Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah

9:43:00 am Yana Yani 20 Comments

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah | Salam Jumaat 9 Zulkaedah 1437H buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Lama juga blog ni terbiar sepi. Mujur pageviews tak sepi juga. Haha! Anyway, bermula permulaan Ogos tempohari, YY dah hampir dua minggu menjadi surirumah sepenuh masa. YY boleh katakan ia seolah impian yang menjadi kenyataan. Secara jujurnya, memang YY dah lama menanam cita-cita untuk menjadi surirumah. Dan ia sudah pun menjadi kenyataan.

Perkhabaran YY menjadi surirumah umpama hot news terutama di dalam dunia kecil YY. Tak pasti sama ada berita tersebut dihadam sebagai tanda sokongan atau sebaliknya. Ada yang kata seronok jadi surirumah, mengangkang aje kerjanya. Lasernya mulut. Debik kang taulah! Ada yang kata rugi menceburi profession surirumah di saat kerjaya sedang di puncak. Orang kan. Ada ajelah yang tak betulnya. The fact is, you know nothing about me.

Hari pertama menjadi surirumah, agak struggle nak cope dengan perubahan rutin. Rasanya kalau disenaraikan things to do, memang panjang berjela list dia. Agak panik sebab YY kena pastikan pukul 12 tengahari, makanan dah siap masak. MyChintaHati akan balik makan dan begitu juga Afif yang perlu ke sekolah sesi petang pula. Permulaan tu, memang terkejar-kejar YY dibuatnya. As time goes by, YY dah berjaya arrange masa. Sekarang dah agak stabil. Tak macam ketika hari pertama.

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah
Kerja rumah yang tak pernah habis

Tapi kerja rumah tak pernah settle weh! Ada aje! Especially menyapu. Boleh dikata sepanjang hari YY menyapu. Entah hantu mana yang suka buat habuk ni agaknya. Patutlah dulu selalu nampak MyChintaHati dok mengemop hampir setiap hari. Tapi tak pernah tanya. Haha! Sekarang dah alami sendiri baru tahu. Bukan kerja mudah sebenarnya. Yang pasti, tak adil menilai kehidupan orang lain hanya kerana kita melalui kehidupan yang mudah. Lagipun kehidupan setiap individu adalah berbeza.

Afif dan Aisyah pula seronok betul sejak YY jadi surirumah. Terutama Aisyah sebab dia boleh bangun lewat sekarang. Kalau dulu pukul tujuh dia dah kena bangun dan bersiap ke rumah parent YY. Sekarang, pukul 10 pun dia belum tentu bangun kalau YY tak goncang katil. Tapi yang YY tak tahan tu, setiap hari diorang bergaduh. Setiap hari okay!

Padahal jarak masa antara balik dari Sekolah Agama untuk ke Sekolah Kebangsaan hanya lebih kurang satu jam setengah aje. Mana nak makan, nak mandi. Tapi itupun sempat diorang berdua wrestling sesama sendiri. Ada aje isunya weh! Pening YY dibuatnya. Pula tu pandai dah jawab tak adillah, dia aje kenalah. So nak bagi adil dan saksama, seorang buat, dua-dua kena. ADIL!

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah
Bergaduh aje kerja budak berdua tu

Despite semua tu, YY tetap rasa seronok sebenarnya. Banyak benda YY belajar sebenarnya. Tapi setelah difikirkan masak-masak, YY rasa tak mampu nak teruskan profession ni. Betul memang ini cita-cita YY. Tapi YY rasa tak betah. Mungkin sebab anak-anak dah besar. Lepas tu tengok duit yang semakin menyusun. Ditambah dengan tiada sebarang panggilan interview walau berpuluh resume telah dihantar, memang menyesakkan nafas. Mula dok fikir macam-macam.

Mungkin juga disebabkan YY hanya bergantung sepenuhnya pencarian secara online. YY tak keluar. Ada juga bercita-cita keluar. Tapi MyChintaHati suruh tunggu aje orang panggil interview. Nampak sangat dia lebih suka bini dia jadi surirumah. Mana taknya, lunch sekarang dah terhidang. Dulu dia kena tapau. Pendek kata, dia lebih terjaga berbanding dulu. Tu yang dia suka gamaknya.

YY rasa sampai di sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. Nak kena prepare lunch ni. Eh sat, hari ni Hari Jumaat. Lambat sikit masak takpe. Boleh berfoya-foya ni. Haha! Sempat nak blogwalking kot ni. Tunggu ye. Balun mana sempat. Till then, Assalamualaikum.

P/S - Doakan semoga dipermudahkan urusan YY ye. Terima kasih (^_^)

20 comments:

  1. Oh, dah selamat menjadi surirumahtangga sepenuh masa ya! Inilah profesion paling susah saya rasa. Saya sendiri belum berani nak mencuba walaupun semangatnya berkobar-kobar.

    Budak-budak ni memanglah YY. Sama macam anak-anak saya. 24-7 nak bergaduh aje kerjanya. Ada aje yang tak kena. Sorang suka menyakat, sorang lagi suka menjerit. Makanya, Mommy pun kena turut serta sama menjerit untuk mengadili mereka berdua ^_^

    Tak betah ya, YY. Yalah, kalau dah biasa kerja, memang lebih suka bekerja. Lagi satu, bila dah biasa pegang duit sendiri, tetiba rasa kehilangan aje kalau tak berduit sendiri. Nak minta-minta ni walaupun pada suami sendiri rasa lain macamlah!

    ReplyDelete
  2. akak sekarang dah bertukar profesion? ketinggalan keretapi betul..hihi.takpelah kak, saya doa yang trbaik. kak YY lagi tahu apa yang sedang dilalui.semoga Allah permudahkan

    ReplyDelete
  3. Hmmm... kakak rasa tak lamalah YY jadi surirumah sepenuh masa. Kakak pernah rasa masa in-between nak tukar bibik sebulan kakak duduk rumah memang syok. Tapi rasa rugi pulak bila rasa anak-anak dah besar baik kerjalah..

    YY pun sama tak lama rasa kakak akan ada sykt yg panggil utk interview:)

    ReplyDelete
  4. Memang kalau ikutkan akak pun nak jadi surirumah juga tapi setelah beberapa kali mencuba sewaktu cuti bekerja,nampaknya akak tak mampu nak bertukar profession hehehe, mencabar kor keje surirumah ni aka rasa.

    Biarlah apa orang nak kata mengangkang ke apa ke kan dorang takde kat tempat kita jadi dorang taktahu apa yang kita lalui,walaupun geram tu memang ada dengan mulut2 yang macam tu.

    InshaAllah moga Allah mudahkan semua urasan yana ye, moga ada kerja yang sesuai untuk yana nanti

    ReplyDelete
  5. salam hey kak YY, yana singgah sini ... wah seronok baca, memang kalau duk rumah keje tak pernah nya nak habis kan..

    ReplyDelete
  6. Rasa akak suka pulak jadi surirumah YY..
    Macam YY kata..
    Segala hal ehwal rumahtangga macam teratur..
    Tak lah terkejar-kejar kan..
    Tapi tu la..
    Kos hidup skrg yg masih memerlukan akak utk bekerja :)

    ReplyDelete
  7. Haha.. ini salah satu cita2 saya.. plan nk amik cuti tanpa gaji setahun utk jaga anak n rumah je. Tp xberani lg setakat ni.. bimbang akan bosan n xmampu nk jd surirumah yang baik. Kalau masa bekerja, xbuat kerja rumah sgt, sekali sekala panggil org bersihkan rumah,makan kat luar 3 kali seminggu masa hari kerja, suami ok je. Kalau xkerja nanti, pasti kena bebel aje. Semoga YY buat yg terbaik dgn apa sahaja pilihan YY. You know what the best for you..

    ReplyDelete
  8. oooo dah dua minggu ye jadi suri rumah... betul tu agak sukar juga actually jadi suri rumah sepenuh masa ada je keje nk buatnya.. memasak menyapu dan etc.. semoga dapat la yer panggilan interview tu..

    ReplyDelete
  9. Rutin suri rumah mmg z pernah habis . penat sebenarnya . yg x best bila dok umah ni , x de RM sendiri . jadinya kuasa Beli x besar . klu Kaki shopping cam sis ni mmg x leh hadam ... Heheheee

    ReplyDelete
  10. Welcome to my world! Akak dah hampir 2 thn jadi hsewife (SAHM) slps 16 thn bekerja. Cabaran yg dihadapi sbg SAHM berbeza dgn cabaran working mother(WM). For me, yg best ttg WM is the $$$ & experience. Tp yg best ttg jadi SAHM is more time dgn anak2 & my mom (blh ddk crita dgn mak berjam2 & lawat at least 2x weekly). Saya pun dpt belajar knitting & pick up on my other hobbies. I take this as an opportunity to enjoy life peacefully. Tp rasanya next year kena kerja semula sbb kos hidup sentiasa meningkat (hrp2 ada org nak hire!). Anyway, enjoy your time as a SAHM while it lasts ya. :D

    ReplyDelete
  11. Ye..bab lain saya ok je.bab anak bergaduh memang tak tahan..stress tau..tapi jadi suri rumah ni yang bestnya bila tengok anak2 dan suami terjaga..makan pakai suami,bab pelajaran anak2..rasa bangga bila suami selalu cakap anak2 dia pandai2 sebab saya dok umah mengajar anak..hehehw..tapi betul pun mengaji pun saya ajar tau.. tak hantar kat orang pun

    ReplyDelete
  12. Profesion yg mmg sy idamkan... Bila cuti sekolah mmg sy dpt jadi suri rumah sepenuh nya dan rasa x nk kerja dh lpas tu... Moga dipermudahkan urusan YY

    ReplyDelete
  13. YY, aida doakan ada rezeki interviu utk YY ekk.
    sabo. teruskan berdoa...
    anyway, how fun dpt jadi surirumah gitu.
    love it.

    ReplyDelete
  14. Satu tahap memang rasa nak bekerja, satu tahap auni lagi suka duduk rumah, jadi surirumah. Walaupun sekarang susah sikit nak buat kerja2 surirumah ni sebab hidup menumpang, tapi masih lagi rasa bangga dengan title surirumah tu.

    Haaa part menyapu tu, setiap rumah memang ada 'hantu' yang suka bawak pasir. hahaha ! auni kalau balik rumah mak asyik menyapu je kerjanya. Asyik rasa berpasir tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  15. profesion paling mencabar kak... Tp yg penting hati senang blh tgk anak2 depan mata. Rumah, makan, pakai seisi keluarga terjaga.. mmg letih. Semoga urusan akk di permudahkan =)

    ReplyDelete
  16. Weyhhh bila masa berhenti lak ni?
    Kenapa YY?
    Walau apa pun alasannya...jadi surirumah bagi mak mmg best!!! Sama macam ada bisnes sendiri tau! haha...suka hati nak buat kerja. Yg penting keje settle.

    ReplyDelete
  17. Moh ler kita sesama jadi suri rumah sepenuh masa kak yana.. saya pon keje mengangkang je orang kata. memang puaka sungguh mulut mereka kan kak yana? huuuuuu...

    kak yana ape kabor? lama tak update blog? eh cakap kat orang, saya pon sama juga.. haha.. :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah sekarang Yana dah keje semulakan... (^_^) moga semuanya baik2 saja... Good luck di tempat kerja baru..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...