Keprihatainan Rakan Blogger (^_^)
Sejak aku bercerita tentang radioactive iodine, aku tak sangka ramai rakan blogger yang aku hanya kenali di alam maya menunjukkan keprihatainan.Seriously keprihatainan korang buat aku rasa nak nangis. In fact memang ada komen yang buat aku menangis bila baca. Aku terharu dengan keprihatainan korang.
Terima kasih untuk semua kata-kata semangat yang diberikan. Pada masa sekarang, memang itu semua amat aku perlukan. TERIMA KASIH.
Well, hari ni aku nak cuba bersikap terbuka tentang sejarah perubatan aku yang rakan di alam nyata juga tak ketahui. So korang rakan alam maya kira bertuah tau. Hehe!
Sejak aku berusia enam tahun, aku tak putus-putus menghadapi masalah kesihatan. Aku pernah kena hernia sehingga menyebabkan aku terpaksa menjalani small operation.
Ironinya kerana berpantang selepas operation kecil tu, aku disahkan menghidap hyperthyroid yang disebabkan kekurangan iodine yang terdapat pada makanan laut ketika berusia 13 tahun.
Selepas bersalinkan Afif, aku disahkan kena tuberculosis a.k.a TB pula. Disebabkan aku kena virus tu dibahagian leher, aku kena setahun makan ubat berbanding yang kena di paru-paru.
Selain tu aku pernah disyaki kena SLE disebabkan masalah sendi yang aku alami. Aku juga pernah buta sebelah mata yang disyaki kerana brain cancer ataupun tumor.
Aku juga disahkan kena psoriasis. Tapi seriously yang ni paling kelakar.
By the way aku yang mungkin korang kenali dalam dunia nyata mungkin secra fizikal kelihatan sihat. I mean, tak nampak secara jelas aku mempunyai masalah kesihatan.
Aku pernah dengar orang kata aku lembik bila aku cuba bersikap terbuka. Sebab tu aku tutup semua pintu cerita. Aku tapis apa yang orang perlu tahu.
Aku boleh tahan segala penyakit yang ALLAH nak berikan pada aku tapi aku tak tahan mulut jahat orang. Aku sensitif dan itu fakta!
Senyum aku hanya lakonan penutup segala luka. Muak dengan judgement orang. Cukuplah hanya suami aku mengetahui kebenaran dan menerima aku seadanya.
----------------------------------------------------
Hyperthyroid tak sakit. Ia adalah satu keadaan apabila kalenjar tiroid yang memang ada pada setiap manusia produce terlebih banyak hormon tiroid.
Antara tanda-tanda penyakit adalah hilang berat badan walau selera makan tak berkurangan, cepat penat, heartbeat laju, sweating dan banyak lagi. Klik sini untuk makluman lanjut.
Hyperthyroid tak bahaya macam cancer atau yang sewaktunya dengannya. Tapi sesiapa sahaja boleh kena sakit ni terutama kalangan wanita.
Ibu mengandung pun cukup mudah kena penyakit ni sama macam mudahnya terkena tekanan darah tinggi atau rendah ketika mengandung.
Penyakit ni walau tak bahaya tapi boleh menyebabkan kematian sekiranya pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. So jangan pandang ringan penyakit ni.
Mungkin ianya kedengaran teruk bila aku terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Tapi semua tu disebabkan rawatan yang aku jalani.
Untuk rawatan hyperthyroid ni, ada tiga jenis rawatan yang biasa dilakukan. Yang pertama adalah ubat anti-thyroid. Tapi ubat macam Carbimazole mempunyai kesan buruk masa panjang.
Rawatan yang kedua pula adalah radioactive iodine. Rawatan paling kerap dilakukan untuk pesakit hyperthyroid sebab ianya paling mudah dan paling selamat.
Yang ketiga paling jarang dilakukan adalah surgery. Even doktor sendiri tak berapa galakkan rawatan ni sebab akan ada risiko seperti berlaku kerosakkan pada peti suara
Malangnya untuk penyakit ni, walau mana-mana option yang kita pilih, ubat-ubatan tetap perlu diteruskan seumur hidup untuk mengekalkan hormon tiroid dalam badan.
Rawatan ni sebenarnya paling selamat walau ia kedengaran bahaya. Walaupun pesakit perlu minum radioactive iodine tu, ia hanya akan affect kalenjar tiroid.
Radiasi memang dalam kehidupan biasa kita pun, kita dah terdedah. Macam dari TV, telefon bimbit dan sebagainya. Cuma dalam kuantiti yang banyak atau tidak sahaja.
Doktor bukan tak bagi langsung aku jumpa anak-anak. Tapi aku sendiri yang memilih untuk berjauhan dari mereka memikirkan kesan radiasi.
Kalau kita baca dekat internet pasal radioctive iodine, kebanyakkannya mengatakan perlu berjauhan dari orang sekeliling pada jarak tiga atau enam kaki. Lebih kurang semeter.
Semuanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga atau lima hari. In fact pinggan magkuk pun tak boleh berkongsi.
Tapi doktor di HKL menggalakkan lapan hari sebab mereka tak berapa pasti berapa lama kesan radioactive tu ada dalam badan. Tapi kalau kita banyak minum air, we should be okay.
Sebab tu gamaknya dia bagi permission aku ke Pulau Pinang besok. Macam tak sabar aje menanti hari esok. Cepatlah masa berlalu.
Anyway doktor bagi MC untuk beberapa hari yang kita tak boleh jumpa orang tu. Aku dapat lapan hari MC. Angah kata, bestlah aku MC tak sakit. Hehe!
Apapun rakan blogger sekalian walau aku tak sebutkan semua nama, dengan rendah diri aku ucapkan terima kasih untuk keprihatain korang. ALLAH aje yang membalasnya.








