Menjelang Cuti Hujung Minggu (^_^)

Sepatutnya semalam aku dah publish entry aku yang ni. Tapi entah kenapa semangat mejelang hujung minggu buat aku rasa malas nak publish any entry. Terbalik pula eh?

Hehe. Orang lain hujung minggulah time rajin nak publish entry. Aku pula sebaliknya. Alright, tanpa melengahkan masa meh aku ceritakan apa yang terjadi semalam.

Semalam adalah hari pengambilan kad laporan di sekolah Afif. Aku sebenarnya agak excited nak datang kali ni berbanding time pertengahan tahun dulu. Aku nampak banyak perubahan pada Afif.

So harapan tinggi menggunung. Bila aku sampai, aku disambut oleh Cikgu Aishah yang merupakan tenaga pengajar bagi murid 5 tahun. Sebelum ni Cikgu Faizah.

Cikgu Aishah memuji perubahan Afif dan berharap dengan sedikit lagi gilapan, Afif mampu bersaing dengan rakan lain di dalam kelas pada tahun hadapan.

Kedudukan Afif di dalam kelas masih sama seperti pertengahan tahun dulu, cuma peratus dia meningkat agak banyak. Itu pun dah boleh buat aku tersenyum bangga.

Doesn't matter, at least aku tahu dia dah cuba.

Aku nak share dengan korang lukisan yang Afif warnakan time exam hari tu. Dia cukup bangga dengan lukisan yang dia warnakan ni. "Cantikkan Afif warna, kan Mama kan?" kata dia penuh bangga.


Dia sebenarnya pernah warna lagi cantik daripada yang ni. Mungkin time tu mood malas tengah menguasai diri. Hehe! Apapun, well done sayang! Keep it up!

Malamnya pula aku sibuk melakukan aktviti rutin aku, memasak. Begitu juga dengan Aisy yang tak jemu-jemu membantu aku menyediakan hidangan makan malam.

Membantulah sangat!


Bila aku tanya, "Adik buat apa tu?"

Dia jawab, "Acak! acak a-sor!" (Masak, masak dinosaur!)

"Cedap!" sambil senduk disuakan ke mulut aku.


Malam tu kami semua dipaksa makan masakan dinosaur Aisy. Afif kata adik dia masak sup dinosaur paling sedap dekat dunia! Ewah, pandai kau mengampu ye!

Sampai habis semua dinosaur dalam periuk tu Aisy suruh aku dengan Encik suami rasa. Tak larat nak angkat badan, terlalu banyak sangat makan dinosaur!


Lepas aje budak-budak tidur, aku mengadap laptop. Nasib baik Encik suami leka tengok Malaysia lawan Bahrain malam tadi. Ada chance aku duk lama depan laptop! Hehe!

Konon nak post entry ni lah. Tapi aku leka main Plants vs Zombies! Hehe! Kegilaan baru aku menjelang cuti hujung minggu!Tapi tak adalah sampai tahap addicted!

Masih mampu mengawal nafsu! Hehe!


Alright korang, aku nak pergi masak pula ni. Dah tengahari dah ni, perut sudah mula menyanyikan lagu k-pop! Hehe! Encik suami pun kejab lagi balik kerja mesti lapar.

Oh ya, malam ni ada Program Ihtifal di sekolah Afif. Lebih kurang macam majlis konvokesyen. Agaknya, aku pun tak berapa pasti sebenarnya. Hehe!

Dah besar dah anak bujang aku. Minggu depan, 22  Nov dia genap 5 tahun. Pejam celik kang tiba-tiba dengar aje dia kata, "Mama, Afif nak kahwin!"

Unbelievable! Tapi itulah hakikat kehidupan. Better believe it! (^_^)


Dah-dah, merapu meraban dah aku ni. See you guys in the next entry. Chow! (^_^)

Semangat Membaca (^_^)

Aku sebenarnya seorang yang minat membaca. Cuma semenjak dah mendirikan rumah tangga, aktiviti membaca aku semakin terbatas.

Ditambah pula dengan kemunculan dua permata hati yang membataskan minat aku tu. Kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan melayan karenah mereka.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku membeli buku untuk diri aku sendiri. Aku rasa hanya Kosmo! yang aku tak pernah ketinggalan beli. Lagilah sekarang harga dia RM1 je, memang menjadi pilihan!

Tapi untuk anak-anak, aku memang agak kerap belikan mereka buku-buku. Aku akan cuba cari masa untuk membacakan buku yang aku beli.

Biasanya aku bercerita siap dengan aksi! Terhibur rasa hati bila tengok diorang ketawa dengan aksi aku berdasarkan cerita yang diceritakan.

Kebelakangan ni, mungkin disebabkan peningkatan usia. Aku mula terasa takut dengan kematian. Aku juga menyedari bahawa kami suami isteri agak kurang menyerapkan Islam dalam kehidupan seharian.

So timbul kesedaran bahawa aku bertanggungjawab membentuk jati diri anak aku dalam memahami ajaran Islam yang betul. Mungkin belum pada tahap sempurna, tapi aku mencuba.

Aku mulakan dengan membeli buku-buku yang memberi ajaran mengenai Islam dalam cara yang tersendiri. Aku jumpa Ana Muslim.

Bila buku-buku tu sampai tadi, aku betul-betul teruja untuk membawa ianya pulang. Tak sabar melihat reaksi Afif dan Aisy dengan buku baru diorang.


Dan sangkaan aku betul apabila diorang asyik minta aku bacakan buku-buku baru diorang. Sampai aku nak masak pun susah tadi. Keterujaan diorang menambah semangat aku!


Bagi aku, tiada apa yang lebih bermakna dengan keceriaan anak-anak. Diorang ceria, confirm aku pun ceria! Masing-masing bersemangat membaca walau dengan cara yang tersendiri.

Aisy tu pula tengah seronok dengar cerita Abang dia dalam versi dia sendiri. Afif mengulang cerita yang aku ceritakan berdasarkan gambar.

Dia belum boleh membaca, tapi bersemangat! Itulah yang aku inginkan!

Semoga minat mereka akan berkekalan sehingga mereka meningkat dewasa. Hatta sehingga ke akhir hayat! Ilmu hanya boleh diperolehi dengan membaca!

Membaca adalah jambatan kepada segala ilmu. Jadi, mari membaca! (^_^)

P/S - Pn Kathy Rbain, bookmark dah selamat tiba. Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi ye (^_^)

Islam: Mari Bersatu (^_^)

Setiap hari Isnin memang aku biasanya bertapa depan TV sebab nak dengok dokumentari kegemeran aku, Majalah 3! Siaran dia dah berubah. Bagi aku ianya amat sesuai!

Majalah 3 merupakan dokumentari yang paling lama bertahan di TV3 sejak 1985. Bagi aku rancangan ni sentiasa mengupas isu-isu yang dibentangkan dengan cara yang menarik.

Malam ni mereka membawa penonton ke Aleppo, Syria.

Umum mengetahui konflik yang melanda Syria. Kalau tanya dekat aku apakah pencetus konflik? Aku jawab disebabkan pemerintah yang kejam dan hanya mengejar kemewahan dunia semata!

Jujur aku amat membenci Bassar Assad. Dia manusia yang bertopengkan syaitan! Apa yang dipaparkan di skrin TV tadi menambahkan lagi kebencian aku pada dia.

Mungkin simpati sahaja tidak mencukupi dengan nasib yang menimpa rakyat Syria. Kebahagian mereka telah diragut. Perasaan untuk rasa selamat di dalam negara sendiri sudah pudar.

Apa yang aku lihat buat aku rasa bersyukur dengan keamanan di MALAYSIA.

Kalau aku di tempat mereka, belum tentu aku mampu melaluinya. Sebagai contoh seorang bapa bernama Hassan merayu hospital merawat anak lelaki tunggal dia.

Isteri dan anak perempuan dia sudah meninggal dunia tak berapa lama dahulu akibat serangan bom. Hospital tempat anak dia dirawat tidak mempunyai keperluan yang mencukupi.

Tapi mereka cuba membantu semampu mungkin. Tangisan seorang bapa yang takut kehilangan satu-satunya anak yang tinggal membuat hati aku ni sayu. Entah berapa kali aku menangis.

Seolah-olah memahami walau hakikatnya beban yang saudara Hassan hadapi terlalu berat untuk dipikul. ALLAH lebih menyayangi anak dia. Inalillahi wainalilahi rojiun

Kebanyakkan rakyat Syria  masih mampu mengukirkan senyuman. Walau rumah, hospital dan pelbagai bangunan sekeliling musnah akibat serangan bom atau bedilan peluru.

Runtuhan yang masih distabil dijadikan rumah untuk berlindung dengan berbumbungkan kanvas. Bekalan air dan elektrik dicatu. Makanan juga tidak mencukupi. Ada yang mati kerana kelaparan.

Ada seorang yang ditemuramah buat aku terpegun dengan kata-kata dia. Aku lupa nama dia. 
"Biarlah rumah kami musnah, biarlah anak-anak kami mati dan biarlah kami kehilangan duniawi. Ianya tak akan merubah pegangan kami. Kami berharap apa yang terjadi pada Syria menjadi pedoman untuk semua saudara Islam kami di luar sana. Penyatuan kita akan melenyapkan semua sengsara"
Kata-kata tu mungkin bukan yang exactly yang dikatakan, tapi adalah berdasarkan apa yang aku ingat. Mesej dia mungkin tak berbeza dari yang asal. 

---------------------------------------

Umat Islam sebenarnya kuat. Terlalu KUAT! Sebab tu pelbagai agenda dilakukan oleh musuh Islam untuk mengelakkan penyatuan umat Islam samaada kita sedar atau tidak.

Tak payah pergi jauh, tengok di Malaysia sahaja. Apakah punca pecah belah Islam di Malaysia? POLITIK! Sebab terlalu taksub dengan politik, kita ROBOH!

Itulah yang berlaku hampir di setiap negara Islam di dunia ni! BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!


Adakah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku kepada saudara-saudara seagama kita di seluruh dunia? Tepuk dada, korang akan jumpa jawapannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...