Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi

8:12:00 am Yana Yani 7 Comments

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi | Korang pernah dengar mengenai Tasneem Naturel Baby Balm ni tak? Kalau tanya YY, sejujurnya YY baru pertama kali dengar mengenai balm ni. Tak pernah tahu kewujudan balm jenama ini sehinggalah ada seorang kawan memperkenalkannya kepada YY. Mungkin dia kesian pada YY yang mengalami masalah batuk berterusan walau sudah mencuba pelbagai petua. Nak ambil sebarang ubat-ubatan, terasa bimbang pula terutama YY sekarang sudah berada di trimester terakhir kehamilan.

YY difahamkan bahawa Tasneem Naturel Baby Balm ini diasaskan dari bahan semulajadi dan 100% menggunakan pati minyak Essential Oil yang asli. Ia juga bebas dari bahan-bahan seperti Paraben atau Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Dengar cerita, faktor-faktor ini yang menyebabkan Tasneem Naturel Baby Balm ini "laku keras" di pasaran dan ia merupakan pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak masing-masing.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Tasneem Naturel Baby Balm

Masa YY diperkenalkan dengan Tasneem Naturel Baby Balm ni, YY mati-mati ingat ianya hanya sesuai untuk bayi sahaja. Mungkin disebabkan nama produk itu. Rupa-rupanya YY silap dek nom weh! Balm ini sebenarnya sesuai untuk semua peringkat umur, baik dari bayi sehinggalah kepada orang dewasa. Ceritanya, alang-alang dah berada di penghujung kehamilan, YY terus dapatkan kesemua keempat jenis Tasneem Naturel Baby Balm iaitu Tasneem Naturel Cough Flu Rub, Tasneem Naturel Calm Time, dan Tasneem Naturel Tummy Time. Senang bila dah ada baby nanti.

Tapi buat masa sekarang, tumpuan YY lebih terarah kepada Tasneem Naturel Cough Flu Rub sebab ia dikhabarkan mampu mengurangkan dan melegakan batuk. Kalau korang nak tahu, sebelum tu YY dah batuk hampir dua minggu. Bermacam petua YY dah cuba dan amalkan, tapi satu pun tak menampakkan hasil. So YY cuba sapukan Tasneem Naturel Cough Flu Rub ni pada bahagian kerongkong, dada dan tulang belakang. Setiap malam YY sapukan balm ni sebelum tidur. Kadang kalau batuk teruk sangat pun, YY terus pakai. Lagipun dia punya packaging handy aje dan quite cute.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Tasneem Naturel Cough Flu Rub

Guess what? Batuk YY semakin berkurangan! YY suka hati bukan main korang tahu! Yelah sebelum ni rasa sangat tak selesa. Dah lah dengan perut yang memboyot, batuk lagi, memang azab jugalah YY nak face keadaan tu setiap hari. Yang kelakarnya, benda pertama YY cari lepas batuk berkurangan adalah air batu! Haha! Disebabkan batuk ni , lama juga YY pantang minum air batu tau. So bila dah okay aje, memang dibalun cukup-cukup! Kononnya melepaskan keinginan. Haha!

Selain membantu mengurangkan batuk, Tasneem Naturel Cough Flu Rub ni juga membantu mengurangkan selesema, mencairkan kahak, melegakan asthma, dan juga mampu mengurangkan suhu ketika demam. Cara penggunaan dia sama macam yang YY ceritakan tadi. Kalau pada baby, tambahkan sapuan di bahagian tapak kaki. Bahan yang digunakan untuk memastikan kemujaraban Tasneem Naturel Cough Flu Rub ni adalah lemon, sweet orange, eucalyptus, cypress dan tea tree.

YY dah cuba, dan YY sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Tasneem Naturel Calm Time

Selain dari Tasneem Naturel Cough Flu Rub, korang juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan Tasneem Naturel Calm Time yang membantu menstabilkan emosi bayi mahupun orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ia akan merehatkan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau yang sewaktu dengannya. YY cuba sapukan pada anak dara YY, Aisyah sebab dia ni jenis havoc punya manusia. Haha! Tak lama lepas YY sapukan Tasneem Naturel Calm Time pada Aisyah, terus dia tidur. Lena pula tu.

Tasneem Naturel Calm Time ni membantu memberikan keselesaan kepada bayi dan orang dewasa, ia juga membantu mengurangkan keletihan dan tekanan selain membantu untuk rasa lebih tenang. Cara penggunaan Tasneem Naturel Calm Time ni adalah dengan menyapu ia di bahagian tulang belakang, tapak kaki, nadi di bahagian belakang telinga, serta pergelangan tangan. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Tasneem Naturel Calm Time ni adalah lavender, naval orange, tangerine, geranium, marjoram, frankinsense, bergamot dan chamomile.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Tasneem Naturel Sleep Time

Tasneem Naturel Sleep Time ni pula membantu memperbaiki hormon tidur korang mahupun anak korang. Minyak pati cedar yang digunakan sebagai bahan utama untuk balm ini dikatakan mampu mengimbangkan hormon tidur dan jaga. Selain cedar, Tasneem Naturel Sleep Time juga mengandungi vetiyer, roman chamomile, sweet orange, marjoram, targerine fruit fermet dan ylang ylang. Tasneem Naturel Sleep Time ni membantu anak korang mudah tidur lena, membaiki kualiti tidur sekaligus membantu mereka bangun pagi dalam mood yang ceria.

Cara penggunaan pun mudah. Korang hanya perlu sapukan Tasneem Naturel Sleep Time ni di bahagian tulang belakang, tapak kaki, nadi di bahagian belakang telinga, serta di pergelangan tangan.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Tasneem Naturel Tummy Time

Last but not least adalah Tasneem Naturel Tummy Time yang bertindak sebagai kit kecemasan terutama dalam menangani masalah anak kembung perut, sakit perut, dan cirit birit. Budak kebiasaannya kalau kena sakit perut memang mudah bising. Kalau kita yang dewasa kena pun rasa sangat tak selesa. Dengan Tasneem Naturel Tummy Time ini, ia membantu membuang angin dalam perut dan melegakan perut yang sebu dan kembung. Nak pakai pun mudah. Hanya perlu sapu di bahagian perut dan juga tapak kaki. Insya Allah masalah kembung perut tu akan dapat di atasi.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Tasneem Naturel Tummy Time ni adalah fennel, ginger, wild mint, tangerine, patchouli, lemongrass, anise, dan juniper.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Setiap botol balm mempunyai kelebihan dan keunikkan tersendiri

So berdasarkan review yang YY ceritakan ni, korang boleh nampak sendiri yang setiap botol Tasneem Naturel Baby Balm ni mempunyai kelebihan dan keunikkan yang tersendiri. YY strongly recommend untuk setiap rumah mempunyai at least sebotol balm ni. Sejujurnya YY rasa memang sangat worth beli untuk korang beli balm ni. Harga untuk setiap botol Tasneem Naturel Baby Balm ni yang bersaiz 18gm adalah RM49. Packaging dia pun comel aje. Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sebab balm ni boleh dimasukkan ke dalam handbag. Anytime boleh digunakan bila perlu.

Hari tu masa batuk teruk, memang YY pastikan Tasneem Naturel Cough Flu Rub sentiasa ada dalam handbag sebelum YY pergi kerja. Asal batuk aje, YY terus sapu.

Tasneem Naturel Baby Balm Berasaskan Bahan Semulajadi
Cubalah Tasneem Naturel Baby Balm hari ini

Amacam? Tertarik dengan review yang YY kongsikan? Berminat nak beli Tasneem Naturel Baby Balm? Korang boleh walk in terus ke alamat berikut atau boleh juga menghubungi nombor telefon yang tertera untuk menempah.

TASNEEM NATUREL NETWORK 
15-1, Jalan Putra Kajang, 
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor 

Order: +6011-2096 4665 
Daftar Agen dan Stokis: +6010-845 3469

Kalau rasa apa yang YY kongsikan ini tak cukup, korang boleh layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tasneem Naturel Baby Balm.

Facebook:

Instagram:

Laman sesawang rasmi:

7 comments:

  1. Wahhhhh panjang lebar penerangannya..

    Gayanya boleh order juga ni, buat stok kat rumah

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ! kitorg sekeluarga pun dah jatuh cinta dengan TASNEEM NATUREL ni :) :)

    ReplyDelete
  3. dan jatuh cinta dengan balm ni.. sebabnya tidur malam saya lena sampai pagi.. hihihihi...

    ReplyDelete
  4. Packaging dia comel.. Rose suka sleep time tu! Maklumlah purple. Hihi

    ReplyDelete
  5. Shad pun dah try. Best balm ni. Texture dia best take melekit tak berminyak sangat.

    ReplyDelete
  6. Akak pernah tengok kat IG. Tak tau pulak boleh digunakan untuk org dewasa 👍🏼

    ReplyDelete
  7. Rasa nak rembat satu untuk diri sendiri..hehehe.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...