Kesibukan di Awal Tahun (^_^)
Pertama kali semenjak terlibat dalam dunia blogging, blog Diari Seorang Mama (DSM) ni terbiar hampir dua minggu. Paling lama terbiar pun hanya beberapa hari. Kali ni pecah rekod!
Ni nak memulakan rentak menulis pun terasa kekok (^_^)
Siapa sangka mempunyai anak yang bersekolah menjadikan YY manusia paling sibuk. Susah betul rasanya untuk menyesuaikan diri dengan suasana atau peranan baru ni.
Orang yang membaca mungkin terasa menyampah. Yelah, orang lain pun ada anak bersekolah, mereka juga berkerja lepas tu uruskan rumah tangga. Boleh aje mereka selesaikan.
YY pula yang beria bagi alasan yang mungkin tak logik bagi orang lain. Lagi parah MyChintaHati dah hadiahkan gajet untuk memudahkan YY berblog, tapi tak juga berupdate blog.
Aktif pun dekat geng WhatsApp GMBM, itupun sekali sekala menyampuk perbualan (^_^)
Tak tahu nak luahkan kepayahan tu, yang pasti memang permulaan tahun yang amat sibuk bagi YY. Entah bila semua ni akan stabil. Penat juga terkejar sana sini. (^_^)
Disebabkan dah agak lama tak aktif, YY punya senarai hutang blog walking pun dah panjang berjela. Jenuh nak lunaskan. Insya ALLAH, akan sampai juga ke teratak kalian.
Cuma masanya aje yang belum pasti.
Dikesempatan ni YY nak ucapkan ribuan terima kasih buat yang berkunjung ke sini walau tanpa sebarang entry baru. Terima kasih bagi yang meninggalkan jejak.
Terutama buat mereka yang meninggalkan jejak sepanjang bulan Januari yang lalu. Berikut adalah senarai 10 yang meninggalkan jejak sepanjang bulan lepas.
Blog mereka YY dah senaraikan di dalam Gorgerous Blog List di bahagian side bar.
Tak lupa juga bagi senarai Top 20 sepanjang 1 Aug 2014 sehingga 31 Jul 2015 nanti. Teruskan setia bersama DSM, akan ada small token as appreciation.
Blog mereka ada YY senaraikan di sini.
YY rasa itu sahaja yang mampu dicoretkan bagi permulaan entry di bulan Febuari ni. Insya ALLAH, panjang umur dan kelapangan YY akan bercerita lagi.
Till we meet again ye, Assalamualaikum (^_^)
38 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿