Kesibukan di Awal Tahun (^_^)

1:07:00 pm Yana Yani 39 Comments

Pertama kali semenjak terlibat dalam dunia blogging, blog Diari Seorang Mama (DSM) ni terbiar hampir dua minggu. Paling lama terbiar pun hanya beberapa hari. Kali ni pecah rekod!

Ni nak memulakan rentak menulis pun terasa kekok (^_^)

Siapa sangka mempunyai anak yang bersekolah menjadikan YY manusia paling sibuk. Susah betul rasanya untuk menyesuaikan diri dengan suasana atau peranan baru ni.

Orang yang membaca mungkin terasa menyampah. Yelah, orang lain pun ada anak bersekolah, mereka juga berkerja lepas tu uruskan rumah tangga. Boleh aje mereka selesaikan.

YY pula yang beria bagi alasan yang mungkin tak logik bagi orang lain. Lagi parah MyChintaHati dah hadiahkan gajet untuk memudahkan YY berblog, tapi tak juga berupdate blog.

Aktif pun dekat geng WhatsApp GMBM, itupun sekali sekala menyampuk perbualan (^_^)

Tak tahu nak luahkan kepayahan tu, yang pasti memang permulaan tahun yang amat sibuk bagi YY. Entah bila semua ni akan stabil. Penat juga terkejar sana sini. (^_^)

Disebabkan dah agak lama tak aktif, YY punya senarai hutang blog walking pun dah panjang berjela. Jenuh nak lunaskan. Insya ALLAH, akan sampai juga ke teratak kalian.

Cuma masanya aje yang belum pasti. 

Dikesempatan ni YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat yang berkunjung ke sini walau tanpa sebarang entry baru. Terima kasih bagi yang meninggalkan jejak.

Terutama buat mereka yang meninggalkan jejak sepanjang bulan Januari yang lalu. Berikut adalah senarai 10 yang meninggalkan jejak sepanjang bulan lepas.

Blog mereka YY dah senaraikan di dalam Gorgerous Blog List di bahagian side bar.


Tak lupa juga bagi senarai Top 20 sepanjang 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015 nanti. Teruskan setia bersama DSM, akan ada small token as appreciation

Blog mereka ada YY senaraikan di sini.


YY rasa itu sahaja yang mampu dicoretkan bagi permulaan entry di bulan Febuari ni. Insya ALLAH, panjang umur dan kelapangan YY akan bercerita lagi.

Till we meet again ye, Assalamualaikum (^_^)

39 comments:

  1. Siapa pun kalau boleh tak nak sibuk
    Tapi kalau dah ianya di bawah tanggungan kena juga setelkan
    So kenalah agih mana yg penting dulu
    Tak kisahlah blog terabai seketika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk peringatan dan kata-kata peransang tu kak =)

      Delete
  2. Tahniah alls..yeah..terlist juga kathy. rindu nak baca entri sis yang panjang berjla dan penuh gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak dikira, idaklah panjang mana saya menulis...hehe
      dah kenal MummyDearie belum? dia lagi panjang membebel =)
      insya ALLAH, dah agak stabil ni
      nak back to track ni

      Delete
  3. Replies
    1. sama ye? kena jangkitan lah ni gamaknya =)

      Delete
  4. Betul tu. Penting kan mana yang betul2 penting dulu. Blog terabaikejap tak apa asala keluarga tak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, memang dahulukan mereka
      tapi insya ALLAH, dah okay sikit ni

      Delete
  5. ada juga nama saya terselit..takpe utamakan apa yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...kan mar antara supporter kuat saya =)

      Delete
  6. Biasa la..saya dulu pun macam tu..tapi makin lama makin paham tentang nak atur kan masa ni..tak update pagi,saya update blog petang..tapi mudah bagi saya sebab saya tak bekerja...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan diana, mungkin memula tu sukar sikit nak
      susun atur jadual
      lelama baru okay sikit
      ni dah penghujung bulan 3 baru saya mampu manage =)

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    selamat berblog lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam bunda
      insya ALLAH, dah stabil sikit ni

      Delete
  8. nana pun masih belajar untuk atur masa nak update..hihi

    salam perkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nanti lelama okaylah tu
      akak pun baru ni stabil =)

      Delete
  9. GMBM tu apa kak? Hihi.
    sama la kak, sy pun bz.
    kerja sekolah banyak.
    Belum sempat nak fokus blog.
    kalau sempat je blogwalking beberapa blog itupun tak tinggal komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng mummies blogger lah yang
      akka ni insya allah dah stabil sikit dah
      tapi balas nak tension kan diri sendiri
      blog bila kelapangan aje =)

      Delete
  10. Mmg faham sgt... sy pun kelam kabut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cikgu, memulakan
      alhamdulillah, stabil dah sikit ni

      Delete
  11. Patutlah lama tak datang....tertanya tanya gak dlm hati kecill ku ini....hihi...rupanya sebok anak sekolah yeh...

    Ok ...ok...tak pe...kasi chance sesuaikan diri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah bom dah blog OKje aritu
      stabil sikit dah ni
      cuma malas nak terkejar-kejar
      mana sempat aje =)

      Delete
  12. patut la dah lama tak nampak YY tinggalkan jejak di blog saya. Bz betul ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...aritu ye
      sekarang dah ok sikit
      dah bom pun blog lyd aritu =)

      Delete
  13. huhu.. lya pon camtu YY..sejak ank msk sek keb ni, mmg kesibukan melampau..x smpat nk kjar masa.. satu lg sbb tlalu letih.. bgun seawal pagi.. tdo lewat malam.. mmg rsa x ckp rehat sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lya, cam tak cukup sangat rasa masa tu
      ada aje nak dibuat
      terkejar-kejar dengan anak-anak
      sampai lupa pasal diri sendiri =)
      alhamdulillah, ok dah sikit ni

      Delete
  14. nasib baik masih bujang . x dpt nak bygkan terpaksa bersebok demi anak - anak ... tahniah yy dpt lakukan dengan baik . blog bkn keutamaan . yg ptg keluarga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...walaupun sibuk, saya rasa bahagia vee
      at least ada benda yang buat saya sibuk =)
      appaun terima kasih, terharu saya dengan komen vee =)

      Delete
  15. Oh, Kak Ton terkeluar dari senarai? 'Sungguhku tak sangka, ah! ah!' Eh, berdangdut pulak tetiba! Nasib baik ada lagi dalam pengomen sepanjang zaman :) Saya pun awal tahun menyibukkan diri juga. Macam-macam rentak nak kena ubah tune tapi alhamdulillah, dah terbiasa dengan rentak baru. Ini pun baru la ni sampai ke sini, YY. Bukan tak teringat, bukan tak rindu tapi ku tak mampu! Hahaha....

    Moga segala urusan berjalan lancar dan Mama AfifAisy ni akan terbiasa dengan rutin baru. Nanti-nanti silalah datang rumah I kita gosip-gosip macam dulu *_*

    P.S. Amacam sekarang jadi mak, bibik, guru tuisyen, guru ngaji, admin kat rumah? Seronok tak dengan pertambahan title yang dipegang? Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha...bulan tu kak ton tak jejak sangat blog kita
      mentang2lah kita jarang update ye
      tak apa, banyak lagi masa nak terus conquer...hehe
      p/s-saya okay aje, seronok sebenarnya dapat semua title yang disebutkan di atas =)

      Delete
  16. Ehh..takjubnya nama saya ada ke?
    Rasa cam lama x singgah.
    YY, u will get used to it.
    Saya nyer anak dah masuk tahun ke-2 sekolah di PASTI. Seronok bila hantar anak ke sekolah pagi2.
    Tapi, petangnya x sempat pun ajar anak pape. Harap suatu hari saya dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takjub ye?
      anyway dah stabil sikit ni doktor
      memula tu aje, ya ALLAH, payah betul
      sekarang ni dah mula dapat rentak =)

      Delete
  17. biasalah tu yana, permulaan baru kan..kena adjust balik semuanya, takpe akak tak menyampah pun baca,sebab akak pun sama juga.

    ada juga nama akak tersenarai kat situ ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      belum mampu stabilkan diri dengan suasana baru
      inysa ALLAH dah okay sikit ni

      Delete
  18. sis JM pulak rajin BW tetapi malas nk update huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sempat buat semua tu JM
      sekarang aje yang ok sikit rasanya =)

      Delete
  19. Relax.. Chill..and sama2 seru mood rajin balik k...hehehe

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...