Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan? | Sewaktu bekerja di dalam kelompok yang majoritinya bukan Islam tak lama dulu, YY kerap diajukan soalan mengenai Islam. Dalam banyak-banyak soalan yang diajukan, ada satu soalan yang YY teringat sehingga ke hari ini. Ia mengenai bab jihad dalam ajaran Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Adakah benar agama Islam mengajar keganasan?

Isu keganasan mula dikaitkan dengan Islam hanya beberapa tahun kebelakangan ini khususnya setelah peristiwa 11 September 2001. Kalau difikirkan secara logik, ajaran Islam berkembang sejak Nabi Muhammad SAW mula menerima wahyu. Ia terus berkembang sehingga ke seluruh alam serta pernah membina tamadun yang teragung. Kenapa hanya selepas peristiwa 9/11 kita mendengar kaitan Islam dengan keganasan?

Tidak keterlaluan untuk YY katakan ia adalah hasil didikan media antarabangsa. Media antarabangsa khususnya media Barat sering bersikap berat sebelah dalam menakrifkan keganasan. Ia menyebabkan komuniti bukan Islam melihat adanya kaitan antara Islam dan keganasan. Walau hakikatnya keganasan disebabkan sikap seseorang individu dan tidak mewakili mana-mana agama mahupun bangsa.

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?
Media merupakan kuasa besar di dunia

Media Barat berterusan melabel Islam sebagai pengganas hanya kerana tindakan beberapa kumpulan atau individu yang dikaitkan dengan Islam. Tapi label yang sama tidak diberikan kepada agama Kristian, Yahudi, Buddha mahupun Hindu sekiranya penganut agama-agama tersebut melakukan aktiviti jenayah. In fact kelakuan jenayah mereka mostly disokong sepenuhnya oleh pemerintah yang diiktiraf oleh mereka.

Lihat sahaja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Myanmmar dan disokong sepenuhnya oleh parti pemerintah terhadap etnik Rohingya. Ironinya etnik Rohingya yang diperlakukan kejam dituduh pengganas, sedangkan tentera Myanmar yang mengebom dan menceroboh perkampungan mereka, merogol dan membunuh kaum keluarga mereka tidak termasuk dalam senarai pengganas.

Islam hanya menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di kalangan manusia. Sebab tu kita boleh tengok golongan minoriti bukan Islam dapat hidup aman di tengah-tengah masyarakat Islam di serata dunia. Contoh paling mudah adalah negara kita. Namun keadaan sebaliknya berlaku terhadap minoriti umat Islam di kebanyakan negara. Lihat nasib umat Islam di Myanmar, China, India, Thailand dan beberapa negara lain.

Berdasarkan rumusan di atas, adakah benar Islam mengajar keganasan?

Benarkah Agama Islam Mengajar Keganasan?
Kredit http://bit.ly/1Xn3I6B

Keganasan bukan tabiat orang Islam dan ia juga bukan ajaran Islam. Adalah tidak adil menyalahkan Islam hanya kerana tindakan segelintir orang Islam yang menyalahgunakan pengertian jihad. Benar bab jihad tercatat jelas dalam al-Quran dan al-sunah dan kita sebagai seorang Islam tidak boleh menafikannya. Namun kita boleh menjelaskan kepada dunia maksud jihad yang sebenar dalam Islam.

In fact Islam melarang menumpahkan darah manusia berlainan agama secara membabi buta kerana peraturan peperangan dalam Islam adalah sangat ketat.

Apa yang YY cuba sampaikan adalah kita semua menentang keganasan. Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang bersetuju dengan keganasan. Menyalahkan seluruh komuniti hanya kerana sikap buruk seseorang dalam komuniti itu adalah salah sama sekali. Kejahatan yang wujud dalam diri individu itu adalah kerana sikap mereka sendiri. Ia tiada kaitan langsung dengan keturunan, bangsa dan apatah lagi agama.



Berhentilah menyemai benih kebencian sesama manusia. Lagipun sejarah telah membuktikan bahawa benih kebencian hanya menyebabkan kehancuran. Mulai hari ini, jika seseorang melakukan keburukan, kita hanya perlu benci diri dia seorang ataupun lebih tepat kelakuan dia yang buruk. Jangan kaitkan langsung dengan agama yang dia anuti kerana ia memang tiada kaitan.

Don't condemn everyone for the actions of a few. Your beliefs or religion don't make you a good or a bad person. Your actions do!

Impian Menjadi Kenyataan

Impian Menjadi Kenyataan | Adalah normal untuk seseorang manusia untuk mengimpikan sesuatu dalam kehidupan. Impian biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran ataupun gaya hidup. Dengan mengimpikan sesuatu, ia boleh menjadi satu bentuk hiburan kepada seseorang yang mungkin sedang berdukacita. Malahan ia juga mampu menjadi pembakar semangat untuk seseorang terus berusaha. Sebab itu tidak mustahil untuk impian menjadi kenyataan.

Itulah yang YY lalui. Mengimpikan seorang suami dan anak-anak. Alhamdulillah semua itu sudah pun menjadi kenyataan. YY bahagia dengan kehidupan sekarang. Tapi manusia tak pernah puas. Bila impian yang sebelum tu telah tercapai, akan muncul impian lain. Ianya tidak akan pernah berkesudahan. Bila mempunyai anak, YY mengimpikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

Impian Menjadi Kenyataan
Tak pernah menyangka ianya akan menjadi kenyataan

Tapi YY lupa bahawa anak juga hanya manusia biasa. Memori menyaksikan Afif duduk sambil bersandar di dinding dengan mengetuk kepala berulang kali sambil mengucapkan, "Afif bodoh" masih lagi berligar sehingga ke hari ini. Seolah wayang tanpa bunyi, imej tu sering berputar difikiran YY. Sungguh YY rasa sangat menyesal memberikan dia tekanan yang mungkin YY sendiri tidak sedari. Apalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun tahu ketika itu.

Dari seorang kanak-kanak yang mempunyai cita-cita unik, ianya jatuh menjunam. Dia yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang archeology bertukar cita-cita dengan mendadak. Bila ditanya apakah cita-cita dia, dia akan menjawab nak jadi pekerja kilang. Bila kita tanyakan kenapa, dia akan jawab, "Sebab Afif tak pandai"

Hancur hati YY melihat semangat anak sendiri jatuh disebabkan kejahilan YY sendiri. Bertitik tolak dari situ, YY mengubah cara didikan YY. YY yakin masih belum terlambat untuk YY mengubah Afif dan diri YY sendiri. Di rumah YY tak pernah lagi menyentuh bab pelajaran. Hanya apabila dia ada homework, baru YY akan menyentuh bab pelajaran. Even sebelum exam, Afif tak pernah buat sebarang ulangkaji. Apa yang dia belajar di sekolah, itulah yang akan diterjemahkan pada kertas jawapan.

Impian Menjadi Kenyataan
Moment paling berharga

YY lebih tekankan apa yang dia minat. Afif sangat meminati seni kreatif. Maka YY belikan lebih banyak kertas lukisan dan apa sahaja yang berkaitan. Dia lebih "hidup" bila buat apa yang dia minat. Bertambah "hidup" sekiranya dalam aktiviti seni tu YY terlibat sama. Sekarang dia cukup gemar melukis komik. Melihat bagaimana dia mengubah plot cerita cukup mengagumkan YY. YY akan terus bimbing dia dalam bidang ini sekiranya memang itu yang dia inginkan.

Even kerja di rumah dia juga mampu uruskan seperti menggunakan mesin basuh. Dia dah tahu nak buat. Kebanyakkan kerja di rumah ini dia boleh lakukan termasuk mencuci tandas. YY tak pernah larang dia menolong buat kerja rumah. YY juga cuba membentuk cara dia berinteraksi dan menghormati persekitaran sama ada dengan manusia atau hidupan lain. Pernah YY terdengar dia memarahi adik dia yang memukul semut, "Adik! Kan Mama kata jangan bunuh binatang kalau dia tak kacau kita. Berdosa!"

Impian Menjadi Kenyataan
Senyuman bangga seorang Papa

YY akhirnya berjaya mendidik diri YY sendiri untuk tidak memfokuskan sangat hal berkaitan akademik. Apa yang penting hal berkaitan sahsiah dan rohani. Teringat arwah Nenek yang selalu pesan, "Biar bodoh, jangan rosak akhlak"

Tapi yang memeranjatkan, makin tak disentuh hal berkaitan akademik, makin meningkat prestasi Afif. Ustazah di Sekolah Agama cukup sayang pada dia kerana dia mempunyai harapan yang tinggi terutama dalam bab hafazan. Malahan Ustazah tersebut yang terlebih kecewa apabila Afif gagal menepati sasaran dia. Nak tergelak YY bila teringat reaksi Ustazah tersebut ketika Hari Terbuka baru-baru ni.

Sekarang Afif dah mula berkeyakinan. Kalau tanya apa cita-cita dia sekarang, dia akan jawab dia nak jadi askar atau pilot. Dia dah mula bercita-cita nak beli motor besar. Nak beli rumah besar. Nak ada isteri cantik dan anak comel. Hehe!

Impian Menjadi Kenyataan
Anugerah ini yang buat YY sangat bangga pada Afif

Anyway, impian YY untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan tercapai baru-baru ni. Bukan untuk bidang akademik tapi ia tetap membanggakan YY. Anugerah Tokoh Sahsiah yang diterima Afif baru-baru ini sudah mampu membuat YY tersenyum bangga. Ajaran YY selama ini Afif telah terjemahkan dengan baik sekali. Pujian yang diberikan oleh guru-guru mengenai perwatakan Afif sudah cukup untuk buat YY terasa di awang-awangan. Impian YY telah pun menjadi kenyataan. Terima kasih ALLAH.

Buat Afif bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, Mama nak Afif tahu bahawa Mama sangat bangga dengan Afif. Terima kasih kerana membanggakan Mama. Teruskan menjadi orang "baik". Ingat tak Mama selalu pesan, kalau kita baik dengan semua orang, dengan pokok, dengan haiwan, ALLAH akan "baik" juga dengan kita. Apa sekalipun Mama tetap sayang Abang dan Adik dunia dan akhirat. SELAMAT HARI LAHIR sayang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mama (^_^)

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan | Korang sedar ke tidak yang hari ini kita dah berada di pertengahan bulan November? Ye, dah nak masuk hujung tahun! Cepat betul masa berlalu kan? Pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2016. How time flies! Tapi kan bila dah sebut hujung tahun ni, of course buat YY rasa teruja sebab cuti! Yeah!

Hujung tahun kebiasanya cuti panjang. Dengan cuti sekolah ditambah pula dengan cuti musim perayaan, memang awesome lah! Bila dah sebut cuti tu memang kepala otak dok ligat fikir apa nak buat time cuti ni. Dulu sebelum jadi Mama, bab ni jarang sangat fikir. Tapi setelah secara rasminya bergelar seorang Mama sejak sembilan tahun dulu, bab ni lah yang paling kerap difikir.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Afif ceria dapat jumpa Optimus Prime dan Bumblebee

Selalu kepentingan anak-anak memang mendahului diri sendiri. Even kalau merancang nak bercuti pun, memang fikirkan sama ada ianya bersesuaian dengan jiwa anak-anak. Setakat ni memang YY dan MyChintaHati belum lagi buat sebarang perancangan. Ada jugalah dok senaraikan tempat yang mungkin nak diterjah. Dari tempat yang sejuk seperti di Cameron Highlands sehingga ke tempat bersejarah seperti di Melaka.

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Seronok tengok diorang seronok

Again ianya hanya perancangan. Lagipun kami ni jenis terjah aje. Jarang percutian kami dirancang rapi. Fakta tu tau! Pernah kami rancang nak ke Bukit Merah Laketown Resort. Tapi end up kami hanya beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Hehe! But still ianya sesuatu yang menyeronokkan. Terutama bila dok nampak Afif dan Aisyah ceria sepanjang hari. Priceless!

Selain dari bab cuti, apa yang YY teruja adalah hari lahir Afif dengan Aisyah pun jatuh pada bulan November dan Disember ni tau. Tu pun buat YY rasa teruja sangat!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Aisyah dah mula tunjuk minat pada Hello Kitty

Dah namanya pun Mama kan, mestilah ligat dok fikir apa nak diberikan pada dak Afif dan Aisyah pada hari istimewa diorang. Masa dok fikir nak bagi apa, YY dapat tahu tentang kewujudan Printcious. Dekat situ ada banyak juga hadiah yang boleh diberikan pada budak berdua tu. Asyik bagi mainan aje, cer bagi benda yang lain sikit dari kebiasaan. Bikin gempak sikit. Hehe!

Hadiah untuk perempuan ada, hadiah untuk lelaki pun ada. Tinggal pilih nak beli design sedia ada atau design sendiri. Tapi kalau nak ada sentimental value, design sendiri lagi okay kot. Cuma kena pastikan level kerajinan korang berada pada tahap tertinggi. Kalau level kerajinan tak cukup tinggi, beli siap ajelah weh! Hehe!

Cuti Hujung Tahun Yang Dinantikan
Wajah-wajah kesayangan yang berikan semangat

Yang pasti dapat habiskan masa dengan keluarga tersayang ketika musim cuti memang priceless. Peluang dapat cuti bersama memang sentiasa dinanti. Keluarga adalah sumber kekuatan dan berikan kita semangat dalam meneruskan kehidupan, Siapa kita tanpa keluarga, betul tak?

Terbebel panjang dari yang sepatutnya ni. Hehe! Sampai sini ajelah bebelan YY. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...