Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong | Kemudahan internet yang wujud hari ini telah menyebabkan kita mampu mencari apa sahaja maklumat di hujung jari. Begitu juga dengan maklumat mengenai jawatan kosong. Hanya dengan menaip keywords “kerja kosong” di mana-mana laman web enjin carian, akan terhidang maklumat yang dikehendaki. Tapi berhati-hati dengan iklan jawatan kosong.

Hari ini YY nak berkongsi pengalaman peribadi YY yang terjebak dengan syarikat yang bagi YY menganiaya mereka yang benar-benar mahukan pekerjaan. Pastikan korang dah baca sehingga ke noktah terakhir sebelum membuat sebarang penilaian.

Ceritanya begini. YY tertarik dengan satu iklan di dalam sebuah group mencari pekerjaan di laman sosial popular, Facebook. Iklan berkenaan highlighted hampir kesemua maklumat yang akan buat orang ingin mengetahui maklumat lanjut. Berpandukan nombor telefon yang diberikan, YY terus menghantar SMS ke nombor yang diberikan.

Balasan SMS yang YY terima buat YY terasa macam ada yang tak kena. Si pembalas mengatakan YY tak perlu hantar sebarang resume. YY hanya perlu datang untuk interview yang telah ditetapkan pada keesokkan harinya.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Balasan SMS yang YY terima

Kebiasaannya sebelum menghadiri mana-mana interview, YY akan cuba selidik maklumat mengenai syarikat bagi memudahkan YY memahami nature of business. Malangnya YY tidak menjumpai langsung maklumat mengenai syarikat berkenaan kecuali iklan jawatan kosong. Dalam hati dok fikir, "Aktif company ni cari orang kerja"

Anyway, walau hati ada rasa macam tak sedap, YY tetap pergi interview seperti yang dipersetujui. Lagipun tak susah mencari syarikat berkenaan kerana ia terletak di dalam bangunan yang agak well known di bandar Klang. Untuk interviewee seperti YY ketika itu, syarikat tersebut dari segi luaran kelihatan gah.

Dengan lokasi office, signage yang nampak bergaya dan tak terkecuali receptionist yang menawan. Tiada yang mencurigakan. In fact office berkenaan kelihatan sibuk. Kita boleh melihat jelas orang keluar masuk pejabat hampir sepanjang masa buat kita yang datang untuk temuduga terasa excited.

Tapi honestly YY rasakan sesi interview pelik. Sebelum ni YY pernah terlibat secara langsung interview orang yang perlu bekerja di bawah YY. Kalau ada sepuluh orang datang untuk interview, sepuluh kalilah YY mengulang sesi temuduga. Tapi ini mereka buat serentak. Mereka tak peduli tentang pengalaman, qualification atau apa sahaja yang berkaitan. Mereka hanya concern berapa ramai mereka boleh hire.

Walau sudah terasa pelik, YY tetap nekad menghadiri training yang ditetapkan. Mungkin sudah agak lama jobless menyebabkan YY ambil sikap tunggu dan lihat. Pada hari pertama training kami didedahkan dengan operasi sebenar syarikat. Walau diorang banyak kali menyebut mengenai IT provider, ia sangat tak jelas sebab ia lebih melibatkan jual beli saham emas dalam matawang Euro. Kami juga diminta download aplikasi yang dikenali sebagai MetaTrader 4 bagi mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk membeli atau menjual saham emas.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Persoalan dengan jawapan yang tidak meyakinkan 

Hari kedua training adalah hari di mana YY sedar ianya merupakan satu bentuk penipuan. At least pada pandangan mata YY. Apa yang buat YY rasa ianya satu penipuan adalah kami diminta untuk mencari seberapa banyak orang yang boleh untuk berkerja di bawah kami seolah sistem MLM. Kami diajar bagaimana untuk create iklan, menarik orang untuk menghubungi kami dan laman web mana yang menyediakan tapak untuk kami beriklan.

Patutlah ramai orang keluar masuk syarikat berkenaan. Rupanya mereka tu semua sama ada menghadiri sesi interview sebagai interviewer atau interviewee. Pada ketika itu kami disarankan menggunakan laman web Indeed.com kerana ianya percuma untuk mencari pekerja. Kami diberikan masa seminggu untuk mencari pekerja.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Screen shoot dari seorang colleague mengenai "penipuan"

Lagi menambahkan tak logik adalah syarikat tersebut telah menukar nama syarikat sebanyak tiga kali. Berdasarkan nama syarikat terdahulu yang dikongsi sendiri oleh “Puan Bos”, dua nama syarikat sebelum ni cukup hangat menjadi bualan di internet. Modus operandi hampir sama. Cuma sebelum ni mereka secara jelas mencari pelabur. Kali ini mereka menukar sedikit “jalan cerita” bagi memastikan orang tertarik.

Dedahan beberapa orang lama menambahkan keraguan yang YY rasai. YY juga baru dapat tahu bahawa mereka yang berada di dalam team YY, lebih kurang 20 orang tidak ada yang sampai sebulan bekerja di situ.Peliknya orang lain macam dah kena pukau. Malahan kami yang menyedari something tak kena ni dituduh sebagi orang yang berfikiran negative.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Berfikiran negatif katanya

Tapi apa yang buat YY bertambah nekad meninggalkan syarikat tersebut adalah “Puan Bos” di dalam aplikasi WhatsApp yang dihantar secara peribadi kepada YY secara jelas menyuruh YY menipu bagi mencari pelabur. Bila hal ni YY dedahkan di dalam group, majoriti mengatakan “Puan Bos” tersilap dan YY hanya berfikiran negatif. YY juga di removed dari group berkenaan. Fine. Kalau korang nak carry on, silakan.

Tapi YY tak salahkan mereka. Mereka terdesak. Orang seperti “Puan Bos” sengaja mencari kesempatan ke atas kesusahan orang lain. Bayangkan ada yang sanggup datang dari jauh dan meninggalkan kerja sebelum ni. Semua kerana tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan. Shame on you “Puan Bos”.

Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
"Puan Bos" dengan yakin suruh menipu

Berikut adalah senarai yang YY dapati ianya mencurigakan

1. Bila korang mahukan maklumat berkenaan kerja yang diiklankan, si pengiklan hanya berminat mengetahui sama ada korang ingin menghadiri temuduga atau tidak

2. Sesi temuduga tidak dijalan secara professional. Semua dilakukan sekali harung. Target mereka hanya memastikan mereka boleh mengumpulkan seberapa banyak pekerja di bawah mereka. Alah, sama macam sistem MLM tu. Orang bawah dapat duit, orang atas punya atas, punya atas pun, dapat duit

3. Orang yang dikatakan kerja sudah lama di situ pun tidak bekerja lebih dari enam bulan. Even leader YY ketika itu bekerja tidak sampai sebulan.

4. Gaji yang ditawarkan sama kepada semua tanpa mengira qualification mahupun pengalaman kerja. Semua dapat RM2500. Tapi agak tricky part ni. Dalam surat perlantikan jelas disebutkan “THE EMPLOYER SHALL ONLY BE ENTITLED TO THE PAYMENT OF RM2,500 PER MONTH SUBJECT TO THE FULFILLMENT OF THE TERMS AND CONDITIONS LAID OUT IN THIS AGREEMENT”

5. Surat perlantikan tidak disebut Letter of Appointment seperti kebiasaannya, tapi disebut sebagai Agreement. Sama macam kalau korang beli kereta atau rumah. Contohnya “THIS AGREEMENT IS MADE ON [DATE] BETWEEN [NAMA COMPANY] HEREINAFTER TO BE REFERRED TO AS THE COMPANY ON ONE PART AND [NAMA EMPLOYEE] HEREINAFTER REFERRED TO AS CORPORATE RELATION EXECUTIVE OF THE OTHER PARTY”

Pendedahan ini YY lakukan berdasarkan pengalaman peribadi. YY tidak menyebut nama syarikat kerana yakin ada lagi ramai syarikat yang melakukan modus operandi yang sama. YY hanya menyarankan korang berhati-hati dengan iklan jawatan kosong. Terutama iklan yang menawarkan gaji lumayan dengan syarat kelayakan tidak munasabah. Bak kata omputih, ianya too good to be true.

Rajinkan bertanya cari maklumat berkenaan syarikat seberapa banyak yang boleh. Sekiranya tidak berjumpa, hadiri sahaja sesi temuduga, Cuba nilai sendiri sama ada mereka memang berminat mengambil korang bekerja sebab kelayakan korang atau mereka hanya berminat dengan korang tanpa mengira kelayakan. Jangan jadikan diri korang mangsa, Jangan terpengaruh dengan nilai duit yang disebutkan sebab ianya memang tidak logik.

Tapi kalau nak kepastian, hadiri sahaja training yang disyorkan. Tunggu dan lihat, Kemudian nilai sendiri. Kalau korang mempunyai tangapan sama seperti YY, maka marilah kita menyeru orang lain supaya tidak menjadi mangsa. Tapi kalau korang berfikiran sebaliknya, carry on. Cuma nak ingatkan, duit yang diperolehi dengan penipuan tidak akan bawa ke mana. Sekian.

Jangan jadikan diri anda mangsa!

Kenapa Lama Menyepi?

Kenapa Lama Menyepi? | Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah agak lama rupanya YY menyepi dari dunia blogging ni. Muncul pun sekadar untuk memenuhi undangan review. Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan seorang blogger bernama +Yana Yani kebelakangan ni. Terutama sejak mula bergelar seorang suri rumah. Tapi sejujurnya tahun ni memang YY agak kurang aktif berbanding tahun terdahulu. Mungkin inilah yang dikatakan pasang surut dunia blogger.

Blog walking lagi teruk! Aktiviti yang sudah agak berkurun YY tidak dilakukan. Mungkin ada rakan blogger yang masih ingat, mungkin ada yang terus melupakan. Yelah, awak tak singgah blog orang, mana orang nak singgah blog awak dak? Mohon maaf buat semua rakan bloggers. YY mungkin tak mampu lagi melakukan apa yang dilakukan dulu terutama dalam masa-masa sekarang ni. Kemudian hari tak tahulah, mungkin kembali aktif. Siapa tahu kan?

Hasil "seni" insan kecil bernama Aisyah. Terlebih kreatif

Ada orang kata, kalau dah duduk rumah, lagilah banyak masa. Sepatutnya takdelah alasan kan? Untuk makluman, lain orang, lain kehidupan walau di atas kertas kelihatan sama. Kalau tanya pada YY, sebenarnya bila dah duduk dekat rumah, masa yang ada agak terhad. YY lebih menumpukan perhatian kepada yang lebih memerlukan. Tahu tak YY baru tahu kewujudan anai-anai di rumah YY hanya setelah YY bergelar suri rumah?

Aisyah lebih ligat dengan kewujudan YY di sisi. Mungkin cuba meluahkan “kemanjaan” yang tak pernah diperlihatkan sebelum ni. Dulu antara YY dan MyChintaHati, MyChintaHati lagi banyak nagging. Cerita kebenaran ni tau! Tapi sekarang, YY dah level expert dah bab nagging ni Semua benda boleh jadi topik. Stress agaknya bebudak tu bila YY ada dekat rumah. Siap tanya bila YY nak kerja. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Ini budak terlebih aktif. Bateri apa entah dia guna, tak pernah weak (^_^)

Bab masak pula takde perubahan sangat. Sama aje, sekali sehari juga. Tapi waktu aje yang berbeza. Pukul 9 pagi dah kena ke kedai membeli bahan untuk memasak. Pukul 10:45 kena fetched Afif dari Sekolah Agama. Balik kena terus masak. YY kena pastikan sebelum pukul 12:30 tengahari, semua dah terhidang. Dalam area tu, MyChintaHati akan balik untuk makan tengahari.

Mula-mula dulu agak teruk sebab belum mahir arrange jadual. Terasa agak stress. Tu yang agaknya kebolehan nagging mula digilap. Hehe! Tapi lama kelamaan, YY dah mahir mengurus masa. Semua mampu diuruskan in a blink of eyes. Cuma bab nagging aje tak boleh nak dilupuskan. Hehe!

Kenapa Lama Menyepi?
Assistant YY sejak YY bertukar profession 

Bab pekerjaan pula, dulu YY pernah katakan yang YY teringin menjadi suri rumah sepenuh masa. Doa itu dimakbulkan oleh DIA yang SATU. Tapi YY tak sangka dengan dompet yang semakin menyusut menyebabkan YY mula rasa menyesal mengimpikan perkara sebegitu. YY tak sedar benda yang YY tak suka itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk YY.

Hari demi hari tanpa panggilan temuduga menambahkan kerunsingan YY. Tapi kemudian YY berserah. YY mula sedar yang macamana YY usaha, kalau ianya bukan untuk YY, ia tetap tak akan menjadi milik YY. Pemikiran itu mampu membuat YY kembali mengukir senyuman.

Akhirnya YY mendapat pekerjaan. Tapi again, DIA nak tunjuk pada YY. Tempat itu merupakan satu scam. At least pada pandangan YY ianya merupakan scam. Kalau berpeluang nanti YY akan ceritakan pengalaman dua hari YY di sana sebelum menyedari YY sebenarnya ditipu. YY tak nak orang lain jadi mangsa.

Kenapa Lama Menyepi?
Penguat semangat YY untuk terus melangkah

Alhamdulillah setelah beberapa ketika, YY mula mendapat beberapa panggilan temuduga. Hari ini seperti yang sudah tertulis, adalah hari pertama YY bekerja di sebuah kilang yang tak jauh dari rumah YY. Pertama kali menceburi industri yang berbeza. Sebelum ini lebih sebelas tahun YY bekerja dalam industri perkhidmatan, front line. Semoga YY diberi kekuatan untuk hadapi cabaran di tempat baru. Sekurang-kurang untuk kedua permata hati YY.

YY rasa cukuplah setakat ini entri untuk hari ini. Ada masa nanti, YY akan cuba munculkan diri lagi. Entri kali ini pun lebih untuk menjelaskan kenapa YY lama menyepi. Doakan semoga segala urusan YY dipermudahkan. YY juga nak minta maaf sekiranya ada mana-mana tulisan YY yang menyinggung hati sesiapa. YY hanya insan biasa yang tak lari dari salah dan silap.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah | Salam Jumaat 9 Zulkaedah 1437H buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Lama juga blog ni terbiar sepi. Mujur pageviews tak sepi juga. Haha! Anyway, bermula permulaan Ogos tempohari, YY dah hampir dua minggu menjadi surirumah sepenuh masa. YY boleh katakan ia seolah impian yang menjadi kenyataan. Secara jujurnya, memang YY dah lama menanam cita-cita untuk menjadi surirumah. Dan ia sudah pun menjadi kenyataan.

Perkhabaran YY menjadi surirumah umpama hot news terutama di dalam dunia kecil YY. Tak pasti sama ada berita tersebut dihadam sebagai tanda sokongan atau sebaliknya. Ada yang kata seronok jadi surirumah, mengangkang aje kerjanya. Lasernya mulut. Debik kang taulah! Ada yang kata rugi menceburi profession surirumah di saat kerjaya sedang di puncak. Orang kan. Ada ajelah yang tak betulnya. The fact is, you know nothing about me.

Hari pertama menjadi surirumah, agak struggle nak cope dengan perubahan rutin. Rasanya kalau disenaraikan things to do, memang panjang berjela list dia. Agak panik sebab YY kena pastikan pukul 12 tengahari, makanan dah siap masak. MyChintaHati akan balik makan dan begitu juga Afif yang perlu ke sekolah sesi petang pula. Permulaan tu, memang terkejar-kejar YY dibuatnya. As time goes by, YY dah berjaya arrange masa. Sekarang dah agak stabil. Tak macam ketika hari pertama.

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah
Kerja rumah yang tak pernah habis

Tapi kerja rumah tak pernah settle weh! Ada aje! Especially menyapu. Boleh dikata sepanjang hari YY menyapu. Entah hantu mana yang suka buat habuk ni agaknya. Patutlah dulu selalu nampak MyChintaHati dok mengemop hampir setiap hari. Tapi tak pernah tanya. Haha! Sekarang dah alami sendiri baru tahu. Bukan kerja mudah sebenarnya. Yang pasti, tak adil menilai kehidupan orang lain hanya kerana kita melalui kehidupan yang mudah. Lagipun kehidupan setiap individu adalah berbeza.

Afif dan Aisyah pula seronok betul sejak YY jadi surirumah. Terutama Aisyah sebab dia boleh bangun lewat sekarang. Kalau dulu pukul tujuh dia dah kena bangun dan bersiap ke rumah parent YY. Sekarang, pukul 10 pun dia belum tentu bangun kalau YY tak goncang katil. Tapi yang YY tak tahan tu, setiap hari diorang bergaduh. Setiap hari okay!

Padahal jarak masa antara balik dari Sekolah Agama untuk ke Sekolah Kebangsaan hanya lebih kurang satu jam setengah aje. Mana nak makan, nak mandi. Tapi itupun sempat diorang berdua wrestling sesama sendiri. Ada aje isunya weh! Pening YY dibuatnya. Pula tu pandai dah jawab tak adillah, dia aje kenalah. So nak bagi adil dan saksama, seorang buat, dua-dua kena. ADIL!

Setelah Dua Minggu Menjadi Surirumah
Bergaduh aje kerja budak berdua tu

Despite semua tu, YY tetap rasa seronok sebenarnya. Banyak benda YY belajar sebenarnya. Tapi setelah difikirkan masak-masak, YY rasa tak mampu nak teruskan profession ni. Betul memang ini cita-cita YY. Tapi YY rasa tak betah. Mungkin sebab anak-anak dah besar. Lepas tu tengok duit yang semakin menyusun. Ditambah dengan tiada sebarang panggilan interview walau berpuluh resume telah dihantar, memang menyesakkan nafas. Mula dok fikir macam-macam.

Mungkin juga disebabkan YY hanya bergantung sepenuhnya pencarian secara online. YY tak keluar. Ada juga bercita-cita keluar. Tapi MyChintaHati suruh tunggu aje orang panggil interview. Nampak sangat dia lebih suka bini dia jadi surirumah. Mana taknya, lunch sekarang dah terhidang. Dulu dia kena tapau. Pendek kata, dia lebih terjaga berbanding dulu. Tu yang dia suka gamaknya.

YY rasa sampai di sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. Nak kena prepare lunch ni. Eh sat, hari ni Hari Jumaat. Lambat sikit masak takpe. Boleh berfoya-foya ni. Haha! Sempat nak blogwalking kot ni. Tunggu ye. Balun mana sempat. Till then, Assalamualaikum.

P/S - Doakan semoga dipermudahkan urusan YY ye. Terima kasih (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...