Bahaya Instant Google Street View (^_^)
Bahaya Instant Google Street View | Korang tahu tak pasal Instant Google Street View? YY baru dapat tahu dari Angah. Mulanya tak tertarik langsung dengan cerita Angah. Eleh, setakat tengok gambar street, apalah yang best sangat kan?Tapi bila dia sebut tentang bahaya dan kemudaratan yang boleh diperolehi dari kemudahan ini, YY mula dok gatal tangan mencari benda yang dikatakan oleh Angah. YY pun dengan bersemangat dok search alamat rumah Mak YY dulu. Sekali tu zassss, terpampang gambar rumah Mak sekali dengan kereta Angah dan Abah.

Lepas tu YY cari pula rumah sewa YY yang pernah kami sekeluarga diduduki selama tujuh tahun. Rumah tu pun tak berapa jauh dari rumah Mak YY. Sebelah lorong je. Terpampang jelas rumah lama YY. Siap boleh nampak penyidai YY dan segala macam pokok bunga yang ditanam oleh Encik suami.
Nasib baik masa gambar ni diambil bukan time kereta sebelum ni atau sekarang ada. Kalau tidak, lagilah seram YY membayangkan. Tu gambar kereta Abah Encik suami bawa pergi kebun. Hehe!

Lepas tu YY cuba pula cari gambar rumah baru YY. Tapi hanya dapat nampak bahagian depan lorong sebab mungkin masa ni rumah tu masih dalam proses pembinaan.
Ni kalau orang nak merompak atau berniat tak baik, ambil alamat aje diorang dah tahu mana nak tuju especially bila semua landmark terpampang jelas. Gambar yang korang nampak ni bukan dari kamera cap ayam YY tau! Tapi dari images yang terdapat dalam Instant Google Street View yang boleh diperolehi dengan hanya menaip alamat!
Nampak tak macamana warna dan reka bentuk rumah boleh dilihat dengan jelas. Itu belum cerita lagi property lain yang ada macam contohnya kereta. Jenis dan warna kereta juga boleh jelas kelihatan! Ye betul semua nombor flat kereta yang ada dalam gambar di hide. Begitu juga dengan nama taman atau poskod. But still YY rasa insecure.
Cer bayangkan situasi bila korang hilang IC. Pula tu IC tu jatuh ke tangan mereka yang tak bertanggungjawab. Mereka ni pula tahu pasal kemudahan terbaru Google ni. Korang rasa apa yang orang yang tak bertanggungjawab tu buat? Ish, seriau dok membayangkan teknologi yang kadang kala boleh mendatangkan kemudaratan kalau ianya disalah guna.
Malahan YY rasa seperti privasi dicabuli. Tapi tu pandangan orang kurang cerdik cam YY lah sebab YY tak nampak keperluan pendedahan secara details rumah seseorang. Terbaca blog Mrs Secretary semalam, dia ada ajar cara-cara nak remove paparan image rumah kita dari kemudahan yang pada YY berbahaya dari pelbagai sudut.
Boleh cari dari entry beliau yang bertajuk Tutorial #2 - Cara Memadamkan Paparan Imej/Gambar Rumah Kita Di Google Street View.
Malahan YY rasa seperti privasi dicabuli. Tapi tu pandangan orang kurang cerdik cam YY lah sebab YY tak nampak keperluan pendedahan secara details rumah seseorang. Terbaca blog Mrs Secretary semalam, dia ada ajar cara-cara nak remove paparan image rumah kita dari kemudahan yang pada YY berbahaya dari pelbagai sudut.
Boleh cari dari entry beliau yang bertajuk Tutorial #2 - Cara Memadamkan Paparan Imej/Gambar Rumah Kita Di Google Street View.
-------------------------------------

Hasil kaji selidik, YY boleh rumuskan yang kemudahan ini sudah berada di Malaysia sejak setahun yang lalu. Ia mula dilancarkan di USA pada tahun 2007. Kemudiannya ia menjelajah ke lebih 50 negara seluruh dunia sebelum kemudahan itu sampai ke Malaysia sekitar tahun 2013. Dalam tempoh itu, sedikit demi sedikit images hampir kesemua tempat di Malaysia diupload secara berperingkat menggunakan pelbagai kenderaan.










