Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah | Mengikut pemahaman seorang dewasa, Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat Islam bagi menandakan berakhirnya Ramadhan. Ia juga menggambarkan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Bagi Afif dan Aisyah, Hari Raya bermaksud hari yang menyeronokkan bagi mereka berbanding hari biasa. Menyambut raya dengan kelibat anak kecil seperti Afif dan Aisyah adalah sesuatu yang priceless.

Sebelum berkahwin, YY secara jujurnya tak merasai nikmat seronok berhari raya. Tak tahulah kenapa. Hari Raya seolah sama seperti hari lain. Perasaan tu makin kuat terutama setelah mula bekerja. Kadang menyalahkan diri sendiri yang mungkin tidak sempurna beribadah sepanjang bulan Ramadhan mengakibatkan nikmat berhari Raya tidak lagi nikmati. Tapi sejak hadirnya Afif dan Aisyah dalam hidup YY, nikmat berhari raya tu dirasai semula melalui mereka.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Saat baru keluar rumah untuk beraya, smart aje memasing

Afif sejak bersekolah sudah pandai countdown. Setiap hari sepanjang bulan puasa dia akan kira hari menjelangnya Hari Raya. Soalan seperti, "Mama, kita lagi lima hari kan nak raya?" adalah soalan yang paling kerap diajukan kepada YY dan MyChintaHati.

Paling seronok bila membelikan mereka kelengkapan berhari raya. Hilang segala penat lelah bila melihat keterujaan mereka mencuba segala kelengkapan untuk mereka. Afif sekarang dah pandai memilih kelengkapan sendiri. Cermin mata, baju dan kasut untuk tahun ni merupakan pilihan dia sendiri. Entah berapa kali dia gayakan kesemua tu sebelum raya. Perasan handsome.

Aisyah walau belum pandai memilih, tapi dia sangat suka dengan apa yang dibelikan. Bayangkan sampai tidur pun nak tidur dengan baju raya. Puas nak memujuk.

Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Cerita Raya Kami Lagi

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Seronok Afif dan Aisyah main bunga api di malam raya

Bunga api pula merupakan antara benda yang perlu ada bagi Afif dan Aisyah. Ia menambahkan lagi erti beraya pada mereka. Tak seronok raya katanya bila takde bunga api. So bunga api adalah merupakan pelaburan hangus yang perlu YY dan MyChintaHati sediakan bagi menambahkan keceriaan insan bernama anak. Lagipun keceriaan mereka adalah faktor penyumbang keceriaan kami.

Afif merajuk masa kami katakan tahun ni tak akan ada bunga api. Dia punya muncung sikit punya panjang. Mulut kecil dia tu mengomel aje time dok cuba menzahirkan betapa tak seronoknya beraya tanpa bunga api. Padahal Papa dia bersusah payah sorokkan bunga api yang telah awal dibeli. Kalau tak disorokkan, habis sekelip mata. Tak dan nak tunggu sampai malam raya.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Afif dan Aisyah bersama sepupu mereka, Rayyan dan Rayna

Bila keluar beraya ni, macam-macam pengalaman yang diorang berdua peroleh. Tu yang diorang pada usia ni seronok sangat tiap kali diajak keluar beraya. Macam satu keterujaan pada diorang. Aisyah bila dok tengok YY dok iron baju aje dah tanya, "Kita nak beraya ye?"

Afif dan Aisyah memang kelihatan ceria sepanjang Hari Raya. Istilah letih langsung tak kedengaran dari mulut mereka. Kadang dok wondering juga. Entah dari mana diorang dapat semua tenaga tu. Macam kena charged tau!

Ada sekali tu kami beraya ke Subang. So area tu memang banyak kapal terbang turun naik. Bayangkanlah betapa terujanya diorang bila dapat tengok kapal terbang yang selama ni hanya boleh dilihat dari jauh. Melompat dan berlari tak kala nampak kelibat kapal terbang, sudah jelas menggambarkan betapa seronoknya diorang.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Keterujaan melihat kapal terbang turun. Pengalaman pertama mereka

Tapi kan, bila dok tengok diorang berdua ceria camtu, buat YY teringat pula memori beraya masa zaman kanak-kanak dulu. Berlegar-legar dalam ingatan ni macam wayang tanpa gambar. Seronok bila diingatkan kembali. Boleh buat tersengih sorang-sorang. Hehe! Indahnya zaman kanak-kanak bila diingatkan kembali.

Time tu kita hanya tahu berseronok. Kalau dapat duit raya pula, berganda perasaan seronok tu. Tak kiralah walau nilainya hanya setakat lima puluh sen sekalipun. Janji nama dia "duit raya", memang seronok tak terkata dah. Situasi yang sama YY dapat lihat pada Afif dan Aisyah hari ini. Cumanya ianya pada zaman yang berbeza. Jelas erti raya sebenarnya sama aje pada semua insan bernama kanak-kanak.

Erti Raya Bagi Afif dan Aisyah
Lawa sangat anak dara orang ni weh! Nak buat menantulah

Raya kali ni YY takdelah susah hati sangat sebab memasing dan besar. Diorang agak pandai jaga diri. Just pesan aje, jangan buat gini or gitu. Kalau buat, memang mendapatlah jawabnya. YY jenis kalau dah kata buat, memang buat. Takde excuses! Nak dijadikan cerita, ada sekali tu, Afif buat perangai time tetamu datang. Berbulu mata YY ni dok perangai dia. Balik aje tetamu, YY suruh dia datang dekat. Belum senaraikan kesalahan lagi, dia dah menangis dulu dah. Tau takut! Hehe!

Diorang ni pun dah pandai berkawan. Tapi kalau diperhatikan Aisyah yang akan conquer situasi. Pendek kata keceriaan memang bermula dari dia sebab dia cukup pandai berkawan berbanding Afif yang lebih suka memerhati dulu. Boleh nampak ketara sifat introvert dan extrovert pada diri mereka kalau bercerita bab kawan.

Baca Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert

Yang pasti raya tetap raya. Ianya berikan erti yang sangat besar baik pada Afif mahupun Aisyah. Semoga ianya boleh jadi kenangan buat mereka. Sedar tak sedar, keseronokkan dan keceriaan diorang sepanjang Syawal ni berikan erti yang sangat besar pada YY dan MyChintaHati. Satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, priceless

Okaylah korang. Macam dah panjang sangat YY mengomel hari ni. Kita stop dulu entri terakhir untuk bulan Julai ni. Semoga kita bertemu lagi di lain entri.

Assalamualaikum (^_^)


Cerita Raya Kami Lagi

Cerita Raya Kami Lagi | Salam 22 Syawal semua! Sebelum ni YY dah ceritakan kemeriahan sambutan Syawal kami di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang. YY pun ada ceritakan mengenai pengalaman kami membuat lemang menggunakan daun lerek. So untuk hari ni YY nak ceritakan pula kemeriahan Syawal kami di Kapar dan beberapa daerah lain di Selangor. Sebelum YY ceritakan mengenai cerita Raya kami lagi ni, YY nak ceritakan perjalanan pulang kami dari Kuala Lipis ke Klang.

Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Kami bertolak pulang pada lewat petang. So kenderaan tak usah cakaplah, banyak weh! Perjalanan pulang yang kebiasaannya mengambil masa antara empat ke lima jam menjadi tujuh jam! Bising Afif sebab dia tak dapat tengok cerita Boboiboy: The Movie yang ditayangkan di TV3 pada masa tu. Hehe! Walau keletihan, syukur Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami tidak berdepan sebarang kesulitan.

Cerita Raya Kami Lagi
Tutup sikit mulut YY yang sengih tak beringat tu. Hehe!

Hari Raya ketiga tu kami bercadang hanya nak lepak di rumah sambil mengemas apa yang patut. YY kononnya planning nak buat biskut sebab langsung tak buat sebarang persediaan untuk menerima kunjungan tetamu. Tapi kami dapat tahu anak Kakak MyChintaHati di masukkan ke wad kerana diarrhea. Abang MyChintaHati ajak melawat Baihaqi, anak saudara mereka di Hospital Banting.

So, rancangan untuk buat biskut tu terpaksa ditangguhkan.

Cerita Raya Kami Lagi
Ceria aje wajah memasing

Kami bergerak ke Hospital Banting selepas MyChintaHati dan Afif selesai menunaikan sembahyang Jumaat. Semasa dalam perjalanan, kami dimaklumkan yang Baihaqi sudah pun discharged. So kami terus menuju ke rumah Kakak MyChintaHati yang terletak di Kanchong Darat, Banting. Baihaqi yang baru jejak ke rumah setelah hampir tiga hari di wad, sangat ceria lebih-lebih lagi apabila adanya sepupu-sepupu dia.

Kesian dak Baihaqi ni tau. Dia langsung belum sempat menggayakan baju raya. Dia masuk wad petang Hari Raya pertama. Kak Mala kata, dia dah teruk sehari sebelum raya, tapi Hari Raya tu makin teruk. Tu yang kena tahan wad takut dehydration. Lega sikit bila nampak dia ceria hari tu.

Cerita Raya Kami Lagi
Hero-hero Wak Ramli yang turut serta (^_^)

Hari Raya keempat, Sabtu, bermulalah misi kami untuk beraya di semua rumah pakcik dan makcik MyChintaHati pula. Semua adik-beradik MyChintaHati turut serta kecuali Kak Mala dan Faiz. Alhamdulillah hampir kesemua pakcik dan makcik MyChintaHati ada di rumah ketika itu. Rezeki kamilah kiranya. Kebiasaannya ada aje yang takde. Mungkin disebabkan kunjungi kami kali ini agak lewat daripada kebiasaannya.

Biasanya Hari Raya pertama or kedua kami dah ke rumah diorang. Pastu diorang pun time tulah nak beraya juga. Mana nak ada aje kalau dah gitu kan.

Cerita Raya Kami Lagi
Bukan senang nak ambil gambar Abang MychintHati dan isteri dia ni

Kami mulakan misi beraya di kawasan sekitar kampung kelahiran MyChintaHati yang terletak di Kampung Sungai Serdang, Kapar. Kebanyakkan pakcik dan makcik dari kedua ibubapa MyChintaHati tinggal berdekatan antara sama lain di kampung ini. So agak mudah bagi kami menjayakan misi beraya dengan singgah dari rumah ke rumah.

Pergi pula ramai-ramai dengan macam-macam karenah dan attitude. Memang sangat happening. Macam-macam topik cerita keluar bila kami singgah ke setiap rumah. Ditambah dengan makcik dan pakcik yang sporting. Memang bermacam emosi ada. Dari serious ke seram. Sambung pula ke lawak. Kadang cerita tak lawak mana pun. Tapi sebab dah sorang gelak, in the end berjangkit semua gelak.

Cerita Raya Kami Lagi
Saja tayang gambar ni. Cam cute pula (^_^)

Serious YY rasa sangat seronok hari tu.

Kalau bukan Hari Raya, memang susah nak dapat peluang duduk semeja macam ni dengan adik-beradik MyChintaHati. Bukan nak menyalahkan. Memang masing-masing ada komitmen masing-masing. So bila semua ambil initiative untuk participated misi beraya ni, memang priceless. Peluang yang bukan selalu boleh diperolehi.

Anyway selepas menghabiskan misi beraya dengan jelajah ke seluruh pelusuk Kampung Sungai Serdang, kami bergerak pula ke Meru. Lepas tu kami gerak pula ke Kampung Melayu Subang. Patah balik lagi ke Kampung Sungai Serdang sebab ada pakcik MyChintaHati buat makan-makan khusus buat kesemua ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil. Allahyarham Wak Jalil ni merupakan Atuk kepada MyChintaHati.

Cerita Raya Kami Lagi
Rumah yang paling unik kami singgah

Misi beraya kami pada hari tu bermula lewat pagi dan berakhir sehingga ke lewat malam. Bayang betapa dahsyatnya kami dok pulun beraya demi menjayakan misi katanya. Banyak juga rumah pada hari tu yang kami dapat singgah. Memang letih sangat dibuatnya. Perut pun sampai tak larat nak bawa dah sebab dok makan aje kerjanya. Tu yang masa bulan puasa hari tu berat YY turun dua kilo tapi raya baru berapa hari naik tiga kilo. Sabo ajelah!

Tapi one thing for sure, kami semua have a great time pada hari tu. Afif dan Aisyah pun tak habis-habis mengatakan yang mereka seronok dapat beraya. Sampai rumah Atuk Nenek malam tu, diorang terus tidur. Penat sangat katanya. Hehe!

Cerita Raya Kami Lagi
Sebahagian daripada ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil

So begitulah cerita raya kami lagi untuk hari ini. Kalau tak rajin, inilah penutup cerita raya bagi Syawal 1437H. Tapi kalau rajin, mungkin akan ada dua atau tiga lagi berkaitan cerita raya ni. YY akan cuba habiskan mana-mana cerita yang patut sebelum berakhirnya Syawal. Tapi itu kalau rajinlah ye. Hehe!

Okaylah korang, sampai di sini aje bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Jaga diri elok-elok tau, Assalamualaikum (^_^)

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis | Hari ini dengan berbesar hatinya YY akan bercerita mengenai kisah sambutan Syawal kami sekeluarga di Kuala Lipis, Pahang. Bertabahlah ye kalau entri kali ini lebih panjang daripada biasa. Anyway, Syawal kali ini memang amat YY nantikan sebab dah dua kali raya YY tak dapat merayakannya bersama-sama dengan Atuk. So bila MyChintaHati mengesahkan kepulangan kami kali ini, memang ianya berita yang sangat menggembirakan.

Perjalanan pulang ke kampung kelahiran YY kali ini lancar walau kenderaan lebih banyak daripada biasa. Kami sampai di rumah kedai Atuk beberapa jam sebelum bermulanya waktu sahur 30 Ramadhan 1437H. Pagi sehingga menjelang waktu berbuka puasa Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami memang sibuk dengan segala persiapan menyediakan juadah untuk menyambut Syawal pula. Penat juga tapi ianya jadi sesuatu yang menyeronokkan bila dilakukan bersama-sama.

Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Anak dara dan anak bujang YY berposing di pagi Raya

Atuk YY pula kelihatan sangat ceria sepanjang keberadaan kami. Malahan dia kelihatan sihat walhal sebelum tu dia dikhabarkan tidak sihat. Jelas kepulangan anak, cucu dan cicit yang jarang dapat berjumpa, menjadi faktor penyumbang kecerian dia.

Pagi Syawal adalah yang paling YY nantikan. Waktu ini mengejutkan Afif dan Aisyah bangun pagi dengan mengatakan hari ini Hari Raya memang priceless. Moment yang sukar digambarkan. Yang pasti suka tengok wajah ceria mereka berdua yang tak sabar nak menggayakan baju yang dibelikan khusus buat mereka.

Keceriaan mereka itu turut menyumbang keceriaan kepada YY dan MyChintaHati. Riuh rendah rumah kedai Atuk jadinya bila nak menyiapkan mereka.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Afif dan Aisyah bersama adik tunggal lelaki YY, Syafie

Yang paling kelakar, cermin mata hitam adalah benda pertama yang mereka cari. Afif kata, barulah dia nampak handsome seperti Papa dia yang sememangnya mengenakan cermin mata hitam tiap kali kami keluar rumah. Tak akan mungkin korang jumpa MyChintaHati tanpa cermin mata hitam. Itu dah memang part of him (^_^)

Rumah kedai Atuk pagi Syawal tu memang bingit. Ketibaan adik-beradik Mak bersama keluarga masing-masing di pagi Syawal tu ditambah dengan kekecohan kami yang sibuk nak bersiap, memang boleh buat roboh kedai Atuk. Hehe! Tapi sebenarnya seronok. Bukan senang nak lihat ke semua adik-beradik Mak ada pada satu masa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Aisyah bersama sepupu-sepupu YY. Kira pangkat makcik dan pakcik pada dia

Kalau tengok gambar di atas, kecil-kecil lagi sepupu YY. Untuk makluman, YY ni cucu sulung di dalam keluarga sebelah Mak YY. So memang semua sepupu YY kecil-kecil lagi. In fact, adik Mak YY yang paling bongsu adalah sebaya YY. Dia tua tiga bulan aje daripada YY. Kebetulan anak dia baru seminggu dilahirkan. So raya kali ni dapatlah kami berjumpa sepupu YY yang paling kecil setakat ini.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar kami sekeluarga di pagi Syawal (^_^)

Selepas melayan adik-beradik Mak pada pagi tu, kami meneruskan misi beraya.

Rancangan asal, kami nak pergi kesemua rumah adik-beradik dan pakcik-makcik Mak yang berdekatan dengan rumah kedai Atuk. Tapi rancangan aje. Bila dah pergi rumah ahli keluarga yang jarang dan dah lama tak berjumpa, memang bercerita pun sikit punya lama. Segala macam topik keluar. So dari rancangan nak pergi ke semua rumah, bertukar kepada mana yang sempat. Hehe!

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Adik-adik, Mak dan anak bujang YY. Seorang aje adik YY tak ikut balik raya kali ni

Beraya di sini tak seperti kami beraya di Selangor. Kampung Mak di masih penuh dengan kehijauan. Hutan masih banyak yang mengelilingi kawasan kampung.

YY paling suka waktu malam di sini. Dia punya feeling macam pakai air-cond. Sejuk aje. Tapi siang panas sangat. Atuk kata hujan sudah hampir dua bulan tak turun. In fact air sungai pun kering. Boleh berlari dari tebing sungai ke tebing sungai tanpa sebarang masalah. Sedangkan sebelum tu, kedalaman air adalah paras pinggang orang dewasa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Terpaksa hide muka MyChintaHati yang buat muka tak sesuai untuk tonton. Hehe!

Anyway, misi beraya kali ni turut disertai keluarga Ateh, adik Mak YY. So bila dah ramai-ramai tu, memang macam-macam kegilaan keluar. Gelak ketawa aje kami sepanjang hari. Tapi itu yang seronok sebenarnya. Baru terasa kemeriahan yang bukan boleh dirasai sepanjang masa. Tapi paling ketara adalah MyChintaHati.

Entah kesawanan apa yang menimpa dia hari tu. Hehe! Tapi tak nafikan dia berjaya menceriakan suasana di setiap rumah yang kami kunjungi.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mak dan Abah YY. Lovely couple kan?

Bila dah anak menantu dan anak saudara, ceria aje, maka orang tua kami pastinya turut ceria. Senyuman tak lekang daripada bibir mereka. Sekali dua tu ada juga kedengaran Mak YY yang terasa tak lengkap. Adik YY yang ketiga tak dapat beraya bersama kali ni atas tuntutan kerja. Nak buat camne. Suami dia bekerja dengan Kementerian Kesihatan dan perlu sentiasa dalam mood standby.

Mungkin zahir Mak dan Abah kelihatan ceria, tapi hati, siapalah tahu. Tiba-tiba teringat lagu Allahyarham Sudirman pula bila dok type "siapalah tahu" tadi. Nama lagu tu kalau tak silap Penyu Menangis.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mencabar sungguh bila nak snap gambar ramai-ramai ni

Berbalik kepada cerita raya kami di Kuala Lipis, sepanjang hari kami cuba menjayakan misi beraya di sini. Yang menariknya struktur muka bumi di sini yang pelbagai menyebabkan misi raya kami agak mencabar. Kononnyalah. Hehe! Ada rumah yang memerlukan kami mendaki bukit, seberangi sungai, berhadapan dengan laman rumah yang penuh dengan pokok kemuncup dan banyak lagi. Penat weh, tapi berbaloi.

Rumah ke rumah, dengan pelbagai menu, memang priceless. Dari pagi sehingga menjelang Maghrib baru kami pulang ke rumah kedai Atuk.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mendaki bukit merupakan antara ujian yang perlu ditempuhi untuk misi beraya. Hehe! 

Ia juga merupakan penutup sambutan raya kami di Kuala Lipis, Pahang. Kami perlu pulang ke Selangor pada keesokkan harinya.

Afif dan Aisyah sepanjang berada di kampung kelahiran YY memang seronok aje. Aisyah paling banyak menghabiskan masa bersama dengan Atuk YY yang dikenali dia sebagai Tok Yang. Hampir kebanyakkan aktiviti terutama makan dan minum dia bersama dengan Tok Yang dia. Atuk YY puji sikap dia yang sangat pandai bermesra berbanding Afif yang lebih banyak hanyut dalam dunia dia sendiri.

Dia juga banyak terlibat menjaga "kewangan" Atuk YY di kaunter kedai mini Atuk. Seronok sangat dia bila dapat menolong Tok Yang berniaga.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar keluarga YY bersama Atuk sebelum berangkat pulang

Saat untuk meninggalkan Atuk memang agak menyedihkan terutama apabila Atuk menyebut, "Sunyilah Atuk lepas ni" Wajah ceria dia sebelum ni bertukar sugul. Jelas nampak kesedihan pada mata dia bila kami bersiap untuk pulang. Riuh rendah yang dialami sejak dua tiga hari sebelum tu, akan hanya tinggal kenangan. Entah bila kami dapat pulang lagi ke sini.

Yang pasti cerita raya kami di Kuala Lipis memberi seribu satu kenangan buat kami sekeluarga. Seronok walau hanya seketika dapat menggembirakan Atuk. Semoga Atuk terus diberikan kesihatan yang baik dan semoga juga kami dapat memberikan kecerian yang sama pada Atuk di masa akan datang.

So begitulah cerita raya kami di Kuala Lipis yang YY rumuskan dalam satu entri. Nak buat banyak bahagian, dah tak sempat. Next entri YY akan ceritakan mengenai kisah raya kami bersama keluarga MyChintaHati pula.

Semoga kita ketemu lagi di lain entri, Assalamulaikum (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...