Alahai Aisy III (^_^)

Kalau sebelum ini aku cerita pasal Aisy masuk wad. Hari ini aku nak cerita pengalaman Aisy dekat wad pula.

Sebelum Encik suami balik, dia tinggalkan aku slip Kebenaran Menjaga Anak Berumur 12 tahun ke Bawah. Dia simpan satu, aku simpan satu.

"Apa-apa nanti beritahu ye" pesan Encik suami pada aku sebelum meninggalkan kami berdua.


Tak lama lepas Encik suami meninggalkan kami, datang doktor menemu bual aku. Soalan seperti kenapa, mengapa dan bagaimana adalah antara yang ditanya oleh doktor lepasan siswazah tersebut.

"Puan tolong bawa anak puan ke bilik rawatan di belakang. Kita nak cucuk anak puan untuk drip" kata doktor tersebut. Aisy aku letakkan ke atas katil yang disediakan setiba di bilik rawatan yang dimaksudkan.

"Puan tunggu di luar ye" kata doktor tu lagi. Aku hanya menurut tanpa membantah. Terasa lama menunggu di luar. Hati risau memikirkan apa yang doktor buat pada Aisy dekat dalam bilik rawatan itu.

Tak lama kemudian Aisy keluar dengan esakan tangis dan tangan yang berbalut.


Lepas Maghrib aku didatangi staff nurse, "Ibu, mari bawa anak pergi x-ray" kata beliau dengan senyuman terukir di bibir. Selepas x-ray, aku terasa letih sangat. Mata melilau mencari tempat strategik untuk tidur.

Jam menunjukkan hampir sebelas malam. Teringat pesan staff nurse tadi suruh ambil sample najis Aisy esok pagi dan masukkan dalam botol yang disediakan.


Aku nekad tidur satu katil dengan Aisy walau tertera larangan Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan duduk / tidur di atas katil. Katil hanya untuk pesakit. Dalam hati aku kata, "Ada aku kisah!"

Pagi 13 Oktober iaitu hari kedua, aku perasan drip yang di masukkan sejak malam tadi macam tak jalan. Macam biasa bila di wad akan datang doktor untuk buat pemeriksaan setiap pagi. "Puan bawa anak ke belakang. Kita tukar drip" kata doktor tersebut. Seperti sebelum ini, aku disuruh tunggu di luar.

Sekali lagi Aisy keluar dengan esakan tangis dan kali ini di kaki. Tapi aku agak tidak puas hati dengan cara balutan doktor tersebut. Aku takut terbuka memandang usia Aisy yang tengah ligat.


Atas inisiatif sendiri, aku balut kaki Aisy dengan kain. Takut terbuka.


Aisy dah mula menunjukan tanda takut tiap kali didatangi oleh mereka yang berbaju putih a.k.a doktor! Dia akan mula menangis bila disentuh oleh doktor atau staff nurse.

Dia hanya akan rasa tenteram bila dapat hisap jari.


Hanya pada hari ketiga 14 Oktober, barulah aku dijelaskan dengan terperinci tentang apa yang Aisy hidapi. Menurut doktor pakar, Aisy disyaki menghidap jangkitan paru-paru (pnuemonia) atau lung infection dalam bahasa englishnya. 

Dalam masa yang sama, dia juga disyaki menghidap tibi (mycrobacterium tuberculosis) disebabkan sejarah aku terhadap kuman tersebut.

"Anak puan agak kritikal berdasarkan x-ray ini. Paru-paru dia penuh dengan kahak. Kalau orang normal kita ambil x-ray, paru-paru dia hitam" kata doktor pakar tersebut sambil menunjukan x-ray Aisy kepada aku. "Maksud doktor yang putih tu semua kahak?" tanya aku. Beliau mengangguk.    

Ya, Allah! Mama tak tahu anak Mama teruk rupanya. Hanya sedikit warna hitam yang aku lihat pada x-ray tersebut. "Kenapa selama ini bila bawa pergi klinik doktor hanya kata dia batuk biasa?" tanya aku kepada diri sendiri. Aku mula menyalahkan diri sendiri.

"Kita akan bagi dia antibiotik. Dia perlu ambil selama 10 hari berturut-turut. 3 hari pertama kita akan bagi melalui drip lepas tu baru bagi dia syrup. Dalam masa yang sama kita juga perlu buat ujian tibi pada anak puan sebab puan ada history tibi kan?" tanya doktor pakar tersebut.

"Tapi saya dah complete treatment even sebelum mengandungkan dia" jawab aku dengan nada defensive.

"Walaupun puan dah complete treatment, berkemungkinan kuman tersebut masih ada lagi. Ini semua kita perlu lakukan untuk pastikan kita beri rawatan yang betul pada anak puan. Nothing to worry!" terang doktor pakar tersebut dengan panjang lebar.

Nak tau apa jadi seterusnya? Seperti biasa, kita sambung lagi kemudian. 

Entri lain yang berkaitan:
1. Alahai Aisy
2. Alahai Aisy II
3. Alahai Aisy III
4. Alahai Aisy IV
5. Alahai Aisy V

Alahai Aisy II (^_^)

Hari tu aku ada cerita pasal Aisy yang tak sihat. Disebabkan masalah kesihatan dia tu lah yang buat aku tak update blog untuk seketika. Anak wei! Tidak ternilai dari nyawa sendiri!

Hari Khamis 11 Oktober, Aisy nampak sihat pagi tu. Aku gagahkan diri untuk pergi kerja walau hati terasa berat meninggalkan dia. Tak sampai beberapa jam dekat pejabat, Mak telefon beritahu Aisy demam lagi. Menggeletar rasa badan! Rasa nak cepat aje sampai rumah. Masa tu boleh terfikir, "Kalaulah aku boleh terbang!"

Aku minta balik half day. Redah naik bas aje time tu sebab Encik suami kerja shift pagi, tak boleh nak ambil aku macam selalu.

Rasa berkecai hati bila sampai rumah tengok dia merengek. Mesti dia tengah sakit sangat. Dalam hati aku berkata, "Kalaulah Mama boleh transfer semua kesakitan anak Mama ni pada Mama!"


Aku tekad nak bawa dia pergi ke hospital. Tapi tunggu punya tunggu, Encik suami tak juga balik-balik. Baru aku teringat dia kena ambil kereta Angah dekat bengkel. Dah petang juga baru dia sampai rumah.

Bila dah petang, Aisy okay balik macam hari tu. Encik suami kata tak payah bawa ke hospital dulu bila nampak dia makin sihat. Tapi keesokan paginya 12 Oktober Aisy makin teruk, langsung tak mahu makan atau minum. Tuhan aje yang tahu perasaan aku masa tu.

Mak suruh pergi Klinik Kesihatan dulu. Agak lama juga nak kena tunggu sebelum nombor giliran kena panggil. Dipendekkan cerita, doktor kata darah Aisy okay. "Secara fizikal dia sihat, tapi dia kena masuk wad juga sebab tak mahu makan. Kita takut dia dehydration. Bahaya especially untuk baby macam dia" kata doktor.


Dengan berat hati, aku dan Encik suami bawa juga dia pergi hospital. Dalam masa yang sama berat hati nak meninggalkan anak yang lagi seorang dekat rumah Mak. Malangnya, aku terpaksa!


Sampai aje di bahagian Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hati aku berbunga bila terpandang papan tanda yang tertulis, "Keutamaan diberikan untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah dan ibu mengandung"

Tapi berkecai bila kami terpaksa menunggu hampir 4 jam baru selesai semua urusan. Sakit hati? Memang! Tapi bila tengok ramai orang keliling yang sakit, aku bermonolog sendiri "Tak payahlah nak perbahaskan isu lapuk ni!"

Aku bertambah sakit hati bila doktor dekat bahagian kecemasan tak pandai nak cucuk untuk drip pada Aisy. Kiri kanan dia buat. Fail! Remuk hati tengok anak menangis. Dia boleh dengan selamba kata, "Biar doktor wad lah buat!"


Dan bermulalah episod duka dalam hidup Aisy di wad Pediatrik 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang akan aku ceritakan dalam entry seterusnya.

Entri lain yang berkaitan:
1. Alahai Aisy
2. Alahai Aisy II
3. Alahai Aisy III
4. Alahai Aisy IV
5. Alahai Aisy V

Duhai Mak (^_^)

Fuhhhhhhh! Banyaknya habuk blog aku ini. Rasa baru seminggu aje tak update. Dah berabuk! Sebenarnya aku ada masalah sikit yang tak dapat dielakkan sebab tu tak dapat update blog setiap hari macam selalu. (Alasan! Hehe) Nak tahu apa ceritanya, tunggguuuu! Besok atau lusa aku cerita ye. Sabar okay? Hari ini nak cerita pasal benda lain dulu.

Kalau ikut perancangan awal (perancangan awal tu!), cerita ini sepatutnya diceritakan pada 18 Oktober hari tu! Tapi dah terbabas pula. Hehe! Al Maklumlah manusia hanya mampu merancang! (Hehe, alasan lagi!) Rasanya belum terlambat lagi untuk Along ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke...tuttttttt (terpaksa disensorkan) buat Mak yang tersayang, Hasimah Mohd Ali!


Semoga Mak panjang umur sampai boleh tengok cucu kahwin lepas tu dapat cicit, murah rezeki sampai boleh pergi umrah dengan haji yang sentiasa menjadi harapan dan idaman Mak, Insya-Allah! Dan sentiasa sihat walafiat sampai boleh tengok Along dapat cucu! Aminnn!

Terima kasih kepada Atuk dan arwah Nenek kerana melahirkan seorang insan yang kami gelar Mak!



Terima kasih juga kepada Abah kerana memperisterikan Mak sehingga lahirnya kami berenam ke muka bumi Allah SWT ini!

  
Dan dengan rasa rendah dirinya, Along nak ucapkan ribuan Terima kasih untuk segala jerih payah Mak selama ini untuk membesarkan Along dan adik-adik. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi kepada kami adik-beradik. 

Sesungguhnya kami adik-beradik tak akan mampu membayar balik semua jasa dan pengorbanan Mak selama ini walau dengan semua harta di dunia ini. Kami hanya mampu mengucapkan terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!


Hari ini juga, 24 tahun yang dulu Mak telah selamat melahirkan seorang insan yang diberi nama Nor Hidayah! Selamat Hari Jadi to my beloved sister, Dayah!

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...