Susahnya Anyam Ketupat!
Parent in law YY memang tiap kali raya akan buat ketupat. YY pun kononnya bersemangat, tiap kali itu jugalah YY cuba belajar anyam ketupat. Tapi sekali pun tak pernah jadi!Susah betul rasanya nak buat ketupat! Niat hatiku nak anyam ketupat, apa kan daya bakat tiada (Sila nyanyi macam lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah nyanyian Arrow)
Selalu yang cukup setia mengajar adalah Abah Mentua YY. Bersungguh dia mengajar walau tiap tahun dia terpaksa melalui proses yang sama. Hehe!
YY ada terdengar Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di radio Sinar FM baru-baru ini yang mengatakan, mereka yang mampu menganyam ketupat adalah mereka yang bijak.
Adakah kiranya YY ni bukan kategori mereka yang bijak sebab tak pandai anyam ketupat? Tapi kenapa YY rasa, YY ni sangat bijak? Kenapa? (^_^)
Bagi membuktikan yang YY ni juga tersenarai dalam kategori mereka yang bijak, tahun ni memang bersungguh YY belajar menganyam ketupat walau hati kata, "Susahnya anyam ketupat!"
Gambar di atas adalah bukti kesungguhan YY belajar menganyam ketupat sampai tak toleh kiri kanan langsung. Pusing sana, pusing sini, sekali jadi macam gambar di bawah.
Bangga tak terkata! Confident kata pada MyChintaHati yang percubaan YY pada kali ni berjaya. MyChintaHati pun beria bagi galakan.
Tengah dok excited tu tiba-tiba Abah kata salah cara anyaman YY walau dia tak nafikan ada menyerupai ketupat. Abah kata ketupat tu tak boleh ditutup.
Aduh! Tak lepas QC check pula! Tak apa, kita cuba lagi! Susah memang susah, tapi jangan give up! Lagipun memang YY bertekad untuk menjadi orang bijak tahun ni!
Masa YY baru bercadang nak sambung menganyam, tiba-tiba Mak Mentua YY bersuara, "Sudah-sudahlah Yana. Tiap-tiap tahun belajar tak khatam lagi, Meh tolong Mak masukkan beras"
Sekali kena smash dahhhh! Hehe!
Maka YY pun menurut perintah. YY hanya melakukan kerja memasukkan beras ke dalam ketupat. Kerja yang memang biasa YY lakukan sejak dari mula berkahwin dengan MyChintaHati.
Sekurang-kurangnya YY mampu juga berbangga kerana turut terlibat dalam proses memasak ketupat walau ianya hanya sekadar memasukkan beras.
Walaupun tak sesusah menganyam ketupat, tapi penat juga tau nak masukkan beras dalam anyaman ketupat tu. Lepas tu kena pastikan sukatan tu betul.
Kalau kurang akan jadi lembik, lebih pula akan jadi keras. Bukan calang-calang orang boleh pastikan measurement tu betul. Hanya mereka yang menggunakan otak kiri mampu melakukan seperti YY.
Kiranya bijak jugalah YY ni kan (^_^)
Afif dan Aisyah juga turut mainkan peranan pada kali ini. Aisyah tukang letak ketupat yang sudah siap diisikan beras ke dalam dulang. Bangga tu bila orang puji dia rajin.
Hidung kembang aje bila kena puji. Anak siapalah ni agaknya.
Afif pula antara orang yang terlibat dalam proses menghidupkan api dan memasakkan ketupat. Tapi yang sebenarnya dia teruja dok tengok api menyala.
Bila tegur jangan dekat, dia akan kata, "Afif tengah jaga api lah!"
MyChintaHati pula adalah orang yang paling aktif mengambil gambar. Semua dia dok suruh masukkan dalam blog. Sampai YY pun confuse, siapa sebenarnya blogger ni (^_^)
Bagus juga tu kan sebab dia menyokong minat isteri dia (^_^)
Anywhere proses untuk membuat ketupat tu tersangatlah susah bagi YY. Bayangkan dari menganyam sehingga memasak, total masa yang diperlukan adalah lebih kurang 12 jam!
Yang tukang anyam, tukang masukkan beras dan tukang jaga api keletihan. Yang senang dan untung berganda ye tukang makan! (^_^)
So apa moral dari kisah?
Yes, belajar menganyam! Rugi bila ilmu menganyam tu lupus begitu sahaja. Ambil peluang untuk belajar selagi kita masih anak orang tua untuk dijadikan rujukan.
Kalau kita tak belajar sekarang, suatu hari nanti kita pasti menyesal. So renung-renungkan. Tapi kalau korang dah expert, cari initiative untuk mengajar orang pula.
Pastikan orang seperti YY juga mampu menguasai ilmu menganyam ketupat. Lagipun YY teringin juga tersenarai dalam kategori mereka yang bijak (^_^)





