Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
11:03:00 pm
Yana Yani
7 Comments
Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records | Sabtu baru ini YY dan keluarga diberi peluang bersama hampir 2,000 pelajar daripada 32 sekolah rendah sekitar Lembah Klang mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi "Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di Taman Tema Sunway Lagoon. Kalau korang nak tahu, ia merupakan rekod pertama dicatat di bawah kategori Pencapaian Manusia di dalam MBOR. Hebat bukan.
Pastil Chewies Immunolicious yang sangat sedap
Sebahagian daripada 2000 pelajar yang mengambil bahagia
Pelajar yang berumur antara lima hingga 12 tahun itu mencatat rekod berkenaan dengan mengambil lebih 3,000 pastil Chewies Immunolicious secara serentak. Ia merupakan usaha Chewies mendidik kanak-kanak tentang kepentingan membina sistem imun yang kuat untuk kesihatan mereka melalui pengambilan makanan tambahan seperti mengunyah pastil Chewies Immunolicious yang sangat lazat.
Upacara penyerahan sijil Malaysia Book of Records
Sijil MBOR itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma Sdn Bhd, Javed Ghulam Muhammad oleh Penolong Pengurus Analisis, Kajian dan Pemasaran MBOR, Ayman Izaaz.
Antara guru daripada 32 buah sekolah yang terlbat
Kalau korang nak tahu, pastil Chewies Immunolicious ini diperkaya dengan Wellmune yang merupakan sejenis gluco ploysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik. Ia bertindak sebagai pengalak sistem imun semula jadi bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Pastil ini boleh didapati dalam perisa Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra-Orange.
Ia memang mudah dimakan dan memberikan tarikan kepada kanak-kanak kerana rasa yang enak. Pastil Chewies Immunolicious memang telah terbukti secara klinikal meningkatkan sistem imun secara selamat dan mengurangkan demam dan selesema.
Afif dan Aisyah yang "terpaksa" ceria. Haha!
Dengan mengambil dos harian yang disarankan, dua pastil untuk kanak-kanak dan empat pastil untuk orang dewasa, ia sekaligus meningkatkan imuniti mereka yang terlibat pada hari tersebut. Setelah mencatat sejarah dalam MBOR di Sunway Amphitheatre, kami semua diberi ganjaran yang menyeronokkan dengan menyertai pelbagai aktiviti di Sunway Lagoon sepanjang hari. Seronok sangat weh!
Hak ni memang betul punya ceria! Haha!
Ombak besar ni pada YY antara tarikan hebat di Sunway Lagoon
Apapun YY dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chewies kerana menjemput kami bersama-sama mencatat sejarah pada hari tersebut. Kami memang sangat berseronok pada hari tersebut. Sekali lagi sekalung tahniah buat Chewies (^_^)
7
dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
7 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿