Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah
Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah | Salam Jumaat 9 Zulkaedah 1437H buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Lama juga blog ni terbiar sepi. Mujur pageviews tak sepi juga. Haha! Anyway, bermula permulaan Ogos tempohari, YY dah hampir dua minggu menjadi surirumah sepenuh masa. YY boleh katakan ia seolah impian yang menjadi kenyataan. Secara jujurnya, memang YY dah lama menanam cita-cita untuk menjadi surirumah. Dan ia sudah pun menjadi kenyataan.Perkhabaran YY menjadi surirumah umpama hot news terutama di dalam dunia kecil YY. Tak pasti sama ada berita tersebut dihadam sebagai tanda sokongan atau sebaliknya. Ada yang kata seronok jadi surirumah, mengangkang aje kerjanya. Lasernya mulut. Debik kang taulah! Ada yang kata rugi menceburi profession surirumah di saat kerjaya sedang di puncak. Orang kan. Ada ajelah yang tak betulnya. The fact is, you know nothing about me.
Hari pertama menjadi surirumah, agak struggle nak cope dengan perubahan rutin. Rasanya kalau disenaraikan things to do, memang panjang berjela list dia. Agak panik sebab YY kena pastikan pukul 12 tengahari, makanan dah siap masak. MyChintaHati akan balik makan dan begitu juga Afif yang perlu ke sekolah sesi petang pula. Permulaan tu, memang terkejar-kejar YY dibuatnya. As time goes by, YY dah berjaya arrange masa. Sekarang dah agak stabil. Tak macam ketika hari pertama.
Kerja rumah yang tak pernah habis |
Tapi kerja rumah tak pernah settle weh! Ada aje! Especially menyapu. Boleh dikata sepanjang hari YY menyapu. Entah hantu mana yang suka buat habuk ni agaknya. Patutlah dulu selalu nampak MyChintaHati dok mengemop hampir setiap hari. Tapi tak pernah tanya. Haha! Sekarang dah alami sendiri baru tahu. Bukan kerja mudah sebenarnya. Yang pasti, tak adil menilai kehidupan orang lain hanya kerana kita melalui kehidupan yang mudah. Lagipun kehidupan setiap individu adalah berbeza.
Afif dan Aisyah pula seronok betul sejak YY jadi surirumah. Terutama Aisyah sebab dia boleh bangun lewat sekarang. Kalau dulu pukul tujuh dia dah kena bangun dan bersiap ke rumah parent YY. Sekarang, pukul 10 pun dia belum tentu bangun kalau YY tak goncang katil. Tapi yang YY tak tahan tu, setiap hari diorang bergaduh. Setiap hari okay!
Padahal jarak masa antara balik dari Sekolah Agama untuk ke Sekolah Kebangsaan hanya lebih kurang satu jam setengah aje. Mana nak makan, nak mandi. Tapi itupun sempat diorang berdua wrestling sesama sendiri. Ada aje isunya weh! Pening YY dibuatnya. Pula tu pandai dah jawab tak adillah, dia aje kenalah. So nak bagi adil dan saksama, seorang buat, dua-dua kena. ADIL!
Bergaduh aje kerja budak berdua tu |
Despite semua tu, YY tetap rasa seronok sebenarnya. Banyak benda YY belajar sebenarnya. Tapi setelah difikirkan masak-masak, YY rasa tak mampu nak teruskan profession ni. Betul memang ini cita-cita YY. Tapi YY rasa tak betah. Mungkin sebab anak-anak dah besar. Lepas tu tengok duit yang semakin menyusun. Ditambah dengan tiada sebarang panggilan interview walau berpuluh resume telah dihantar, memang menyesakkan nafas. Mula dok fikir macam-macam.
Mungkin juga disebabkan YY hanya bergantung sepenuhnya pencarian secara online. YY tak keluar. Ada juga bercita-cita keluar. Tapi MyChintaHati suruh tunggu aje orang panggil interview. Nampak sangat dia lebih suka bini dia jadi surirumah. Mana taknya, lunch sekarang dah terhidang. Dulu dia kena tapau. Pendek kata, dia lebih terjaga berbanding dulu. Tu yang dia suka gamaknya.
YY rasa sampai di sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. Nak kena prepare lunch ni. Eh sat, hari ni Hari Jumaat. Lambat sikit masak takpe. Boleh berfoya-foya ni. Haha! Sempat nak blogwalking kot ni. Tunggu ye. Balun mana sempat. Till then, Assalamualaikum.
P/S - Doakan semoga dipermudahkan urusan YY ye. Terima kasih (^_^)
19 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿