Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan

8:21:00 am Yana Yani 1 Comments

Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan | YY rasa semua pembaca blog Diari Seorang Mama sedia maklum yang jenama Enchanteur, pakar wangian dari Perancis, sering berusaha mencipta inovasi pada setiap barisan produk wangian mereka agar ianya sesuai digunakan dengan gaya hidup masa kini. Lebih-lebih lagi majoriti wanita gemar membawa wangian seperti Eau De Toilette (EDT) atau semburan wangian badan ke mana sahaja mereka pergi untuk merapikan semula wangian diri. Even YY pun termausk dalam golongan tu. Huhu!

Menyedari hakikat itu, Enchanteur memperkenalkan wangian terbaharu yang mesra beg tangan iaitu Enchanteur Paris Petite Parfum. Wangian dalam bentuk bebuli ini boleh didapati dalam saiz 9ml. Ia cukup kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan
Rangkaian wangian Enchanteur Paris Petite Parfum

Rangkaian wangian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Enchanteur kemudiannya menterjemahkan personafikasi keempat-empat gadis ini pada pek pembungkusan yang menarik dengan empat variasi wangian. Antaranya dua aroma paling laris dari rangkaian Enchanteur Paris, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

Apa yang YY rasa menarik mengenai wangian Enchanteur Paris Petite Parfum ini adalah ianya dirumus khas tanpa alkohol. Maknanya pengguna beragama Islam seperti YY tak perlu rasa was-was kerana ianya sesuai dibawa ketika sembahyang tanpa perlu mencuci wangian tersebut. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak Enchanteur Paris Petite Parfum ini membolehkan aromanya tahan lebih lama.

Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan
Anak dara YY cukup suka dengan wangian Enchanteur ni

Seperti yang korang sedia maklum, Enchanteur Paris Petite Parfum ini direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah ini secara tak langsung dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum, korang akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja! Pembungkusan yang berbentuk kompak ini, cukup kecil untuk dimuatkan di dalam beg tangan korang kerana ianya sememangnya direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit. Kini, kita sebagai wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam beg tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. I like!

Rangkaian ini Enchanteur Paris Petite Parfum ini membolehkan para wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Awesome bukan?

Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan
Saiz yang kecil membolehkan ianya dibawa ke mana sahaja.

Antara empat wangian baharu Enchanteur Paris Petite Parfum adalah

Jolie (Lovely) –  Merupakan kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear yang amat sesuai dengan personaliti wanita yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama teman mahupun pasangan.

Cheri (Darling) – Wangian ini sesuai untuk korang yang berhati muda remaja. Ia mempunyai bauan yang enak dan manis untuk memastikan korang tersenyum sepanjang hari. Aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat ini mampu menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang di sekeliling.

Belle Amour (Beautiful Love) – Ciptaan dari aroma yang menawan hasil campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris ini amat sesuai dengan korang yang berpersonaliti romantis dan menawan. Daripada empat yang tersenarai, YY cukup suka dengan wangian yang ini.

Adore (Adorable) – Haruman ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Ia mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan korang sukakan gaya elegan, anggun dan manis. Bau wangian yang ni pun, best juga.

Wangian Terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum Mesra Beg Tangan
Walau saiznya kecil, tapi haruman wangian dia sangat memukau!

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan seseorang wanita.

Penggunaan Enchanteur Paris Petite Parfum adalah cukup mudah. Korang hanya perlu aplikasikan wangian ini ke nadi pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Apa yang buat ianya bertambah menarik adalah harga dia yang affordable.

Rangkaian wangian Enchanteur Paris Petite Parfum ini boleh dimiliki pada harga RM9.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak. Korang boleh dapatkan rangkaian wangian Enchanteur Paris Petite Parfum ini di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara. Kalau korang nak mengetahui maklumat lanjut mengenai Enchanteur ni, korang boleh layari laman sesawang berikut



1 comment:

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...