nak tengok lagi je tapi cam membazir je. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir kenapa pula?
      pada saya ok lah. seronok kalau tengok dengan anak-anak =)

      Delete
  6. Wahh ramai yg kata best ni... mmg nak kena pergi menonton sekeluarga jugalah nanti. Thanks sharing YY... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena petgi tonton KK
      memang sangat seronok, saya juga terhibur
      sesuai untuk tontonan seisi keluarga

      Delete
  7. terbaik !!!!
    mr.asben sedang cari dvd.
    mau main dlm kta nak gi mana2 nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah keluarkan ke DVD dia?
      tapi memang best cite ni
      saya pun terhibur
      suka watak cikgu papa tu. sangat kelakar =)

      Delete
  8. Replies
    1. hehe...tak apa
      tapi cite ni memang best
      serious! tak tipu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...