Shopping Raya Di Saat Akhir

YY bukan jenis manusia suka buat kerja di saat akhir sebab YY tak pandai nak overcome stress bila dok kalut dengan kerja yang di lakukan pada saat akhir.

YY lebih suka semuanya dirancang awal. Tapi semuanya berbeza apabila YY berkahwin sebab MyChintaHati bukan seorang manusia yang gemar merancang.

Dia suka lakukan hampir kebanyakkan benda pada saat akhir. Bezanya dia relax aje, YY yang macam nak putus nafas nak cope dengan dia punya relax tu. Hehe!

Kebanyakkan rakan blogger YY nampak hampir selesai melakukan persiapan menyambut Syawal. Kami sekeluarga pula baru aje bermula Sabtu baru ni. Tu pun tak settle lagi.

Shopping untuk persiapan Raya pada saat akhir ni memang rata-rata sedia maklum betapa sesaknya. Itulah yang kami hadapi pada hari tersebut. Ya ALLAH, ramainya orang!

Nak bergerak pun payah. Tapi MyChintaHati kata, macam ni baru rasa feel nak Raya. Itupun kami dah keluar awal menuju ke destinasi pertama di GM Klang.

Gambar dekat bawah ni adalah satu-satunya gambar yang YY sempat snap di situ. Lagipun kami baru aje sampai. Afif tengah excited nampak baju Ultraman.


Lama juga kami di situ. Melangkah dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Penat tak usah cakaplah. Mujur duduk dalam air-cond.

Kalau tak, faham-faham sendirilah ye (^_^)

Lama juga kami di situ, hampir lima jam berjalan mengeliling GM Klang. Lepas tu kami bergerak ke Giant Setia Alam sebab MyChintaHati kata nak cari kasut untuk budak-budak.

Malangnya tak ada satu pun yang menarik perhatian kami walau budak-budak kata cantik aje. Hehe! Kami kemudiannya ke Bata berhampiran kawasan perumahan kami.

Sebelum tu balik dulu simpan barang.


Gambar dekat atas mood Aisyah tengah baik. Ceria aje nampaknya sebab baru lepas melanyak ayam goreng dekat Giant Setia Alam. Lupa nama restoran tu (^_^)

Lepas dia nampak Abang dia dah dapat kasut, dia mula buat perangai. Bukan tak nak beli. Dah design kasut tu tak menarik di mata kami suami isteri, nak buat macamana kan? Hehe!

Mulalah Aisyah buat cerita telenovela di khalayak ramai. Sepanjang perjalanan dia dok kata, "Adik nak tacut! Uwaaahhhh"


Kami buat tak tahu aje dia menangis. Akhirnya dia diam juga. Hehe! Kami bercadang nak berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sempat singgah di dua bazar berdekatan.

Memula pergi ke bazar berhampiran i-City di Seksyen 7 Shah Alam. Tak beli apa pun kat sini. Pening dok tengok ramai sangat orang.


Lepas tu pergi laman letak kereta di Stadium Melawati di Seksyen 13. Dekat sini terpaksa juga beli sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka.


Cerita pasal kami berbuka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan YY cerita kemudiaan ye. Lepas aje dah berbuka dan buat apa yang patut, kami ke Plaza Alam Sentral pula .


Cadangnya nak cari baju Melayu dan baju Kurung untuk Afif dan Aisyah. Baju memang ada banyak, tapi warna yang kami nak tak ada. Ingat nak terus ke Kompleks PKNS, tak larat pula.

Besoknya baru kami ke Kompleks PKNS. Kali ni pergi sekali dengan parent in law YY sebab diorang nak beli sekali barangan kelengkapan haji diorang.

Manusia sikit punya ramai! Seriously YY tak tahu nak beli macamana kalau dah ramai macam tu. Mujur MyChintaHati ada. Banyak dia aje yang buat keputusan.

YY pening dok tengok orang ramai gitu.


Akhirnya, semua kelengkapan Raya untuk Afif dan Aisyah kira settled! Cuma kasut Aisyah aje belum ketemu lagi. Kami suami isteri pun tak beli apa-apa lagi untuk diri sendiri.

Sabtu or Ahad ni nanti, kami bercadang ke Jalan Taiping, Klang pula. Mesti ramai orang! Nak buat macamana? Inilah yang harus ditempuh bila shopping Raya di saat akhir (^_^)


Cerita Disebalik Pemberian Kad Raya

Tengah dok stress dengan kerja yang entah apa-apa hari ni, tetiba terdengar lagu raya! Mak ai, rasa excited lah pula! Dah nak raya rupanya! Yeah! Yeah! Raya!

Sebab mood excited tu, jengahlah sekejab blog kekawan. Ramai pula hak yang dok update pasal kad raya yang YY berikan. Yang share dekat Facebook pun ramai.

Bila tengok semua tu, YY jadi malu sendiri. Tak tahu kenapa rasa malu, tapi memang rasa malu. Hehe! Tapi at the same time, ada juga rasa kelakar!

Sebabnya ada cerita disebalik pemberian kad raya tu. Meh duduk dekat sikit nak cerita. Yang duduk jejauh tu pasal apa! Tak dengar nanti. Macam tu lah! Bagus! (^_^)

YY memang dah berniat nak berikan kad raya terutama pada yang tersenarai dalam Top 20 Pengomen blog YY ni. Tapi niat utama nak reply kad raya yang YY terima tahun lepas.

Alang-alang beli tu kan, beli banyak terus. Baru puas hati! Tu yang ramai jugalah yang dapat walau bukan semua. Sape tak dapat tu minta maaf ye. Bukan pilih bulu, ekonomi tak mengizinkan aje (^_^)

Insya ALLAH, panjang umur YY ikhtiarkan untuk tahun depan ye.

Okay, berbalik pada cerita tadi. Masa beli tu, YY nampak luaran bungkusan kad raya lebih kurang sama aje macam yang Kak Kathy Rbain terima dekat bawah ni.


Comel aje kan? Lagilah kalau ada bunga! Memang jiwa YY suka benda-benda gini. Terus beli tanpa berfikir ribuan kali seperti kebiasaannya (^_^)

Balik rumah tu, YY sangat excited nak hantar cepat-cepat sebab YY dapat tahu ada certain kawan blogger nak balik kampung awal tahun ni. Tak bestlah kalau diorang dapat lepas raya kan?

So misi menuliskan kad raya dimulakan! Of courselah kena buka dulu bungkusan yang mengandungi kad raya tu. Tapi bila buka aje, YY mula rasa macam nak pengsan!

Mananya idak? Dekat luar nampak comel dan cantik aje. Tapi bila buka, ada segala jenis rupa bentuk kartun menjadi penghias bahagian depan kad! Cissss! YY tertipu!

Kalau semua tulis hak yang molek sikit ayat tu, tak apa. Ni macam-macam! Benci tau! Jenuh YY buat sorting and decision. Salah bagi kad, takut orang yang terima salah faham.

YY minta maaflah kalau yang siapa terima tu ada rasa pelik dengan kad raya pemberian YY. Seriously tak ada niat tak elok dan YY dah tapis sebaik mungkin.

Mungkin kena consider cetak sendiri lepas ni. Anyway, YY ada tinggal satu lagi kad raya hak yang macam nak bagi dekat boyfriend. Ada yang nak ke?

First komen cakap nak, memang YY bagi! (^_^)

Lepas dah buat sorting, tiba pula part menulis. Memula tu, macam cantik aje tulisan walau hakikatnya tak cantik sangat pun. Berseni aje. Hehe! Lepas tu makin lama makin buruk.

Siapa yang dapat tulisan buruk tu memang antara yang terakhir YY tulis. Minta maaf ye. Tapi sebenarnya tak ada beza sangat tulisan YY kalau buruk dengan tak buruk. Hehe!

Cuba compare tulisan pada kad raya yang korang dapat dengan entry ni. YY rasa yang ni paling cantik yang YY pernah tulis sebab tu berani letak dalam blog. Hehe!

So begitulah cerita disebalik pemberian kad raya. Sekian, terima kasih! (^_^)


Julai Sudah Menjengah!

Sedar tak sedar bulan Julai sudah pun menjengah. Hari ni kita semua secara rasminya telah berada di fourth quarter of the year. Pantas sungguh masa berlalu kan?

Hari ni kita sebagai orang yang beragama Islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa di hari ke 14 di bulan Ramadhan dengan tenang dan aman tanpa sebarang kesulitan.

Hari ni juga minyak petrol naik sepuluh sen bagi RON95 (^_^)

Despite terselit kekecewaan dengan segala kenaikan harga barangan, hati tetap rasa bersyukur terutama setelah YY memahami maksud hadis di bawah.

Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim: 
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.”

Memang jika dibandingkan dengan yang lebih kurang, YY memang berlebih dari segala segi. Sekurang-kurangnya YY masih boleh bersahur dan berbuka dengan hidangan penuh di meja.

Kadang hidangan yang tak habis menjadi makanan tong sampah. Sedangkan YY sedar masih ramai di luar sana yang bersahur dan berbuka tanpa sebarang makanan. What a shame!

Anyway niat utama menulis entry hari ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang singgah di blog YY ni dari silent readers hingga ke pengomen tegar.

TERIMA KASIH sesangat kerana sudi menghabiskan masa korang yang berharga tu untuk membaca dan mengomen di Diari Seorang Mama (DSM). YY sangat hargai!
Terima kasih yang tak terhingga buat top 10 pengomen sepanjang bulan Jun lepas. Blog mereka YY dah senaraikan di bahagian side bar blog YY ni sebagai tanda penghargaan.


Terima kasih juga buat mereka yang sudi mengomen sejak 1 Ogos 2014 sehingga sekarang. Mereka yang tersenarai di bawah ini hampir pasti menerima small token dari YY.

Blog mereka YY dah senaraikan di dalam DSM blog list.


Untuk bulan Julai ni, YY tak berapa pasti sejauh mana keaktifan YY dalam dunia blogging ni terutama dengan Syawal yang bakal tiba tak lama sahaja lagi.

Rasanya mungkin agak sibuk sebab YY masih belum melakukan sebarang persiapan lagi. Untuk diri sendiri tak kisah sangat sebab boleh aje sarung baju yang mana muat.

Untuk anak-anak yang penting. Kalau boleh nak bagi yang terbaik buat mereka (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ini. Moga ketemu lagi dilain kelapangan waktu. Jaga diri elok-elok dan jangan main mercun!

Assalamualaikum (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...