Tanda Sokongan Kepada Blogger Suria LekatLekit

5:15:00 pm Yana Yani 9 Comments

Tanda Sokongan Kepada Blogger Suria LekatLekit | Sejak dua tiga bulan kebelakangan ni, YY memang agak kurang aktif dengan media sosial. Apa sahaja yang berkaitan dengan dunia blogger memang YY tinggalkan sejenak atas faktor kesihatan. Bila sekali sekala buka media sosial, terkejut bila dapat tahu bahawa blogger +Suria Lekatlekit disaman oleh pengasas kepada satu jenama produk. Walaupun butiran saman tidak dikongsi, YY dapat mengagak siapakah pengasas yang dimaksudkan.

Jujurnya YY sangat bersimpati dengan dugaan yang menimpa blogger Suria. Ia pastinya satu tamparan hebat buat beliau yang hanya bergantung sepenuhnya dengan dunia blogger untuk menjana pendapatan keluarga.

http://www.lekatlekit.com/

Untuk makluman korang, blogger Suria mungkin dikenali kerana kelantangan beliau dalam melahirkan pendapat tentang sesuatu isu. Habis semua isu mampu dikupas dengan menarik mengikut rentak penulisan beliau yang tersendiri. Disebabkan kelantangan beliau, YY pernah terdengar ada ramai blogger yang kurang senang dengan beliau. Pun begitu, YY melihat beliau dari sisi yang berbeza. YY sangat hormati beliau. In fact, beliau adalah antara blogger yang tak pernah menolak tiap kali YY meminta pertolongan untuk viralkan sesuatu cerita.

Sekarang dia dalam kesusahan. Atas dasar semangat rakan sesama blogger dan sebagai tanda sokongan buat beliau, YY terbit blog entry ni. Ini adalah sumbangan kecil yang mampu YY lakukan untuk beliau.

SAYA TIDAK MEMFITNAH

Assalamualaikum. Saya yakin ramai di antara kawan-kawan dalam friend list saya dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar dan bukti pengakuan pengguna.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak dan kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian.

Sebagai seorang manusia dan sebagai rakyat Malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap rasa saya berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri, malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak.

Saya harap post ini dapat di panjangan (like/share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan dan masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas.

Saya ingin membela diri dan saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana-mana pihak sudi membantu.

Moh lah kita beramai-ramai memberi sokongan moral kepada blogger Suria. Bantulah dia mengikut kemampuan korang. Contoh paling mudah adalah share status beliau di bawah ni. Lagi ramai yang share dan like, siapa tahu lagi mudah urusan beliau kelak kan. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit


Buat blogger Suria, YY harap Suria tabah menghadapi ujian ni. Kekalkan sifat positif dalam diri. Insya Allah dengan dengan sifat positif itu mampu membawa manfaat buat Suria dan orang-orang di sekeliling Suria. Apapun, Suria jangan rasa gundah gulana ye, yakin yang sesungguhnya Allah bersama kita (^_^)

Sumber: http://bit.ly/2t4mthU

9 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...