Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat

Pergaulan Lelaki dan Wanita di Pejabat | YY sudah terbiasa melakukan sebarang aktiviti bersendiri sejak dari zaman sekolah. Mungkin perwatakan YY yang pendiam tidak menyukarkan YY untuk melakukan apa sahaja secara sendirian. Bila bekerja juga, YY takde masalah untuk makan tengahari secara bersendirian. Tambahan pula di tempat kerja lama, kami perlu makan secara bergilir bagi memastikan pejabat sentiasa ada orang. Bila masuk di tempat kerja baru, waktu makan tengahari adalah serentak. So pada waktu ini rakan yang berlainan jantina dan bangsa bebas bergaul.

Bila dah berada dalam keadaan ini, YY nampak banyak keburukan wujud apabila batas pergaulan tidak dijaga. Atas dasar professional pekerjaan, pergaulan antara lelaki dan wanita itu perlu. Sebarang pekerjaan tak akan menjadi jika tidak dilakukan secara berkumpulan. Malahan YY tak nafikan buah fikiran antara lelaki dan wanita ada banyak perbezaan. So kerja secara berkumpulan antara lelaki dan wanita itu perlu bagi memastikan kejayaan sesuatu tugasan. Bab tu memang YY tak pertikaikan.

Cuma apabila melibatkan masa santai seperti waktu makan tengahari, soal professional sudah tidak timbul. Kebiasaannya pada waktu ini, kita lebih suka bercerita hal-hal santai. Dari gossip mengenai artis sehinggalah kepada hal melibatkan peribadi. Di sinilah wujud keburukan apabila batas pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dijaga.

Pergaulan lelaki dan wanita di pejabat banyak keburukannya

YY pernah terdengar perbualan antara seorang rakan sepejabat lelaki dan wanita. Si lelaki bercerita tentang betapa buruknya fizikal isteri dia selepas bersalin. Dia mula membuat perbandingan antara rakan wanita YY yang juga baru lepas bersalin dengan isteri dia. Seriously YY rasa jijik bila overheard perbualan rakan lelaki YY tu. Yang si rakan wanita YY pun bila kena puji mulalah terasa diri di awang-awangan. Tak sedar yang kata-kata pujian tu datangnya bersama bisikan syaitan.

Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain - Riwayat Muslim

Bertepuk tampar antara lelaki dan wanita di sini ibarat perkara biasa. Lebih memalukan tiap kali menjelang Khamis mulalah masing-masing nak bercerita hal dalam kelabu. Ada sahaja benda yang dijadikan bahan gurauan yang kalau diteliti secara baik boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Kita ni orang Islam dan orang Timur yang kaya dengan adab. Tak molek bergurau benda seperti ini dengan rakan yang berbeza jantina. Ia boleh buat orang pandang rendah pada kita. Cubalah ada sedikit rasa malu.


Kalau kita dah berumahtangga, kita perlu menjaga maruah diri, pasangan dan keluarga kita tak kira kita lelaki mahupun wanita. Kita perlu jauhkan hubungan yang boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka. Sebab tu YY nasihatkan sesiapa pun termasuk diri YY sendiri untuk tidak keluar berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Jangan ambil mudah hal seperti ini kerana ia mungkin berkesudahan dengan sesi luahan perasaan dan perkongsian jiwa yang boleh berlarutan. Ingat ye, di antara dua lelaki dan perempuan yang bukan mahram, wujud syaitan di tengah-tengahnya.

Menurut suatu laporan akhbar pada tahun 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ketika itu menganggarkan sebanyak 75 peratus daripada penceraian yang berlaku dalam masyarakat adalah berpunca daripada kehadiran orang ketiga. 80 peratus daripada angka orang ketiga tersebut tersebut adalah rakan sekerja. Mengejutkan bukan? Tapi itulah adalah hakikat.

Statistik di atas jelas membuktikan yang hubungan sesama rakan sekerja ini sekiranya tanpa batasan akan berkesudahan dengan penyakit sosial yang menjalar dan sekaligus mampu merosakkan institusi kekeluargaan secara halus. Ia ibarat anai-anai yang perlahan-lahan merosakkan asas sesebuah bangunan. So beringatlah. Tak salah sekiranya kita berkawan tapi kita perlu beringat yang tujuan kita bekerja adalah untuk menambah pendapatan keluarga dan bukan sebaliknya.

Sumber: http://bit.ly/2vEXPcH

Tanda Sokongan Kepada Blogger Suria LekatLekit

Tanda Sokongan Kepada Blogger Suria LekatLekit | Sejak dua tiga bulan kebelakangan ni, YY memang agak kurang aktif dengan media sosial. Apa sahaja yang berkaitan dengan dunia blogger memang YY tinggalkan sejenak atas faktor kesihatan. Bila sekali sekala buka media sosial, terkejut bila dapat tahu bahawa blogger +Suria Lekatlekit disaman oleh pengasas kepada satu jenama produk. Walaupun butiran saman tidak dikongsi, YY dapat mengagak siapakah pengasas yang dimaksudkan.

Jujurnya YY sangat bersimpati dengan dugaan yang menimpa blogger Suria. Ia pastinya satu tamparan hebat buat beliau yang hanya bergantung sepenuhnya dengan dunia blogger untuk menjana pendapatan keluarga.

http://www.lekatlekit.com/

Untuk makluman korang, blogger Suria mungkin dikenali kerana kelantangan beliau dalam melahirkan pendapat tentang sesuatu isu. Habis semua isu mampu dikupas dengan menarik mengikut rentak penulisan beliau yang tersendiri. Disebabkan kelantangan beliau, YY pernah terdengar ada ramai blogger yang kurang senang dengan beliau. Pun begitu, YY melihat beliau dari sisi yang berbeza. YY sangat hormati beliau. In fact, beliau adalah antara blogger yang tak pernah menolak tiap kali YY meminta pertolongan untuk viralkan sesuatu cerita.

Sekarang dia dalam kesusahan. Atas dasar semangat rakan sesama blogger dan sebagai tanda sokongan buat beliau, YY terbit blog entry ni. Ini adalah sumbangan kecil yang mampu YY lakukan untuk beliau.

SAYA TIDAK MEMFITNAH

Assalamualaikum. Saya yakin ramai di antara kawan-kawan dalam friend list saya dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar dan bukti pengakuan pengguna.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak dan kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian.

Sebagai seorang manusia dan sebagai rakyat Malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap rasa saya berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri, malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak.

Saya harap post ini dapat di panjangan (like/share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan dan masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas.

Saya ingin membela diri dan saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana-mana pihak sudi membantu.

Moh lah kita beramai-ramai memberi sokongan moral kepada blogger Suria. Bantulah dia mengikut kemampuan korang. Contoh paling mudah adalah share status beliau di bawah ni. Lagi ramai yang share dan like, siapa tahu lagi mudah urusan beliau kelak kan. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit


Buat blogger Suria, YY harap Suria tabah menghadapi ujian ni. Kekalkan sifat positif dalam diri. Insya Allah dengan dengan sifat positif itu mampu membawa manfaat buat Suria dan orang-orang di sekeliling Suria. Apapun, Suria jangan rasa gundah gulana ye, yakin yang sesungguhnya Allah bersama kita (^_^)

Sumber: http://bit.ly/2t4mthU


Selamat Menyambut Hari Raya Buat Pembaca Setia Diari Seorang Mama

Selamat Menyambut Hari Raya Buat Pembaca Setia Diari Seorang Mama | Lama sungguh blog Diari Seorang Mama ni tidak berupdate. Blog ni memang sengaja YY biarkan sepi. YY hanya akan belek apabila ada tuntutan dari client untuk melakukan review. Kalau tidak memang tidaklah mengadap blog. YY kurang sihat sepanjang Ramadan kali ni. Nikmat sihat ditarik dari YY buat seketika. Pun begitu YY reda kerana memang YY idamankan keadaan ini hampir sekian lama. Insya ALLAH jika diberikan kekuatan untuk menulis lagi, YY akan ceritakan

Selamat Menyambut Hari Raya Buat Pembaca Setia Diari Seorang Mama
Selamat menyambut Hrai Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini, bersempena Syawal yang bakal menjelang, YY dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca setia Diari Seorang Mama. Tanpa sokongan kalian, tidak ke mana pun blog ni.

Mana yang dapat pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati di jalan raya. Sambil seronok beraya tu, jangan dilupa pada orang yang tak dapat cuti raya. Contoh orang macam YY. Dapat cuti raya sehari aje. Rasa nak meraung dibuatnya. Nasiblah jadi pekerja baru. Hadap ajelah ye dak. Haha!

Selamat Menyambut Hari Raya Buat Pembaca Setia Diari Seorang Mama
Tema raya kami tahun lepas (^_^)

Insya ALLAH kalau sihat dan panjang umur, YY akan bercerita mengenai cerita raya kami nanti. Till then, semoga bertemu di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...