Keajaiban Kejadian Manusia

Keajaiban Kejadian Manusia | Disebabkan kesihatan YY yang sudah semakin stabil, mula terasa nak buat segala benda. Konon dah sihat kan. Hehe. So bebaru ni YY mengemas segala dokumen lama. Time mengemas tu, YY terjumpa keratan akhbar bertarikh 12 Febuari 2004. Tersenyum sendiri YY time dok baca keratan akhbar daripada The Malay Mail ni. Tak sangka naluri keibuan wujud dalam diri YY ketika itu yang kalau dikira baru mencecah 21 tahun. Keratan akhbar yang bertajuk The Miracle of Life tu ternyata menarik minat YY untuk terus menyimpannya sehingga kini.

Keratan akhbar tu sebenarnya merupakan review individu bernama Michael Hanlon mengenai sebuah buku bertajuk A Child Is Born hasil nukilan scientist yang bernama Lennart Nilson dan Lars Hamberger. Apa yang menarik mengenai buku tersebut adalah ia mengandungi pelbagai gambar yang menarik mengenai proses keajaiban seorang manusia sepanjang berada di dalam rahim ibu.

Keajaiban Kejadian Manusia
Keratan akhbar bertajuk The Miracle of Life yang masih YY simpan

Menurut akhbar terbabit, gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut diambil menggunakan pelbagai terknik bagi menghasilkan gambar yang menarik. Antaranya menggunakan kamera yang sangat kecil yang boleh dimasukkan di dalam jarum bagi mencatatkan perkembangan seseorang bayi dari mula sehingga ia dilahirkan. Menurut penulis review, walaupun buku ini mengandungi semua maklumat mengenai pembentukkan seorang manusia sepanjang tempoh 40 minggu kandungan, "It do not answer the tricky question of exactly when life begin"

Keajaiban Kejadian Manusia
Gambar yang menerangkan keadaan ketika proses conception

Selain gambar, ia juga turut menerangkan secara terperinci apa yang berlaku ketika proses persenyawaan, yang kemudian menjadi zigot, embrio, fetus sehingga kepada kelahiran seorang bayi. Antara yang menarik perhatian YY, ketika trimester kedua dan ketiga, fetus akan menyedut segala kalori, mineral, vitamin dan hormon daripada ibu melalui placenta. Placenta ni kalau tak salah kefahaman YY, uri lah kan?

Keajaiban Kejadian Manusia
Jantung akan mula beating pada hari ke 22 selepas conception

Buku tersebut juga mengatakan yang fetus mampu terus hidup walau lahir pada usia 24 minggu lebih awal atau dalam bahasa biasa kita dengar, kelahiran pra-matang. Ia turut mengatakan yang ia tidak menolak kecanggihan teknologi masa depan mampu menyelamatkan bayi yang dilahirkan lebih awal daripada 24 minggu. Siapa tahu, dengan teknologi dan yang paling penting, kuasa DIA YANG SATU, tiada apa yang mustahil. Seperti yang diceritakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 117

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Keajaiban Kejadian Manusia
Pada minggu keenam kehamilan dah ada bentuk manusia

Keratan akhbar itu masih YY simpan kerana mengagumi keajaiban kejadian manusia. Setiap gambar yang dikongsikan cukup jelas memperlihat betapa besar kuasa DIA. Malahan kejadian manusia itu cukup jelas diterangkan di dalam ayat-ayat Al-Quran. Antaranya di dalam surah Al-Mu'minun ayat 12 sehingga 14 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Keajaiban Kejadian Manusia
Syahdu bila tengok gambar ni.

13 tahun dulu, ia mungkin angan-angan seorang gadis remaja. Kini setelah kali terakhir YY mengandung kira-kira enam tahun dulu, Alhamdulillah YY sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung. Agak lama YY menanti. Alhamdulillah, rezeki dan YY sangat teruja. Insya ALLAH panjang umur, YY bakal menyambut kelahiran bayi ketiga pada awal tahun depan, YY pohon doa dari kalian semua. Doakan keselamatan YY dan bayi dalam kandungan YY ye (^_^)

Pelajar SMK Telok Panglima Garang Menyertai Program Kembara Jom Jimat Elektrik

Pelajar SMK Telok Panglima Garang Menyertai Program Kembara Jom Jimat Elektrik | Pada 27 Julai 2017 yang lalu, seramai 26 orang pelajar dan tiga orang guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjayakan program Kembara Jom Jimat Elektrik bersempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. Apa yang membanggakan, SMKTPG telah terpilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut bagi peringkat kebangsaan.

Program Kembara Jom Jimat Elektrik ini telah dijayakan oleh pelajar SMKTPG yang terpilih selama tiga bulan. Kumpulan mereka dikenali sebagai Team Eco Panglima.

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Tujuan utama program Kembara Jom Jimat Elektrik ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Ramai yang tidak menyedari bahawa penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan adalah antara punca kepada pemanasan global di mana ia turut mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita. Sama ada kita sedar atau tidak, iklim Khatulistiwa yang dahulu dikenali sebagai iklim panas dan lembap sepanjang tahun kini tidak lagi berada pada paras yang normal akibat berlakunya peningkatan suhu ini.

Atas kesedaran itu, Team Eco Panglima mengambil langkah dengan menerangkan situasi ini dengan harapan ia mampu memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kesan negatif terhadap penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan. Malahan Team Eco Panglima juga turut memberi tips kepada penduduk Taman Seri Medan untuk menjadi pengguna yang bijak.

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Puan Norazimah Abd Talib yang ditugaskan sebagai guru pembimbing kepada Team Eco Panglima ketika ditemui berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik"

Tambah Puan Norazimah Abd Talib, "Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah sehingga RM200 ke RM500. Walau bagaimanapun,kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan

Puan Norazimah Abd Talib mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk di Taman Seri Medan dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik mereka disamping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.

YY secara peribadi juga sangat menyokong program seperti ini. Selain membina keyakinan diri kepada pelajar untuk beramah mesra dengan penduduk setempat, ia juga memberi kesedaran kepada mereka kepentingan melakukan penjimatan elektrik. Diharap akan ada banyak lagi program seperti ini akan diadakan di masa hadapan..


Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh?

Benarkah menduduki Program LINUS Menandakan Anak-Anak Kita Bodoh? | Sedar tak sedar kita sekarang sudah memasuki suku ketiga bagi tahun 2017. Kiranya sudah lapan bulan Aisyah menuntut ilmu di Tabika KEMAS. Sehingga ke hari ini, Aisyah masih belum mampu membaca. Menulis pun dia perlukan bimbingan. Kadang bila tengok dia buat kerja sekolah, YY rasa sebak sangat. Pada usia yang belum pun genap enam tahun, dia sudah perlu berhadapan dengan diskriminasi. Bodoh ke dia hanya kerana dia belum mampu membaca, menulis dan mengira seperti rakan sebaya?

Tak berapa lama dulu YY menghadiri Hari Terbuka. Walau ada banyak benda positif yang didengar, tetapi ada perkhabaran yang mengguris hati YY sebagai seorang Mama. Aisyah digambar oleh guru yang mengajar sebagai seorang yang mudah mesra dan digemari oleh rakan. Dia cuma dikatakan kurang fokus. Dengan keadaan Aisyah sekarang, YY dimomok dengan perkhabaran dia perlu menduduki Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ketika di Tahun Satu kelak. So what? Hanya kerana Aisyah perlu menduduki Program LINUS, ia terus menandakan Aisyah bodoh?

Setiap individu mempunyai keunikkan yang tersendiri.

YY tak pasti niat sebenar guru tersebut. Tapi YY rasa tak perlu rasanya guru tersebut takutkan parent atau pelajar tentang benda seperti ini. Dunia tidak akan berakhir hanya kerana anak kita perlu menduduki Program LINUS.

YY secara jujurnya tak risau walau Aisyah dikatakan ketinggalan berbanding rakan seusia. YY sebenarnya yakin setiap di antara kita punyai keunikkan tersendiri. Hanya kerana Aisyah tidak pandai membaca atau menulis pada usia sekarang, ia tidak menggambarkan langsung level kecerdikkan dia. Lagipun Aisyah baru enam tahun kot! YY dulu umur macam tu sibuk main lagi! Tak akan YY nak paksa dia belajar sedangkan YY sebaya dia masih berseronok. Let her enjoy her childhood while she can.

YY punya prinsip kalau anak tak mampu buat, tak guna YY paksa. Paksaan tu hanya bagi tekanan pada diorang. Apa yang YY sebagai parent boleh lakukan adalah dengan sentiasa beri sokongan dan bimbangan. Insya ALLAH lama kelamaan mereka mampu lakukan. Lambat dengan cepat aje. YY yakin tu!


Tak perlu beri tekanan pada anak-anak kita. Dah lah mata pelajaran zaman sekarang ni sangat mencabar. Ditambah dengan tekanan yang kita berikan, boleh jadi gila anak-anak kita tau! Lagipun atas tujuan apa kita paksa diorang buat sesuatu yang kita memang dah nampak, diorang tak mampu lakukan? Nak diorang jadi Professor?

Tu belum cerita susunan jadual seharian yang padat. Mana nak pergi sekolah, kelas mengaji, kelas tambahan, makan, minum, buat kerja sekolah. Kita orang dewasa pun tak macam tu padat jadual. Ditambah dengan beg berat mengalahkan guni beras yang diorang terpaksa pikul setiap hari. So kenapa kita beria bagi tekanan kepada mereka? Untuk kepuasan diri kita sendiri?

Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid - Albert Einstein


Percayalah yang anak-anak  tak bodoh hanya kerana mereka perlu mengikuti Program LINUS. Sekurang-kurangnya program tersebut bagi mereka pendedahan untuk mereka mengusai kebolehan membaca, mengira dan menulis. Anak sulung YY dulu pun mengikuti Program LINUS. Hanya ketika dia berada pada penghujung tahun Darjah Satu, barulah dia boleh membaca. Segunung kata pujian YY berikan sebab YY sendiri hanya mampu membaca dengan lancar ketika YY berusia lapan tahun.

YY punyai pandangan berbeza dengan pandangan parent lain. Lagipun kita harus sedar yang anak yang tak cerdik tu ujian dan yang cerdik tu pun ujian. Jangan lukai hati anak-anak hanya kerana mereka tak mampu menjadi apa yang kita harap. Mereka juga punyai hati dan perasaan. Cubalah untuk seketika renung wajah amanah yang diberikan kepada kita ini. Ingatlah di luar sana masih ramai yang belum diberikan nikmat menjadi ibu bapa. Bukankah kita sangat beruntung?

YY lebih suka mencorak kehidupan anak YY berdasarkan warna kegemaran mereka dan bukannya berdasarkan warna kegemaran YY. Apa yang pasti, kita sebagai parent tetap mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Hanya kerana didikan YY berbeza dengan anak-anak kalian, tak bermakna YY tak pernah ambil peduli tentang mereka. YY akhiri bebelan YY hari ini dengan video animasi di bawah. Cuba kita hayati dan fahami. Mungkinkah kita sama seperti video animasi ini?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...