Biar Betul! (^_^)

Hari ni sibuk betul rasanya. Tak menang tangan nak settle kan kerja rumah yang bertimbun.

Pagi tadi breakfast rumah Mak (memang tu lah hobi aku sejak dari dulu, mentang-mentanglah rumah Mak dekat!) Lepas tu pergi kedia beli bahan-bahan untuk masak tengahari.

Lepas tu basuh kain baju kotor. Biasanya memang akan penuh ampaian sebab stok seminggu punya baju kotor! Hari ni pula ada tiga bakul penuh baju sampai tak muat ampaian!

So aku panggil Afif minta tolong dia ambilkan hanger.

"Afif, tolong Mama kejab sayang!" aku memanggil dari luar rumah.

"Apa dia Mama?" tanya Afif sambil berlari ke arah aku.

"Tolong Mama ambilkan hanger dalam bilik sayang. Ambil lima ye!" kata aku.

"Lima?" tanya Afif.

"Ye! Macam mana kira lima? Satu, dua, tiga, empat, lima!" kata aku sambil menunjukkan cara mengira lima menggunakan jari. 

"Okay Mama!" kata Afif sambil berlari ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang sambil membawa hanger dalam keadaan bersusah payah. Hanya tiga batang hanger sahaja yang dia ambil.

"Dia tersangkut lah Mama. Macam mana ni?" tanya Afif.

"Mama kan suruh ambil lima, ni tiga aje!" kata aku tanpa menghiraukan pertanyaan Afif dan mengambil hanger yang dihulurkan.

"Nanti!" jawab dia ringkas.

"Ambil lagi dua ye!" kata aku bila lihat dia berlari lagi ke dalam rumah.

Tak lama kemudian dia datang lagi, kali ni dia datang tapi dengan empat batang hanger!

"Eh banyaknya!" kata aku.

"Lah! Mama kan kata nak dua! Tadi lima, ni dua!" jawab dia.

Aku terdiam sekejab dengan jawapan yang dia berikan. Biar betul ni, Afif dah pandai mengira ke? Macam tak percaya pula! Aku cuba mencongak balik. Lima campur dua, betul! Dia bawa tujuh batang hanger seperti apa yang aku arahkan!

Mungkin kerana mengalami kesukaran (hanger tersangkut antara satu sama lain) menyebabkan dia hanya membawa tiga hanger sahaja pada permulaan. Bila aku kata lagi dua, dia ingatkan aku menambah dari bilangan yang pertama. Bijak! 

Mungkin Afif tak perasan yang dia sebenarnya telah menyelesaikan matematik mudah! Aku bab matematik ni memang hi hi bye bye! Nak menangis aku rasa kalau sesiapa suruh aku mencongak sebab aku memang slow bila membabitkan angka dan pengiraan.

Terasa bangga pula bila anak sekecil Afif a.k.a zuriat aku sendiri mampu mengira dengan pantas. Err, bakal economist ke? Tak pun accountant! 

"Mama ada bird!" kata Afif dan serta merta mematahkan lamunan aku.

"Ha'a lah!" kata aku. Tak lama kemudian burung yang Afif sibuk perhatikan pergerakannya terbang laju ke udara.

"Dah bird dah balik rumah dia! Pergi masuk dalam, panas ni! Terima kasih tolong Mama tadi!" kata aku.

"Sama-sama Mama!" kata Afif terus melangkah ke dalam rumah. Dia kemudian aku lihat leka bermain seorang diri di ruang tamu.


Dah Besar! (^_^)

Pagi tadi aku bangun agak awal, bercadang nak goreng cempedak yang Encik suami bawa dari kampung. Malam semalam sebelum dia pergi kerja dia ada kata cempedak tu dah boleh goreng pagi ni.

Tapi bila aku pegang masih lagi keras kulit luar, automatik tahu tak masak lagi. Hancur harapan nak makan cempedak goreng pagi-pagi ni. Kecewa sungguh ku rasa!

Aku terus aje bersiap-siap nak pergi kerja. Budak-budak sedap aje lagi tidur, kesian pula rasanya nak kejutkan. Tapi nak tak nak terpaksa juga suruh dia orang bangun.

Aku mulakan dengan Aisy lepas tu baru Afif. Nasib baik angin dua-dua elok aje pagi ni. Lega rasa!

Tengah aku dok siapkan Afif, tiba-tiba dia tanya, "Mama, dalam tu ada apa?" sambil menunding jari ke arah beg kertas yang aku letakkan di atas meja kopi.

"VCD tu! Semalam kan kita ambil dekat rumah Wan. Kawan Mama nak pinjam" jelas aku panjang lebar.

"Yang cerita toing toing tu ke?" tanya dia lagi.

Aku tergelak dengar pertanyaan dia. Untuk makluman, Afif merujuk hantu pocong sebagai toing toing. Aku sengaja bertanya soalan seterusnya pada Afif.

"Toing toing tu apa?" sambil menghulurkan biskut Munchy's Oat Krunch yang menjadi kegemaran Afif.

"Hantu! Hantu pocong!" jawab dia dengan excited sambil mengunyah biskut berperisa dark chocolate tu.

Tiba-tiba dia tambah lagi, "Tapi kita kan sembahyang!"  

"Afif tak sembahyang pun!" kata aku.

"Besok-besok!" jawab dia selamba.

"Buatlah, nanti dia kacau Afif!" kata aku cuba menakutkan dia.

"Tak akan lah!" jawab dia dengan nada confident.

"Mama dengan Papa kan ada, boleh jaga Afif!" tambah dia lagi sambil meneruskan mengunyah biskut kegemaran dia tu.

Jawapan tu sekali lagi buat aku tersenyum pada pagi-pagi ni. Wah! makin "hebat" dia menyusun ayat sekarang! Dulu aku selalu berfikir-fikir yang bukan pasal dia especially bila tengok perkembangan dia agak lambat berbanding rakan sebaya dia.

Tapi sekarang aku dah belajar dari kesilapan dulu. Aku sekarang sedang cuba memperbaiki diri aku untuk tidak membandingkan anak aku dengan anak orang lain! Definately tak akan sama!

Tadi tengahari dapat SMS daripada pihak pengurusan tadika di mana tempat Afif akan melalui zaman pra sekolah. Afif dikehendaki hadir untuk hari suai kenal pelajar dan tenaga pengajar pada 1 Januari 2013 nanti.

Aku dah excited! Tak sabar nak tengok Afif pergi sekolah (walau setakat tadika aje!). Rasa macam tak percaya aje budak yang suka buat benda pelik ni dah besar!

Time tengah dok berangan nak jadi doktor!

Si Bongsu! (^_^)

Entry kali ni nak dedicate untuk si bongsu, Anis a.k.a Acu!  


Maksud nama Anis tu sendiri adalah teman dan mungkin disebabkan itu dia sentiasa berada di sisi kami semua sebagai peneman melalui perwatakan manja dan kadang-kadang agak poyo!

Dia lahir masa aku berusia 19 tahun. Disebabkan jarak usia dia yang agak jauh dengan aku, so bila keluar dengan dia time tu mesti orang akan bertanya, "Anak ke?"  

Aku ni pula time solo dulu suka bawa adik-adik ronda-ronda walaupun terpaksa naik bas. Aku rasa seronok bila tengok dia orang seronok. Tak dapat nak describe perasaan seronok tu dengan perkataan!

Masa tu aku tak peduli sangat orang kata. Lagipun aku malas nak bersoal jawab dengan orang yang aku tak kenal. Sebab tu aku lebih suka angguk aje walaupun benda tu tak betul.

Aku ingat lagi umur Anis baru 3 tahun masa first time aku bawa dia keluar berjalan. Mak pula tak kisah sebab mungkin dia yakin aku mampu jaga adik aku dengan elok. 

Sampai sekarang walaupun dah ada anak sendiri, aku masih lagi bawa Anis ke mana aje kita orang pergi. Encik suami pula tak keberatan nak bawa dia sekali. Dan ya, aku masih lagi juga mengiakan Anis sebagai "anak" aku bila ada orang bertanya.

Anis juga merupakan makcik kesayangan Afif dan Aisy! Walaupun suka "membuli" antara satu sama lain, mereka tetap close! Yang pasti kehadiran mereka memberi sinar kebahagian dalam hidup aku. 

Tapi kadang-kadang pening juga kepala aku ni nak jadi juri dalam "pergaduhan" dia orang! Dua-dua sama aje perangai. Baik Afif ataupun Anis. Tak lama lagi Aisy pula join group, dia pun dah mula menunjukkan tanda-tanda "pembuli"

Januari nanti Anis akan genap 11 tahun! Kejab aje masa berlalu, tahu-tahu dah besar dah adik bongsu aku ni! Aku pula yang makin tua! Hehe!

Apapun Anis, perjalanan kamu masih lagi jauh! Belajar rajin-rajin dan yang penting sekali teruskanlah jadi "peneman" kami semua! We love you!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...