Take A Good Care of Yourself! (^_^)

Hari ni mula masuk kerja lepas dapat MC dua hari! Kerja dekat office macam tu, tak pernah nak surutnya! Ada aje, macam tak pernah settle!

Tapi honestly ni lah satu-satunya pekerjaan yang paling aku suka dalam tempoh hampir 10 tahun pengalaman aku bekerja. Aku jatuh dan bangun di sini.

Hampir kebanyakkan pengalaman aku perolehi di sini. No doubt tempat ni menyimpan seribu satu memori bagi aku. Di sini juga merupakan satu-satunya tempat yang aku boleh MARAH bos secara berdepan!

Bos dekat tempat lain sebelum ni, aku tak berani nak angkat muka pun. Tapi dekat sini terbalik sudah!Apapun, bos is always a bos! Tak kiralah berapa close kita dengan dia! Hehe!

Tadi bila Puan Bos call dan bertanya keadaan kesihatan aku, aku dah dapat nak agak apa yang dia akan bebelkan. Biasanya aku dah standby standard script seperti okay, I will dan yes.

Tapi hari ni, aku agak tergamam dengan apa yang dia katakan. Tak terkeluar langsung standard script aku.

"Hey woman, please take a good care of yourself! You are still young and remember your kids need you! What ever you do please think about them. What's going to happen to them if anything bad happen to you? Who's going to take care of them? Remember Yana, the world will still spining with or without you. Don't make a same mistake like me!"

Automatik fikiran teringat Afif dengan Aisy dekat rumah.


Entah kenapa, apa yang dikatakan oleh Puan Bos tadi menusuk terus ke hati aku. Betul kata dia! Apa akan jadi pada permata hati aku ni if anything bad jadi dekat aku.

Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu!

Aku percaya tak akan adan insan di dunia ni yang boleh menyayangi mereka sebanyak aku menyayangi mereka. Merekalah segalanya pada aku!

Bila Puan Bos kata macam tu, aku mula terfikir cara-cara nak atasi masalah bahagian belakang aku ni. Apa yang pasti, something must be done!

Terima kasih Puan Bos kerana menyedarkan aku dari dunia khayalan!

Balik rumah tadi, aku disambut dengan gelak tawa Aisy dan senyuman manja Afif. Hilang segala kesakitan bila lihat "penawar" hati ni.

Anyway, malam ni Encik suami suruh masak lauk yang Mak dia biasa buat! Asam pedas ayam! Tapi versi aku! Hehe!


Sakit Pinggang Lagi! (^_^)

Aku dan sakit pinggang ni memang tak boleh nak dipisahkan. Memang kerap, cuma teruk dengan tak aje. Pada yang mulut jahat, mungkin akan kata aku ni tak tahan sakit.

Tapi harus diingat bahawa daya tahan sakit setiap individu tu berbeza sama sekali. Macam personaliti jugalah kan! Totally different! Sebab tu setiap seorang di antara kita ni, UNIK!

Kebelakangan ni aku memang kerja agak berat dan aku dah dapat agak pinggang aku tak akan mampu menampung bebanan tu. Tapi dari nak bagi orang faham masalah kita, baik kita menanggung aje.

Sebenarnya aku malas nak dengar mulut orang! Bila orang bercakap macam-macam, aku akan sakit hati! So daripada menanggung rasa sakit hati yang mungkin lebih parah, baik diam aje!

Lepas tu, padanlah muka aku! Kan dah sakit! Disebabkan kekerapan aku sakit pinggang, Encik suami suruh aku berurut!

Aku sebenarnya agak takut untuk berurut sebab tak tahan sakit diurut! Tapi sebab dah kena paksa, terpaksalah diturutkan aje. Lagipun bukan duit aku pun kan! Hehe!

Alhamdulillah agak kuranglah sikit selepas diurut. Lepas tu pergi klinik pula dapat dua hari MC! Doktor di klinik ni yang memang aku dah kenali sejak sekian lama ni menyarankan aku berhenti kerja.

Dia juga suruh aku cuba seboleh mungkin untuk elakkan melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menganggu "kebahagian" bahagian belakang aku.

Bab elakkan bolehlah aku ikhtiarkan, tapi bab berhenti kerja tu agak mustahil! Bila aku jawab aje macam tu, bermulalah sesi meluahkan perasaan.

Doktor yang membahasakan diri dia kakak dengan aku ni dok cerita masalah dia yang aku tak jangka dia akan buat. Dia buat aku berfikir, sama aje manusia ni tak kiralah apa level pun. This is life!   

---------------------------------------

Dua hari cuti, nak kata rehat sangat pun tak. Mata tak senang bila tengok keadaan rumah. Lagilah bila ada anak kecil. Ada aje yang dia orang "tolong". So sakit-sakit pun kena juga settle kan kerja rumah.


Hari ni aku agak sihat sikit berbanding semalam. So bila badan dah sedap tu, ada ajelah kerja yang nak dibuatnya. Biasalah orang perempuan, sakit pun bukan boleh MC sangat macam lelaki! Fakta tu!

Masuk aje tengahari, masing-masing bising lapar. Kelam kabut aku menyiapkan makan tengahari. Nasib baiklah Aisy dah besar, tak ada susah aku nak masak asing-asing.



Penat dengan sakit belakang hilang sekejab bila dok tengok anak-anak berselera makan hasil dari air tangan aku yang tak seberapa ni. Afif tak habis-habis kata, "Sedapnya Mama masak!"

Ayat tu diulang sampai dia habis makan. Bila dia kenyang dia kata, "Mama tengok perut Afif dah gemuk! Mama tu lah masak sedap sangat!" Tergelak aku dengar kata-kata dia.

Malam pula pergi ke pasar beli barang dapur. Biasa malam Khamis macam ni memang aku tak akan masak. Biasa beli aje makanan sebab aku agak sibuk mengemas barang-barang dapur yang dibeli.

Barang basah aku cuci bersih baru simpan dalam freezer, senang nak masak. Kadang-kadang ambil masa yang agak lama juga nak kemas semua barang tapi ia bergantung kepada barang yang dibeli.

Dan siapa yang menolong! Macam malam ni, anak bujang aku rajin menolong aku. Tengok gambar dekat bawah ni, tekun dia kopek ikan bilis sampai tak perasan aku ambil gambar!

  
Nasib baik ada juga yang nak menolong! Alhamdulillah anak Mama dah boleh diharap! Senang hati. Malam ni boleh tidur senang sikit. Besok dah kena masuk kerja.

Aduhai! Bila teringat kerja aje, automatik mood pun jadi down! Hilang semangat rasanya! Hehe! Tiba-tiba teringat dialog cerita Tan Sri P Ramlee, "Selagi hidup, kerja, kerja, kerja!"

Somehow I have to agree with that! (^_^)

Politik Itu Kotor! (^_^)

Dulu masa aku kecil-kecil, aku selalu dengar Mak kata politik tu kotor! Tapi masa tu tak berapa faham sangat apa yang cuba dia sampaikan.

Tapi bila dah "tua" macam sekarang ni, aku baru faham apa yang Mak maksudkan. Politik boleh buat orang jahat jadi baik dan begitulah sebaliknya.

Politik boleh buat hubungan atau tali persaudaraan terputus begitu sahaja. Politik boleh buat kawan jadi lawan. Politik boleh buat orang jadi kaya sekelip mata. Politik boleh buat rakyat sengsara!

Itulah hakikat yang mungkin boleh dilihat atau pura-pura tidak dilihat dalam dunia politik di seluruh dunia terutama sekali Malaysia. Pada aku politik ni menjijikkan dan menjengkelkan! 

Aku jadi malas nak tengok berita kebelakangan ini, lebih-lebih lagi TV di Malaysia ni didominasi oleh pemerintah dan of course perlu ikut telunjuk.

Hampir semua berita menggambarkan pihak kerajaan terlalu "baik" dan pihak pembangkang pula terlalu "jahat". Tapi cerita yang sama akan kita lihat kalau kita pergi ke blog atau laman web pembangkang.

Pendek kata, aku jadi confuse siapa yang betul dan siapa yang salah! Macam pagi tadi aku nampak satu banner tertera, "Nik Aziz Ulama Haiwan". Mengucap panjang bila terbaca ayat tu.

Mudah betul kita menjatukan hukuman kepada saudara seagama hanya kerana perbezaan fahaman politik. Jujurnya aku lebih suka berdiri di atas pagar sambil melihat siapa yang aku rasa layak mendapat undian aku.

Bercakap pasal politik ni pun kita kena hati-hati sebab orang lebih berminat nak tahu kita pro ke arah mana. Barulah layak berada dalam kelompok mereka. Sebab tu aku rajin berlakon part ni!

Siapa sahaja yang aku bakal undi adalah hak mutlak aku. Yang pasti, aku benci keganasan! Aku benci perpecahan! Aku hanya suka KEAMANAN dan PERPADUAN.

Merenung apakah yang bakal terjadi selepas PRU 13 agak menakutkan. As a Mama, perasaan worry tu memang ada. Encik suami kata, jangan fikir yang bukan-bukan sebab ni Malaysia! Kita SELAMAT!

Tapi siapa sahaja yang aku bakal undi adalah untuk masa depan keturunan aku!

-----------------------------------------

Cukup-cukuplah cerita pasal politik, kita cerita pasal lain pula! 

Tadi masa dekat office aku terfikir nak masak apa malam ni. Teringin nak makan taucu tapi ayam ada lagi dekat rumah. Last-last aku plan nak combine aje ayam dengan taucu.

Aku dah biasa masak taucu, tapi biasanya campur dengan sayur atau ikan aje. Kalau ayam ni baru first trail. Rupa dia agak buruk sikit sebab aku main campur aje tanpa digoreng atau direbus dulu.

Lagipun aku memang "terkenal" dengan kemalasan. Janji masak, sudah! Tapi rasa dia memang boleh tahanlah! Tapi tu kata akulah! Hehe!


Atas permintaan Encik suami, aku buat cendawan goreng sekali. Laju aje nampak dia makan tadi. Sedaplah tu! Hehe!


Ditambah pula dengan ikan cencaru sumbat hasil dari air tangan Mak. Meletup! Tapi apa nama resipi ni aku tak tahu, tahu makan aje! Sedap tau!

Maklumlah rumah Mak dekat aje, memang keraplah dapat makan masakan Mak. Mak memang pasti akan berikan apa yang dia masak dekat aku. Tinggal nak kata nak dengan tak nak aje!

Nasiblah siapa dok jauh dari Mak kan! Hehe!


Siapa yang dok rajin baca blog aku ni mesti perasan semenjak dua menjak aku dok rajin upload gambar makanan ni.

Aku pun tak tahu kenapa, tapi dah jadi satu kegilaan baru dah ni! Hehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...