Berangan Membeli 5 Barang di Lazada

7:01:00 am Yana Yani 12 Comments

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada | Sebut aje Lazada, YY yakin semua mengenali peneraju utama e-commerce di rantau ini. Dengan ratusan ribu produk dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon, perkakas elektronik dan barangan rumah, Lazada adalah platform dalam talian yang harus untuk dituju bagi memenuhi keperluan membeli-belah manusia seperti YY.

YY dah banyak kali juga membeli belah di Lazada. Salah satu sebab suka ke Lazada adalah kerana ia mudah di akses walau di mana sahaja. Tak kiralah kita akses melalui komputer atau smart phone. Pengalaman yang sememangnya best ditambah dengan servis penghantaran yang sangat efficient. Mau tak ketagih!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Jualan di Lazada sempena Tahun Baru Cina

Hujung bulan ni biasalah, poket rabak tahap kronik. Walaupun menyedari keadaan poket, YY secara sengaja telah meneroka http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale/. Lepas tu rasa menyesallah pula! Nasib poket rabak! Idak memang tak jumpa jalan pulang! Disebabkan nak beli betul-betul tak boleh, so kita berangan ajelah. Tak salahkan berangan. Haha!

Kalau tetiba ada duit kedebuk jatuh kan, YY cadang nak beli lima barang berikut. Hak yang pertama sekali nak beli adalah HETCH UV Vacuum Cleaner. Ni memang dah lama nak beli tau. Membayangkan kesenangan tanpa perlu pening kepala dok ngadap wayar berselirat tiap kali nak vacuum kereta. Heaven weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
HETCH UV Vacuum Cleaner

Barang kedua yang YY berangan nak beli adalah Philips Steam Generator Iron. Ramai bagi feedback kata menatang ni memudahkan kerja mengosok diorang. Biasanya kalau YY mengosok baju sekolah bebudak, makan masa berjam lamanya. YY baca review, semua kata tak sempat nak penat bila guna menatang ni. Tak taulah betul ke idak. Tapi sebab positif review gitu, buat YY pun nak juga berangan memiliki menatang ni.

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Phillips Steam Generator Iron

YY biasa guna kamera Canon Power Shot A2500. Hampir semua gambar dalam blog ni adalah hasil dari kamera tu. Orang lain banyak dah upgrade ke kamera jenis DSLR. Tapi kalau YY dapat Sony Cyber-shot DSC W810 ni pun jadilah. YY tergoda dengan 20.1 megapixel yang dia ada berbanding yang YY ada sekarang hanya 16.0 megapixel. Pada pandangan si amatur ni, lagi tinggi megapixel, lagi cantik gambar bila print. Haha!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Sony Cyber-Shot

Jujurnya YY suka tetamu berkunjung ke rumah. Masalahnya YY punya ruang tamu agak kecil. Tiap kali kalau ada tetamu datang ke rumah, YY terpaksa ajak diorang makan di dapur sebab ruang tu lebih besar. Tapi meja makan yang YY ada sekarang kecil. Hanya muat empat orang sekali makan. Ni kalau dapat meja makan macam Cavenzi Yukada 1+6 Dining Set ni dah kira bahagia sangat dah weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Yavenzi Yukada Dining Set

Last but not least, YY berangan nak beli VIVA HOUZ - HARMONY Storage Ottoman sebab nampak macam kelasss gitu! Selain boleh digunakan sebagai storage, menatang yang keihatan exclusive ni pun boleh digunakan sebagai kerusi. Cantik juga kalau letak di ruang tamu YY. Siap dapat bantal percuma wokey! Untunglah kalau dapat beli ni weh!

Berangan Membeli 5 Barang di Lazada
Viva Houz Storage Ottoman

Semua imej dekat atas ni korang boleh klik. Nanti pautan tu akan bawa korang ke barang yang YY berangan nak beli. Manalah tau korang berkenaan juga. Haha!

Nampak tak bertapa bernafsunya isteri kepada MyChintaHati ni. Ni kalau ditambah semua harga ni, cecah RM2017 juga weh! Eh, cantik pula harga keseluruhan tu. Haha! Nasiblah korang terpaksa melayan entri merapu YY hari ni. Manalah tau kan. dengan entri merapu ni boleh dapat kedebuk RM2017. Siapa tahu rezeki kan. Haha!

Okaylah, YY kena berhenti. Kang lagi merapu YY merepek. Selamat bercuti kepada yang bercuti. Semoga berbahagia bersama dengan yang tersayang. YY pula, esok dah kena kembali berkerja. Sungguh malas diri ini bila memikirnya. Haha!

12 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Penawar Resdung Paling Mujarab

11:49:00 am Yana Yani 8 Comments

Penawar Resdung Paling Mujarab | Sebelum bercerita mengenai Penawar Resdung Paling Berkesan, YY nak elobrate sikit maksud resdung. Resdung ni merupakan penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ni pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa atau dalam bahasa mudah kulit yang mengeluarkan hingus. Dalam keadaan normal, mukosa mengeluarkan hingus dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung.

Resdung akan mula terjadi apabila ‘ostium’ tadi tersumbat kerana hingus terkumpul dalam sinus dan mengundang kehadiran kuman. Kehadiran kuman tu boleh jadi disebabkan virus, bakteria atau fungus.

Penawar Resdung Paling Mujarab
Ubat resdung paling mujarab

Walaupun resdung tidak membawa kematian tetapi ia memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri mereka yang mengalaminya.

Harus diingat bahawa masalah redung ni boleh berlaku kepada sesiapa saja. Tapi kalau ada ahli keluarga terdekat menghidap resdung, peluang untuk kita mengalami masalah yang sama adalah tinggi. Sebab tu sekiranya kita sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan, eloklah berjumpa dengan doktor. Doktor adalah orang yang lebih arif dalam memastikan sama ada yang korang alami itu hanya alahan hidung ataupun resdung.

Penawar Resdung Paling Mujarab
Ubat daripada serbuk akar kayu herba tradisional

Seiring dengan peredaran masa, terdapat pelbagai jenis rawatan dan ubatan di pasaran yang mampu mengatasi masalah resdung. Hari ini YY akan berkongsi dengan korang semua penawar resdung paling mujarab.

Ubat yang YY katakan ini adalah sejenis ubat resdung paling berkesan daripada serbuk akar kayu herba tradisional. Ia dibuat bagi melegakan dan mengurangkan simptom resdung dan juga alahan kepada makanan laut. Dengan penggunaan kerap, Insya ALLAH akan mengurangkan masalah resdung yang korang alami.

Penawar Resdung Paling Mujarab
Testimoni

Cara pengambilan atau aturan makan penawar resdung paling berkesan juga mudah. Hanya perlu telan sebiji di waktu malam sebelum tidur dan sebiji di waktu pagi. Amalkan setiap hari. Sekiranya masalah resdung korang sudah berkurangan, tak perlu lagi amalkan setiap hari. Hanya ambil bila anda perlu saja.

Untuk maklumat berkenaan testimoni dan cara penggunaan, korang boleh layari laman sesawang http://herbaresdong.blogspot.my atau boleh juga hubungi Puan Aisyah di talian +6019 871 616 untuk maklumat atau ingin mendapatkan Penawar Resdung Paling Berkesan ini.

Bacaan lain: Penawar Buasir Paling Mujarab Bagi Kaum Lelaki Dan Wanita

8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986

11:24:00 am Yana Yani 26 Comments

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986 | Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan anugerah berprestij yang dinanti oleh peminat muzik tanahair. Malahan AJL sudah menjadi sebahagian dari industri hiburan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh stesen televisyen swasta pertama Malaysia, TV3. Untuk makluman, AJL merupakan rancangan berbentuk pertandingan nyanyian yang membariskan lagu-lagu nyanyian artis popular.

Format pertandingan juga sudah beberapa kali mengalami perubahan mengikut perubahan zaman. Paling ketara adalah pertandingan mengikut kategori yang dimansuhkan pada 2009 kerana kekurangan lagu-lagu berunsur irama tradisional. Yang pasti salah satu lagu yang dipertandingkan akan dipilih oleh juri profesional yang dilantik sebagai pemenang ketika di pentas akhir.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Logo Anugerah Juara Lagu ke-28

Dalam Anugerah Juara Lagu ni juga ada diwujudkan anugerah khas iaitu Anugerah Persembahan Terbaik di mana Dato Siti Nurhaliza menguasai dengan lima kali kemenangan diikuti Noraniza Idris sebanyak empat kali sejak ia mula diperkenalkan pada 1986. Manakala Anugerah Vokal Terbaik pula hanya mula diperkenalkan pada 2002, di mana Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah mengungguli dengan masing-masing tiga kali secara berturut-turut.

Anyway, bersempena dengan pertandingan akhir AJL yang bakal berlangsung tak lama lagi, YY berbesar hati menyediakan senarai pemenang AJL sejak ia mula dipertandingan. Please take note yang senarai ini akan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan.

AJL
Tahun
Pencipta Lagu
Penulis Lirik
Lagu
Penyanyi Asal
1
1986
- Manan Ngah
- Lukhman S.
Sekadar Di Pinggiran
Francesca Peter
2
1987
- A.Ali
- Habsah Hassan
Menaruh Harapan
Zaiton Sameon
3
1988
- Ahmad Nawab
- Abdul Jalil Salleh
Kau Kunci Cintaku
Di Dalam Hatimu
Ramlah Ram
4
1989
- Suhaimi bin Abdul Rahman
- Yazid Ahmad
- Hamzah Mohd Taib
- Noordin Taib
- Nasir Daud
- Bob Lokman
Isabella
Kumpulan Search
5
1990
- Adam Ahmad
- Aishah
Janji Manismu
Aishah
6
1991
- Rahim Othman
- Juwie
Takdir dan Waktu
Kumpulan Mega
7
1992
- Fauzi Marzuki
- Bob Lokman
Pada Syurga di Wajahmu
Nash
8
1993
- Adam Ahmad
- S. Amin Shahab
Teratai Layu Di Tasik Madu
Fauziah Latiff
9
1994
- M. Nasir
- M. Nasir
Tanya Sama Itu Hud Hud
M. Nasir
10
1995
- Jari Idris
- Habsah Hassan
Cinta Beralih Arah
Aishah
11
1996
- Adnan Abu Hassan
- Hani MJ
- Othman Zainuddin
Jerat Percintaan
Siti Nurhaliza
12
1997
- M. Nasir
- Jamal Abdillah
- Cenderawasih
Ghazal Untuk Rabiah
M. Nasir dan
Jamal Abdillah
13
1998
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Cindai
Siti Nurhaliza
14
1999
- M. Nasir
- Loloq
Andalusia
M. Nasir
15
2000
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Balqis
Siti Nurhaliza
16
2001
- Yasin Sulaiman
- Yasin Sulaiman
Mimpi Laila
Yasin Sulaiman
17
2002
- Aidit Alfian
- Aidit Alfian
Keliru
Ajai dan Nurul
18
2003
- Adnan Abu Hassan
- Adnan Abu Hassan
Bunga-bunga Cinta
Misha Omar
19
2004
- Tam
- Keon
Relaku Pujuk
Kumpulan Spider
20
2005
- Aubrey Suwito
- Asmin Mudin
Gemilang
Jaclyn Victor
21
2006
- Azlan Abu Hassan
- Adibah Noor
Terlalu Istimewa
Adibah Noor
22
2007
- Richael Lawrence
- Gimbang
- Din Hormatov
- Nor Hanafi
- Azwin Andy Malik
- Richael Lawrence
- Gimbang
Itu Kamu
Kumpulan Estranged
23
2008
- Taja
- Tass
- Lan
- Taja
- Tass
Lagu Untukmu
Kumpulan Meet Uncle
Hussain
24
2009
- Pete Teo
- Amran Omar
Pergi
Aizat Amdan
25
2010
- Ana Raffali
- Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali
26
2011
- M. Nasir
- Budi Hekayat
Awan Nano
Hafiz Suip
27
2012
- Yuna Zarai
- Yuna Zarai
Terukir Di Bintang
Yuna Zarai
28
2013
- LY
- Baiduri
Bahagiamu Deritaku
Hafiz Suip
29
2014
- SonaOne
- Joe Flizzow
Apa Khabar
Joe Flizzow dan
SonaOne
30
2015
- Akim Ahmad
- Kamar Empayar
Potret
Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
31
2016
- Natashah
- Iman Imran
Lelaki Teragung
Dayang Nurfaizah

Kebanyakkan lagu yang dipilih sebagai pemenang, memang YY biasa dengar. YY yakin korang pun sama kan. Tapi ada juga beberapa lagu yang kurang biasa dipendengaran YY ni. Mungkin juga faktor usia. Secara jujurnya YY lebih suka mendengar lagu era 80-an sehingga awal 2000. Berbanding lagu sekarang yang kurang kena dengan jiwa YY. Again, usia dah meningkat. Haha!

Rasa itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Kalau nak dengar lagu yang pernah memenangi AJL, boleh klik gambar di bawah. Till then, bye

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Klik gambar untuk dengar lagu pemenang AJL

Sumber: http://bit.ly/2jqlQ1z

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna

1:22:00 pm Yana Yani 36 Comments

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna | Bila sebut pasal hadiah, tak kira berapa pun usia kita, apapun jantina kita, kita pasti teruja. Bohonglah kalau kita kata tak suka terima hadiah. Yang menariknya, kedua pemberi dan penerima akan rasa excitement yang hampir sama. Si pemberi teruja nak tengok reaksi si penerima. Manakala si penerima, berganda dia punya happy sebab dapat hadiah dari insan yang tersayang. Mau senyum lebar sepanjang hari.

Silap haribulan, siap up status dekat media social lagi dengan ayat yang lebih kurang "Dapat hadiah dari si dia. Kau hado?" Haha!

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Tapi kan kalau hadiah tu kita buat sendiri, lebih dekat dengan hati si penerima tau. Bila ada sentuhan sendiri, hadiah murah pun jadi mahal. Sungguh! Si penerima akan terasa hadiah tu sangat exclusive sebab hanya dia yang ada hadiah tu. Mestilah kan! Susah payah kita customize hadiah tu dekat Printcious sampai tak tidur malam. Printcious tu apa? Tak tahu ke? Serious?

Okay, YY explain sikit ye. Printcious ni merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah berbentuk customisation. Faham tak? Syarikat yang menggunakan tagline Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart ni sangat well known dikalangan mereka yang biasa customize hadiah. Memang seronok kalau dapat reka sendiri corak atau design dekat sini tau.

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Front page website Printcious

Ada macam-macam jenis hadiah yang korang boleh beli dekat Printcious.

Ada t-shirt, cawan, puzzles, telefon cases, kusyen, mousepads, jubin seramik dan banyak lagi. The best part is, semua hadiah ni korang boleh reka sendiri corak dia mengikut citarasa korang. Memang sesuai sangat kalau nak bagi hadiah berbentuk personalised ni pada cinta hati korang. Baru lagi bermakna gitu!

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Antara kategori produk yang ada

Berdasarkan pengalaman YY sendiri yang pernah order barang dekat Printcious ni, memang sangat senang cara nak customize barang. Pilih aje barang yang korang nak order, lepas tu design ikut kreativiti korang. Contohnya korang nak order t-shirt. Memula tu korang pilih jenis t-shirt yang korang nak, pilih size, pilih colour, lepas tu design je dengan klik pada Customize It tu.

Atau korang boleh juga edit design yang sedia ada dalam Printcious. Tapi kalau rasa susah nak customize, beli siap pun boleh. Tak ada masalah. Duit korang kan. Lagipun ada banyak pilihan corak atau design yang korang pilih dekat situ. Guarantee puas hati

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Cara nak customize item di Printcious

Senangkan cara yang YY senaraikan tadi kan. Tinggal nak buat dengan tak nak aje. Semuanya dekat hujung jari aje. Lagipun kalau buat sendiri ni, penerima akan rasa sangat dihargai. Even kita sebagai pemberi pun akan rasa seronok bila nampak orang tersayang pakai hadiah yang kita bagi. Terasa dunia bagai ana yang punya gitu! Haha!

Honestly YY suka beli dekat Printcious. Barang pun cepat aje sampai. Memang berbaloi

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Antara hadiah yang boleh diberi pada yang tersayang

Alright, rasa sampai sini aje bebelan YY. Just nak bagitau yang skop pemberian hadiah ni luas. Boleh jadi sebagai simbol penghargaan atau mungkin juga kasih sayang. Tapi percayalah yang ianya akan lebih bermakna bila kita buat atau design sendiri.

So apa lagi, jom customize barang di https://www.printcious.com/

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas

11:37:00 am Yana Yani 24 Comments

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas | Selain dari Mak YY, YY banyak juga belajar memasak dari Mak Mentua YY. Orang tua ni kalau kita tunjuk minat nak belajar, lagi seronok dia. Segala macam ilmu dia akan perturunkan nanti. Fakta tu tau! Haha! Antara resepi yang YY belajar adalah cara masak ayam asam pedas dengan mudah dan ringkas. Sebelum ni YY rasa nak masak asam pedas macam leceh sangat. Tapi dengan resepi yang Mak Mentua YY ajar ni, memang sangat mudah dan ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan pun senang aje nak dapatkan.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Bahan-bahan untuk resepi ayam asam pedas mudah

Bahan-bahan yang perlukan adalah
- Tiga ketul daging ayam
- Sebatang serai diketuk
- Daun kesum
- Satu kiub tom yam
- Satu sudu kecil asam jawa Xtra
- Sebiji kentang (optional)

Bahan untuk dikisar
- Segenggam cili kering
- Dua biji bawang besar
- Tiga ulas bawang putih
- Satu inci halia

Please take note yang semua bahan yang disenaraikan di atas adalah untuk semangkuk asam pedas sahaja. Ia juga bergantung kepada cara korang sendiri adjust resepi. Nak depend sepenuhnya pada resepi pun tak boleh juga juga. Kalau kita treat as guideline, insya ALLAH menjadi. Yang penting, practise makes perfect

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Rebus cili kering

Mula-mula sekali korang belah atau potong cili kering. Tak kisah mana-mana cara yang korang nak buat, janji keluar biji dia. Masukkan air ke dalam periuk sampai tenggelam cili kering tu. Lepas tu biar aje atas api. YY biasanya rebus cili kering dengan api besar bagi dia cepat lembut. Tapi kalau buat camtu, air melimpah ruah. Ada petua suruh letak sudip kayu atas mulut periuk bagi air dia tak melimpah ruah. Contohnya macam gambar di atas. Menjadi tau!

Lepas tu korang kisarkan cili kering yang dah direbus dan ditos bersama dengan bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan yang dah dikisar tu, korang masukkan aje dalam periuk panas bersama dengan serai yang dah diketuk. Tak payah letak minyak ye. Kiranya takde istilah menumis dalam resepi ni.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Ayam asam pedas dah sedia dimakan

Biarkan aje sekejab. Dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang. Kcau rata, lepas tu biarkan lagi kejab. Agak macam dah layu ayam tu, tambah air. Air ni ikut korang nak letak banyak mana. Nak pekat, kurang air. Nak cair, lebihkan air. Gitu aje. Lepas tu masukkan daun kesum dengan kiub tom yam. Garam jangan lupa masukkan ye. Kang rasa payau pula asam pedas korang. Kacau sekejab, time ni bau dia, perghhh! Bikin perut memberontak korang tau! Takpe, korang sabar jab. Bila kentang dah empuk, kira dah masaklah korang punya ayam asam pedas tu.

Nak makan asam pedas ni ada petua tau. Petua dia, makan masa dia dah sejuk. Time tu dah serap rasa. Orang tua katalah kan. Kalau nak ikut, ikutlah. Tapi kalau korang tanya YY, YY bedal aje. Perut dah lapar. Apa kira serap rasa ke dak. Janji dapat makan. Sedap ke tak belakang cerita. Yang pasti kalau sendiri masak, kepuasan dia lain macam. Haha!

So begitulah cara YY masak ayam asam pedas. Setakat ni, memang ni resepi paling mudah dan ringkas. Kalau korang rasa tak mudah juga, tak tahulah YY nak kata apa.

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...