Kita Berada Di Bulan Terakhir 2014 (^_^)

Ketika entry ni diterbitkan, kita sudah pun berada di dalam hari ketiga di bulan terakhir 2014, Disember. Pantas sungguh waktu berlalu meninggalkan kita.

YY sendiri pada beberapa minggu terakhir November agak sibuk dengan tugasan di pejabat yang entah dari mana munculnya. Perlu dahulukan benda yang berkepentingan.

Disebabkan kesibukkan itu, waktu untuk blog walking terpaksa dihadkan. Entry yang korang baca ni pun YY auto-publish aje sebab tu korang nampak ada aje entry setiap hari.

Giveaway atau segmen pun YY baru berjinak-jinak sertai dalam bulan ni. Itupun hanya mengisi kekosongan slot pada Sabtu dan Ahad. Auto-published juga tu, janji ada entry keluar (^_^)

YY memang target satu hari satu entry. Setakat ini, sudah dua bulan berturut-turut YY berjaya menerbitkan entry setiap hari. YY berbangga dengan kejayaan diri sendiri (^_^)

So tak usah pelik dok nampak blog ni berupdate aje, tapi empunya blog tak blog walking. Memang tak sempat nak melakukan aktiviti blog walking.

Ada juga menyinggah dibeberapa blog tapi hanya membaca tanpa meninggalkan sebarang jejak. YY kalau nak membaca memerlukan sepenuh jiwa apatah lagi apabila menulis komen (^_^)

YY pohon maaf kepada semua rakan blogger kerana belum berkesempatan ke teratak kalian pada masa terdekat ini. YY akan pasti singgah cuma bila sahaja yang belum pasti.

Pun begitu YY nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang singgah di Diari Seorang Mama sepanjang November yang lalu sama ada yang meninggalkan komen atau sebaliknya.

TERIMA KASIH tak terhingga di atas kunjungan kalian dan masa yang diluangkan untuk membaca dan menulis diruangan komen. YY amat hargai.

Di sini YY senaraikan sepuluh pengomen terbanyak sepanjang November 2014. Korang boleh singgah blog diorang menggunakan "Gorgeous Blog List" di bahagian side bar.


YY senaraikan juga Top 20 dan sekiranya pengomen ini berjaya mengekalkan kedudukan mereka di dalam senarai Top 20 bermula 1 Ogos 2014 sehingaa 30 Julai 2015, akan ada ganjaran menanti.

Blog mereka ini boleh dilihat di bahagian side bar under "Awesome Blog List"


-------------------------------------------------

Di dalam kesibukkan itu YY berjaya lunaskan janji yang telah dimeterai bagi memanjangkan kisah dan perjuangan seorang insan kecil bernama Muhammad Izzsraq Azraq.

Sukar untuk melakukan kerja ini secara bersendirian, so YY harap agar sesiapa sahaja yang membaca entry pada kali ini dapat memanjangkan perjuangan insan kecil itu.

Bantuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dengan kemampuan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita. Janganlah hanya membaca, SEBARKANLAH!

Moga dengan cara ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kesengsaraan pejuang kecil itu dan siapa tahu dengan sumbangan kecil kita, dia kembali sihat? Insya ALLAH.


Teristimewa Buat Aisyah (^_^)

Yang teristimewa anakku Dayana Hanna Aisy,

Pejam celik hari ni dah genap tiga tahun Aisyah menjadi teman penghibur buat Mama, Papa dan Abang. Tak sangka cepat betul masa berlalu.

Rasanya macam baru semalam Mama mabuk teruk ketika mengandungkan Aisyah. Aisyah tahu tak yang Mama masuk wad lebih dari enam kali kerana kekurangan air? Teruk betul rasanya.

Mama langsung tak mampu menguruskan diri sendiri. Mujur Papa adalah insan yang paling memahami ketika Mama dalam situasi yang cukup susah Mama nak gambarkan.

Mungkin satu hari nanti Aisyah akan mengalami sendiri. Cuma Mama berdoa agar Aisyah tidak mengalami kesukaran sepertimana Mama ketika mengandungkan kamu.


Anakku Aisyah,

Mama kembali sihat seperti sediakala ketika melepasi fasa pertama kehamilan. Mama tak reti nak duduk diam malahan ligat seperti bukan wanita mengandung. Papa selalu bising (^_^)

Segalanya berubah ketika kamu berusia lapan bulan di dalam perut apabila doktor mengesahkan yang Mama mengalami Placenta Previa type 3 yang memerlukan Mama berada di bawah jagaan doktor.

Masa ni doktor kata Mama berkemungkinan memerlukan pembedahan bagi menyelematkan dua nyawa iaitu Mama dan juga kamu. Tapi kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalang.

Uri yang dikatakan menutupi sepenuhnya laluan untuk kamu keluar beralih dan kamu boleh dilahirkan secara normal. Syukur sebab Mama terlalu takutkan pada pembedahan (^_^)

Kamu selamat dilahirkan pada Hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 pada pukul 1:17 pagi. Kamu berat sikit dari Abang ketika lahir, 2.9kg


Anakku Aisyah,

Kelahiran kamu telah melengkapkan keluarga kita. Mama adalah insan yang paling bahagia dengan kehadiran kamu tak terkecuali Papa dan juga Abang.

Abang walau pada permulaan agak menolak kehadiran kamu tapi dia lama kelamaan menerima dan amat menyanyangi kamu. Mungkin pada peringkat permulaan sukar bagi diri dia.

Tapi selepas beberapa ketika dia sudah boleh menerima dan amat protective apabila melibatkan kamu Bayangkan tak ada sesiapapun dibenarkan menyentuh kamu tanpa keizinan dia.

Bila teringat bagaimana Abang yang ketika itu berusia tiga tahu mampu menjaga kamu, Mama rasa amat terharu. Tangan kecil itu begitu berjasa sepanjang kehadiran kamu.

Hormatilah Abang kamu tu walau Mama dan Papa mungkin tiada lagi untuk menemani perjalanan kamu berdua. Dia tetap berjasa dengan cara dia yang tersendiri.


Anakku Aisyah,

Papa pula ada insan yang paling bangga dengan kehadiran kamu. Mana tidaknya, kamu adalah "bunga" pertama dalam keluarga di sebelah Papa.

Papa terlalu banyak berkorban demi membesarkan kamu dan Abang. Mungkin dia orang yang paling kamu geruni tapi jangan lupa bahawa dia juga adalah orang yang sering kamu cari.

Kamu dengan Papa sanggap akrab. Semua benda yang baru kamu buat atau dapat, mesti nak tunjuk pada Papa. Bangun pagi pun cari Papa kecuali kalau nak susu, baru kamu cari Mama (^_^)

Sayangi dan hormatilah Papa sehingga akhir hayat dia. Tanpa dia, tiadalah Abang dan juga kamu. Tanpa pengorbanan dan kasih sayang dari dia, tiadalah kegembiraan Abang dan juga kamu.

Janganlah sia-siakan manusia yang kamu gelar Papa ni.


Anakku Aisyah,

Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang ketiga ni, Mama nak ucapakan SELAMAT HARI JADI. Percayalah bahawa Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu dan juga Abang.

Mama mengharapkan supaya Aisyah menjadi anak yang solehah dan seorang yang taat kepada setiap suruhan DIA yang SATU. Mama sentiasa mendoakan kebahagian kamu dan juga Abang.

Mama nak juga kamu tahu bahawa di mana pun kamu berada, kasih sayang Mama tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ni.

MAMA sayang kamu mahupun Abang sama sahaja. Malahan kasih sayang pada kamu berdua melebihi kasih dan sayang Mama pada diri sendiri.

Kalau diri ni perlu dikorban sebagai bukti kasih sayang, Mama sanggup lakukannya tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Ini kerana Mama sememangnya SAYANG pada kamu.


Anakku Aisyah,

Mama mewakili Papa dan Abang mendoakan semoga Aisyah sentiasa bahagia dan ceria sepertimana Aisyah yang kami kenali sejak tiga tahu yang dulu.

Teruskanlah menjadi penghibur hati kami dan semoga kamu sentiasa di dalam rahmat DIA yang SATU. Sekali lagi SELAMAT HARI JADI diucapkan SAYANG!(^_^)

Yang teramat menyanyangi kamu
Mama



Hari Ihtifal Pasti Al-Hikmah 2014

Baru hari ni berpeluang bercerita mengenai Hari Ihtifal sekolah Afif yang sebenarnya berlangsung pada 23 November 2014 yang lalu. Sibuk sikit (^_^)

Hari Ihtifal Pasti Al-Hikmah pada tahun ni mempunya tema yang julung kalinya diperkenalkan. Mujur juga Afif lelaki, so tak susah sangat bagi memenuhi tema Arabic tu.

Pagi tu Afif excited bangun pagi sebab dia nak pakai jubah yang baru dibeli oleh Papa dia pada semalamnya. YY pun tak berapa pandai nak menggayakan pakaian Arab.

Main letak aje tudung bawal YY sebagai aksesori tambahan, nampak macam Pak Lebai dah anak bujang sorang ni. Awalnya nak buatkan serban, tapi macam tak kena dengan jubah dia (^_^)


Kami sampai di Balai Masyarakat Taman Cempaka Sari 3 dalam pukul sembilan pagi, ingatkan dah lambat sebab Afif disuruh berkumpul pada pukul lapan pagi.

YY tak teringat yang Afif perlu berkumpul awal, entah apa yang buat dalam kepala otak asyik dok ingat pukul sembilan pagi aje. Mujur tergerak hati nak tengok balik surat jemputan.

Barulah lepas tu kelam kabut bersiap. Bila kami sampai, rupanya masih ramai juga yang belum memunculkan diri. We are not the only! Selamat! Hehe!

Sempat jugalah snap gambar dengan beberapa kawan Afif yang ada.


Aisyah pula masa ni masih lagi kemaruk dengan patung Pojen dia. Ke hulu ke hilir dok seret anak patung tu. Time ni Elsa still alive. Petang tu yang baru riwayat dia tamat dengan penuh tragis.

Sadis cara kematian patung tu, tak sanggup YY nak ceritakan lagi. Hehe!


Masa ni semua murid diarahkan berkumpul untuk acara pembukaan. Masa ni juga kedatangan diambil dan breakfast diberikan kepada pelajar sebelum bermulanya acara.

Semua pelajar di touch up oleh guru bagi menyerlahkan lagi tema Arabic pada hari tu. Even Afif pun masa YY tengok mata dah kehitaman sebab pakai celak.


Acara pertama melibatkan semua pelajar Pasti Al-Hikmah iaitu yang terdiri dari kanak-kanak yang berusia empat sehingga ke enam tahun.

Ada beberapa buah lagu dinyanyikan termasuklah lagu Negaraku.

Cuma YY agak ralat sebab cikgu tak menyusun pelajar mengikut ketinggian. Sudahnya kami tak nampak Afif yang berdiri di bahagian belakang sekali.


Perasan ralat tu hilang buat seketika apabila melihat Aisyah yang begitu beria-ria menjadi photographer pada majlis tu. Gelagat dia mengundang senyuman para hadirin.

YY dan Encik suami juga tergelak beberapa kali sebab dok tengok aksi anak dara mengambil gambar Abang dia yang sedang membuat persembahan.


Masa acara perasmian, kami keluar mencari sesuatu untuk mengisi tuntutan perut yang sudah mendendangkan pelbagai rentak irama.

Lagipun dalam aturcara majlis, tak menyebut makanan akan disediakan pada pagi tu kecuali ketika majlis penutup. Itupun dah tengahari. Tak boleh tahan beb sebab kami dah terbiasa breakfast.


Lepas tu kami bergerak lagi ke majlis ihtifal Afif. Ada banyak juga persembahan tapi malangnya tidak melibatkan Afif. Itu yang menambahkan ralat di hati.

Agak kecewa dengan cara pengaturcaraan yang dilakukan oleh guru muda pada kali ni berbanding guru yang berpengalaman pada tahun lepas.

Kenapalah keutamaan tidak diberikan kepada pelajar yang graduated? Pelajar-pelajar lain tu boleh lagi buat persembahan pada tahun-tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya bagi satu slot yang hanya mengkhususkan semua pelajar berusia enam tahun seperti tahun lepas bukan yang cikgu pilih hak yang outstanding aje.

Kalaulah ada cikgu di Pasti Al-Hikmah yang membaca entry ni, YY just nak beritahu yang YY amat ralat dengan majlis ihtifal pada kali ni. Sebenarnya terlalu kecewa.

Gambar dekat bawah adalah ketika Afif terlibat pada acara penutup yang juga melibatkan semua pelajar. Afif hanya terlibat pada acara pembukaan dan penutup.

Even bila Afif buat persembahan, Afif kena duduk belakang sekali. Bengkak sungguh rasa hati ni. Kenalah cepat-cepat snap gambar dia sebelum dia "hilang"


Selepas tu ada acara penyampaian hadiah untuk semua pelajar. Afif punya peratus dalam kelas pada tahun ini jatuh agak teruk tapi kedudukan dalam kelas meningkat.

Tak kisahlah berapa pun kedudukan Afif dalam kelas. Dapat pegang fail dan bukan piala pun dah buat Mama terasa bangga sangat dengan anak Mama ni.

Teruskan aje usaha Afif, Mama dan Papa akan sentiasa menyokong dari belakang.


Masa acara ni, YY hilang Aisyah yang masa tu berada di sebelah YY. Panik dibuatnya sebab terlalu leka mengambil gambar. Melilau mata mencari dia.

Mungkin Encik suami perasan YY yang macam orang kehilangan, dia terus menunjuk ke arah Aisyah yang berada tak jauh dari dia. Di situ rupanya Aisyah! Lega.


Selepas itu adalah acara yang hanya untuk pelajar enam tahun yang persis majlis convocation di universiti. Terasa sejuk hati dok tengok Afif dengan jubah dan scroll.

Entah YY berpeluang atau tidak untuk lihat benda yang serupa dalam tempoh dua puluh tahun akan datang. Ianya satu memori yang agak indah untuk dikenang walau hanya di tadika (^_^)


Lepas tu adalah acara bergambar beramai-ramai. Nasib baik kali ni pandai pula diorang menyusun mengikut ketinggian. Kalau tak memang ada yang kena histeria. Hehe!


Gambar bawah ni Encik suami yang beria nak snap sebelum jubah tu kami perlu pulangkan pada ketika itu juga. Masa orang lain sibuk menjamah makanan, kami sibuk bergambar (^_^)


Aisyah bila dok tengok Abang dia pegang banyak barang, dia pun nak pegang juga. Jenuh juga memujuk Afif supaya meminjamkan barang tu pada Adik dia.

Tengoklah muka Afif yang tak berapa nak syok Adik dia pegang hadiah dia. Hehe! Aisyah pula bukan main happy dapat "merampas" hadiah Abang dia.

Nak pujuk dia pulangkan pada Abang dia pun satu hal. Nasib baik Encik suami ada. Mujur juga ada antara kami suami isteri yang digeruni oleh dua beradik ni (^_^)


Lepas tu gambar kami anak-beranak yang terpaksa diambil secara bergilir. Segan nak minta tolong orang snap sebab memasing sibuk nak makan atau mengambil gambar anak memasing.

Tak apalah, janji ada juga kenangan (^_^)

Cuba korang perhatikan perubahan pada wajah Aisyah. Masa dia dengan YY bukan main lagi dia senyum sikit punya lebar sebab dia ingat hadiah tu dia punya.

Masa dengan Papa dia pula, terus lain muka sebab hadiah tu Papa dia dah pulangkan pada Abang dia. Mujur juga tak buat perangai sebab kami asyik tekankan itu hadiah Abang dia (^_^)


Lepas dah puas bergambar, kami terus ke rumah Mak YY yang terletak tak berapa jauh dari Balai Masyarakat tu. Lepak sekejab sebelum ke rumah parent Encik suami.

So begitulah cerita Afif di Hari Ihtifal dia. Moga ianya memberi kenangan dalam kehidupan Afif. Selepas ni dia akan melangkah ke alam baru yang bertambah mencabar.

Apapun Afif jika suatu hari nanti Afif dapat membaca blog ni, Mama nak Afif tahu yang Mama bangga dengan Afif despite segala cakap-cakap orang.

Afif tetap anak Mama yang bijak dan pandai. Mama dan Papa termasuk Aisy yang mungkin orang yang paling selalu bagi kamu headache, tetap sayang kamu walau dalam apa cara sekalipun (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...