Pakatan A dan A! (^_^)

Kurang 34 jam lagi untuk kita semua menghadapi PRU-13 pada Ahad nanti, 5 Mei 2013. Pilihanraya yang paling dinanti dan penentu kepada masa depan negara.

Kesemua calon dan parti politik yang terlibat sekarang ini sedang memperhebatkan kempen mereka pada saat-saat akhir bagi memancing pengundi dengan pelbagai cara.

Siapa sahaja yang bakal memimpin dan apa sahaja yang bakal berlaku pada negara yang tercinta ni terletak ditangan kita semua sebagai pengundi.

Lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang warganegara MALAYSIA. Mengundilah untuk keamanan dan kesejahteraan MALAYSIA!

Apapun dekat bawah ni adalah Manifesto Pakatan A dan A yang ditujukan khas buat aku dan Encik suami
  1. Memberikan senyuman dan kegembiraan secara percuma pada setiap hari
  2. Membantu setiap ketika dan saat dalam program yang dikenali sebagai "bikin ribut"
  3. Skim "susu dan change diaper please" pada waktu malam adalah bagi memastikan tidur kurang dari 8 jam sehari  
Wah, menarik sungguh Pakatan A dan A punya manifesto ni kalau nak compare dengan manifesto daripada Pakatan AI and the gang! Hehe! Mesti undi ni!


Tak Payah Taksub Sangat! (^_^)

Hari Rabu hari tu, idola aku Tun Dr Mahathir Mohamad ada datang ke taman perumahan aku ni buat ceramah pasal PRU-13. Aku sebenarnya tak tahu langsung tentang kehadiran dia ke sini.

Balik kerja baru Encik suami beritahu. Tapi aku tak bercadang nak pergi walau aku tahu peluang untuk berjumpa pemimpin yang dihormati ni secara up close and personal adalah peluang sekali seumur hidup.

Memikirkan aku ada anak kecil dan keberangkalian macam-macam hal boleh berlaku bila pergi ke ceramah politik macam ni, aku lupakan aje hasrat aku.

Sampai aje depan pintu rumah, Mak dan Abah mentua aku dah ada depan laman rumah setia menanti kepulangan kita orang. Excited sungguh parent in law aku ni nak jumpa Mahathir!

Mengetahui kedatangan parent in law aku, Mak dan Abah pun datang ke rumah aku sebab nak jumpa. Last dia orang jumpa hari raya hari tu.

Bila dah berjumpa tu ditambah pula fahaman politik yang sama, maka riuh rendahlah rumah sewa aku ni dengan cerita yang tengah hot sekarang ni. Apa lagi politik!

Siapa sangka mereka lebih hebat berbicara bab politik especially bila melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan bangsa Melayu yang tidak ambil endah oleh muda-mudi sekarang.

"Dulu aku kan Mah tak kisah pasal undi-undi ni, sekarang tak boleh jadi! Mesti kena undi! Dia orang pijak kita Mah!" kata Mak mentua aku kepada Mak aku.

"Ye kak, memang melampau sangat! Saya pun benci sungguh dengan dia orang!" tambah Mak. 

Aisy dengan Wan dan Nenek
Perbualan di atas berterusan untuk beberapa ketika sehingga mereka keluar serentak untuk menghadiri ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad.

---------------------------------------------------------

Sekembali dari ceramah tersebut, aku diberitahu ada beberapa orang buat kacau dengan memijak-mijak poster gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga membaling mercun.

Apa yang mengejutkan salah seorang daripada mereka adalah guru di tadika di mana Afif belajar. Betul itu hak dia untuk menyokong parti politik mana yang dia suka.

Tapi tindakan dia tu tidak menunjukkan nilai atau akhlak yang mulia seorang guru untuk dijadikan contoh pada anak murid dia. Adakah dia mengajar benda yang sama di tadika?

Kadang-kadang tindakan segelintir antara kita yang terlalu taksub dengan parti politik masing-masing adalah menjengkelkan. Tindakan yang dilakukan juga adalah diluar kewarasan seorang yang normal.

Bak kata Encik suami, "Akal letak dekat punggung!"

Nasihatkan aku kepada mereka yang taksub ni especially kepada Cikgu $*&^, tak payah nak emosi sangatlah cikgu oi! Bukan awak boleh mengundi pun!

Apapun pilihanraya tak lama aje lagi, aku dah confirm siapa yang aku nak undi! Aku tekad dengan keputusan tu setelah apa yang aku lihat dan lalui.

Jom kita MENGUNDI!

Fantastic Day! (^_^)

Bersempena cuti hari pekerja hari ni, aku relax betul! Seronok sungguh rasanya! Sebabnya hari ni dapat spend banyak masa dengan family tercinta! Terbaik!

Pagi kami dimulakan dengan breakfast dekat restoran favourite kita orang. Memang biasa makan dengan sini, tapi hari ni full house! Ramai sungguh manusia!

Walaupun dekat sini popular dengan tagline "macam-macam ada" tapi biasanya aku dan Encik suami makan nasi lemak goreng ayam aje. Afif pula suka sangat order roti telur.

Tak pernah order benda lain selain dari favourite kita orang tu. So jangan tanyalah apa rasa menu yang lain ye, sebab memang tak pernah rasa yang lelain tu.

Favourite aku dan Encik suami
Ni favourite Afif!
Sempat lagi tersengih time makan!
Orang lain sibuk makan, Aisy sibuk practise berjalan
Ni lah restoran yang selalu menjadi port favourite kami
Lepas aje breakfast, kami pergi pula ke Econsave Klang Utama. Apa lagi? Shopping! Tapi lebih kepada shopping barang dapur aje! Shopping jugalah kanHehe!

Lagipun ni aktiviti sebulan sekali aje. Lagi pula sekarang tengah awal bulan, memang wajib! Econsave pun full house hari ni! Penuh dengan manusia, sampai berjalan pun boleh berlaga bahu! Punyalah ramai!

Paling tension time nak bayarlah sebab long queue

Abang sibuk pose, Adik sibuk mengemas!

Dekat rumah dok lepak aje, tak sentuh langsung kerja rumah! Wah bahagia sungguh rasanya! Kalaulah hari-hari macam ni bukan ke seronok? Hehe!

Masuk aje petang, barulah ada mood nak ke dapur! Itu pun buat untuk minum petang aje. Sebab "terlebih" rajin maka terhidanglah roti goreng sardin!

Roti goreng sardin versi Mama Afif dan Aisy

Lepas siap aje makan petang, kami sekeluarga pergi ke pasar malam pula! Kalau tengahari tadi shopping barang kering, kali ni shopping barang basah pula! Shopping aje hari ini! Hehe!

Malam pula round Shah Alam, baru aje balik ni pun. Bercadang nak lepak dekat dataran Shah Alam, tapi Afif dengan Aisy dah tidur pula. Penat agaknya sebab berjalan aje hari ini!

Apapun I had a very fantastic day today! Especially bila dapat spend masa dengan dia orang! Memang best! Begitulah cuti hari pekerja aku!

Besok kerja! Uwaaahhh, MALASNYA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...