A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka

10:08:00 am Yana Yani 7 Comments

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka | Sebut aje Melaka, YY yakin korang semua tahu yang negeri ini adalah antara destinasi pelancongan yang sangat popular. Melaka kalau kita tengok atas peta terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia. Disebelah Utara, Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan. Manakala di sebelah Selatan pula, Melaka bersempadan dengan Johor. Selain dikenali sebagai Negeri Bersejarah, Melaka turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage atau Bandar Warisan Dunia. Tumpang bangga juga beb, walau YY bukan orang Melaka!

Secara jujurnya dah sedekad YY tak menjejakkan kaki di Melaka. Kali terakhir pergi, masa tu Afif kecik lagi. Tu pun tak dapat jelajah habis sebab sangkut dalam jem! Haha! Mungkin sebab dah lama sangat tak pergi, keinginan nak ke Melaka lagi tu membuak-buak. Tahun lepas YY sekeluarga dah hampir sampai ke Melaka. Tapi masa tu YY tengah sarat sangat. Nak berjalan beberapa langkah pun tak larat weh! Apatah lagi nak ke Melaka. Memang tak lah jawabnya. Huhu. Last minute cancel trip!

Tahun ni Melaka adalah antara destinasi pelancongan yang YY sekeluarga merancang untuk pergi. Antara tempat di Melaka yang YY berkeinginan nak pergi adalah A'Famosa Resort. Lagipun ramai kawan YY yang recommend YY ke sana. Maka gigihlah YY mencari A'Famosa Resort details di laman carian.

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej kredit https://bit.ly/2jcd999

Hasil kaji selidik, ceh! Kaji selidik tu! Drama sangat tau! Haha!

Kalau korang nak tahu, nama resort ni diambil bersempena dengan Kota A Famosa. Ia adalah monumen popular abad ke 16 yang juga merupakan kubu pertahanan peninggalan Portugis. Ia juga khabarnya merupakan tinggalan seni bina Eropah paling lama yang masih wujud sehingga kini di Asia Tenggara! Melalui pembacaan, barulah YY tahu yang Kota A Famosa ni originally dibina oleh Alfonso de Albuquerque. Dia ni juga khabarnya yang mengetuai pencerobohan Portugis ke Kesultanan Melaka. Perghh! Terasa macam dah khatam buku Sejarah beb! Haha!

Berbalik kepada cerita A’Famosa Resort tadi, ia merupakan antara tempat menarik di Melaka yang harus korang singgah. Banyak recommendation yang YY baca mengenai A'Famosa Resort especially bila YY cari A'Famosa Resort details di laman carian. Recommendation tu buat YY sendiri rasa macam tak sabar nak pergi. A’Famosa Resort ni kalau kita tengok pada peta, ia terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah. Tapi tu kalau korang melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan.

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej dari https://bit.ly/2HY4KEc

Baca punya baca, YY dapat tahu yang A'Famosa Resort ini direka oleh pereka terkemuka, Ross C.Watson. Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada. A'Famosa Resort ni terletak di atas kawasan seluas 1300 ekar, dikelilingi oleh bukit-bukau dan kawasan desa yang subur. Malahan ini juga merupakan antara faktor yang membuatkan A'Famosa Resort sangat unik especially dengan tasik buatan, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.

Kalau korang nak tahu, A'Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah. Ia dilengkapi dengan padang golf 27 lubang. In fact resort ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi hiburan seperti World Animal Safari dan Taman Tema Air. Ada banyak juga tempat menarik seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.

Pendek kata semua satu pakej ada kat A'Famosa Resort ni! Tak payah dok kalut pergi tempat lain dah! Semua yang korang nak dari tempat shopping sehingga ke taman rekreasi boleh didapati hanya pada satu tempat. Menarik kan? Harus pergi ni! Harus!

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej kredit https://bit.ly/2HZMaM0

Perjalanan ke A'Famosa Resort sekiranya menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan khabarnya hanya mengambil masa setengah jam perjalanan dari bandaraya Melaka, manakala 45 minit diperlukan sekiranya korang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tapi ni kalau tak jem tau! Kalau jem, masaklah korang dalam kereta. Haha!

Fuh! Nampak tak betapa gigihnya YY mencari maklumat mengenai A'Famosa Resort ni. Tu nak membuktikan betapa excitednya nak ke Melaka. Ni semua gara-gara kawan YY dok bakar YY. Dia kata YY wajib pergi A'Famosa Resort sebab ia merupakan tempat paling menarik di Melaka. Moga jadi kenyataanlah impian YY ni. Aamiin!

Okaylah korang. Rasanya sampai sini ajelalah YY dok bebel pasal A'Famosa Resort details ni. Moga kita bertemu lagi di lain entry ye. Assalamualaikum.

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...