Birthday Celebration Afif! (^_^)

Benda ni sepatutnya menjadi rahsia tapi akhirnya terbongkar juga sehari sebelum majlis yang YY rancang hanya dalam tempoh seminggu. Silap sebab tak pesan pada cikgu.

YY belum pun sempat masuk ke rumah Mak untuk menjemput Afif dan juga Aisyah bila tiba-tiba Afif terus mengajukan soalan di muka pintu, "Mama besok Mama nak bawa kek pergi sekolah ye?"

"Emm, sape yang cakap?" tanya YY yang masih cuba berdalih.

"Cikgu cakap! Dia kata besok semua kena datang sebab Mama Afif nak bagi semua kawan-kawan makan kek dengan dapat jajan" kata Afif bersungguh-sungguh.

"Afif berpeluh-peluh masa cikgu cakap macam tu" tambah dia lagi.

"Kenapa Afif berpeluh?" tanya YY yang sebenarnya masih cuba berdalih. Tapi macam tak boleh nak teruskan "penipuan" tu. Terima kasih cikgu Afif sebab bongkarkan rahsia (^_^)

"Yelah sebab Afif takut tak ada kek. Mama kena beli juga kek sebab cikgu dah bagitahu kawan-kawan" kata dia yang macam orang tak senang duduk.

Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia! (^_^)

-----------------------------------------------------

Benda yang YY planned ni pun sebenarnya tanpa pengetahuan Encik suami sebab dia kebiasaannya tak suka dengan benda sebegini. Yang berlebih tu biasanya YY.

Sebab tahu karakter dia macamana dan bagi elakkan apa yang tak patut, hari nak ambil kek baru YY beritahu dia. Itupun segala jampi serapah dok bagi takut kena marah.

Tapi mood dia baik masa YY beritahu. Alhamdulillah. Malahan dia yang excited lebih, siap nak join majlis tu. Lega rasanya (^_^)

Kami sampai sekolah dalam pukul 10 pagi, masa tu budak-budak sedang makan sebab waktu rehat. Nampaknya kelibat YY, masing-masing excited sebab dah tahu pasal apa.


Budak-budak tu bila nampak kek tu kek Ultraman, masing-masing berkerumun nak tengok. Masing-masih teruja dengan kek tu tak kira lelaki mahupun perempuan.

Siap ada yang booking nak bahagian mana Ultraman (^_^)


Afif pula macam orang malu-malu bila semua mata tertumpu ke arah dia. Tak berapa nak nampak respond dia happy atau sebaliknya. Encik suami kata dia cuak.

Tapi sekali sekala mata dia dok pandang kami suami isteri yang duduk tak jauh dari meja dia memotong kek. Tersengih macam kerang busuk (^_^)


Part balik best YY rasa hari tu bila kawan-kawan Afif semua menyanyikan lagu ALLAH Selamatkan Kamu dan Happy Birthday. Macam ada dekat konsert sebab gegar suara diorang tu (^_^)

Tapi seriously buat YY pun jadi excited. Tak teringat langsung nak rakam. YY hanya snap sahaja suasana ketika mereka semua menyanyikan lagu tu.


Walaupun YY dan Encik suami turut hadir pada majlis tu, kami hanya menjadi pemerhati sebab rasa macam tak sopan nak interrupt. Segan pun ye juga, lainlah kalau rumah sendiri kan.

Seterusnya adalah sesi memotong kek.


Lepas tu sesi pembahagian kek diuruskan oleh cikgu Afif. Time cikgu tu memotong kek, terdengar suara beberapa orang murid berkata, "Cikgu, matilah Ultraman tu cikgu potong dia!"

Kami suami isteri masing-masing tergelak mendengar apa yang dikatakan tu. Macam-macam hal bebudak ni. No wonder cikgu sebelum ni sampai kena darah tinggi sebab diorang.

Afif pula ditugaskan membahagikan kek tu kepada kawan-kawan dia. Pandai pula YY nampak dia dok bahagi pinggan yang mengandungi kek tu kepada kawan-kawan dia.


Lepas dah pastikan semua dapat, barulah mereka semua makan. Seronok tengok time ni. Masing-masing berselera, siap ada yang bertambah berulang kali.

Aisyah pun tak terkecuali dari minta tambah. Cuba perhati dia yang juga sedang berbaris dan pinggan yang berada di dalam genggaman. Kelakar pula tengok dia macam tu.


Masa dok leka perhatikan Aisyah, ada sorang budak yang YY biasa nampak tapi tak ingat nama dia kata dengan YY, "Acik Mama Afif, sedap kek Ultraman ni. Kita nak lagi boleh tak?"

Cara dia panggil YY tu yang kelakar. Acik Mama Afif. Hehe!


Lepas sesi makan ni, barulah nampak kecerian Afif. Nampak yang dia seronok ada hari tu berbanding mula-mula tadi yang macam orang nak kena sunat. Hehe!


Aisyah pula tiba-tiba jadi glamour terutama dikalangan pelajar lelaki. Tak senang duduk Abang dia bila kawan-kawan dia dok kerumun Adik dia gitu.

Masa dekat rumah dia cerita yang dia tak suka kawa-kawan dia usik Adik dia macam tu. Ni besok besar mahu jadi protector pada Adik dia. Hehe!


So begitulah yang berlaku pada majlis yang YY rancang pada saat akhir. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan yang paling penting Afif seronok dan kami juga seronok.

Hopefully apa yang YY lakukan ni akan meninggalkan memori indah zaman tadika buat Afif. Lepas ni dah tak ada dah nak buat macam ni lagi sebab dan besar! Hehe!


So begitulah cerita birthday celebration Afif yang berlangsung pada Jumaat yang lalu (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum


Titipan Kasih Untuk Afif (^_^)

Kehadapan anakku Afif Haziq Fiqrullah,

Enam tahun dahulu pada jam ini Mama masih lagi kekok memegang kamu buat julung kalinya. Mama tak akan lupa sehingga ke hembusan nafas terakhir waktu dan saat itu.

Masih jelas diingatan, pukul 1:34 pagi, hari Sabtu, 22 Nov 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429, seorang putera seberat 2.28 kg telah selamat dilahirkan secara normal.

Kamu terlalu kecil untuk seorang yang tiada pengalaman seperti Mama (^_^)

First day 
Melihat kamu berada di dalam pangkuan seakan seperti tak percaya bahawa insan yang selama ni berada di dalam perut sudah berada di depan mata.

Malahan ketika membelek setiap inci tubuh kamu buat pertama kalinya membuat Mama lupa seketika segala kesakitan yang sudah pasti tidak akan kamu fahami.

First month
Asyiknya perasaan itu bila dikenangkan kembali.

Ianya seolah seperti kisah dongeng tapi sebenarnya kenyataan. Kehadiran kamu sama sekali mengubah status Mama yang selama ni hanya bergelar Isteri.

Ketahuilah bahawa kamu adalah insan kerdil pertama yang Mama amat cintai

First year

Anakku Afif,

Mama sudah mula menyayangi kamu ketika kamu hanya kelihatan seperti seketul daging di dalam ultrasound yang Mama lakukan buat julung kalinya.

Kehadiran kamu sebagai permata sulung Mama dan Papa sememang amat kami nantikan. Kami menghitung setiap detik kehadiran kamu dalam hidup kami.

Second year

Bahagia rasanya apabila kami juga boleh mengatakan kepada dunia yang kami juga bakal menjadi parent. Status itu pernah diwar-warkan mustahil kepada kami.

Tapi ALLAH itu MAHA BERKUASA.

Third year

Anakku Afif,

Melihat kamu membesar dengan sihat sejak dari dalam perut dan kemudian berada di depan mata merupakan satu nikmat yang cukup sukar digambarkan.

Suatu hari nanti kamu pasti akan fahami dan mudah-mudahan kamu juga akan merasai nikmat berkeluarga dan mempunyai anak sendiri seperti apa yang Mama dan Papa katakan ini.

Betapa sayangnya kami terhadap kamu sehingga kalau boleh kami ingin berikan segala harta di dunia ini sebagai lambang kasih dan sayangnya kami berdua terhadap kamu, putera sulung kami.

Fourth year

Anakku Afif,

Kelahiran kamu ke dunia ini beserta dengan segunung harapan. Terlalu tinggi harapan yang Mama dan Papa letakkan pada kamu sebagai anak paling tua.

Antaranya kami menaruh harapan agar kamu adalah orang yang akan menjadi imam ketika sembahyang jenazah kami berdua satu hari nanti.

Kami tahu bahawa mati itu pasti dan berdasarkan perbezaan usia, pastinya kami yang terlebih dahulu pergi. Kami mengharapkan kamu orang yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami di sana.

Fifth year

Anakku Afif,

Bersempena ulang tahun kelahiran kamu yang keenam ini, Mama dan Papa sentiasa berdoa agar kamu sentiasa dipanjangkan umur dan menjadi anak yang taat kepada suruhan agama.

Kami juga berharap kamu supaya menjadi contoh dan ikutan terbaik pada adik-adik. Hormatilah mereka sepertimana kamu mahu diri kamu dihormati.

Usah gentar kerana kami yakin kamu mampu menjadi pemimpin yang baik dan adil dalam keluarga kecil kita kerana kamu sememangnya dilahirkan sebagai pemimpin.

Sixth year

Anakku Afif,

Ketahuilah walau di mana kamu berada, walau jasad kami sudah tidak lagi bernyawa, kamu dan Aisyah tetap harta yang tak ternilai dibandingkan dengan segala emas dan wang di dunia ni.

Kami menyayangi kamu dengan sepenuh jiwa dan raga.

SELAMAT HARI JADI SAYANG

Yang benar,
Insan yang menyayangi kamu melebihi nyawa sendiri, Mama dan Papa


Afif Dah Rongak! (^_^)

Dah beberapa minggu Afif dok bercerita pasal gigi dia yang bergoyang. Mula dapat tahu tu, YY rasa terkejut juga sebab terasa macam awal sangat gigi susu dia nak tercabut.

Seingat YY, gigi susu YY mula tercabut ketika YY dah berada di dalam Darjah Satu. Kira Afif ni awal setahun dari YY untuk menjadi ronggak.

"Yelah, dah bergoyang ni. Cepat gigi Afif ni nak tercabut" kata YY sambil merasa gigi susu bahagian hadapan yang dikatakan bergoyang oleh Afif.

"Habis tu macamana ni Mama? Nanti Afif dah tak ada gigi macamana Afif nak kunyah" kata Afif pula yang mula resah bila mengetahui gigi dia bakal tercabut.

Tergelak YY bila dia kata gitu. "Dak lah. Nanti dia tumbuh lagi. Kalau orang tua macam Mama ni patah gigi, barulah dia tak tumbuh lagi" jelas YY.

"Dah, Afif biar aje dia macam tu. Nanti dia tercabut sendiri" sambung YY lagi.

Untuk beberapa hari selepas itu, Afif memang tak lagi bercerita tentang gigi dia yang bergoyang. Tapi boleh dikatakan hampir setiap hari dia dok belek depan cermin sebelum ke sekolah (^_^)

Minggu ni, hari Selasa, gigi susu yang telah beberapa ketika bergoyang tu akhirnya tercabut!


Bangga dia bercerita tentang gigi dia yang dah tercabut. Siap suruh ambil gambar, cerita dalam blog lagi! Bertuah anak bujang sorang ni! Hehe!

Ni besok mahu ada pengganti Mama jadi blogger (^_^)

Cerita pula dekat Papa dia yang gigi dia dah tercabut. "Eh dah tercabut? Ee, Afif dah rongak! Sakit ke? Berdarah banyak ke?" tanya Encik suami bertubi-tubi mengalahkan wartawan hiburan.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah tu, asyik dok bercerita pasal gigi aje!


Sampai aje dekat rumah, Afif tanya, "Mana gigi Afif tadi Mama? Afif nak tengok"

"Nanti bila ada masa lapang kita tanam dia" jawab YY ringkas sambil menghulurkan gigi tu pada Afif untuk dia dan Adik dia tengok.

"Nanti kalau kita tanam, dia jadi pokok besar sampai awan ye?" tanya dia bersungguh-sungguh siap dengan gaya lagi!

"Ish, sape yang kata gitu?" tanya YY pula yang dok pelik dengan soalan dia.

"Afif saje aje tanya macam tu" jawab dia selamba sambil disusuli dengan gelak ketawa. Sabar ajelah budak bertuah ni tau! (^_^)


Lepas tu dia bercerita pula pada Adik dia pula tentang betapa hebatnya dia bila gigi tu tercabut tanpa berdarah dan rasa sakit yang terlampau.

"Cian Abang. Atik ye?" tanya Aisyah dengan wajah simpati sambil dok perhati mulut Abang dia yang dah rongak. Entah berapa kali dia suruh Abang dia buka mulut sebab dia nak tengok.

"Tak sakitlah! Macam terhantuk dekat meja aje" jawab Afif dengan riak wajah bangga. YY yang dengar rasa nak gelak guling-guling. Alahai anak! Bukan sakit ke terhantuk meja? Hehe!

Lepas dia cakap macam tu, Afif tanya dekat YY, "Mama, bila kita nak kebumi gigi ni?"

Dengar perkataan "kebumi" tu buat YY nak gelak lagi. Ni memang confirm bakal menjadi wartawan Utusan bak kata +Hainom OKje tapi generasi seterusnya. Hehe!

"Kan Mama kata tadi, kita tunggu bila ada masa lapang. Bila hari dah siang. Ni malam kan?" jawab YY sambil dok cuba menahan ketawa sebab teringat simptom desease rekaan +Mummy Dearie

So begitulah ceritanya tentang gigi Afif yang ronggak!

----------------------------------------------------

Sebelum YY nak tutup cerita untuk hari ni, YY nak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat Abah YY yang tersayang. Hari ni hari jadi Abah yang ke 58 tahun. Syukur Alhamdulillah (^_^)

Semoga Abah dipanjangkan umur dan berterusan diberikan yang baik, sentiasa ceria seperti selalu dan paling penting Abah tetap hero di hati Along! SELAMAT HARI JADI ABAH!

Sayang Abah sangat-sangat! (^_^)

Hari ni juga enam tahun yang lalu YY sedang sakit setelah di induced pada pukul 6:30 pagi dan berterusan sehingga 12 tengah malam untuk membawa seorang insan ke muka bumi ALLAH ni.

Kalau tanya pada YY sama ada sakit bersalin tu sakit atau tak? YY akan jawab tak. Kalau sakit pun hanya ketika nak keluarkan kepala bayi. Selepas tu segalanya dah dipermudahkan.

Tapi sakit paling sakit adalah contraction! Teringat pun rasa ngilu walau tak boleh ingat dengan tepat rasa sakit tu. Yang pasti, memang sakit!

Entah kenapa tiap kali menjelang sambutan hari lahir anak-anak, YY asyik teringat sakit yang pernah dilalui. Walaupun sakit, tetap ada rasa nak bagi lagi adik pada Afif dan Aisyah (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...