YY sebenarnya dah merancang untuk melaksanakan sambutan untuk birthday Afif di sekolah dia sejak dari awal tahun. Tapi kita hanya merancangkan, ALLAH yang tentukan.
Awalnya YY bercadang nak cancel aje rancangan ni disebabkan beberapa masalah berbangkit. Tapi hati seorang Mama tu buatkan YY teruskan juga sebab nak Afif ingat semua ni.
Lagipun tahun depan dia akan melangkah ke Darjah Satu meninggalkan memori zaman tadika yang mungkin akan sedikit berbekas dalam ingatan dia.
Kalau Afif baca ni satu hari nanti, ketahuilah yang Mama buat semua ni sebab sayangkan Afif.
By the way, Afif dari mula sehingga entry ini diterbitkan masih tidak mengetahui bahawa YY merancang mengadakan sambutan hari jadi dia pada Jumaat ni, 21 Nov 2014.
Birthday dia sebenarnya pada 22 Nov 2014. YY awalkan sehari (^_^)
Persiapan untuk Afif punya birthday celebration ni pun YY lakukan pada saat akhir. Konon nak buat kecil-kecilan aje tapi jadi besar juga. Hehe!
Untuk kek, snacks dan paper bag, YY laburkan dalam RM120. Jimat banyak dari bajet asal. Tapi rasanya kalau YY lakukan sejak dari awal, jimat lebih banyak!
Dengan modal sebanyak tu, cukup untuk menyediakan goodies bags untuk 50 orang pelajar. Berlebih pun sebenarnya sebab sekolah Afif hanya ada 43 orang pelajar.
Yang pasti YY jimat banyak dekat snacks sebab YY beli dekat kedai yang menjual snacks secara borong di Jalan Meru, Klang. YY hanya gunakan lebih kurang RM35 sahaja untuk snacks.
Naik kelabu mata dok pilih snacks yang bermacam jenis pada harga yang sangat murah!
Walaupun Afif tak mengetahui tujuan segala snacks tu YY beli, dia tetap antara orang yang paling ligat membantu memasukkan snacks dalam paper bags (^_^)
Adik-adik YY, Angah, Annor dan Anis juga membantu menyebabkan kerja itu yang dijalankan secara bergotong royang menjadi begitu mudah!
Part paling susah adalah nak buat decoration pada paper bags sebab YY lakukan part ni seorang diri dan dalam masa hanya satu hari! Boleh aje kalau nak buat secara berperingkat.
Cuma YY takut akan ada masalah lain. Sebab tu YY balun satu hari tu juga buat semua benda ni. Senang! Lepas tu dah tak payah fikir dah (^_^)
YY cuba buat theme Ultraman sama dengan kek yang YY tempah. Rasa dah simple sangat tapi seksa juga nak buat sebab tak pandai sangat menggunakan aplikasi yang ada.
Nak created dan printed tu okay lagi. Tapi nak memotong dan menampal, azab! Tu lah kan, sape suruh buat kerja last minute? Kan sendiri yang susah! Padan muka. Hehe!
Mujur juga yang lain tu dah dilakukan sejak dari awal. Kalau tak lagi naya!
Masa YY dok buat benda ni seseorang, si Aisyah tetiba muncul dengan senyum meleret. "Mama nak oyong" kata dia sambil memasukkan ibu jari ke dalam mulut.
"Boleh! Aisyah bagi kertas ni dekat Mama. Mama tampal" jawab YY pula sambil menunjukkan cara yang perlu Aisyah lakukan. Dia pula hanya mengiakan sahaja.
Alhamdulillah berkat bantuan tangan kecil ni, siap juga kerja YY malam tu (^_^)
Hari Selasa YY dapat surat dari sekolah Afif mengatakan bahawa hari Jumaat tu adalah hari mengambil kad laporan. Arghhhh, kes naya ni!
YY planning nak buat birthday celebration Afif pada hari tu! Kelam kabut telefon cikgu Afif bertanya sama ada hari Jumaat tu bersekolah ataupun tak.
Jawapan yang diberikan buat YY rasa lega sikit.
Cuma moral yang boleh diambil oleh parents lain adalah, sila maklumkan pada pihak sekolah sekiranya mempunyai rancangan seperti ini. Kalau tak jadi macam YY (^_^)
Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan seperti yang dirancang. Dah deal dengan cikgu Afif. Tinggal tunggu hari tu aje. Rasa macam tak sabar pula menunggu hari tu. Hehe!
Masalah sekarang ni pula adalah tema Arabic. YY tengah dok fikir macamana nak bagi Afif pakai tema Arabic untuk hari ihtifal nanti. Awatlah cikgu pun bagitau last minute?
Pening juga dok fikir bagi menepati tema yang ditetapkan. Tak akan nak kena keluar duit lagi sebab Afif memang tak ada jubah ala-ala Arab. Ada ke tema Arabic tanpa keluarkan satu sen duit pun?
Cuba korang bagi idea sikit. Tidak kang YY selamba aje bagi Afif pakai baju Melayu lepas tu lilit tudung bawal YY pada ketayap sebagai serban. Ada aku kisah? (^_^)
Pandangan Lelaki Tentang Suami Curang | Mungkin ada antara korang yang terbaca tentang cerita kecurangan suami dengan janda disebabkan isteri dia dah tak vogue sepertimana ketika baru berkahwin dahulu. Sejauh mana kesahihan cerita tu YY kurang pasti sebab dalam zaman serba canggih seperti sekarang ni, dengan satu klik aje semua orang boleh popular.
Cerita tu agak viral sehingga ada akhbar yang menjadikannya sebagai satu bahan cerita dalam akhbar mereka dan mengundang feedback daripada celebrity seperti Wardina Safiyyah. Pandangan Wardina mungkin dikatakan cliche disebabkan dia perempuan. Masyarakat kebiasaannya akan mengatakan perempuan terlebih emotional apabila membaca benda sedemikian.
Mungkin akan ada yang kata kenapa tak cuba mengambil pengajaran atau perbaiki diri sendiri dari cerita terbabit. YY secara jujurnya tak boleh captured pengajaran yang cuba disampaikan. Hati terasa berbulu dengan pengakuan "si suami" dalam cerita tu.
Tergamaknya si suami menggunakan alasan "tak lagi cantik" untuk "menghalalkan" perbuatan zina dengan janda yang dikatakan lebih cantik dan menarik. Shame on you! Si suami dan pasangan zinanya itu sepatutnya dihukum rejam dengan batu sampai mati menurut hukum hudud dalam agama Islam (Betulkan YY kalau silap di sini).
Inilah jadinya kalau ketua keluarga menjadikan nafsu sebagai "tuan". Lupa atas sebab apa tujuan sesebuah perkahwinan itu yang jelas sama sekali bukan sekadar atas katil. Tapi itu hanya pandangan YY dari kaca mata seorang wanita dan juga isteri. Dalam hal ni bukan wanita sahaja yang membenci sifat mementingkan diri si suami, bah kan kaum lelaki juga.
Beberapa blog yang YY jumpa seperti BeautifulNara dan Buasir Otak mengulas isu ni dengan pandangan mereka sendiri. Tapi jelas mereka juga membenci tindakan kurang cerdik ini. Dalam ramai-ramai yang memberikan pendapat, YY cukup suka dengan cara Saiful Nang mengulas. Komen beliau jelas sekali berunsur sarcastic tapi message yang cuba disampaikan cukup jelas.
Tapi penerimaan setiap individu mungkin berbeza. Korang nilailah sendiri komen ini.
Kita sebagai manusia memang tidak sempurna tapi menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri adalah defensive. Lebih kurang macam lagu Bangau Oh Bangau. Lagu tu dari mula sampai habis dok salahkan semua orang keliling. Ianya jelas mencerminkan realiti kehidupan hari ni dan tak terkecuali kehidupan rumahtangga.
Untuk menjayakan sesebuah perkahwinan tu bukan terletak pada bahu satu pihak. Ianya perlukan kudrat kedua suami dan isteri bagi memastikan kestabilan rumahtangga berkekalan. Manisnya perkahwinan itu sekiranya si suami dan juga isteri memahami tanggungjawab masing-masing seperti yang disarankan dalam agama Islam.
Bak kata Abah YY, tepuk dada tanya iman bukan hati sebab hati juga menipu (^_^)
Hujung minggu baru ni ketika YY sedang leka menonton 7 Dwarfs di Astro Blockbuster bersama Afif, Encik suami tiba-tiba bersuara, "Nak keluar tak? Pergi bersiap"
Memang begitulah karakter dia. Tiba-tiba aje ajak keluar. Jenis manusia yang tak suka buat perancangan awal berbanding bini dia yang sukakan semuanya dirancang.
Walau tak dirancang, sebut perkataan keluar tu aje memang buat kami anak beranak excited! Takat duduk dalam kereta pusing keliling Klang pun dah kira blessed sangat!
Destinasi pertama kami adalah ke Giant Setia Alam. Tak tahu apa motif pun ke situ. Dah Encik suami ajak, ikut ajelah! In the end baru tahu yang dia tengah nak survey barangan persekolahan Afif.
Dok belek beg sekolah Afif, Aisyah pun sibuk nak juga belek. Siap kata, "Adik nak Pojen!"
Belek juga beberapa barangan eletrik dekat situ. Saje nak survey, maklumlah baru juga masuk rumah baru dah kami belum lagi sepenuhnya settle mengemas.
Terpandang gambar Encik suami berkaca mata hitam ni, teringat pula soalan Mar Mansor. Dia perasaan tiap kali ada gambar melibatkan Encik suami, dia pasti berkaca mata hitam.
Encik suami dan kaca mata hitam memang macam irama dan lagu. Tak boleh nak dipisahkan. Kaca mata hitam memang trademark dia. Bukan sebab dia malu miaw miaw (^_^)
Pendek kata, korang memang tak akan jumpa Encik suami tanpa kaca mata hitam. Satu benda yang wajib dia pakai tiap kali keluar dari rumah (^_^)
Lepas dah penat round Giant, Afif minta wafer pula. Wafer memang salah satu antara banyak-banyak makanan yang Afif suka. Aisyah pula setakat ni, makan apa aje yang Abang dia makan.
Lepas tu ingatkan nak balik, Tapi Encik suami bawa kami ke Setia City Mall pula. Dia tak planned juga nak ke situ. Bila ditanya, dia kata ikut gerak hati dia nak bawa kami ke mana.
Lantaklah kan. Kami pun memang lama sungguh tak ke situ. Kali pertama dan terakhir pergi adalah ketika bangunan ini masih baru dibuka. Rasanya ada dekat dua tahun YY tak ke situ.
Hari tu pun manusia sikit punya ramai sepertimana hari pembukaan yang YY pernah ingat. Dah macam semut hurung gula. Ramai sungguh! Mula rasa rimas pula bila dah reramai gitu.
Jalan punya jalan, jumpa Suzuki punya event. Benda-benda pasal kereta ni memang YY tak begitu minat. Encik suami yang biasanya akan beria dok tengok.
YY lebih rela layan anak-anak (^_^)
Lama juga dia dok belek kereta keluaran terbaru Suzuki. Jangan tanya apa. YY hanya diberitahu itu cutting baru oleh Encik suami. Whatever! That don't impress me! (^_^)
Time dok pusing tempat yang sikit punya luas ni, kami baru tahu yang Setia City Mall ni juga ada menyediakan taman permainan. Patutlah Abang Ipar YY hampir setiap minggu ke sini (^_^)
Afif dan Aisyah apa lagi, memang tak melepaskan peluang langsung! Habis semua mainan yang ada dekat situ diorang nak cuba. Layankan ajelah!
Bukan selalu dapat peluang gitu (^_^)
Paling seronok adalah apabila kami melalui jambatan yang bawahnya dipenuhi puluhan ribu ikan! Banyak sungguh ikan dalam tu yang buat kami begitu teruja!
Terperasan sepasangan suami isteri dan anak-anak mereka yang terdiri dari dua orang lelaki memberikan roti burger yang penuh satu trolley kepada ikan di dalam kolam tersebut.
Teringat ada ustazah pernah kata, "Sedekah paling mudah adalah terhadap binatang"
Memang trolley tu penuh dengan roti burger dan semua roti burger tu dilemparkan ke dalam kolam. Afif dan Aisyah juga diberikan roti burger tersebut untuk diberikan kepada ikan.
Seronok dok tengok ikan yang banyak tu berebut menangkap roti burger atau makanan ikan yang dilemparkan kepada mereka. Memang banyak betul!
YY terperasan suami dan bapa keluarga terbabit bukan orang Malaysia. Macam orang Uzbekistan! Pandang juga anak-anak dia kot lah ada rupa yang YY kenal.
Bukan apa, teringat Adik Cute anak MummyDearie. Hehe! Sempat lagi tu! Apapun YY doakan semoga murah rezeki keluarga terbabit (^_^)
Lepas dah puas dok bagi makan ikan tu, kami beransur pulang. Singgah sekejab Roti Boy sebab Afif memang dah pesan dia nak makan roti tu sejak dari kami mula masuk.
Mexican Bun dekat sini memang paling terbaik yang YY pernah rasa. Tu yang cium bau pun dah buat rasa lapar. Anak-anak YY pun suka sangat!
Nak tahu betapa sedapnya Mexican Bun dekat sini? Cer tengok reaksi dua beradik, Afif dan Aisyah dekat gambar bawah ni. Biarlah gambar mereka yang berbicara. Hehe!
Lepas memasing dah kekenyangan makan Mexican Bun, kami beransur pulang. Letih pula rasanya dok pusing Setia City Mall ni. Kaki terasa macam tak mampu nak angkat dah.
Tak sangka besar juga. Kalau hari-hari berjalan dekat sini, mau hilang beberapa kilogram! Tapi kalau dah pusing lepas tu belasah Mexican Bun, celah mana nak hilang kilonya!
Lagi naik adalah! Hehe!
So begitulah aktiviti riadah kami pada hujung minggu baru ni yang tak dirancang. Pun begitu ianya tetap menyeronokkan. Anak-anaklah paling seronok bila sekali-sekala keluar dari kepompong.
Rasanya itu ajelah bebelan YY untuk hari ni. Insya ALLAH kita berjumpa lagi dilain entry. Assalamualaikum (^_^)
P/S - Today I learned that what is valuable is not what I have in my life but who I have in my life.